Isnin, 16 Februari 2009

CINTA CINTA AGUNG - BERCINTA LAH KAMU



CINTA CINTA AGUNG

Lalu aku teringat kepada Hari Kekasih. Maka aku pun teringat kepada cinta. Maka aku pun teringat kepada kekasih pertama. Maka aku teringat kepada deraian air mata putus kasih. Semuanya datang satu persatu macam putaran filem 8 mm – kabur bergoyang tapi membawa ingat-ingatan.

Tahun ini aku tidak mengadakan pesta Untuk Mereka Yang Gagal. Saban tahun semenjak 7 tahun yang lalu setiap Hari Kekasih aku akan mengadakan pesta untuk semua cinta yang gagal. Aku merayakan cinta-cinta yan gagal.

Cinta yang suci dan cinta yang agung ialah cinta yang gagal.

Qays ibn al-Mulawwah ibn Muzahim, seorang penyaer Badwi dari Bani Amar telah jatuh cinta dengan Layla binte Mahsi ibn Sa’d. Lalu si penyaer Badwi ini menulis bait-bait shaer untuk si Layla kekasehnya.

Layla Al-Aamiriya tidak berkahwin dengan Qays ibn al –Mulawwah. Inilah cinta agung cinta air mata. Bait bait shaer Qays hingga ke hari ini masih di bacakan di Timur Tengah untuk mengingati Hari Kekasih.

Tongkat tidak mengakhiri Uda dan Dara dengan perkahwinan. Cinta Uda terus di halang. Maka matilah Uda membawa diri. Maka menangislah Dara sepanjang zaman.

Dari balcony mana di Tuscany si Juliet mengintai-intai bayangan si Romeo.

Setialah hati seorang Juliet melihat kekasihnya mati dibunuh. Setialah hati seorang Romeo melihat kekasih mati di racun. Bersatulah si kekaseh didalam makam. Bertapa sucinya cinta mereka. Cinta yang agung adalah cita yang gagal.

Ingatilah betapa sucinya cinta Quasimodo kepada gadis gipsi La Esmeralda. Ingatlah betapa suci hati si gadis gipsi terhadap Quasimodo yang cacat bongkok. Mereka maut bersama-sama melawan kuasa yang penuh dengan pura-pura.

Ingatilah Kurban Said dengan Ali dan Nino – kesah cinta penuh pengorbanan dalam dunia yang semakin kacau bilau.

Ketika aku di Tokyo aku terjumpa satu lagi kaseh agung – antara Barat dengan Timur – antara John dengan Yoko. Inilah cinta yang paling hebat di kurun yang lalu – cinta John terhadap Yoko.

Lalu aku teringat kembali pada gadis itu yang aku panggil Yoko. Dimana kah si Yoko ini sekarang. Tahukah dia yang aku memanggil dirinya Yoko. Semuanya gagal. Yang tinggal hanya ingatan. Yang tinggal hanya aliran air sungai di hadapan rumahnya.

John dan Yoko - cinta revolusiner berlatarkan Perang Vietnam. Cinta yang mengoncangkan dunia – cinta rock n roll – cinta anak-anak muda di jalan-jalan raya – dari Dc ke New York, ke Paris , ke London, ke Berlin, ke Rome, ke Tokyo dan ke Jalan Pantai.

Give Peace A Chance – Make Love Not War – Berilah Laluan Kepada Damai – Bercintalah Bukan Berperang.

Bait bait shaer John
Bait bait shaer Qays
Bait bait shaer Romeo
Bait bait shaer Dara
Adalah cinta-cinta agung
Adalah cinta-cinta yang gagal.

Bercintalah lah kamu!
Bukan berasuah !
Beranilah kamu !
Berani menyanggah !




19 ulasan:

  1. waaaaa.... klasik tu gmbanyeee! john lennon ngn yoko kan? hahahahaha

    BalasPadam
  2. Cinta Si Bongkok Tanjung Puteri dengan Tanjung anak aristokrat Datuk Timur pun cinta yang gagal.

    Si Bongkok ingin julangkan Tanjung sebagai simbol kebebasan,malangnya Tanjung lebih selesa dengan kemewahan dan harta benda serta 'keamanan' di bawah telapak kaki aristokrat yang menindas rakyat.

    promote jap teater saya hahaha!!

    nice article anyway.

    BalasPadam
  3. John Lennon salah seorang manusia bertanggungjawab bagi pressure kat Richard Nixon tahun 1972.

    2 tahun kemudian kena si Nixon kena sack dengan rakyat sendiri pasal kes Pagar Air(Watergate).

    Kalau Najibull-shit ni dah berapa gate dia redah..hahahaha!!

    BalasPadam
  4. mat monggol dengan ziana..cinta..???

    BalasPadam
  5. Jangan dilupa puisi si Chairil Anwar kepada Sri Ajati...juga cinta yang tidak menjadi.

    'Senja di Pelabuhan Kecil' (buat Sri Ajati)!

    BalasPadam
  6. gambor sape yg berdue tu..bughok bebenor ghuper nyer

    BalasPadam
  7. Everybody has their Yoko.

    the one who broke the band apart.

    BalasPadam
  8. YES TT, sekali sekala tulislah mengenai cinta ataupun seks sekalipun selain daripada menyaratkan blog hang dengan perkembangan pertarungan antara UBN dan PR atau kebatilan dan kebenaran. Satu lencongan yang lega bagi sekali sekala itupun bagus. Dunia bukan saja politik ada juga aspek lain yang juga tidak kurang pentingnya. Hamba tahu TT pun bijak menggilap isu seksualiti, filem, falsafah dan tak semestinya politik. Cerita politi saat demi saat pun boleh membosankan

    BalasPadam
  9. Apalah tukar tiub ni, mengubah emosi dlm sekelip mata.. Catatan2 sebelum ni..semua kasi terbakar punya hati, rasa macam nak mmbunuh pun ada...tiba2 baca yg ini..alahaii...terus jadi macam kain sutera yg dipuput oleh sang bayu...

    BalasPadam
  10. Apalah tukar tiub ni, mengubah emosi dlm sekelip mata.. Catatan2 sebelum ni..semua kasi terbakar punya hati, rasa macam nak mmbunuh pun ada...tiba2 baca yg ini..alahaii...terus jadi macam kain sutera yg dipuput oleh sang bayu...

    BalasPadam
  11. ooi mAT CINTAN cINTUN......


    Cinta Ynag Maha Agung lagi bagus

    BalasPadam
  12. ponggong yoko tu nampak senget sikit...

    BalasPadam
  13. hahahaha tak tersangka pulak ini hari masuk tukartiub aku boleh terasa sedih pulak.....

    elok-elok dah lupa, tapi baca artikel ini mengingatkan aku pada awek lama yang dah kawin tahun lepas

    apa-apa pun kisah-kisah cinta yg disebutkan isham menguatkan kembali semangat kami yg gagal cinta

    p/s: apsal kau tak buat pesta tahun ini,bau-bau cafe dah tutup ke apa

    BalasPadam
  14. alamak seyh
    power seyh artikel
    banggo den jadik budak n9 nih
    haha

    BalasPadam
  15. lagi satu tajuk lagu dia
    power to the people

    BalasPadam
  16. Mungkinkah cinta mat monggol dengan gadis monggolia itu juga cinta yg suci? Cinta mereka juga tak menjadi disebabkan beberapa ekor kambing..

    BalasPadam
  17. Tahniah Bro,
    Kita perlu samarata dengan semua bangsa dan agama. Takkan orang putih je mampu buat blog yang ada gambar bogel, ye tak?

    BalasPadam