HITAM UNTUK WARGA PERAK
Hari Selasa 10hb Februari 2009 – semua warga Perak di mana sahaja mereka berada di cadangkan untuk memakai baju berwarna hitam.
Jika tidak memiliki baju hitam maka pakailah reben hitam di lengan baju.
Baju hitam ini tanda berkabung kerana hak rakyat dan demokrasi telah dibunuh di Perak.
Warga yang bukan dari Perak juga di galakan untuk makai baju hitam Selasa ini sebagai tanda setiakawan
Mat Gelap dah sedia hitam camne plak Isham?
BalasPadamPesanan untuk MB haram Perak yang baru dilantik.. awak tidak boleh pakai hitam.. nanti susah orang nak tengok awak..
BalasPadamMamak Hitam pastinya terkejut dengan kehitaman rakyatnya. MB dah gelap, kita gelapkan lagi suasana PERAK.
BalasPadamhitam bukan bermakna menyokong mat gelap. harap maklum
BalasPadamhahahaha!
Salam Tuan,
BalasPadamBaju hitam ada banyak lah, hee T-shirt black metal... heeee.. orait....
bagi yang sokong BN pulak pakai kaler apa?? ada cadangan ka????
Salam,
salam bro..
BalasPadamni nak pakai hitam sebab Perak dapat MB kulit hitam jugak ker??? kah! kah! kah!
Nak pinjam pentist bik mama kaler itam larrrr...
BalasPadamHe he he he...
Salam,
BalasPadamHitam2 si tampuk manggis,
Walau hitam di pandang manis,
Kalau semua dah pakai hitam,
Yang nampak cuma gigi saje.....
Sokong sgt Dato seri Nizar jadi calun parlimen Bkt Gantang,
baru kena pada masanya...
Al-fatihah untuk arwah..moga di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh..
Bagi yang sokong BN, wa ingat elok diorang pakai kaler putih sebab MB diorang dah *****. Kalau tidakpun pakai kaler kuning untuk menunjukkan ketaatan kepada raja. Hitam, putih, kuning... eh, macam warna bendera Perak pula. Hantam ajelah Labu...
BalasPadamaku setuju juga, pakai brooch reben warna hitam, kalau warna pink tu utk kempen kanser, aku pakai warna hitam lah utk menandakan berkuburnya demokrasi di Perak.
BalasPadamAl Fatehah buat Allahyarham Roslan Shahrum,ahli parlimen Bukit Gantang.
BalasPadamSetiap yang hidup pasti akan merasai mati...tidaklah terkecuali Tok,Radenjowo,Zombie D'Pangkor dan Najib sendiri.
Bertambahlah lagilah kesedihan penyokong Pakatan Rakyat yang sebelum ini gempar dengan trajedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak oleh gerombolan lanun yang diketuai oleh Zombie D' Pangkor.
Betapa bacul dan phobianya Najib terhadap PRK sudah tersebar satu Malaya setelah BN tewas di dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu walaupun Najib yang menjadi jeneral perang BN.Ketika PRU12 juga Najib yang menjadi jeneral perang dan Pakatan Rakyat telah berjaya menguasai Kelantan,Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.
Sejak kekalahan berturut-turut di PRU 12,PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu,Najib semakin phobia dengan PRK.Cara terbaik untuk memulihkan imejnya ialah melalui pembelian secara pakej ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.
3 ADUN Pakatan Rakyat telah juling mata denga tawaran wang besar daripada Najib bersetuju melompat katak ke kem BN dan kesempatan ini dipergunakan Najib untuk merampas kuasa di Perak dang telah melantik ketua lanun Zombie D' Pangkor sebagai tok wakil kerajaan haram di negeri Perak.
Tiada siapa yang meminta PRK Bukit Gantang diadakan dengan cara yang sama seperti PRK Kuala Terengganu.Pasti ada hikmahnya ketentuan Ilahi.
Kini Najib seperti beruk tertelan cili,apa yang ditakutinya telah menjadi realiti.tak dapat tidak setotok mana pun UMNOnya Pengerusi SPR,beliau terpaksa mengadakan PRK di Parlimen Bukit Gantang.
Tok sangkakan PRK akan diadakan di Parlimen Pensiangan kerana ketika ini sedang menunggu proses rayuan mahkamah.
Parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu Kuala Sepetang,Changkat Jering dan Trong.DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering telah dimenangi PKR dan DUN Trong pula telah dimenangi oleh BN.
ADUN Changkat Jering baru-baru ini telah melompat dan belot daripada partinya sendiri dan PRK Bukit Gantang akan menjadi medan buat rakyat Perak khususnya para pengundi parlimen Bukit Gantang yang masih berang dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak menghukum kerajaan haram BN dengan memberikan undi majoriti besar sehingga hilang wang pertaruhan calon BN yang akan bertanding.
Paling menarik peratusan pengundi Melayu di Bukit Gantang sekitar 63%,27% pengundi Cina dan 9% pengundi India.
Kedudukan sukar buat BN dan najib bakal hilang jawatannya jika BN kalah di dalam PRK Bukit Gantang.Khairi pula menunggu dengan sabar untuk membalas dendam setelah kem Najib mensabotaj hulubalangnya Wan Farid di PRK Kuala Terengganu dan Norza Zakaria.Peluang Khairi untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO lebih cerah jika Najib berjaya disingkirkan daripada persada politik tanahair.
Inilah yang paling ditakuti Mukhriz,sehingga mengajak ADUN-ADUN PAS menyertai kerajaan haram BN di Perak.
Itulah Tok dah cakap tak berkat rampas kuasa daripada kerajaan negeri Perak yang sah.
Tok tak dapatlah nak sahkan apakah ini balasan daripada Allah.Cuma Tok yakin buat baik balasannya baik dan buat jahat balasannya pun setimpallah dengan perbuatannya.
Tok nak cadangkan agar pemimpin Pakatan Rakyat mencalonkan Nizar sebagai calon mereka di Parlimen Bukit Gantang dan kita serahkan kepada para pengundi di Bukit Gantang untuk memilih ahli parlimen yang mereka rasakan sesuai.
Buakn sahaja Tok tapi hampir semua rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi membenci najib dan sudah sampai masanya beliau pencen dengan aib besar kerana sebelum ini cukup angkuh sehingga berani membelakangkan kepentingan rakyat asalkan agenda peribadinya tercapai.
Kambing hitam yang dicari oleh Pak Lah sudah dijumpai dan Najib bolehlah join Tun Dr Mahathir minta suaka politik di Zimbabwe.Mugabekan ada.