Rabu, 11 Februari 2009

JANGAN SALAH NILAI



Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – dua molikul hydrogen dan satu molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)




50 ulasan:

  1. Tepat sekali huaraian lu bro...

    Nak masuk gerombolan kerana UMNO=Rasuah...berpisah tiada.

    Ibarat keluar dari kejahatan kalau keluar gerombolan...keluar dari tahi yg membusukkan.

    Betul la dalam SHIT karangan Shahnon Ahmad dulu...dah 50 tahun tahi ni terperap...

    TukauParti

    BalasPadam
  2. kesian gak George Galloway kena maki hamun kt UK.. tgk utube, kalo korang nk tau lebih lanjut.. apa2 pun, ia satu penilaian yg tepat dr TT..

    BalasPadam
  3. Tuan,
    Ahli politik yang berprinsip yang jelas jarang terdapat di Malaysia.
    Kebanyakan kerana perut dan amat kurang yang membawa message pengundi ke Parlimen.
    Berapa ramai yang akan merujuk kepada pengundi kawasannya sebelum membuat sebarang undi di parlimen.
    Hampir semua TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang statistik tentang pengundian dalam parlimen mereka.
    INi satu penyakit bahaya dan akibatnya rakyat aka pengundi yang merana.
    Kita tidak pernah mendengar MP kita yang akan menyediakan usul rang undang-undang.
    Yang buat undang-undang PTD. Mereka ini BUKAN dipilih oleh rakyat. Mereka merangka undang-undang dan MP pulak kena jadi pak turut.
    Kita tidak pernah dengan sebarang rang undang-undang dibawa untuk perbincangan oleh kedua-dua bahagian dewan rakyat.
    Kita telah ditipu berpuluh tahun bukan hanya oleh MP dan Kabinet yang menang tetapi yang lebih penting penjawat awam bernama PTD aka MCS. Mereka lah yang sebenarnya merompak rakyat dari segenap sudut...

    BalasPadam
  4. H2O – satu molikul hydrogen dan 2 molikul oxygen

    Salam,
    statement sedara kat atas tu silap sedikit,,,,sebenarnya 2 molekul hidrogen dan 1 molekul oksigen
    tq.

    BalasPadam
  5. kita boleh pk sendiri la bro..
    macam yg tuan guru kata
    Lompat PR .. BAIK
    Lompat BN ... HINA

    Sendiri faham la...

    BalasPadam
  6. Setinggi penghargaan dan terima kaih diatas mutiara nilai yg bernas.Contoh ADUN Changkat Jering ingatkan dah "happily ever after" selepas menyertai BN tapi nak hadir ke court pun dah kecut.Kalau kita benar berusung pun sanggup jika kita betul betul sakit.Byk pengajaran dpt dipetik dr episod lompat melompat ni.Sesungguh amanah sesuatu yg berat kecuali mereka yg berdaya utk memikulkan nya.Bagaimana ahli keluarga dan sanak sdra yg terpaksa menanggung akibatnya.Bersama lah kita berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu agar org tersayang tidak menjadi mangsa.Terlajak perahu boleh di undur,terlajak laku zahir batin menanggung. Rio

    BalasPadam
  7. Lihat pula bagaimana Muntazer membaling kasut kepada Bush.. dikecam pecacai2 dan pengampu2 tetapi disanjung kebanyakan rakyat seluruh dunia..
    Muntazer vs Bush - yang mana baik?
    Zionis vs Palestin - yang mana baik?
    Gerombolan vs rakyat - yang mana jahat?
    Teringin benar aku nak jadi Muntazer

    BalasPadam
  8. isham,

    tapi masih ada satu lagi perkara yang gua kurang setuju bila ada ahli gerombolan maasuk PR ini.

    mereka ini adalah puak yg kecewa tak dapat jawatan dalam gerombolan.politikus seperti ini lebih mengejar utk pangkat dan mengumpul harta.ya,kita tak boleh lari dari pendapat yg mengatakan - kalau nak kaya raya pi masuk politik.

    politikus seperti ini pada gua bukanlah juga berprinsip.merekea kadangkala turut membawa fahaman perkauman mereka kedalam PR.

    keadaan macam inilah yg menghuru harakan pakatan ini.pollitikus seperti ini masih gagal memahami ketuanan rakyat.sebab itulah selalu kita lihat dalam pakatan pun...masih bising-bising hal kaum

    BalasPadam
  9. Catatan di luar kotak pemikiran kebanyakan majoriti. Excellent pint from TT. Thank you. Ini ilmu.

    BalasPadam
  10. Terima kasih bro. Satu tulisan yang hebat..

    jd.

    BalasPadam
  11. Perjuangan bukan sahaja disulami dengan aspek bangsa, agama dan negara malahan aspek mempertahankan hak makhluk yang hidup di muka bumi tanpa mengenal bangsa,agama malahan negara ataupun spesies makhluk!.. Segalanya perlu berpaksikan kepada kebenaran dengan agama,tatacara dan etika tabie' manusia sebagai panduan..

    Jangan ikut hati saja kerana syaitan mungkin beraja di hati,
    jangan ikut hati akal saja kerana akal mudah dieksploitasi,
    Tapi ikut kata naluri manusia yang telah diberikan tuhan sejak dari awal lagi bagi menentukan yang mana sahih dan mana yang palsu...

    BalasPadam
  12. satu artikel yang menguatkan lagi hujah tuan guru nik aziz..pencerahan untuk mereka yang keliru isu lompat-melompat.kesimpulannya,ungkapan 'lompat' hanya sesuai untuk yb pakatan yang menyertai gerombolan.untuk yb gerombolan yang mneyertai pakatan boleh la kita anggap 'hijrah'.

    -peminat the pilgrims-

    BalasPadam
  13. anda hebat!
    allhuakhbar!
    bersyukur kepada allah kerana menganugerahkan akal untuk kita berfikir..ditambah lagi dgn hujah anda..lagi kukuh pemikiran kita.
    terima kasih!

    BalasPadam
  14. Sungguh cantik entri ini, bro Isham!

    Tetapi kasihannya, kebanyakan daripada saudara sebangsa kita lebih gemar/selesa untuk terus berada dalam kekusutan berbanding untuk bersusah payah meleraikan kekusutan yang tercipta oleh kemunafikan ini.

    Mereka tidak mahu sirratulmustaqim memandu jalan mereka, sebaliknya lebih selesa menggunakan sirratuljahannam yang sudah sedia kusut dan masai lagi berapi.

    BalasPadam
  15. semog allah ampunkan orang yang menzalimi dan memberikan kekuatan utk orang yang dizalimi.

    BalasPadam
  16. Padat dan tepat ulasan TT, perbezaan politik Dunia dengan Malaysia antara nilai prinsip itu sendiri atau kepentingan2 lain.

    Bagi Gorombolan, mereka sudah
    tiada pilihan kerana mereka semakin hilang sokongan, hakikat ini disedari oleh mereka tetapi terpaksa menafikan demi menjaga kepentingan.
    Tindakan Gorombolan telah menbantutkan proses mendewasakan politik di Malaysia.Rejim ini menjadi perompak orang. Mereka merompak orang yang dangkal keimanannya(prinsip & Nilai ahlak dan akidah bagi mereka yg Muslim). Mereka merompak orang yang cetek semangat juangnya. Mereka merompak orang yang lupa asas perjuangannya.

    Semua ini dilakukan demi mengekalkan rejim ini terus berkuasa.

    BalasPadam
  17. Suatu penerangan tentang lompat parti yang sinis buat mereka yang masih gelap hati dan tak faham-faham tentang crossover party.

    Bak kata Nik Aziz, lompat ke PR Baik, Lompat ke BN HINA

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/02/11/pendedahan-episod-rampasan-kuasa-diperak-malaysiakini/

    BalasPadam
  18. pembetulan....
    2 molekul hidrogen
    i molekul oksigen....
    terima kasih!

    BalasPadam
  19. disini saya ingin mengemukakan pertanyaan ringkas. Since Perak dikatakan ada 2 Menteri Besar skrg,sorang dilantik sultan, sorang lagi masih claim dirinya MB (Still tinggal di kediaman rasmi dan menggunakan kenderaan rasmi), JADI BAGAIMANA DENGAN PEMBAYARAN GAJI, ELAUN, CLAIM KEDUA-DUA ORANG MB INI?ADAKAH KERAJAAN PERAK MEMBAYAR GAJI UNTUK 2 MB ATAU SALAH SEORANG BUAT KERJA WELFARE?Sekian soalan saya yang dipertua, yang dipertua jgn main-main.

    BalasPadam
  20. dua orang yang terlompat lompat tu memang patut pun masuk kumpulan jahat..sebab mereka pun sememangnya jahat..hah elok sangat la tu..

    BalasPadam
  21. apabila wang menguasai diri....
    manusia dan haiwan tiadalah bezanya..



    -people are not sheep-

    BalasPadam
  22. Salam.....
    Penulisan yang baik, jelas dan terang
    TERUSKAN PERJUANGAN....

    BalasPadam
  23. Terima Kasih..

    Posting anda membantu membuka minda..

    BalasPadam
  24. Larangan ceramah politik di Perak
    Jimadie Shah Othman | Feb 11, 09 3:46pm
    Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda.

    Ketua Polis Negara memberitahu Malaysiakini hari ini, permit ceramah akan dibekukan sehingga "situasi kembali elok."

    Tan Sri Musa Hassan berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi.

    Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang berebut jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.

    Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit.



    BRO .... munkee...mak NI larang ceramah kat perak, kahkahkahkahkah,,,,,,, apa punya turrrrr ...... kahkahkahkahkah,,,,,, kalau bukan ceramah politik nak ceramah apa? ceramah parti tupperware kahkahkah..... ceramah perhimpunan agong gerombolan? kahkahkahkahkah..... ni lulusan sintok jugak ni, apa punya turrrrr.... lepas ni kerpal, kit siang ceramah kat masjid lak kahkahkahkah

    BalasPadam
  25. Salam.
    Susah kan?
    Bila membaca Berita Hairan, Wutusan, Buletong Utama...macam tengok cerita fiksyen. Semua diorang baik, hebat sokmo.

    Tapi, bila baca blog pun...sama juga.
    Semua baik hebat belaka. Tidak ada sekelumit pun kesalahan.

    Both parties are at fault. Jumping parties, unless because of reasons that Golloway did, is not professional, inethical, and is slowly destroying our political system (which i am not really proud of anyway).

    Susah kan nak cari satu pihak yang neutral.

    BalasPadam
  26. stuju 100%, slalu aku bgtau kawan2 supaya lagi baik org melayu tinggalkan umno dan masuk PR khususnya PAS. umno dah rosak ngn duit, pangkat dan harta. Perjuangan no 4 atau bape ntah...

    BalasPadam
  27. OH UMNO KU SAYANG...,KAU SELALU DI HATIKU! BILAKAH KITA DAPAT BERJUMPA? TAK TERTAHAN RINDU DALAM KALBU. KEMARILAH KAU WAHAI UMNO... AKU INGIN MENDAKAPMU.SEPUAS HATIKU.
    OH..MMM.. MMM... AAH.. AH ..AAAH MMM ..AAAAAAAHH !.....lega !

    BalasPadam
  28. Tak pernah aku baca artikel yang begitu BODOH sekali analogi @ perbandingannya yang digunakan. Apa nie? aku tak pahamlah analogi lu yang x kena nie. Buat malu aje mutu tulisan macam nie!
    Belajar lagi menulis bro...aku baca 2 kali lagi x best kerana tidak meyakinkan analoginya...seperti ko menghalalkan benda yang telah sedia haram....
    Inilah tulisan lu yang paling BODOH aku pernah baca...merapik!

    BalasPadam
  29. analisis yang merungakai keserabutan

    BalasPadam
  30. Salam Abang Isham,

    Pantas , Bernas , Tepat & Betul.

    Mengapa abang tak jadi lawyer dulu ? Kan ke senang ?

    kah ... kah ... kah ...

    BalasPadam
  31. UMNO Bukit Gantang mahukan calon tempatan
    11/02/2009 6:41pm

    TAIPING 11 Feb. - UMNO Bahagian Bukit Gantang mahu pucuk pimpinan parti meletakkan calon tempatan bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi.

    Ketuanya Datuk Rosli Husin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal tersebut kerana sudah bersabar selama 23 tahun apabila terpaksa menerima `orang luar’ sebagai calon di kerusi tersebut.

    Katanya, calon tempatan mesti diberi peluang kali ini selaras dengan kehendak serta keperluan masyarakat setempat. - Utusan


    bro, ni lagi lawak kahkahkahkah.....kahkahkahkah.....
    apa punya turrrr..... la . kahkahkahkahkah,,,,,, orang bukan tolak calon tempatan @ luar, orang tak nak gerombolan kahkahkahkah.....kahkahkahkah..... kahkahkahkahkah......kahkahkahkah.....
    orang tolak gerombolan dan najis kahkahkahkahkah.......

    BalasPadam
  32. penjelasan saudara terang, jelas dan jitu. excellent point.tq.

    BalasPadam
  33. lu orang pakatan rakyat yang tak nak dengar pendapat orang lain, balik2 ingat lu orang saja betol, jadik lu orang pun serupa Zionis jugak la..(betolkan Isham?? wululululu)

    Lu olang tak sedar ke ahli2 PKR skang, kebanyakannya bekas2 ahli UMNO? senang cerita la, PKR lebih kurang je ngan BN, cuma lu orang nak pemimpin yg lain jek...wululululu

    dah2 la Isham...ko pun sama jek ngan Astora Jabat, cuma ko ni lain kem jek..

    BalasPadam
  34. Menarik....
    Tolong bagitau mereka erti nilai, harga diri, prinsip.. Kalo tak dak ni..tak payah nak jadi leader..hancur negara

    BalasPadam
  35. ya tu dia berok gerombolan masuk...
    tahniah anda kerana memilih TT blog kesukaan ramai, tahniah....
    Apa pun teruskan tetap dalam kumpulan lanun tu, kekalkan dan perkuat lagi, fikir macamana nak bodohan rakyat untuk melicinkan kerja melanun anda.
    Kahkahkahkahkahkahkahkah,
    Apapun tabik springgggg pada bro Hisham, Hanya jauhari yang mengenal manikam.

    BalasPadam
  36. Salam..

    Saudara Faizal dan lain-lain sesuatu cerita dan peristiwa boleh kita lihat secara natural dengan "fitrah kemanusiaan" pandang dan nilai lah ia dengan sifat-sifat peri kemanusiaan pasti kita tahu siapa watak hitam dan siapa watak putih,,, kerana kemanusiaan itu adalah sejagat yang merentasi masa dan kumpulan manusia. Peristiwa Qabil dan Habil di zaman nabi adam kita tahu siapa watak baik dan siapa watak jahat walau peristiwa itu berlaku ribuan tahun... Kalau kita lihat apa jenis cerita pun dari peradaban bangsa... kita leh kesan mana watak hitam dan mana watak putih... Kita melihat dengan mata, hati dan fikiran seorang manusia yang kaya dengan sifat perikemanusiaan itu sahaja kuncinya..
    Sekian wassalam
    http://akademiakuniversal.blogspot.com/

    BalasPadam
  37. PAK ITAMMB HARAM TERSALAH CAKAP DALAM BERITA:

    MULA2,PAK ITAM TU KATA NIZARMCM BUDAK-BUDAK

    PASTU DIA KATA SULTANLAH BERHAK MELANTIK SAPE-SAPE JADI MB, TIBA-TIBA PAK ITAM TERSASUL BAHAWA PERLANTIKAN INI ADALAH ATAS KEHENDAK KITA(UMNO) PASTU PAKITAM TUKAR MENGATAKAN SEPERTI YANG TUANKU SULTAN MAHUKAN.

    ORG SALAH MEMANG SELALU TERSASUL

    BalasPadam
  38. memang puk gerombolan ni tak boleh pakai...ikut pintu belakang...tak der salah nilai punya bro...PR forever.
    www.permatang.blogspot.com

    BalasPadam
  39. SAMALAH JUGA SEPERTI PERHIMPUNAN RAKYAT DIPERKARANGAN ISTANA BARU-BARU INI ADALAH PERHIMPULAN DISEBABKAN UNDANG-UNDANG DICABUL DAN ITU MERUPAKAN PERHIMPUNAN UNTUK MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG

    TETAPI PERHIMPUNAN UMNO NAK MENGAMPU SULTAN DAN MENGUTUK KARPAL SI KERUSI RODA, ADALAH PERHIMPUNAN HARAM TANPA SEBAB,PERHIMPUNAN BERSIFAT KELANUNAN DAN SENTIMEN SEMATA-MATA

    JADI,KITA KENA TAHU BEZA

    HIDUP MELAYU,PERGI JAHANAM SAMA SULTAN PERAK YANG SUKA BISNES TU

    BalasPadam
  40. saya rasa kenapa katak melompat kerana tanah tidak lg selamat untuk d pijak..jika di berhenti melompat maka c katak itu akan mati di lenyek kereta kuda yang di tungangi anjing yang menyalak... cerita c katak sangat sesuai untuk para politikus mulut...

    jadi apa yang katak buat ialah...mencari tmpt yang selamat supaya tidak d lenyek kereta kuda...
    iaitu di bwh tempurung besi...

    BalasPadam
  41. nak minta jasa baik rakan-rakan disini terutama yang berminat dengan PAS, tolonglah promosi www.bijakpolitik.blogspot.com

    semoga PAS menang pilihanraya parlimen nanti

    BalasPadam
  42. apabila gerombolan PKR hendak melompat hendak memasuki gerombolan UMNO, maka tidak dibenarkan kerana UMNO tidak boleh menerima orang jahat.... kena skrin dulu... hanya yang baik dan berpegang kepada prinsip kebenaran akan diterima masuk....

    Sebab itu dibiar jadi bebas sahaja, melukut di tepi...

    Bukan begitu..

    Karpal Singh sahaja yang kuat berprinsip

    BalasPadam
  43. Bagus sekali ulasan dan pandangan TT. Saya harap lepas ni ramai lagi rakyat yang akan berduyun2 masuk ke dalam Pakatan Rakyat.
    -SS

    BalasPadam
  44. tukar parti tak sama dengan tukar tiub.
    kakkahkahkah

    BalasPadam
  45. Pindah part ini seumpama main bolasepak gak buat sesiapa yang tak reti..

    Umpama Ronaldinho dr Barcelona kalau masuk Manchaster United.. bagus..

    ..tapi kalau lompat masuk kat kelab bola kat mesia.. tu BANGANG namannya..hehehe..

    wasallam

    BalasPadam
  46. "Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)"

    Wah! Siapa yang 'declare' PR sebagai kumpulan baik dan UMNO/BN sebagai kumpulan jahat?... Itu pendapat sebelah pihak iaitu pro PR. Tapi di sebelah pihak penyokong UMNO/BN, ia adalah sebaliknya... Lagi satu kenyataan di atas dilahirkan oleh sebab ketaksuban penyokongnya kepada parti seolah-olah parti mereka suci dan bersih sangat...

    BalasPadam
  47. Ape kebende la lu tiub..

    pertama tama tlg bgtau umum ape sumbangan pas kat melayu perak..ceramah? korg dah lame buat tuh xde halangan pun (psl kat skolah dulu aku slalu g ceramah). pembangunan melayu (so far x nmpk)?

    tp aku respek org melayu mmg sanggup baring demi pr (walaupun xde sumbangan)

    BalasPadam