Isnin, 23 Februari 2009
MUKRIZ DULU KECAM PAK LAH, HARI INI MAHU DI HORMATI PEMIMPIN AGUNG
Mukhriz, antara bakal calon jawatan Ketua Pemuda Umno, mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi diberikan penghormatan sebagai pemimpin agung apabila beliau bersara kelak.
Kira-kira setahun lalu, Ahli Parlimen Jerlun, lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi termasuk menggesa segera menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan ekoran prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12.
Malah, Mukhriz yang Exco Pemuda Umno juga pernah menggesa supaya pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan Umno perlu disegerakan sebelum (tarikh awal) pemilihan Umno Disember lalu.
Menurut Mukhriz keputusan pilihan raya kecil Perlimen Permatang Pauh yang berpihak kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.
Sebelum itu, pelbagai pihak dalam Umno termasuk Ketua Pemudanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pernah mengecam tindakan Mukhriz yang meletakkan syarat agar Abdullah berundur daripada semua jawatan sebelum Julai 2008.
Tegas Hishammuddin, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen dan Exco Pergerakan Pemuda Umno tidak wajar memberikan syarat-syarat sedemikian.
Bagaimanapun, Hishammuddin tetap mengakui bahawa kata dua Mukhriz itu sebagai satu bentuk ancaman kepada parti.
kah kah kah…. INI REVERSE SAIKOLOJI … kah kah kah…
kah kah kah…. INI NAK PASTIKAN DOLAH BADAWI BETUL BERUNDUR…. kah kah kah
kah kah kah… INI TAKTIK KEMPEN ANAK BERANAK…. kah kah kah
kah kah kah... AYAH PUKUL KANAN… ANAK TIBAI KIRI….. kah kah kah…
Pesanan~ Kalau tak reti nak bermuka-muka, jgn gatal nak masuk politik.. Kena hati kering...muka tahan malu.. lupakan salah sendiri, korek salah orang...ha..baru boleh hidup..haihh..DUNIA...DUNIA...
BalasPadamSalam Ziarah. Hanya nak promosi je.
BalasPadamhttp://reformisjalanan.blogspot.com
kritikan dan saranan amat dihargai. semua boleh komen termasuk anonymous.
ssebarkan pada teman2
mak ai, 'pemimpin agung'...
BalasPadammacam tu punya 'bodek' ka...
ke cume nak 'up' pok lah je...
bagi dia rasa 'wah, agung dh aku ni'...
'dah smpai lah masanya beta turun takhta'
hahahahahahah
BIASALAH BEB ...ORANG POLITIK CARI MAKAN.KALAU NAK HIDUP YANG HITAM PUN KATA PUTIH KALAU BOS KATA PUTIH.TOK GURU DIA ADALAH BAPAK DIA.bAPAK KENCING BERDIRI ANAK KENA KENCING BERLARI.
BalasPadamKesian Pak Lah, orang bantai dia, masih dia tak faham. Jean tak banyak membantu. Dulu ada terbaca Pak Lah ni PM OKU kita. Kesian Pak Lah betul tak tahu apa jadahnya menjadi PM dan Presiden UMNO. Dia sepatutnya buat Madey melarat tapi menyerah kalah mudah, tak ada langsung semangat lawan meskipun ada kuasa dan pengaruh. Sia-sia 5 tahun jadi orang no.1, tak ada apa impak, dampak, gempak daripadanya.
BalasPadamPetang semalam (Ahad : 6PTG) aku menghubungi Dato' Mukhriz untuk bertanyakan berkenaan perkara ini yang disebut-sebut akhbar "Hormati Abdullah sebagai pemimpin agung - Mukhriz" (Siaran Bernama Online) dan "2008 Mukhriz kecam Pak Lah, hari ini mahu dihormati "pemimpin agung" (Siaran MStar Online) ...
BalasPadamBeliau mengesahkan bahawa beliau meminta semua untuk menghormati PakLah selepas PakLah bersara nanti, agar perkara yang pernah berlaku kepada Ayahandanya tidak berulang kembali (kepada PakLah).
Ini kerana, walaupun selama ini beliau adalah orang yang utama/terkedepan meminta PakLah turun dari jawatan PM (demi kebaikan parti/rakyat/negara), tetapi untuk beliau bersikap tidak hormat dan menyimpang dari batas tatasusila sopan santun adat Melayu adalah amat jauh sekali, ini adalah sifat/budaya Melayu. Jadi jelaslah beliau meminta semua menghormati PakLah yang akan melepaskan jawatan Mac nanti.
Dan kita semua seeloknya menerima kenyataan Mukhriz ini dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Secara sopannya, apa yang Mukhriz nyatakan tersebut merupakan sebaiknya untuk kita menghargai PM yang sanggup berundur awal untuk mengelakkan banyak lagi kerosakan berlaku kepada negara dan rakyat.
TETAPI, ingin ditegaskan bahawa Dato' Mukhriz petang semalam ada memberitahu aku bahawa beliau hanya menyebut agar semua MENGHORMATI PAKLAH. Tetapi, beliau tidak pula menggunakan istilah PEMIMPIN AGUNG! - Istilah "pemimpin agung" yang menjadi tajuk-tajuk berita adalah tokok tambah yang ditambah sendiri oleh Akhbar tersebut. HARAP MAKLUM.
Ikhlas:
AloQStaQ
Lepas ni dia ikut style bapak dia..semua orang ada file akan dijaga..so ..tak berani nak lawan dia...
BalasPadamMukhriz tetap tak boleh dipercayai. Sama macam bapa dia juga...2x5...
BalasPadam