PEMECAH BERITA !!!!PILIHAN RAYA KECIL - DUA ADUN PERAK BERHENTI
Dua ahli dewan undangan Perak - Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang diberitakan kini berada di Pekan, Pahang akan berhenti.
Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat telah mereka tanda tangani ketika mereka mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing pada bulan March lalu.
Surat berhenti ini ada di dalam simpanan kerajaan Perak.
Pilihanraya Kecil akan diadakan di kedua-dua tempat ini untuk menggantikan kerusi yang telah di kosongkan.
biar betul bro? berenti ke dah join umno? maksudnya ada lagi prk ye? agak2 knape mereka berenti? tak tahan busuk ketiak bik mama la tu yg tak jadi nak lompat tu, kah..kah..kah..
BalasPadamNi Anwar punya insurans nih. Semua orang sign surat berenti lepas menang. Siapa berpaling tadah, PIAP! kena tibai. Surat pun keluar la apa lagi. Ada betul ka?
BalasPadamala ni mesti mat monggol punya agenda. kalau berhenti kes tutop la. pas tu dapat imbuhan lagi. buat pr kecil, kalau menang gerombolan akan cakap, rakyat masih percaya pada bn, rakyat menolak pr, rakyat dah jemu dengan isu yang dimainkan oleh pr bla bla bla. mamat 2 ekor ni dah bejangkit penyakit mat ezam. skrip bn dah dalam tangan rakyat, dah hafal
BalasPadamkalau betul berhenti sakit juga.... tapi nanti di ada kan pilihanraya kecil lepastu pakatan menang ish ish lega betul rasa... semakin berwarna warni politik kita best best best
BalasPadamIsham
BalasPadamAda baca komen bik mama hari ini, dia kata
"Saya sudah pun mengemaskan pakaian dan memberitahu beliau (Najib) saya tidak tertahan dengan fitnah orang, dan mahu tinggalkannya dengan perjuangan politiknya. "
Aku salin di sini http://1426.blogspot.com/2009/02/big-mama-kata-i-dont-bloody-care.html
Ketika rakyat semakin muak dan mula menolak kerajaan UMNO-BN,heboh se Malaya 2 exco PKR nak join UMNO.
BalasPadamNajib.....jika benar sekalipun 2 Exco PKR join UMNO,rakyat dah boleh baca betapa desperatenya kedua-dua Exco ini mempertahankan kerusi masing-masing.Berbakti kepada negara dan bangsa tidak terlintas dalam benak mereka yang kian bercelaru dengan tawaran rasuah juta-juta dan juga persetujuan najib buang kes rasuah mereka.Siapa nak masuk penjara weh...
Khabarnya mereka berdua kini berada di Pekan.Tengah berunding dengan Najib.Pak Lah pun dah umumkan beberapa ADUN Perak akan melompat menyertai BN.Kemudian Tok dengar khabar angin bertiup kencang seorang ADUN PKR di Kedahpun nak melompat parti.Ini mungkin lebih kepada strategi BN untuk mengelirukan Pakatan Rakyat.Apapun langkah berjaga-jaga kena diambil agar spekulasi tidak menjadi realiti.
Semakin suspen senario politik yang berlaku di Perak.Adegan aksi lompat-melompat kedua-dua belah pihak,Pakatan rakyat dan BN menjadikan kerusi Dewa Undangan Negeri masing-masing menjadi pertaruhan.
Belum reda berita Nasaruddin,ADUN Bota menyertai Pakatan Rakyat,timbul pula spekulasi 2 Exco PKR melompat parti.
Khabarnya,mereka berdua telah diculik dan kini berada di Pekan untuk berurusniaga dengan Najib.
Tok taklah mengiakan atau menidakkan perkara ini.Cuma Tok nak mengulas implikasinya jika spekulasi itu menjadi realiti.
Sebelum itu,tok nak cadangkan agar satu solat hajat diadakan di Stadium Negeri Perak dan seluruh negara memohon kepada Ilahi agar dipertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Tok ada dengar berita jika benar 2 exco PKR ini menyertai BN,pilihanraya kecil akan diadakan di kedua-dua dewan undangan negeri tersebut.Harapan UMNO untuk menang amat tipis memandangkan senario politik negara ketika ini lebih memihak Pakatan Rakyat.
Sejauh manakah kebenaran kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri itu otomatik kosong jika kedua-dua Exco PKR mengumumkan lompat parti tidak dapat dipastikan.
Kehadiran kedua-dua exco itu ke Pekan lebih kepada membincangkan strategi BN untuk menguasai Perak dengan menjadikan mereka sebagai kuda trojan.
Lebih mudah kedua-dua exco ini menjadi ADUN Bebas sebelum menyertai UMNO beberapa bulan kemudian.Kemarahan rakyat terhadap merekapun ketika itupun kian reda.
Dari sudut positif,jika benar kedua-dua exco ini melompat parti,tiada lagi halangan wakil rakyat BN menyertai Pakatan Rakyat.Pak Lah dan Najib tidak boleh berbuat apa-apa menghalang mereka.
Elok juga cadangan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dipertimbangkan kerana jika kedua-dua exco ini menyertai BN,perbezaan kerusi hanyalah satu dan ini akan menyukarkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mentadbir negeri itu.Janganlah disamakan situasi di kelantan walaupun kerajaan PAS di sana pernah memerintah di sana selama sepenggal berbekalkan kelebihan satu kerusi dewan undangan negeri.
Jika Pakatan Rakyat dapat mencuri beberapa orang ADUN BN,kehilangan 2Exco PKR itu tidak akan menjadi masalah besar dan merugikan.sebaliknya,lebih menguntungkan kerana barua-barua sebegini tidak layak disimpan dan akan menjadi satu liabaliti kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Jika DUN Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh negeri Perak,peluang Pakatan Rakyat untuk menang besar dan merampas lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki BN lebih cerah dengan mengambilkira mood rakyat ketika ini.Kebencian mereka terhadap parti yang luput tarikh seperti UMNO semakin berkobar-kobar kerana tindakan keji UMNO menculik kedua-dua exco PKR ini untuk kepentingan politiknya.apabila kemarahan dan kebencian ini dizahirkan dalam kertas undi,nescaya BN akan kalah teruk.
Sudahlah berabih duit berbilion-bilion ringgit,masa depan Najib sebagai PM juga akan menjadi pertaruhan.
Di sini Tok hendak menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar menolak politik kotor yang diamalkan oleh kerajaan pusat UMNO-BN.
Najib tak layak menjadi PM kita.Kes Altantuya,sumpah bohong Bala,pengakuan liwat saiful bukhari,penculikan kedua exco PKR memperlihatkan kepada kita semua wajah sebenar Najib yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memerintah negara.
Apakah ini yang kita mahukan?Kepada kedua-dua Exco itu masih belum terlambat untuk mengubah pendirian dan kembali kepada Pakatan Rakyat.Jika sudah terlambat,keluarga sendiri turut berdepan cemuhan dan bakal dipulaukan rakyat dan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan walhal korang sendiri sudah tahu rakyat sudah benci dengan parti yang luput tarikh seperti UMNO.
Jika berlaku peralihan kuasa Mac depan,kedudukan kerusi Pak Lah akan berubah daripada barisan depan ke barisan belakang.Senanglah kau nak tidur.
BalasPadamTok tak fikir kerusi Pak Lah yang berubah tetapi kerusi Najib kemungkinan akan berubah.
Najib sebenarnya jadi alat Pak Lah untuk mengekalkan jawatan PMnya.Semua keja yang payah-payah dalam kategori mission impossible diberikan kepada Najib.
Jawatan Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bakal mempertaruhkan masa depan politik Najib.
Jika gagal,najib akan dipecat atau diturunkan pangkat.Jika berjayapun,Pak Lah akan cuba melengah-lengahkan masa untuk menyerahkan jawatannya.
Najib telah gagal sebagai jeneral perang UMNO dan BN ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.Najib juga gagal menguruskan pembelian Eurocopter dan Bank Indonesia dengan baik.Bulan Januari ini sahaja,10 ribu orang dikatakan menganggur dan menjelang September bilangan akan bertambah kepada 100 ribu orang.
Najib bukan sahaja tak pedulikan permasalahan rakyat tetapi cuba merasuah 2 Exco PKR untuk melompat parti.Kepentingan yang menjadi keutamaan adalah kedudukan dan karier politiknya sebagai PM.Rakyat susah aku apa peduli......
Rekodnya di dalam politik tidak bersih.Dia pernah menang Pilihanraya Umum dengan majoriti 241 undi,dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya,skandal pembelian Eurocopter,sumpa bohong Bala,pengakuan liwat Saiful Bukhari,penculikan 2 Exco PKR.Rekod yang teruk ini cukup meragukan dan menghilangkan keyakinan rakyat untuk menerimanya sebagai PM.Siapa tahu selepas ini beliau akan memainkan sentimen perkauman dan cuba mewujudkan semula trajedi 13 Mei.
Tok dapat sumber terbaru,timbalan speaker DUN Perak turut hilang.Jika spekulasi ini benar,tak dapat tidak kerajaan Pakatan Rakyat Perak kena bubarkan DUN Perak.
Cuba kumpulkan semua DUN Pakatan Rakyat.Tempatkan mereka di suatu tempat selamat yang dirahsiakan serta dikawal ketat untuk mengelakkan risiko diculik.Jika benar kekurangan lebih daripada 2 orang ADUN,laporan polis boleh dilakukan setelah berunding dengan keluarga mereka.Selepas itu bolehlah diumumkan pembubaran DUN Perak.
Serahkan kepada rakyat Perak untuk membuat pilihan.Apakah mereka masih menerima lagi kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak atau politik kotor ala mafia yang diamalkan oleh parti luput tarikh,UMNO yang diketuai Jeneralnya Najib Tun Razak.Pak Lah sekarang macam boneka atau dia sengaja buat-buat bodoh agar Najib tak perasan kebijaksanaannya.
Tok yakin,UMNO-BN akan kalah lebih teruk dek kerana merekalah rakyat Perak susah.Mana tahu hilang wang pertaruhan dan ketika itu Najib pula yang berkira-kira untuk melompat parti.
Tak mustahil Pakatan Rakyat akan menang 50 daripada 59 kerusi DUN Perak jika DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula.
BalasPadamKedua-dua Exco PKR itu sedang menghadapi pertuduhan rasuah.Bagaimana rakyat akan menerima ketelusan SPRM jika pertuduhan terhadap mereka digugurkan setelah menyertai BN.
Akan wujud persepsi,kaki rasuah akan join kaki rasuah yang lain dalam UMNO.
UMNO dan rasuah macam kembar seiras dan tak dapat dipisahkan.Itulah persepsi rakyat yang wujud ketika ini.
UMNO,parti luput tarikh ini semakin menghampiri zaman kepupusannya.
Itu dia, bukan semua pemimpin yang dipilih dalam PR seiya sekata dan berpegang teguh pada konsep perjuangan PR. Ada yang rapuh mudah menjadi tidak stabil tatkala ada imbauan material atau kesenangan, mereke ini lebih pada 'nak cari makan beb'. Tapi bukan semua tapi jika buat hal ada leceh sikit pelancaran strategi PR. Di pihak BN pula yang pindah itu juga rasa tak selamat lagi kerana tak jadi Ketua Bahagian, sumber atau lubuk mendapat material kewangan. Hai ini cerita tak syok tapi terpaksa dilalui. Rakyat yang naif akan binggung
BalasPadamTerkini.Menurut satu sumber dari Pahang,dipercayai 3 ADUN dan 2 ahli parlimen di Pahang akan mengumumkan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat sebaik sahaja 2 Exco PKR mengumumkan penyertaan mereka ke dalam BN.
BalasPadamJika benar,Najib akan menerima tamparan hebat dan sukar untuk bangkit semula.Parlimen Pekan yang dimenangi Najib terletak di dalam negeri Pahang.Najib juga pernah menjadi MB Pahang dan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang.
Sudah pasti Najib akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak,TPM dan Menteri Kewangan untuk memikul tanggungjawab tersebut.Jika dia enggan,sudah pasti kelompok di dalam UMNO yang menyokong Khairi akan memaksanya berbuat demikian.
Itulah hari tu korang bongkak,korang aniaya orang-orang kanan Khairi seperti Wan Farid dan Norza Zakaria.Langit tak selalunya cerah.
Kem Najib akan berpecah dan pengikutnya akan berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat.
Tentu korang nak tahu siapa ADUN dan MP dari Pahang itu.Tok kena rahsiakan dulu bimbang najib kidnap mereka.Kemasukan datuk Fauzi ke dalam PKR telah membuka laluan wakil-wakil rakyat BN di Pahang menyertai Pakatan Rakyat.
Berita kemasukan 2 exco Perak ke dalam BN juga boleh dikira basi dan jika surat pemberhentian sebagai wakil rakyat berjaya dicabar di mahkamah dan mereka masih menjadi wakil rakyat yang sah.Eloklah dibubarkan DUN Perak.Time inilah rakyat Pera akan menolak UMNO habis-habisan sehingga kehilangan wang pertaruhan
YOOHOOO!!!PRK di Perak...Bagus dan kita sama-sama lihat rakyat beri mandat kepada PR ke atau BN..Lanyak BN habis-habisan...Dah muak dengan perangai dan cara kotor gerombolan ini..Lawan tetap lawan!!!!!!!
BalasPadamShould BN wins, resolve the state assembly.
BalasPadamParliament will not be affected. This is a chance for Anwar to show his ability.
I don't think it's Najib, why the need for election?, just crossover laa..
YAHOO PRK DIDUA DUN PERAK KAYA KITA YOOOOOOOBBBBB. KASI REMBAT PANGKAH FAHAM FAHAM AJA LAH (PR)
BalasPadamLompat sikatak Lompat
BalasPadamLompat tinggi tinggi...
Apa Najib akan dapat..
untuk pilihanraya kali ini....
heh!
kah kah kah pasni ade agi NGO2 lain..kelab komputer sekolah menengah puchong,pengakap sekolah rendah puchong,persatuan ibu bapa dan guru2 sekolah menegah puchong utama kahkahkah
BalasPadamMengumumkan peletakan jawatan 2 DUN PR tsbt adalah langkah terbaik menjolok mereka keluar dr sarang persembunyian. Kalau betul2 ikhlas dalam perjuangan, nyatakan pendirian dan paksi perjuangan. Adalah lebih baik kerajaan PR Perak mempertaruhkan kerusi DUN tsbt pada tangan rakyat daripada bergantung pada ahli DUN yang takut menghadapi kenyataan.
BalasPadamYB Behrang dan YB Changkat...., jika nakkan duit dan jawatan dari BeEnd silakan buat pengumuman. Apa yang anda lakukan tidak langsung menggambarkan sikap professional seorang ahli DUN yang berkhidmat mewakili rakyat…. anda sememangnya layak mewakili penyokong BeEnd yang tak mampu berfikir dan mabuk dengan habuan kain pelikat dan RM100 - RM 300 bagi setiap penggal pemerintahan. SILAKAN…. jika ingin kekal bersama-sama perjuangan PR pun, rasanya dah terlambat… kami dah muak dan jelak dengan sikap bacul dan tidak professional anda.
Aku benci dengan orang yg tiada pendirian...!