Khamis, 19 Februari 2009

WARGA WAJIB BERSEDIA – BANYAK PEKERJAAN AKAN HILANG


Kelihatan masih ramai warga Malaysia yang masih belum sedar bahawa satu tiupan sangkakala ekonomi akan sampai tidak lama lagi.

Dunia TIDAK menghadapi krisis ekonomi. Adalah salah untuk mengatakan apa yang berlaku ini sebagai krisis ekonomi.

Krisis yang berlaku sekarang adalah KRISIS KAPITALISMA.

Umur dan nasib kapitalisma telah sampai ke hujung.

Sila lihat majalah Newsweek terbaru dalam pasaran : WE ARE ALL SOCIALIST NOW - KITA SEMUA ADALAH SOSIALIS SEKARANG . Ini adalah hakikat ekonomi dunia hari ini yang tidak dapat menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis melainkan menggunakan kaedah sistem ekonomi sosialis.

Sosialisma ada sistem ekonomi yang berkiblatkan keuntungan ramai.

Kapitalisma ada sistem ekonomi yang berkiblat keuntungana kaum pemodal dan para cukong.

Berjuta warga di Eropah telah kehilangan kerja. Hampir ke semua bank di Amerika telah jatuh muflis. Russian sedang tenat. Seramai 26 juta kaum buruh di Tanah Besar China telah kehilangan kerja.

Dubai, Kuwait, Saudi Arabia yang dulunya melimpah ruah dengan duit dolar minyak kini sedang mengalami kekecutan ekonomi.

Justeru semakin banyak negara sedang mengambil pendekatan ekonomi sistem sosialis walau pun enggan mengakuinya. Nama tidak penting. Yang penting ialah mentalkinkan kapitalisma.

Ciri-ciri sistem ekonomi sosialis:

-Memilik negarakan harta dan punca-punca ekonomi yang stratejik.
-Bank di milik negarakan.
-Punca punca ekonomi seperti air, api, lombong arang batu, telaga minyak di -rakyatkan.
-Kerajaan mengelurkan dana/modal untuk mula menjalankan perancangan ekonomi yang terancang.
-Mentalkinkan dan mengawal pasaran bebas.

Ciri-ciri ini sedang berjalan sekarang.

Dalam masa yang sama apabila krisis melimpah – bahaya perang akan juga sampai. Sila perhatikan bagaimana perang di Afghanistan kini sedang melimpah ke Pakistan.

Warga Malaysia wajib berwaspada. Pesta Pink Form telah tamat. Pesta sub con akan berakhir. Pesta cari projek akan berkurangan.

Kita wajib kembali ke bumi. Siapa bekerja siapa makan. Siapa ke laut dia dapat ikan. Siapa ke sawah dia dapat padi. Siapa pilihara ayam dia dapat telor. Siapa tidak bekerja dia pelesit zaman. Jangan jadi dedalu makan atas angin.Jangan jadi parasit.Jangan jadi pijat siang malam hisap darah. ( TT)




16 ulasan:

  1. kembali semula setelah lama menyepi di laut nun yang luas terbentang menjana tenaga ,membanting tulang sekadar berkerja mencari makan - agak lumayan juga hasil keringat bolih menampung lagi 3 bulan tanpa kerja. Nyaman sungguh udara di lautan yang luas . Tersedak dan lemas di atas tanah bumi ini yang udara tercemar.

    Oh ya | keberangkatan pulang di pintu makam untuk disemadikan bujur tubuh "Kapitalisma" dan menjelma dalam samar samar dingin mula terbit suria " socialisma" maka terpancar jelmaan ideologi berprinsipkan hasil pengagihan sesama.

    Kremlin...nama agung "Lenin" "Stalin" "Stolski"
    mengarah ketimur "Moa Tze Tung"

    Apa dapat kita nafikan konsep komunisma yang berpaksikan kepada system socialis itu akan dapat dipakai semula sebagai penyelamat insan bernyawa yang produktif dalam mekanisma ekonomi.

    tersungkurnya system berdaya ini dikira sebagai penolakan ramai ketumbukan pekerja kerana hasil punca yang amat sedikit tapi sama rata dan menghadkan batas dalam pemilikan material .

    Nyata sekali perubahan kepada penerimaan sistem kapitalis yang menyarung atas batang tubuh pada mulanya sosialis dapat memberi kepuasan yang melimpah ruah lebih kepada yang berusaha dan mendapat peluang lebih.

    Kerancakan ini mula menjurus kepada isu sosial dalam masyarakat dimana hasilanya saperti soal moral "rasuah", mengenepikan yang berhak dan kaum lemah dipinggir.

    Perlu diingat sejarah menunjukan bahawa sistem sosialis itu hanya mampu berada dan pratis cuma dalam satu masyaraket mono ethnic

    Maseh segar dalam ingatan sewaktu saya berlabuh di Sydney Port baru baru ini....saya menaiki taeksi yang di pandu olih seorang "Investment banker " yang baru 2 bulan diberhentikan kerja.

    saya sempat bertanya ...dia menjawab lebih baik berkerja bawa teksi dari duduk diladang menjaga lembu/kambing.

    alangden

    BalasPadam
  2. Si najiBABUN nie lagi mau menswastakan IJN..

    tu baru sikit..
    tggu je bile dia naik jadi PM

    BalasPadam
  3. Kah..Kah..Kah..Kah..
    Bik Mama punya tempah baju dah siap. Diberitakan Bik Mama kini tidak sabar untuk memakai baju baru sempena jadik wanita pertama?

    kah..kah..kah...
    Bik Mama sedang cari aksessori..
    kah..kah..kah..
    Malaysia tidak mengalami kegawatan ekonomi.. ekonomi malaysia mantap..
    Bini Rosmah Mansor cakap...

    kah..kah..kah..kah..
    Rakyat Malaysia bersama-sama lah
    kumpul kasut buruk, selipar jamban,
    stokin cekam, spenda buruk,tuala wanita dan apa-apa saja yang busuk lagi hampeh untuk dijadikan hadiah kepada Najib.

    Bro Isham kau tolong war-warkan pada warga sekalian. Sapa-sapa pegi putra jaya jangan lupa bawak semua benda-benda tu, selipar, spenda buruk campak depan pintu masuk putra jaya..

    Biar busuk putrajaya...
    kah..kah..kah...kah..
    Bik Mama tengah pikir nak kaler rambut warna apa.. Sapa-sapa ada cadangan..?

    BalasPadam
  4. "siapa tidak bekerja dia palesit zaman"

    hahaha janganlah cakap macam tu isham oii....gua pun tak kerja.

    kau pun tak kerja kan...hahhaha

    tapi makan gua masih dapat makan lagi...cuma takdelah semewah-mewah makan.gua pun tak pakai handphone

    BalasPadam
  5. apa hal cter sabah nie...nak ganti perdana ngn volvo plak...nak jilat ludah sendiri balik ker ameno??

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/19/nation/3301139&sec=nation

    cerita jilat ludah sendiri ameno yg lain adalah:
    1. lompat parti
    2. 16 sept isytihar hari merdeka utk sabah & sarawak..

    ameno nie BODOH!!!

    BalasPadam
  6. Aku nk tanya, Sosialisasi kerajaan bermakna menghalang liberalisasi secara menyeluruh dalam sistem negara yg diperjuangkan oleh 'tangki pikir' JALAN TELAWI. Maknanya idealisme kerajaan minimum tidak mampu bertahan.

    jika kita memiliknegara kembali Syarikat Berkaitan Kerajaan, adakah kita mampu menghalang korupsi dan pengaliran keluar sumber manusia secara totok dari syarikat-syarikat ini kerana kemungkinan gaji mereka lebih kurang dari pasaran sekarang? Bagaimana dengan daya saing syarikat ini?

    Aku lebih suka jika sistem kutipan cukai ditingkatkan setanding dengan negara sosialis demokrat seperti Negara Scandinavia, Australia malah Britain sekali.

    Rakyat xdak kerja dapat duit. rakyat gaji besar, kena bayar cukai lebih. Hukuman keras siapa yg lari bayar cukai. Berapa ramai yg lari cukai setiap tahun...

    BalasPadam
  7. aku memang suka kalau pesta pink form dan sub-kon ditalkinkan. berbillion depa dapat, tapi berapa ekor yg bayaq zakat dan cukai. pakai enterprise bleh dapat tender berjuta... bila mai time eid adha, lembu-lembu yg ditumbangkan sebab nk bawak ke syurga. KahKahkah

    BalasPadam
  8. bozzo klu masa kerja, kerja...klu masa main, main...klu masa mengulat, mengulat sungguh2...tapi bozzo kerja gomen so tak risau sgt pasal resession nih...

    BalasPadam
  9. Tanpa nama,

    Hisham tak cakap penganggur itu semestinya pelesit zaman.

    Hisham memaksudkan orang yang menerima wang tanpa melakukan apa-apa kerje atau penghasilan produktif (misalnya, Khairy Jamaluddin, croni-croni besar yang mendapat untung mega-billion sambil duduk atas bontot mereka kat ofis mewah).

    Inilah pelesit zaman yang tidak berkerja yang dimaksudkan Hisham.

    BalasPadam
  10. kegawatan semakin hari makin kuat dirasa. pekerja swasta makin ramai dibuang. kompeni besar mula pindah tempat. di us, penjawat awam sedikit demi sedikit juga diberhentikan. disini kita mula cari bisnis. ramai main MLM, ramai bela kambing. ramai buat lintah. ramai jugak tanam cabai. anak pak seman rongak da mula buat hal. kilang papan di kampung tutup. dia mula mencuri getah. semalam dapat curi 20kilo. heboh sekampung.

    anak pak seman kantoi, duduk lokap dah 3 hari. dia tak boleh buat apa. ketuanan melayu pun tak boleh tolong. dia duduk saja. tunggu masa dibicara. Pak seman rongak duduk termenung. menunggu dan terus menunggu. bilakah raja nak datang hulur seramah dua.

    BalasPadam
  11. I don't know how you can mean the people have to be ready...

    How many people can be truly ready for this downturn? All of us have commitment that at the least stretch from 12 months of easy payment installment to 7,9 years for car loans to what, 25 or 30 years on housing loans and stuff like that. Unless of course they are from rich family or their houses or car are fully paid for.

    Even then, how will business people cover the loan for their businesses, whether short term or long term, if the crisis just snap in as evidently being shown by those in the US, Europe, Japan and every where else in the world?

    The thing is that the "mungkee"s at PJ have forgotten what is like to govern or steer our country through this storm.

    BalasPadam
  12. sapa yang takde keje tu buat2 lah keje.. minta ngan najib ke.. kot2 bleh bagi skit "scholarship" tapi biasanya kena bayar balik ah.. murah je.. MARUAH!!

    BalasPadam
  13. Sapa kata Isham tak keje?

    Keje laa doll..

    BalasPadam
  14. INI ADALAH FITNAH PALING BESAR!!

    malaysia have no economic problem!!
    our fundamental is strong!!

    maka aku tak percaya bahawa malaysia akan terlibat dengan kemelut ekonomi ini..

    BalasPadam
  15. Bangunlah kaum yang sedang lapar..
    Bangunlah kaum yang tertindas..

    Dan Internasional..tetaplah di dunia.

    ingat bro isham bait2 lagu Eugene Pottier dulu..

    Arise, wretched of the earth
    Arise, convicts of hunger
    Reason thunders in its volcano
    This is the eruption of the end
    Of the past let us wipe the slate clean
    Masses, slaves, arise, arise
    The world is about to change its foundation
    We are nothing, let us be all
    |: This is the final struggle
    Let us group together, and tomorrow
    The Internationale
    Will be the human race :|

    BalasPadam
  16. keja??? ulat dalam batu pun bleh idup bro.....susah2, pakat dlm 5 -6 org pi pecah umah (org umno)....dgr umno py org simpan duit kt umah...dapat cover perut dlm pat lima bulan pun dh kira cantek....

    BalasPadam