Sabtu, 7 Mac 2009
BAHASA MELAYU BAHASA PERDANA –melayau
Kerajaan komited untuk terus memperkembangkan kepentingan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun bahasa Inggeris diberi ruang dalam sistem pelajaran, kerajaan tidak akan berganjak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara pendidikan di negara ini.
kah kah kah…. MACAM MACAM NAK KELENTONG… kah kah kah..
kah kah kah … DULU GELOKAL… SEKARANG PERDANA….kah kah kah…
woit…. RAKYAT NAK TANYA BILA NAK HAPUS PPSMI ?.... kah kah kah
woit… JANGAN PUSING PUSING…JANGAN KELENTONG KELENTONG…. CAKAP TERANG TERANG….NAK LUPUS ...JANGAN PUSING PUSING…JANGAN KELENTONG KELENTONG…. CAKAP TERANG TERANG….NAK LUPUS ATAU NAK TERUS PPSMI …
kah kah kah
kah kah kah… PERDANA TU KERETA…. RAKYAT BUKAN NAK KERETA…RAKYAT NAK BELAJAR DALAM BAHASA MELAYU…kah kah kah…BUKAN NAK BELI PERDANA…. kah kah kah
woit… JANGAN NAK BODOHAN ORANG MELAYU… CUKUPLAH… HENTIKAN LAA… kah kah kah
Assalamualaikum.. salam keimanan dan kemanusiaan buat para pencinta kedamaian..
BalasPadamLIMA DALIL UTAMA mengapa PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) Wajib di hapuskan:-
1) Mengekalkan kepelbagaian manusia yang menghuni bumi. Ini perkara pertama kenapa PPSMI wajib dihapuskan... PPSMI adalah langkah pertama dibawa golongan yang membawa CELAKA kepada BANGSA Melayu untuk melemahkan dan seterusnya melenyapkan BAHASA Melayu dari muka bumi ini... PPSMI ibarat penghapus salah satu keanekaan manusia di bumi ini.. Kesedihan sepatutnya bukan sahaja ditangisi manusia yang mengaku Melayu tetapi seluruh manusia lain... Kalau manusia sedih dengan pupusnya pelbagai spesies hidupan seperti burung dodo yang nama saintifiknya Raphus cucullatus (sila perhatikan nama saintifik spesies ini adalah bahasa latin BUKAN Bahasa Inggeris) di kepulauan Mauritius maka sepatutnya seluruh umat manusia bersedih dengan kehancuran Bahasa Melayu yang dituturkan dan boleh difahami ratusan juta manusia di rantau Asia Tenggara. Semua binatang di bumi ini berjuang untuk hidup dan tiada yang memupuskan diri sendiri tapi Melayu di Malaysia ada yang sedang memupuskan identiti mereka sendiri... Tak taulah siapa yang lebih berakal antara dua makhluk berkenaan.
2) PPSIM adalah enjin pertumbuhan yang membantu meningkatkan penghinaan kepada Bahasa Melayu. Selepas ini semakin ramai yang selesa menggunakan pelbagai istilah Inggeris dan semakin angkuh menunjuk-nunjuk kononnya berilmu dan pandai “cakap Omputih” Akan semakin ramai yang tak sedar diri dan merasa bangga dapat menyelit sepatah dua istilah Inggeris dalam perbualan. Semakin ramai manusia Melayu yang dulunya bercakap Melayu jadi malu dan segan nak cakap Melayu dengan orang lain... Apa lagi kalau orang lain itu menunjuk pandai berbahasa Inggeris dengan mereka... Budaya ini semakin menjadi sekarang... dan semakin pesat di masa akan datang kalau jadi (harap sangat tak jadi) PPSMI diteruskan. Sedikit demi sedikit lama-lama tiada lagi orang yang bercakap Melayu... sebab malu... dengan orang lain. Ramai dah aku jumpa Melayu berlagak dan angkuh dengan Aku nak “speaking” (saja aku guna istilah Inggeris ni sebab itulah tanda dagang “kecerdikan” bagi Melayu tak sedar diri.. sesama Melayu pun tidak mahu guna Bahasa Melayu)
3) PPSMI dasar buas yang membunuh identiti bangsa (Melayu). Sesiapa yang kononnya pejuang Melayu dan pejuang Ketuanan Melayu.. sila CELIK dan buka mata luas-luas dan bersihkan fikiran karat dan betulkan songsang akal menyokong membuta tuli. Apa lagi yang nak diperjuangkan kalau bukan salah satu identiti paling penting Melayu ini yang sedang dipijak-pijak secara hina oleh perjuangan anda sendiri? Apa sebenarnya yang anda semua perjuangkan?? Melayu ke?? Atau berjuang untuk pangkat dan harta dengan menipu Melayu secara terancang?? Pengenalan utama bangsa adalah bahasa... tiada bahasa maka tiadalah sesiapa kenal sesuatu bangsa itu berbeza dengan bangsa lain..
4) PPSMI bukan jaminan menjadikan manusia hebat dan cemerlang dalam sains dan matematik. Eksport utama Filipina.. negara yang penduduknya hebat penguasaan bahasa Inggeris adalah pembantu rumah dan jururawat terlatih. Selain dari itu bersepah negara mundur yang hebat penggunaan Bahasa Inggeris di Afrika dan Amerika Latin yang tidak sampai ke mana-mana pun kehebatan rakyatnya. Sebaliknya bersepah juga negara-negara barat di Eropah (Sepanyol, Jerman, Itali, Belanda, Portugis dan banyak lagi) yang tidak menggunakan dan mengagungkan penggunaan bahasa Inggeris yang lebih cemerlang dalam sains dan teknologi (kapal selam kita beli dari Perancis… sampai kita guna penterjemah nak bincang beli kapal selam dengan mereka) Perancis hebat juga dengan 65 juta penduduk boleh mereka maju dengan bahasa mereka. Sepatutnya Bahasa Melayu difahami beratus juga manusia di Asia Tenggara mesti lagi hebat kalau kerajaan memerintah secekap kerajaan Perancis dalam mengerakkan rakyat mereka kenal budaya bangsa sendiri. Rusia iaitu negara yang kita menumpangkan “pelancong” angkasa kita, juga tidak guna Bahasa Inggeris.. semua teknologi angkasa mereka guna Bahasa Rusia, malah Rusia lebih ke hadapan dalam teknologi angkasa berbanding USA (sila lihat data pelancaran roket lebih banyak Rusia dan kegagalan pelancaran pula lebih banyak Amerika Syarikat) SIAPA KATA BAHASA INGGERIS JAMINAN UNTUK MAJU…??? Mungkin “benar” pada para kontraktor dan pembekal yang mendapat kontrak dari kerajaan.. kerana akan memajukan perniagaan mereka... SIAPA TU?
5) PPSMI sedang meragut semangat ramai pelajar dan guru yang sejak azali penutur Bahasa Melayu yang tegar. Seorang cikgu perasaan mereka aku tau sebab ada cikgu aku kenal yang tak pandai berbahasa Inggeris tetapi terpaksa mengajar menggunakan bahasa yang mereka sendiri tak faham.. sangat tertekan,,, Bagaimana murid-murid??? Entahlah Cuma boleh aku cakap kesian… semua mereka di sekolah “hulu”… dah lah bahasa tak faham… apa yang diajar jangan cakaplah… Dua-dua hangus… Ilmu matematik dan sains tak faham… Bahasa Inggeris pun tak faham (cikgu pun geleng kepala sebab dia sendiri pun tak faham nak mengajar dalam bahasa yang dia tak faham atau kurang faham).