Ahad, 8 Mac 2009

BERITA BERGAMBAR






yang ganas dan yang ganas
dimana mana pun sama
mengabdi kepada kuasa
yang ganas dan yang ganas
membawa kezaliman dimana mana
gerombolan zionis
zionis gerombolan
tidak ada beza bentuknya



32 ulasan:

  1. Salam abang isham,

    Ya,setuju !!!

    Dalam perut ada zonis,
    dalam perut ada bush,
    dalam perut ada ahmad chalabi,
    dalam perut ada henry kessinger,
    dalam perut ada firaun,
    dalam perut ada mahafiraun,
    dalam perut ada firaun kecik,
    dalam perut ada toyol.

    Dalam perut ada ayam,
    dalam perut ada sawi,
    dalam perut ada roti chanai,
    dalam perut ada teh tarik.

    Kata imam Al-ghazali :
    "Itulah dia tong tahi yang ada pada diri manusia yang dibawa kehulu-kehilir dengan megahnya,sedangkan perut itu kuburan segala bangkai binatang dan tumbuhan "

    Di Malaysia,CIA,FBI berwajah sawo matang.
    Di Malaysia GESTAPO orang melayu
    Di Malaysia MAFIA muka melayu.

    BalasPadam
  2. puhh... sbijik same la... x sangka malaysia ni mirip2 zionis gak ye.

    BalasPadam
  3. yang baju biru helmet merah tu ashkar zionis ke.. yahudi ke???

    BalasPadam
  4. Betul-betul tak ada beza antara puak FRU dengan puak Zionis. Tidakkah semua anggota FRU yang menembak gas pemedih mata sedar, kumpulan manusia yang mereka tembak itulah kumpulan manusia yang cuba membela nasib anak-anak mereka sendiri? Tergamak FRU tembak gas pemedih mata ke arah pembela anak bangsa!
    Polis dan FRU Malaysia dayus, haprak! Mereka tak tahu apa yang harus diperjuangkan untuk bangsa mereka, melainkan untuk kenyang perut mereka sendiri.

    BalasPadam
  5. bila anjing bertuankan lembu...
    begitulah jadinya...

    BalasPadam
  6. polis malaysia dan askar israel sama saja!dua2 mmg zalim..

    lebih malang polis malaysia. askar israel hanya bantai org islam, tak bantai org yahudi.

    tapi di malaysia, plois bantai rakyat sendiri! Oh malayasiaku cemerlang, gemilang, terbiling dan TEMBERANG!!!!!!!

    BalasPadam
  7. this is crap.seriously

    BalasPadam
  8. lobai lobai PAS ni saje seronok nak pakai serban sesambil feeling perang badar. balik rumah kasi nafkah kat bini bini sudah lah lobai..

    BalasPadam
  9. Salam...

    Patut FRU ni manjaga anak di rumah dan bergurau dengan isteri.. BUkan ganggu dan menganiaya orang lain yang tidak buat salah dengan mereka... Nasiblah takda rakyat yang bawa lastik dan molotov kalau tak jadi macam perang betul...

    BalasPadam
  10. Ini semua kerja the Ugly Malay National Organization @ UMNO.Really very ugly!

    BalasPadam
  11. saling tak tumpah...
    bijak Tuan TT...
    bijak...
    25 persen!

    BalasPadam
  12. Jang
    Bukan mereka BRUTAL
    Mereka hanya menjalankan tugas
    Mengikut arahan atasan yang BRUTAL
    Jika Jang jadi mereka
    Jang juga bukan BRUTAL.

    Yang atas itu BRUTAL
    Yang atas itu ZIONIS

    ang atas patut disagah.

    BalasPadam
  13. Betol la..sama jer..polis ameno dgn polis zionis nih..2 x 5 ! ameno ni mmg hipokrit.

    BalasPadam
  14. tahniah TT kerana berjaya melepasi 2 juta pelawat !

    BalasPadam
  15. Tajuk Utama Bullettin Utama TV3 Mlm nie... PERUSUH MEMBUAT KACAU BILAU DI ISTANA NEGARA... inilah Malaysiaku tercinta... hari2 rakyat marhaen kena tipu.... tipu dan terus menipu... sampai mampus pun rakyat Malaysia tak boleh maju sebab asik kena tipu je kah kah kah

    BalasPadam
  16. bantu manusia yang terperangkap dalam sistem kapitalis ini... baca http://alternate-enter.blogspot.com/2009/03/bantuan-diperlukan-segera.html

    hidup berdua dengan RM3 sehari.

    Malaysia boleh!

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Salam...

    Kita kena tentang PPSMI walaupun dia berjaya sekalipun kerana ia menghapuskan tamadun Melayu dalam sains dan matematik. Hanya bangsa yang malas sahaja tidak mahu menyerap ilmu dan tamadun lain dalam bahasa ibunda mereka sendiri.. Biar susah tapi bermakna bangsa kita ada inovasi dan sumbang kepada dunia yang pelbagai bahasa ini.

    BalasPadam
  19. Saudara Hisham:

    Kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat kita yang berkumpul secara aman untuk mengutarakan pendapat mereka agar PPSMI dimansuhkan harus dibantah sekeras-kerasnya. Lewat-lewat ini kita telah saksikan bagaimana pihak polis telah meledakkan bom pemedih mata di kalangan masyarakat India, Melayu dan juga Cina yang berarak secara aman. Tiap-tiap bangsa ini yang secara bersejarah berkerjasama menuntut hak bersama sudah semua-semuanya pun sudah merasa kepedihan tindakan polis yang keterlaluan.

    Berkait isu PPSMI ini, pendirian saya berbeza dengan pendirian saudara dan golongan yang pro-memansuhkan PPSMI. Pendirian saya adalah agar Bahasa Inggeris terus digunakan untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dan keberkesanannya dipantau. Saya faham kebimbangan segolongan akan kemerosotan penggunaan BM, tetapi kebimbangan ini harus disokong fakta dan bukti. Walaupun BI digunakan untuk Matematik dan Sains (kerana kaedah yang sebaliknya tidak betapa efisyen bagi kita mencapai penguasaan sains dan teknologi dan mengenal ilmu dunia yang lain), penggunaan dan minat terhadap BM harus terus disemai dan dipupuk agar ianya tetap menjadi bahasa perantaraan yang mampu mengeratkan lagi perpaduan rakyat. Sastera BM juga harus dikayakan dan sumbangan dari persepsi dan budaya warga Cina dan India harus didorong. Penggunaan BI di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu meluaskan lagi skop komunikasi antara kaum dan harus dilihat sebagai positif untuk perpaduan.

    Di sini juga ingin saya tegaskan bahawa adalah amat penting wujudnya kesedaran terhadap hakikat yang berikut: iaitu walaupun kita menyokong pihak politik yang sama, harus dalam pada itu kita menerima dan menghormati pendirian dan pendapat yang berbeza sambil berkongsi satu payung. Keputusan dan hasil yang diidamkan kita bincang rapi dan capai secara konsensus.

    Ini amat mustahak bagi kesinambungan dan kelanjutan pihak politik alternatif kita.

    Bak kata pemikir Peranchis yang masyhur, Voltaire: "I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it."

    Sekian.

    P.S.

    BalasPadam
  20. haha....
    raja itu polis.
    polis itu raja.
    wkakakakakakaakaa....

    BalasPadam
  21. Yang banyak bg komen nie ada tengok ka kejadian tu jadi cam mana ari tu, klu ya pun pulis jahat, tapi bukan semua jahat,...

    BalasPadam
  22. saya suka baca tulisan saudara isham ni tapi kadang2 ntah apa2 la saudara ni. Takkan segala-gala nak demo. Apa salah kalau kita nak maju belajar math and science in english. sebabnya masalah orang melayu kita kalau dah tak pandai bahasa lain seperti English, bila kerja kena present atau discuss dalam English dengan orang asing dah jadi gubra. kalau kita boleh contohi jepun, mat salleh (bukan semua mat salleh cakap omputih) yang belasah saja cakap English asalkan message yang disampai kesampaian, takpe gak. tak gitu saudara? Ini asyik2 ajak orang melayu buang masa berdemo. pegi belajar bahasa lagi bagus da...kalau tak nak pun pi lepak tengok wayang ke.

    BalasPadam
  23. zalim...begini lah duit rakyat digunakan dan dikembalikan kepada rakyat...oleh anjing2..

    Ya ALLAH Kuat kan imam kami bagi menentang anjing2 ini...amin

    BalasPadam
  24. bro...gua pun kena gas la..kali ni gas agak luar biasa pedihnya..tak macam selalu..agaknye depa dah mula guna fosforus putih macam kat gaza tu..memang depa ni golongan celaka..tapi takpe bagi gua gas tu biasa...kalau tak kena gas takyah datang demo..baru ada feel beb..

    BalasPadam
  25. Ik,

    Jawab soalan ini dulu...

    Sila jawab soalan ini dengan jujur.

    1. Anda mengidap sakit jantung. Siapakah yang anda patut jumpa?
    A. Pakar jantung
    B. Pakar Otak

    2. Anda menghadapi masalah BI. Siapakah yang anda patut jumpa?
    A. Guru BI
    B. Guru Sains dan Matematik

    Kalau jawaban anda bagi kedua-dua soalan ini A, anda memang hebat. Tapi kalau jawaban anda kedua-duanya B, anda memang BODOH. Bagi soalan no. 2, jawapan penyokong PPSMI ialah B.

    Kita tidak menolak BI, tapi kita menolak dasar PPSMI. Teknik belajar BI dan S&M adalah berbeza. Dah berbuih pakar akademik terangkan. Tapi golongan macam IK masih tak faham-faham juga. Kasihannya…

    Kredit pada Cikgu Huda

    BalasPadam
  26. kalau makan benda haram, perangai pun ikut haram. kerana tu mak bapak aku ajar. jangan makan benda haram sebab nanti jadi darah daging.

    BalasPadam
  27. kalau anak dan bapak FRU tu kena belasah, FRU marah tak?

    BalasPadam
  28. Saya salah seorang yang menyertai demo menentang PPSMI. Polis telah menyekat jalan menuju Istana Negara, dan ini sebenarnya yang menyebabkan kesesakan lalu lintas. Ketika itu juga, para demonstran bergerak perlahan-lahan dan memberi laluan untuk pergerakan trafik. Tambahan pula, jumlah mereka dilaporkan hanya sedikit, bagaimana pula mereka boleh mengganggu trafik?? (Sebenarnya jumlah mereka sama dengan perhimpunan Bersih.)

    Terdapat juga Unit Amal PAS yang membantu polis mengawal trafik semasa demonstran bergerak menuju Istana. Polis seharusnya menghargai peranan mereka ini, kerana Unit Amal bekerja cukup gigih untuk tidak menghalang trafik. Pada masa yang sama, polis menembak gas pemedih mata dan meriam air, yang mengenai banyak kereta. Malah mereka juga membaling tin gas pemedih mata ke dalam masjid. Pendapat saya SEBARANG RUMAH IBADAT SEHARUSNYA DIHORMATI OLEH PASUKAN POLIS DAN TIDAK DISERANG DENGAN APA JUA CARA.

    Ayah saya seorang pegawai polis, namun bukan anggota FRU. (Tetapi anak kesayangannya ini menyertai protes ini tanpa pengetahuannya...hehe..) Dengan tindakan sebegini, saya telah menyeru beliau untuk pencen, dan lakukan kerja-kerja lain yang lebih menguntungkan. Sekarang, beliau hanya memperolehi beberapa ribu ringgit dan ianya tidak berbaloi dengan dosa mereka kepada rakyat.

    Para demonstran tidak membantah pengajaran subjek Bahasa Inggeris. Di baju-T mereka tertulis permintaan mereka, dan salah satu daripadanya ialah MEMPERTINGKATKAN PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH. PPSMI yang sengal ini langsung tidak menambahbaikkan kualiti pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah, kerana guru-guru subjek Matematik dan Sains sekalipun tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik. Bolehkah mereka mengajar supaya anak-anak murid berbahasa Inggeris lebih baik daripada mereka?? Sudah tentu tidak. Seperti pepatah Melayu, ketam mengajar anaknya berjalan betul.


    A. Samad Said berkata bahawa Madey "kesayangan kita" telah membelanjakan RM5.2 bilion untuk polisi sengal ini, sebelum beiau meletak jawatan. Apa maksudnya? Inilah legasi beliau. Semoga Allah menghukum Madey kerana memperkenalkan polisi yang menghancurkan masa depan ramai rakyat Malaysia. Mari kita lihat blog beliau, mungkin ada sebarang pendapat beiau mengenai PPSMI dan protes ini. Saya ragu-ragu sama ada beliau akan keluarkan sebarang kenyataan, kerana selalunya beliau akan senyap dalam perkara-perkara yang mampu memakan diri beliau sendiri.

    Komen saya di The Malaysian Insider (Orang Dalam Malaysia) dalam Bahasa Inggeris, sudah dialih bahasa untuk masuk ke Tukar Tiub. Inilah yang seharusnya dilakukan untuk mempertingkatkan penguasaan Matematik dan Sains para pelajar, aktiviti alih bahasa perlu digalakkan.

    BalasPadam
  29. ya aku sokong dengan pandangan anak polis dan yg memberi pilihan jawapan antara A dan B.

    Kalau masih belum faham dgn soalan tu, aku rasa lebih baik tutup saja laptop tu drpd dok perabis masa.

    sakit lain bg ubat lain, kalau Dr perubatan bg salah ubat sudah tentu kena ambil tindakan ttp jika ahli politik adalah sebaliknya.

    BalasPadam
  30. Pak Sako,

    Anda mahu bukti? Sila baca kajian ini. Baca dengan hati terbuka.

    ... it is important that every effort should be made to provide education in the mother tongue. ...

    On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

    (UNESCO 1951:691)

    Mungkin juga kita harus lihat dan baca ini:

    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%20Report

    dan

    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Rencana/20090303223151/Article

    BalasPadam