Selasa, 17 Mac 2009

PEMKEMBAR PUNK ROCKER – COOL DUDE !!



UBAH UMNO JADI PEKEMBAR -
melayau

"PERKEMBANGAN dalam UMNO pada masa sekarang 'mencemaskan' dengan pelbagai masalah dalaman." - Khalid Abdullah

Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan kejayaan Pas mengekalkan kepimpinan di Kelantan telah menimbulkan persoalan. Apakah negara kini menuju kepada perubahan kepimpinan menerusi 'protes' yang ditunjukkan oleh rakyat?

Penyakit dalaman UMNO kini dilihat oleh pemerhati politik semakin serius sehingga memerlukan perubahan secara besar-besaran untuk memastikan ia benar-benar bersih daripada sebarang bentuk kepentingan individu yang boleh menghancurkan parti berkenaan.

Ia turut diakui oleh veteran UMNO yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) suatu ketika dahulu, Tan Sri Khalid Abdulllah, 87. Beliau mempunyai pengalaman luas dan sememangnya masak dengan 'sepak terajang' politik dalam parti berkenaan.

"Dalam UMNO, kadang-kadang tidak boleh lihat orang lain bagus, walaupun diri kita sendiri tidak sehebat mana, kerana mahu jawatan disebabkan mahu kaya, ada yang sanggup berbuat apa sahaja," kata Khalid yang juga bekas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd. ketika ditemui baru-baru ini.

Antaranya, nama UMNO itu sendiri perlu diubah agar ia selari dengan kewujudannya sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Menurut Khalid, kenapa kita perlu memanggil pertubuhan yang menjaga kepentingan Melayu dengan nama Inggeris iaitu UMNO (United Malay National Organisation).

"Kenapa tidak kita balik kepada nama asal UMNO pada era penubuhannya iaitu Pekembar? Ia ibarat orang Melayu bernama Johan, tetapi kita kini memanggilnya sebagai John? Di mana semangat Melayu?

"Jadi, bagaimana kalau terasnya sudah tidak menampakkan Melayu, kemudian kita mahu perjuangkan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu?

"Cuma UMNO itu perlu dimelayukan semula namanya dan kembali kepada Pekembar," jelas beliau.

"Itu perlu dilakukan biar ahli-ahli di peringkat berkenaan tidak menyertai UMNO hanya kerana sebab lain atau menumpukan perhatian untuk mendapatkan projek sahaja," tambahnya.


kah kah kah…. BAGUS… BAGUS… BAGUS…. BARU SEDAR …kah kah kah

woit … UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION?…. kah kah kah…

woit… PEKEMBAR MESTI HEBAT …LAGI SEHAT… LAGI BULAT… UNTUNG UNTUNG ADA DAULAT…. kah kah kah….

kah kah kah….KEMBALI KEPADA ASAL USUL… BARU ADA JATI DIRI…kah kah kah…

woit… KALAU PEKEMBAR NAMA NI ROCK…. MESTI PUNK SIKIT… kah kah kah..

kah kah kah… PEKEMBAR PUNK ROCKER NEW WAVE.... COOL DUDE… kah kah kah



17 ulasan:

  1. Penyakit umno tak ada obat nya.
    Penawar pon tak ada.
    umno dah tua-tua monyet tu baru mau rock?

    Budak punk dan kutu -kutu Mat Glue Bukit Bintang boleh terima ke kalau umno rock?
    Sudah lah, baik mintak IJN siap kan kereta sakit jenis Express untuk calon yang bakal di serang sakit jantong.
    Dan ada baik kalau MoH sediakan jugak kereta sakit jenis Express ke Tanjong Rambutan.
    Mana tau kalau Ali ketam ada penyakit Rambutan dan deman labi-labi.

    Syiok nya tengok umno gelebar.

    BalasPadam
  2. Punk rock lu agak2 boleh masuk gig tak?Agak-agak dorang leh lepak ngan Aru Koffin ke lu agak?Dengan otai2 gig kita..

    BalasPadam
  3. Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

    ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

    Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

    "Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

    "Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

    "Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

    Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

    Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno," ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

    Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

    "Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa," jelasnya.

    Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

    "Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini," katanya lagi.

    Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program "Kembara Kasih bahasa".

    "Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

    "Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

    Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

    Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

    Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim._

    BalasPadam
  4. UMNO tak berminat agar disarankan namanya ditukar pada nama asalnya PEKEMBAR. Jangan buang masa menyarankan demikian kerana UMNO pada falsafah dan terasnya bukan berminat sangat dengan kebangaan ada nama Melayu. Ia cuma minat nak punggah kekayaan negara dengan menggunakan kaedah 'Ketuanan Melayu' Mainkan semangat Melayu ke tahap maksimumnya, jangan pedulikan sama ada ia sungguh-sungguh memperjuangkan kebanggaan Melayu, yang penting dapat mengguna semangat Melayu agar dapat berkuasa dan terus berkuasa dan mempermainkan semangat Melayu. Sama juga ada golongan yang mempermainkan semagat agama tapi tuntutan agama sebenar tidak pula dipedulikan, janji mainkan semangat agama dan dapat berkuasa kerana kuasa itu boeh memabukkan dan memberi nikmat sedapnya nafsu berkuasa melebihi segala-galanya.Hilang kuasa itu akan membuat mereka panik dan terus memperhebatkan lagi main isu perkauman atau agama yang lebih sempit kerana rakyat masih bebal untuk mengenali isu sebenarnya. Maka nama UMNO tak perlu diubah, lagipun jika diubah pada PEKEMBAR, sebutannya agak aneh, kekok, ganjil dan tiada nuansa perkauman, tak 'cool' dan naka muda langsung tak tertarik dan akan me'ridicule'kan mereka.

    BalasPadam
  5. Orang tua ni dah 87 tahun umur dia. No wonder dia cakap mengarut sikit. Masa dia jadi MT tak terfikir pulak nak tukar jadi PEKEMBAR.

    Bila tengok UMNO jahanam, salahkan nama UMNO pulak. Hahaha. Nyanyuk!

    BalasPadam
  6. Bos... ada tinguk gamabr anak si Flip flop Nazri?? wah... macam dok kat america plak...

    aku terjumpa website yang tunjuk KJ menari pakai baju ppuan masa di Uni... cuba ko expose...

    BalasPadam
  7. pakembar is a punk rocker!!!!

    hahaha..cam lgu ramones jekk!!

    BalasPadam
  8. perkembar ke, perkemak ke, kalau da penyangak tu penyangak la jugak...dulu, kini, dan selama-lamanya.....7 april nanti bro, 2 bukit 1 batang..kah kah kah.......

    BalasPadam
  9. taruk la nama apa pun..bahalol akan tetap jadi bahalol juga..

    nan

    BalasPadam
  10. haha! baru nak sedar nama UMNO tu rhetoric acah-acah ayam perjuang kan melayu...

    alahaiiiii.... gile sembap... dah 51 tahun merdeka baru sedar..

    gelak besar laa... selama ni orang melayu kene tipu bulat-bulat cakap UMNO perjuangkan melayu... nama pon dah orang puteh apa yang melayu nye ooiiiiiiiiii!!!!!!!!!

    BalasPadam
  11. Tukar la apa nama pon, re-branding ke hapa ke, PEKEMBAR ke...Pergi jahanam sama UMNO nih.

    RAKYAT DAH MUAK LA NGAN UMNO.

    RAKYAT MAHU KUBURKAN UMNO.

    RAKYAT MAHU KUBURKAN SULTAN2 BODOH CM NAZRIN BARUA NIH.

    rakyat rilekss je...

    Rakyat akan tengok UMNO MENGGALI LUBANG KUBURNYA SENDIRI.

    BalasPadam
  12. NAK JADI PUNK ROCKER? HUA..HUA..HUA... BIASANYA ORG2 YG DAH NAK PENCEN NI SUKA PERGI KE DANGDUT. ORAG UMNO NI MMG SYOK PEGI DANGDUT SEBAB ADA GRO YG GEBU-GEBU ( GEMUK2 MCM ROSMAH KURANG SIKIT). DUNIA UMNO NI DAH TERBALIK, DARI DANGDUT TERUS JADI ROCKERS PUNK....HUA..HUA..HUA...

    BalasPadam
  13. Pekembar tu band indie dari Bandung ke? Akan main kat Sunburst Sabtu ni ke?

    Kalau belum ada, nak ambik nama tu sebelum UMNO gerombolan cekup. Buat lagu shoegaze macam Jesus And Mary Chain atau Deerhunter. Tapi boleh fusion dengan gamelan. Hmmmmm...

    Dengar lagu Jesus And Mary Chain takkan jadi Kristian macam saya, yo. Hahahahaha.

    BalasPadam
  14. UMNO di tukar nama,
    pakenbar masuk buka cerita,
    apa khabar orang Melaka,
    MB awak menyorok di mana??

    kah kah kah kah....

    jangan belit-belit...
    kalau tidak katakan tidak kalu ya katakn ya,
    jangan selit-selit,
    nnt kalau kantoi hati pasrah jiwa terluka,

    kah kah kah....

    si tua bangka mula bicara hendak menekan ,
    Nama di tukar penutup kemelut jalan,
    wahal si gagak tua bukan itu yang rakyat mahukan,
    rakyat mau tukar kerajaan.

    ka kah kah....

    tumpang lalu pak rais...

    http://jebatderhaka0.blogspot.com

    BalasPadam
  15. UMNO patut dijenama barukan dgn nama UMNONOK lagi sexy ... buleh puak2 yg gebu2 pulak ambil aleh ....baru dapat karau balik penyokong2 ....

    BalasPadam
  16. pa kap mim ba

    pekembar ...


    keh keh keh dah pandai guna bahasa jawi sekarang .. sedangkan yang hapuskan jadi pun dia lah , yg nak lemahkan bahasa melayu pun dia lah


    PEKEMBAR - Persatuan Kebangsatan Melayu Hambar

    BalasPadam