Khamis, 5 Mac 2009

PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA


PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA


Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.(TT)




49 ulasan:

  1. memng karya yang bagus

    BalasPadam
  2. isham, kau ni umur berapa?...58?59?60?..tak silap lingkungan ini kan...

    tapi gua respek betul dengan pemahaman kau terhadap anak muda sekarang...jarang ada orang tua yg masih sejiwa dgn pemuda pemudi ni hahaha...amy search yg rock n roll pun dah macam ke arah 'keagamaan'

    tapi ada satu point kau salah dalam artikel ni. masih ada satu raja yg dihormati anak muda malaysia - raja petra. tshirt "i am with rpk" itu ari sold out beb

    BalasPadam
  3. salam TT,

    melayar sambil belarjar....

    good article...

    BalasPadam
  4. 'Listen a hundred times; ponder a thousand times; speak once.'

    'Its the man and not the rank'.

    Point taken bro.Good one Cifu.

    BalasPadam
  5. nice..ulasan saudara amat tepat mewakili suara anak2 muda intelektual zaman ini..

    BalasPadam
  6. Bro Hisham,

    Kalau orang putih kata, respect has to be earned!

    BalasPadam
  7. Tahniah saudara tukartiub idea dan catatan yng mantop.dan padat...untuk generasi siber.Fikiran dan idea inilah yang tidak ada pada pemimpin sekarang yang takut kehilangan kuasa
    dan penghormatan. Kenapa mesti kita perbesarkan isu DERHAKA dan hormat "respect" ...yang dtg secara semulajadi.Rakyat akan hormat pemerintah dan pemimpin berdasarkan sikap dan kewibowooan individu tersebut...kepimpinan melalui tauladan???Adakah rakyat sekarang masih buta hati dan buta
    telinga...untuk menilai semua itu.
    Sejak dari sekolah lagi murid dah tak hormat guru...kerana cikgu gatal...gangguan sex...rogol dll.
    Bila dah bekerja kena lagi bos yang lebih dahsyat...bila masuk politik terdedah lagi keruntuhan moral pemimpin ...minta sex...politik wang dan berbagai lagi yg tidak terfikir oleh akal..jadi dimanakah akan tersemai
    rasa hormat dan patuh kpd pemimpin
    pada generasi siber ini.Kesimpulannya jgnlah kita masih bermimpi lagi dgn khayalan dan kebodohan yg ingin kita perta
    hankan secara paksa terhadap rakyat
    bukan penghormatan yg datang malahan kebencian dan penghinaan yg kita dapat.Sebenarnya kalau disebut sindrom DERHAKA ini adalah lebih parah dan kritikal...bila ramai generasi sekarang..derhaka
    kpd ibubapa...inilah kenyataannya
    kenapa penyakit dan budaya dosa yg paling berat ini tidak pernah kita
    pertikaikan dan diperbesar2kan seperti isu derhaka kpd raja???Kenapa tidak ramai berani membincangkan isu ini...adakah kerana ramai daripada kita tergolong dlm kategori ini...sebagai anak derhaka???

    BalasPadam
  8. walaupun ak xde lg tym che guevarra hidup,ak still dpt respect perjuangan dia,,walaupun the beatles
    famous zaman 80an ak ttp suka dorang smpi arini,,walaupon maradona ade kes dadah ak tetap meminati permainan beliau,,walupon P.Ramlee dah xde tp org still tgk cite2 arwah...tetapi bab MAHA-death ak respect sebab kezaliman nya,,pak lah di respek cos hobi yg unik(ketiduran),last skali Najis c4 di hormati kerana kebolehannya emnghilangkan orang

    BalasPadam
  9. Raja tidak 'dihormati' lagi zaman sekarang kerana baginda tidak ada kuasa untuk memberi projek dan kontrak. Yang ada kuasa bagi projek sekarang ialah Perdana Menteri.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. Padanlah kau dianggap bahaya Isham. Tulisan kau betul betul power. Aku sokong 200%. Aku nak bagi anugerah sastrawan reformasi pada kau. Kau tak datang pun tak apa nanti aku pos anugerah tu.

    Nampak gaya kalau raja tak ubah taktik lagi 4 pilihanraya bungkus mereka.

    BalasPadam
  12. Bravo! Bravo! Brother Isham, another fine view and very academics. Truth hurts but that is reality even the so called royaltist have to accept. One will earned respect from others by respecting the others!!!Long live tukar tiub!!!

    PhantomOftheopera

    BalasPadam
  13. Suatu mahakarya yang membuka minda kami semua!
    Muda selamanya!!!

    Piiirah Daulat Tuanku!

    “Better to die standing, than to live on your knees.” - Che Guevara

    BalasPadam
  14. Raja adalah umpama seperti biawak hidup. Semua rakyat yang tanggung. Raja hanya melepak memghabiskan masa aje. Apa kerja Raja.? Kalau setakat pergi rasmi masjis-majlis sape pun boleh buat..

    Benar ke seorang raja tu Ketua Agama? Jawapan nya piiirahh mabuk..? Hang memang Raja Cabuk la.. Tiap-tiap malam kamu pergi solat berjemaah kat mana..? Jarang nampak batang hidung pun..

    Kalau benar kamu tu ketua agama, kamu raja harus tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat, menegur pemimpin-pemimpin bawahan kamu yang tidak amanah dalam menjalankan tugas. Bertegas dalam soal agama..

    Piirraah Mabuk Lu Sultan Ke Raja apa nama.. Lu ingat nama lu mula dengan raja tu dah bagus ka..? Ada penasihat agama kiri kanan pun lu tak mau ikut. Sultan pun taik burik dan kaki pantat..

    Woi sape-sape kerabat raja yang baca ni, balik kirim salam la sama lu punya sultan.. sikit hari lagi pupus la puak-puak lu.. Lu Raja yang banyak menyusahkan rakyat..
    Cilanat lu Sultan & Raja.

    Babai. Cibai lu..

    BalasPadam
  15. ITU sebabnya kita harus membuang budaya feudal ini kerana membudayakan sesuatu itu bukan kerana alasan yang logik tetapi berasaskan sesuatu yang tidak rasional. Budaya feudal mengkononkan 'daulat' itu magis, tak boleh dibakulsampahkan sedangkan daulat itu satu alat psikologi untuk manusia mempercayai bahawa daulaut itu ada kuasa magis atau istimewa, jika tidak percayanya nanti rosak kestabilan negara atau agama dan bangsa padahal itu semua karut. SE-karang ada golngan tak habis-habis mengguna alasan 'derhaka pada sultan' akan membawa kerosakan negara, sultan itu ada kuasa magis, terpelajar, kaya pengalaman tanpa disedarai kuasa feudalnya telah banyak juga merompak harta negara. Sekarang kuasa feudal menentukan adat-istiadat agama Islam, kononnya menjaga hak keistimewaan Melayu, menentukan tarikh raya fitri dan haji. Semua nya telah diaturkan oleh kolonial dulu. Feudal menjadi penghalang kepada kemajuan demokrasi.
    Bagaimanapun kuasa feudal sedang ditentang hebat dek urbanisasi, golongan muda yang cerdik IT dan juga masyarakat yang semakin celik kerana terdedah dengan globalisasi.

    BalasPadam
  16. Alo Bro & pembaca sekalian.
    19 hb April akan datang ni hari jadi Raja Perak. Sempena hari jadi mamat yang mengaku sultan ni apa kata kita pakat hantar hadiah sampah-sarap, botol kicap, selipar jamban, stokin cekam, seluar dalam koyak atau apa saja.

    Kumpul banyak-banyak dan bila lalu depan istana kita buang atau longgokkan depan istana. Biar berbau semerbak. Rakyat negeri perak yang boring dan benggang denga raja jangan gantung bendera.

    Tunjukkan protes rakyat kepada raja bahawa mereka menyusahkan kita dan mereka tiada nilai bagi rakyat..

    BalasPadam
  17. Sebagai orang muda aku menghormati Sultan sekiranya Sultan menghormati dan memahami aspirasi rakyat..mendengar hati nurani dan keluh kesah rakyat..tapi senario hari ini khususnya dalam konteks isu negeri Perak..jelas Sultan telah gagal memainkan peranan nya sebagai pelindung dan pendamai rakyat yang bernaung di bawahnya..jangan salahkan kami..jangan paksa kami untuk menghormati..

    BalasPadam
  18. RASULULLAH SAW dilahirkan yatim dan disusui oleh orang dusun dan pengembala kambing.

    Namun Allah angkat darjatnya sebagai nabi dan rasul. Manusia sejagat junjung belia sebagai contoh teladan dan pembawa sinar keluar dari kegelapan keseluruh alam maya.

    Untuk menjadi manusia yang berguna hanyalah kepada ALLAH yang patut kita sembah dan tiada lain daripada ALLAH dan Nabi Muhammad saw adalah contoh yang terbaik sebagai ikutan.

    BalasPadam
  19. Highlight:
    Hakim Ridhwan tak eligible untuk halang speaker dari buat sidang tergempar DUN...

    kontrak dier tamat 1/3/2009
    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19638-perak-muddles-further-with-ridwans-eligibility-to-judge

    please disseminate!!

    BalasPadam
  20. kau betul bro..kehormatan bukannya dicari tapi diberi sendiri oleh org yg nak hormat...aku respect artikel mcm ni...semua manusia sama saja disisi ALLAH..

    BalasPadam
  21. Ulasan yang mantap. Ya, penghormatan bukan dipaksa.

    BalasPadam
  22. nice and briliant...
    penghormatan yang benar tafsirannya...
    syabas buat HR

    BalasPadam
  23. yeahhhh terbaek ! this is it !

    giler la., papehal Bulan ni band Lamb of God dtg indon beb ! satu

    penghormatan tu nama dia !

    anak2 muda zaman skang dh x bole blahh ngan org2 tua yg poyo2 hahaha,

    bro isham the coooooolest malaysian's!

    BalasPadam
  24. tokoh yang sentiasa dihormati dan ditaati sepanjang zaman ialah rasulullah saw..

    BalasPadam
  25. pk isham... tahniah.. semoga golongan tua pun baca artcle nih...
    penghormatan yang ikhlas buat pak isham

    apa ada dengan raja darah sama merah!

    BalasPadam
  26. selamat tinggal sistem feudal,

    Lama sangat dah hisap darah rakyat.

    BalasPadam
  27. Bang, bang, abang nie macam vintage wine lah bang, abang tak "grow old" tapi "mellow" - dengin izin - kah kah kah.

    Wacaya samalu lah beb......

    BalasPadam
  28. bravo.. clap clap clap

    BalasPadam
  29. Bro Hisham,

    Tulisan saudara sungguh berkesan. Mudah difahami dan isinya sungguh tajam menikam.

    Walaupun tulisan ini ditujukan pada keadaan semasa, pada masa yang sama kita boleh sama-sama mengambil iktibar untuk dijadikan panduan harian.

    Jangan Mati Anak,
    Biar mati adat,
    Jangan mati tak ada maruah.

    BalasPadam
  30. Bro hisyam..izinkan saya panjangkan article saudara kehalaman harakah..
    sekian terima kasih.

    BalasPadam
  31. bila Raja/Sultan dah tak mampu mempertahankan hak rakyat, nak kena hormat juga ke?

    Teringat masa kecik2 dulu...main raja2 belakang rumah, tepi longkang..."daulat tuankuuuuu...jilat juburkuuuuu!!"

    BalasPadam
  32. semoga Allah mengampunkan segala dosa dosa kau yang menghina raja raja melayu

    BalasPadam
  33. Sesungguhnya engkaulah melayu berhati najis

    BalasPadam
  34. bro, bilik aku, aku gantung gambar HD Sportster 883.. ntah bile nak dpt pakai... cisss...

    gambar guns n roses pon ade.. ciss

    gambar anuar zain, aku tampal kt pintu jamban... x tekeluar najis aku.. cisss

    dua orang yang aku kagum : Tun William S.Harley n Tun Arthur Davidson.

    masa study dulu, dorang jd case study aku.. ciss

    BalasPadam
  35. gmpak le ang... penghormatan untuk di beri bukan di minta... ye dak... beri tabik spring dekat POLIS.. kes kugan tersebar!

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/kes-derhaka-baru.html

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/baginda-pun-tak-kisah-pemilihan-umno-di.html

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/post-mortem-ke-2-kugan-ini-betul-betul.html

    BalasPadam
  36. Aku sanggup bayar harga tiket mahal2 utk tgok konsert M.Nasir mcm baru ni kat Istana Budaya.

    Tapi kalau nak pegi dengar ucapan mana-mana Raja kat Malaysia ni, bagilah upah pun atau sediakan penginapan dan pengangkutan ke tempat diorang berucap, malas aku nak pegi.

    Tak kira la Nazrin ke, Azlan ke sapa ke.

    Eloquant speech ke idak ke.

    Diorang semua cuma tau ngabiskan duit rakyat je.

    Nak berlaku adil ikut undang-undang dgn kuasa yg ada kat tangan diorang pun payah.

    Lantak le korang nak melingkup ke apa.

    BalasPadam
  37. Bro Sham...

    Catatan yang cukup power,tepat,betul dan right on spot!!! Gua tabik sama lu!!!

    BalasPadam
  38. kalau ungkitkan kembali, time zaman penjajah british dulu puak2 raja ni mana ada tolong pon puak2 rebel.. sama jahanam jer mcm british dulu..rompak duit rakyat yg x seberapa. adakah puak2 raja ni perlu dihormati?

    BalasPadam
  39. PRU 13 nanti apa kata kalau bro isham jadi calon pakatan rakyat??
    mane tau untung badan...
    klau memang gamat la dewan....
    duk plak sebelah ibrahim si katak lompat..
    wak kah kah kah...

    apepun karya bro isham mmg ak salute....100% original

    BalasPadam
  40. daulat tuanku..jilat juburku..tak jilat aku luku...

    kah..kah..kah...

    brader Isham memang best..

    i love u..

    Hidup Tukar Tiub..

    BalasPadam
  41. betul kata lu mat... apa yang kau kata telah diketahui semenjak 1400 tahun yang lepas dan mungkin lebih lama dari tu...

    Dimulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

    Surah An-Noor(Cahaya)

    24:55

    Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan membuat kebaikan bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi tenang dan aman. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun selain dari Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir(tidak percaya) sesudah (janji) itu, maka merekalah orang-orang yang fasik(sentiasa membuat dosa besar).

    ngahaha.. malang nye.. masih ramai orang men-deny kan janji-janji Allah S.W.T. malah memperlekehkan lagi dengan comment macam YB Raz Gothic.. punya laa supreme sultan tu sampai tak boleh kene usik.. dia ni betul nak geletek semut tapi semut pon mati..

    kepada YB Raz Gothic.. baik menelaah ilmu bebanyak.. bebaskan pemikiran sempit perkauman dan sultan tu POWER/SUPREME yang akhirnye bawak kita ke arena kesesatan... baca ayat kat atas tu dan paham kan orang macam mana yang kita kena kasi penghormatan...

    kepada orang-orang sempit perkauman.. baik balik kanchong darat daerah kuala langat, selangor.. lepas tu mandi kat pantai morib(paling cantek kat atas muka bumi ni)

    BalasPadam
  42. artikel yang sangatttttt bagus dan mantap. tahniah bung hisham.

    cuma sayangnya kamu tak sembahyang sheikh. kalau tak, sudah tentu artikel ini akan jadi piagam PAS dan didukung oleh pak-pak lebai dalam PAS

    BalasPadam
  43. Penghormatan juga sering berubah2 penilaiannya oleh org ramai. Bergantung pd perilaku orang yg dihormati.Peratusnya boleh turun dan naik. Contohnya Siti Nurhaliza, dulu org ramai boleh dikatakan respek kat dia..tapi lepas dia berjodoh ngan Dato K, mcm dh kureng sikit, meskipun kita sedar, ajal n jodoh ditgn Tuhan.
    Tapi penyanyi Jamal dgn Saleem, wlwpun mcm2 hal depa ni, tapi peminat tak kutuk sgt pun. Lagu sepanjang masa berkumandang tanpa jemu.
    Jadi~ Penghormatan datang dgn sendiri, cuma bezanya dtg dlm keadaan samada sukar atau mudah. TAPI nak kekalkan penghormatan tu, adalah satu kerja yg sukar.

    BalasPadam
  44. yaaa betuuulll!!!

    bro,poster band Dum Dum Tak ade x?nk satu..kahkahkah..baru beli album dorg 'hentikan penindasan' kat periuk nasi..kahkahkah

    BalasPadam
  45. aku x rasa tulisan ko ni bagus sangat..ko cuma pandai cedok idea dan pandangan bangsa lain.banyak tokoh2 yg ko sebutkan semuanya dari kalangan kafir belaka.kalau ko titip catatan tokoh sejarah islam pasti ko nampak ada perbezaan dalam ideologi mereka.sayang seribu kali sayang...islam sepautunya menjadi wadah rujukan telah dipinggirkan dari sudut pandangan nafsu..memang diakui semua manusia kalau dikumpulkan akal fikiran mereka pasti mencadangkan atau nberpendapat yag baik.tapi...kalau tiada garis panduan yakni quran dan snnah pasti pendapat tadi akan membawa kebinasaan

    BalasPadam
  46. saya suka catatan ne bro hisyam...
    sangat2 mengorek otak kluar x mudah di paksa dn d exploit kerana ketidak adanya pangkat kita sebagai orang biasa.....system beraja mmng patut sdh lama untk di hapuskuburkan...
    raja bkn ada buat apa2 pn untuk mengubah baikan lagi hidup rakyat...
    hanya memegang tongkat tunggu untuk mangkat...hormat raja hanya di adakan untuk kita saling terpaut kepada pemerintah....

    klu untuk buat approve decision kontrek ini lantik itu buang menteri ini buang hakim itu...memang sgt buang masa dan ambil masa...kerja seorg ble buat...apprve by raja kapoor with advice menteri tk mandi.....membabi...sama jgk PM yg buat keputusan...advice dr PM tk mandi....puihhh
    btw suka sma karya yg ne....
    buka minda orang...

    BalasPadam
  47. bro, gua baru tjumpa tulisan lu yg masterpiece nih...

    tahniah bro dari gua...gua che gumbira lah adik tiri che guvera...


    hidup rakyat. meRAKYATlah negara!

    BalasPadam