Ahad, 15 Mac 2009

POKOK DEMOKRASI DI GANGGU LAGI !!!





SI LOTONG DAN POKOK DEMOKRASI

Sebatang pokok yang bernama demokrasi
Ianya tumbuh segar menghijau
Berdahan rendang
Bertunjang dalam

Dibawahnya rakyat berteduh
Dibawahmya rakyat berbincang
Dibawahnya rakyat berpesta

Datang saekor lotong
Tidak diketahui asal usulnya
Dari bukit mana lotong menjelma
Dari kumbahan mana si lotong muncul

Si lontong melihat pokok yang rendang
Daun menghijau melambai indah
Si lontong meloncat terus memanjat
Tangannya gatal buntut nya hangit
Si lotong bertandak si lotong bergayut
Dari dahan ke dahan si lotong meloncat
Habis daun habis pucuk
Di koyak rabak di kencing hangit


Maka berkumpul rakyat seluruh negeri
Melihat si lotong gila menari
Tidak di ketahuinya makna demokrasi
Rakyat bersorak menghalu pergi
Si lotong merasakan dia menteri

Rakyat membaling kasut dan selipar
Si lotong takut terketar-ketar
Lalu tercirit lari masuk belukar

Maka rakyat pun membuat sumpah mentera :

Oooom segala ooom
Oooom tinggi melangit biru
Dewa segala dewa
Dewa datang dari Banjaran Titiwangsa

Siah si lotong tak tahu adat
Siah hantu jembalang ligat
Siah segala puaka makripat
Jika kau datang lagi
Kasut dan selipar datang berselirat

( Dibuat untuk mengingati Pokok Demokrasi yang baru saja di ganggu oleh jentolak Majlis Bandaran Ipoh pada jam 7.00 pagi Ahad 15 March 2009 )




18 ulasan:

  1. `jika kau datang lagi, kasut dan selipar datang berselirat'
    (kah kah kah! kah kah kah!)

    BalasPadam
  2. Maka datanglah arahan,

    Arahan dari siapa ?
    Dari King !
    King mana ?
    King of the King !
    King Kong !

    Kepala otak gerombolan berjambul,

    BalasPadam
  3. Jangan dibiarkan mereka melakukan sesuka hati saja terhadap hak orang ramai. Buat laporan polis. Biar polis yang melaksanakan tugasnya menyiasat dan menangkap orang yang melakukan jenayah itu.

    Dalam Malaysia ada undang-undang yang mesti dipatuhi oleh semua pendatang dan warganegaranya.

    Mungkin dalam padangan anggota polis diraja Malaysia hanya ahli dan parti pembangkang saja yang melakukan kesalahan. Segera disiasat dan ditangkap. Sedangkan ahli dan pemimpin dari parti UMNO orang yang baik-baik saja. Kalau pun mereka sebenarnya samseng, biarkan saja....

    Kalau polis diraja Malaysia hanya menjaga keselamatan ahli UMNO saja, rakyat yang bukan ahli UMNO dan tidak tidak berparti mesti wujudkan pasokan polis sendiri demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda mereka.

    Apa kata ketua polis negara... jangan ambil alih kuasa polis....?

    BalasPadam
  4. apalah dosa pokok tu, nak bagi udara dgn tempat berlindung pun, manusia rosakkan...

    Jasamu, dalam ingatan,

    BalasPadam
  5. depa xsayang pokok,depa sxsayang batang pokok,depa xsayang dedaun pokok....depa sayang bini.kakaka

    BalasPadam
  6. perkara macam nie memang dah di jangka berlaku MBI dah declare pembinaan tugu tak dapat pengesahan.....

    beruk dan lotong tu dah di latih oleh tuan umnonya supaya buat kacau..

    BalasPadam
  7. Apa nak jadi dengan korang nie??Terima jelah hakikat yang korang dah kalah..lagi satu,tak payahlah dok bising2,kalau hebat sangat pergilah berarak lagi,merusuh lagi..bukan ke itu buadaya korang??tak payah ikut undang2,tak payah apply permit,mari kita kasi huru hara ini negara..Iyeeargh..PR dah tumbang perlahan2,BN pulak dah semakin bertambah baik..apalah yang korang dok nak carutkan..Buat benda bodoh,ada ke bersidang bawah pokok..dah tak boleh nak fikir sangat ke??pergilah bersidang kat Hotel ke,dewan badminton ke..kalau tak mampu sangat pergi bersidang kat dewan bahasa dan pustaka..hahahaha..

    BalasPadam
  8. aku rasa di Perak ni mengalami situasi yang sama macam di Israel,dimana pokok-pokok zaitun yang ditanam oleh orang-orang Palestin habis dicabut dan ditebang oleh orang Yahudi........apalah dosa pokok-pokok tu. mentaliti kelas ketiga. yang buat kerja macam tu kebanyakkannya bangsa Melayu,Islam ke tidak...aku tak tahu..Apa pasal tak tebang terus jer pokok besar tuh, bakar ker, bom ker? biar puas hati korang. Biar satu dunia tahu,setakat mana tahap pemikiran orang kita. Aku betul2 malu......

    - sahabat alam -

    BalasPadam
  9. Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.

    Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.

    Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.

    Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
    Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.

    Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.

    Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
    inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
    Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  10. Abg. Isham,
    Memang patut tempat tu di bulldozerkan kerana tempat tu berhantu!!!Mengganggu si anu tu tidor. Siang terbayang malam terkenang.Makan tak lena tidur tak kenyang!

    BalasPadam
  11. isham,
    sedap bunyi sajak nih, semangat!!!

    i baru baca orang Perak berbalas pantun dengan Osman Jailu yg keluar PKR arituh. Mesti tergelak, wa cakap lu!!! Wakakakakaaah

    BalasPadam
  12. Kelakar betullah..agaknya apa2 benda yg ada kaitan dgn pembangkang semuanya salah.Sampaikan pokok yg tak berdosa tu pun jadi mangsa.Apalah pemerintah Msia ni..macam budak2 pulak.

    BalasPadam
  13. Mungkin pokok demokrasi itu mengganggu kabel2 elektrik kah, atau mungkin juga membahayakan keselamatan pejalan kaki kah.
    Atau mungkin hati mereka sakit tengok pokok itu. Sudah sekian lama sekarang baru mahu potong. Dengan pokok pun boleh dipolitikkan.
    Kurangnya kematangan dalam politik Malaysia.

    BalasPadam
  14. Biarlah runtuh plak demokrasi ker apa nama ker.. asal jangan runtuh dan punah semangat perjuangan sudah lah..

    Kebenaran pasti hadir

    http://bloglist-politik.blogspot.com/

    BalasPadam
  15. Tukar Tiub,

    Pyanhabib,

    `jika kau datang lagi, kasut dan selipar datang berselirat'

    Mungkin itu no problem, kau yang datang otu tidak heran sangat.

    Dikhuatiri ialah TEROMPAH datang berselirat.

    Benjol 7 keturunan.

    Kelak jadi DS Jendol bin Benjol!

    Panadol?

    Usah ditanya pada Sarip Dol...

    (kah kah kah! kah kah kah!)

    BalasPadam
  16. al -fatihah...

    kepada pokok dan juga kepada...demokrasi...

    semua pencinta pokok dan pencinta kehijauan sila bersatu!! pokok sengaja dijentolak! ini menyumbang pemanasan global!! oksigen berkurangan di ipoh!!

    pokok sengaja dijentolak untuk menutup sejarah. pakatan rakyat tidak layak untuk berada dalam sejarah...

    sejarah hanya boleh ditulis oleh umno...tengoklah...sampai 5 generasi akan datang pun gerombolan ni nak kontrol...hahaha...

    sampai masanya umno/bn dijentolak dalam 3 pilihanraya kecil!!

    BalasPadam
  17. apa punya bahlul kepala dongga korang nih..

    Pokok itu tak dicabut, diganggu pun tidak.

    Yang dicabut 'plak haram' korang tuh.

    100 kali korang pasang balik 'plak haram tuh', 108 kali aku cabut balik.

    ada reti yop???

    BalasPadam
  18. aku da agak da...

    BalasPadam