Sabtu, 14 Mac 2009

TERKINI !!! BERTANYA KHABAR



APA KHABAR ORANG DISANA

Hello Orang Melaka Apa Khabar?

Hello Ali Rustam ada sehat ?




15 ulasan:

  1. pesal?pesal?..pesal tanya melaka? ketam tu dah mati ke?

    BalasPadam
  2. TT, ini kisah dia pancing ikan kan? Berapa ekor TT? lebih 10 dan bawah 20 kan? Kesian dia ....tsk..tsk... ikan ikan!

    BalasPadam
  3. Saya sihat Syam, yang kau sibuk2 nie pasal ape? Tak boleh tengok orang senang sikit ke?

    Tumpang sikit...

    woit pasal apa usik saya kah kah kah

    woit nie nak bertanding nie kah kah kah

    woit jangan sibuk2, backhand kang sampai kat muka kah kah kah

    Camne, ada macam abang tak, kah kah kah...

    BalasPadam
  4. apa?...ali ketam?...masih sihat sebelum 'dibogelkan'. mat tempe jer yg tak sihat sbb dah 'xder seurat benang' pun...kah..kah..kah..

    BalasPadam
  5. Ini pasal laptop ke, sham?....Biau betul kau sham....kahkahkah

    BalasPadam
  6. khabar baik bro...org melaka semua baik2...babi2 di paya mengkuang pun sihat2..kahkahkah...lampu kat bangunan2 kerajaan pun dah makin byk (tp swasta tukang bayar)..bila malam jer, lampu2 dah mcm gereja..kahkahkahakah..

    apa cer ni bro??wakakakaka

    bro..gua org melaka..tp jgn kutuk melaka jer..kahkahakah..

    BalasPadam
  7. kahkahkahkah Melaka dengan Rustam tak dapat dipisahkah, Rustam dengan kebodohan tak dapat den nak nolong jang!

    BalasPadam
  8. Salam bro

    Hahahahahah
    Heheheheheeh

    Anak toyo selangor dah naik angin
    sampai tarik jangut orang n ugut

    Nanti ali ketam pulak bagi babi pada orang sebab dia ni kaya kerana babi

    telanjangkan ali ketam bro
    dengar kata dia ni ada anak luar nikah betul ke bro

    telanjangkan n li**t je ali ketam ni

    BalasPadam
  9. Hahahahahaha Ali ketam kena gantung.

    BalasPadam
  10. Ulasan tok minggu ini.

    1.Draf perlaksanaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa(SIAP) di parlimen.

    Pak Lah sebelum menyerahkan kuasanya kepada Najib perlu menubuhkan SPRM,Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SIAP.Majoriti 2/3 diperlukan untuk menubuhkan kesemua suruhanjaya ini dan sudah tentu Pak Lah memerlukan sokongan dan undi daripada ahli parlimen pembangkang.

    Ramai yang kurang yakin dengan penubuhan SIAP dan tak kurang yang bimbang jika Suruhanjaya ini kelihatan seolah-olah memihak kepada UMNO-BN seperti SPRM dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim.
    Ramai yang menuduh SPRM sebagai punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dan cuba menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.Ada juga yang merasa bimbang jika Musa Hassan dilantik sebagai Pengerusi SIAP.Jadi eloklah MP Pakatan Rakyat tak sokong draf ini sebagai langkah berjaga-jaga dan Pak Lahpun tak jadi serah kuasa kat Najib pasal tak dapat nak tubuhkan SIAP.

    2. Mini bajet RM60 bilion?
    Mahal tu...mula-mula kata RM10 bilion.Mana nak cekau duit banyak macam tu.tok heran juga.Naib tak sebutpun mana dia dapat duit sebanyak RM60 bilion ketika matawang ringgit jatuh ke paras paling buruk.BSKLpun tengah demam.Negeri pasir dua butir yang ada dua MB sudah tentu tidak meyakinkan pelabur-pelabur asing datang melabur ke Malaysia.

    3.Pendedahan untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam sidang DUN Selangor.
    Program people centric oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.

    Pelik kerana SPR dan Majlis Keselematan Negara (MKN)terlibat sama.Eloklah Pakatan Rakyat jangan menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri.Kena agresif dan tak cukup kita bertahan setiap hari menangkis tohmahan daripada media totok UMNO.

    3)Peralihan kuasa.
    Perjumpaan lebih sejam Anwar dan Pak Lah menghangatkan lagi iklim politik negara kita.Ada yang cakap kerajaan perpaduan mungkin ditubuhkan.Siapa pulak jadi PM kira kow tim lepas tu.Lagi kuatlah persepsi penyerahan kuasa Pak Lah kepada Najib tidak akan berlaku.
    Ada pula yang jadi nasi tambah kata isu moral menjadi punca Najib tak boleh jadi PM.Paper Perancis dah siar citer pasal Altantunya dan seantero dunia dah tahu.Isu hangat macam ni akan menjauhkan pelabur asing ke Malaysia.Naib kenalah korbankan kepentingan dirinya untuk jadi PM dengan kehendak negara yang berdepan krisis ekonomi global.Tok risau nanti matawang ringgit setaraf dengan rupiah.

    4.Negeri Pasir Dua Butir.
    tok tak mahu rakyat pening kepala tengok negeri pasir dua butir dirampas menteri pasola.ada memanda menteri kena jadi bomba pulak nanti.sementara hayat Pak Lah sebagai PM masih ada,eloklah bubarkan saja DUN negeri Pasir Dua Butir ni.janganlah gunakan alasan tak nak membazirkan duit.Dulu SPR beli dakwat tapi tak guna sampai sekarang tak bisingpun.Beli heli eurocopter yang mahal berkali-kali ganda daripada Brazil tak bisingpun.Kalau dah tak nak membazir kenapa rampas negeri pasir dua butir yang telah mendapat mandat daripada rakyatnya secara menjolok mata@ macam lanun.

    5)Isu bahasa Melayu
    Bahasa jiwa bangsa.UMNO dah hilang jiwanya pasal berbangga dengan Bahasa Inggeris.Eloklah korang semua apply kerakyatan Australia,UK dan USA.tok-tok menteri sekarangpun belajar sains dan matematik dalam Bahasa melayu.
    Negara Afrika seperti Zimbabwe dan Ghana belajar sains dan matematik dalam BIpun mundur sampai sekarang.
    Saintis nuklear India,APJ Kalam belajar kat universiti tempatan je.Tak pergipun oversea university.Tun Mahathir baru belajar kat Singapura dah bawa idea yang merosakkan bangsa.Ramai yang tinggal dalam rumah kotak kat USA dulu belajar sains dan matematik dalam BI.Rentikanlah membakulsampahkan bahasa sendiri.GMP jangan lemah semangat dan teruskan gerakan anti PPSMI ke seluruh negara biar rakyat semua tahu.ahli parlimen pakatan rakyat pulak jangan lupa tanya berapa kos sebenar PPSMI.

    6.Demo UMNO sah dan bukan perhimpunan haram?
    Setahu tok polis berkhidmat untuk rakyat Malaysia bukan untuk ahli UMNO sahaja.Ramai yang tak puas hati bila UMNO buat demo,polis senang je beri permit.Bila Pakatan Rakyat nak berdemo,polis payah nak bagi.UMNO berdemo kat KOMTAR tahun lepas siap dapat air mineral percuma.polis tak kacaupun.banyak lagi demo UMNO yang kira panas hatilah kalau kita tengok.UMNO demo kat rumah Deris Jusoh kutuk Yang Di Pertuan Agong natang,polis tak tangkap pun beruk-beruk tu.Natang dalam loghat Terengganu kalau yang tak tahu binatanglah maknanya.Tok nak MP Pakatan Rakyat desak dan bawak usul Musa Hassan letak jawatan sebagai KPN.Bila kepala keretapi dah ok gerabaknya akan ok jugak

    Tumbangnya UMNO tak merugikan Melayu.Itulah pandangan yang dikongsi oleh kebanyakan generasi muda Melayu.Dongeng semata-mata jika negara huru-hara jika UMNO tumbang.Exco Selangor boleh isytiharkan harta mereka secara online,UMNO-BN lebih 51 tahun memerintahpun tak berani buat.Nampak sangat UMNO tak telus.Eloklah dibubarkan kalau dah tak mendatangkan manfaat kepada rakyat.Bahasa Melayupun korang tak berani perjuangkan.

    Sebelum UMNO ke kubur dan rakyat makan bubur,eloklah kita bersatu hati memartabatkan bahasa Melayu.Orang dah pencen macam Tun Mahathir buatlah cara dah pencen.
    eloklah pegang tasbih dan ke masjid selalu.

    tok dan ramai beranggapan kemusnahan yang berlaku kepada negara sekarang berpunca daripada Tun mahathir sendiri.
    Pecat mufti,pecat ketua hakim,buang kekebalan raja Melayu dan pecat Anwar,TPMnya dan mengaibkannya.Ramai yang percaya Tun Mahathir dalang rampasan kuasa negeri pasir dua butir.

    Tok nampak negri Pasir dua butir sebelum ini boleh jadi model kerajaan perpaduan kalau ditambahnilai dengan penyertaan ADUN-ADUN UMNO ke dalam kerajaan negeri.Buang oportunis dari changkat jering,behrang dan jelapang.amanlah negeri pasir dua butir.itulah pandangan kebanyakan rakyatnya.

    tok nak rehat sat.mamak zambri.teh tarik wunek.wakakakak

    BalasPadam
  11. terima kasih kerana bertanya khabar...

    saya sihat walafiat

    terima kasih kerana mempromote nama saya di blog tukar tiub ini..rakyat melaka tumpang bangga

    insya-Allah saya akan minta rakyat melaka terus melayari blog ini dan termasuk ahli umno sendiri

    rakyat melaka dan umno melaka kirim salam pada saudara hisham...insya-allah saya akan lobi tun khalil bagi datuk kepada saudara hisham...

    BalasPadam
  12. aku ni kat melaka..baru semalam siketam buat pembukaan rasmi kat dataran pahlawan megamall...nampak semua gerombolan dan kuncu2 cilaka bekeliaran disana semalam...

    BalasPadam
  13. Menjelang pemilihan UMNO persaingan sesama spesis UMNO semakin sengit.
    Adegan cakar-mencakar,tikam-menikam,sms palsu dan surat layang beracun akan muncul.
    Kecelaruan tentang Pak Lah jadi atau tak jadi lagi PM berselang-seli dengan dapat tak Najib jadi PM.
    Puak-puak dan juak-juak Pak Lah semakin resah sedangkan kem Najib dah tak sabar menunggu bos mereka jadi PM.
    Ramai yang tertanya-tanya nasib KJ@menantu popular Pak Lah.Bukan senang nak jadi Ketua Pemuda kalau tak dapat support daripada bapa mertuaku.Mukhriz menjadi pilihan ramai kerana dapat restu ayahnya,Tun Dr Mahathir dan Najib.
    Hulubalang kanan KJ dah dua orang cedera parah dalam pertempuran,wan farid dan norza.khir toyo telah terkeluar daripada persaingan tapi jika wak khir sokong mana-mana antara KJ atau Mukhriz,pihak yang disokongnya itu akan menang.
    Di pihak kem Najib,ramai yang beranggapan Azalina Othman menjadi mangsa terbaru kerana menyebelahi Najib.tak pulak khir toyo dan memanda menteri UMNO suruh Azalina letak jawatan kerana setpolnya kantoi kat SPRM.Bukan kecik anak duit tu.RM75 ribu beb.

    Ali Rustam,Khalid Nordin,Hamid Albar dan Shafie Afdal dikatakan calon pilihan Pak Lah untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO.Muhyiddin dan Zahid,Hishamuddin pula dari kem Najib.

    Mat Taib,Rais Yatim,Rahim Thamby Chik dan Isa Samad terpaksa memulakan larian solo kerana tak join mana-mana team.

    Menarik untuk dikomen ialah Zahid Hamidi@ bekas ketua pemuda UMNO.Pernah ditahan ISA sehari kerana sokong gerakan reformasi Anwar.Sekapal dengan Najib,Mat taib,muhyiddin dalam team wawasan.mantan setpol najib dan dilantik Pak Lah jadi menteri kabinetnya.dulu pernah isytihar bertanding timbalan presiden umno tapi undur diri untuk beri peluang kepada muhyiddin.Sekarang jadi deputy chief kepada najib dalam UMNO Perak.

    seingat tok kerana kelantangannya akhbar harakah hanya boleh dijual kepada ahli sahaja.itu semua idea zahid.dah macam nak pencen daripada politik bila kena tahan ISA.zambri @ Menteri Pasola pernah ditahan ISA dulu kerana menyokong gerakan reformasi.

    Mungkin idea melantik zambri datangnya daripada zahid hamidi.tok tak tahulah zahid ni masih anggap Anwar macam kawan baiknya sendiri atau tak sekarang.dalam politik kawan dan lawan tak kekal lama.begitulah lumrahnya politik.

    Cadangan tok eloklah bloggers semua cari segala kelemahan zahid.macam wak khir kena.kita bongkar habis.tok percaya bila dia dah kalah dan tak ada tempat dalam UMNO,time tulah dia manis muka macam Berahim Ali mintak nak join Pakatan Rakyat.rakyat negeri Pasir dua butir sendiri dah tak percaya kat Zahid sejak dia jadi regu najib rampas secara haram negeri tu.

    khabar angin yang bertiup kencang,lepas je najib jadi PM,rombakan kabinet akan dilakukan dan muka-muka lama macam Muhyiddin,Rais dan hamid albar akan disingkirkan dan muka baru yang dibawa masuk Ismail said,jamaluddin jarjis dari Pahang,Nasir Fikri dari Kuala Terengganu.ismail sabri dan saifuddin Abdullah mungkin akan dikekalkan jika berpihak kepada Najib dan meninggalkan KJ.

    MB Pahang,Terengganu,Perak dan Perlis akan digantikan kerana tidak mesra Najib.di pahang,shakar shamsuddin akan menggantikan adnan yaakob.tok nan sampai risau dengan spekulasi ini sampai isytiharkan untuk bertanding MT UMNO.Derih akan kembali menjadi MB di Terengganu dan Isa Sabu akan digantikan oleh Shahidan Kassim.
    negeri-negeri lain juga akan terkena tempiasnya juga.itulah spekulasi hangat ketika ini.

    puak-puak dan juak-juak Pak Lah tengah risau dan berusaha mengekalkan pak Lah sebagai PM.Dalilnya mudah,kalau Pak Lah resign,karier politik KJ pun berakhir.

    Lumrah,dalam UMNO menang jadi arang dan kalah jadi abu.Awal-awal tok nak pesan kalau MP-MP BN berlumba-lumba nak join Pakatan Rakyat,cuba tengok Brahim Alipun akan join sama.Tok yakin sangat.

    janganlah lagi dipertimbangkan lagi kemasukan brahim Ali ke dalam pakatan rakyat.kena tipu sekali memadai daripada kena tipu berkali-kali macam pengundi-pengundi BN.Nasha,hee yit fong,jamaluddin dan osmanpun sama.

    tiada yang mustahil,pertemuan Pak Lah dengan Anwar menjadi bualan hangat penganalisis politik akan wujudnya kerajaan perpaduan.

    Tok tak ada masalah kerajaan perpaduan ini selagi MP UMNO yang join atau jadi kabinet keluar dari UMNO dan jadi bebas.Selagi jadi ahli UMNO,tok tak yakin kerajaan perpaduan ini untuk memenuhi kehendak rakyat.

    Jika Pak Lah ingin membaiki segala kerosakan yang dimulakan oleh UMNO-BN,mulakan dengan membubarkan DUN Perak.

    Kalau tak...mamak zambri,teh thani wunek....wakakakak.pinjam gelak radenjowo

    BalasPadam
  14. Tak Baik mengganggu keharmonian dan ketenteraman negeri TERCINTA. Sejak zaman MAJAPAHIT lagi, Patih Karma Wijaya makan buah kurma bersama ulubalang Daik kepala hotak berjambul, al kisah disebutkan orang bahawa sebenarnya HANTUAH masih hidup dan sekarang ini dia bekerja sebagai tukang cuci pinggan di kedai makan cina ahcing di melaka raya...kesian sungguh nasib HANTUAH kerana negeri tercinta yang dibelanya sebelum jaman kedatangan ALFONSO D ALBURQAQUE dan LOPEZ D' SQUIRELL telah akhirnya jatuh ke tangan anak cucu HANG LI PO dan LAKSAMANA CHENG HO....menyesal sungguh HANTUAH...Tapi apakan daya Hang Li Po dan Cheng Ho sudah pun datang dan mati....oh malang sungguh negeri ini...lebih baik hamba balik ke majapahit bersama maharaja MAR BOTOX

    Demikianlah diceritrakan orang dari mulut ke mulut sehingga ke hari ini, adapun ceritra itu benar atau tidak diketahui asal-usulnya, samada yang secara kebetulan atau tidak sengaja tidak diketahui usulnya...

    BalasPadam
  15. BARU JE BACA BLOG THE SCRIBE...A KADIR JASIN NAK MENGKHINZIRKAN RASUAH...LOL....TAKDE GUNANYA...KALAU KHINZIR PUN DITUKAR NAMA KEPADA RASUAH, AKAN BEREBUT2 ORG UMNO MELAHAP KHINZIR TU..... UMNO = RASUAH. TANPA RASUAH UMNO MAMPUS.... SEMUA PEMIMPIN ATASAN UMNO = RASUAH BESAR! KETAM KE, BOTOX KE, NO SPEKEE ENGLEESH KE...SEMUA PERASUAH BESAR!

    BalasPadam