Selasa, 14 April 2009
ADUN JADI TAKUT - LARI MENYOROK
JAMINAN POLIS : 10 ADUN TETAP TIDAK HADIR SIDANG DUN – berita hairan
Meskipun diberi jaminan polis keselamatan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) terjamin, sepuluh wakil rakyat tetap bertegas tidak akan hadir pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selagi suspek yang menghantar SMS ugutan bunuh tidak dikenakan tindakan.
Adun Ajil, Rosol Wahid yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri ketika dihubungi menjelaskan kumpulan itu bertegas untuk tidak hadir pada sidang dewan hari ini.
Pada jam 1 tengah hari tadi, Ketua Polis negeri, Mohd Shukri Dahlan, dalam sidang medianya menjelaskan polis menjamin keselamatan semua Adun BN berkenaan dan keadaan adalah tenang dan terkawal.
Katanya, Adun BN berkenaan tidak perlu bimbang kerana polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai SMS berbau ugutan bunuh yang diterima tiga daripada mereka.
kah kah kah… INI SUDAH JADI KES BESAR….kah kah kah…
kah kah kah… ATAU SENGAJA DI BUAT MACAM KES BESAR?.... kah kah kah
kah kah kah….
YB LARI LINTANG PUKANG
LALU PEGI KUALA BERANG
CARI PENYU RANTAU ABANG
MAKANG IKANG SORANG SORANG… kah kah kang..
bro...pantun lu buat gua gelak terkangkang-kangkang sampai masuk celah longkang..nampaknya politik penyu bakal bermula...
BalasPadamhe he ADUN BN sendiri pun tak yakin dengan kredibiliti polis Malaysia.
BalasPadamKisah 10 YB Penakut dari Terengganu sudah bermula.
BalasPadamSiapakah Paling Penakut antara sepuluh YB Penakut?
Kita lihat sapa yang kena!
Bang, bang
BalasPadamSaya rasa ni tektik orang UMNO nak pasang perangkap PAS bang.
Kalau 10 ADUN tak hadir, siapa majoriti dlm DUN bang?
Kalau pembangkang PAS buat usul undi tak percaya terhadap MB, UMNO dah untung bang. Tak payah susah2 orang lain dah dijadikan macai.
Jadi dia orang boleh kata, bukan UMNO yang bawa usul PAS yang "dajjal"
Ini saya andaikan kalau UMNO hilang majoriti dengan 10 orang DUN yang absent tu bang.
Kadang2 yang cantik tu tak semestinya indah bang.
"Blues ganu kite"
BalasPadamApa cite kugan ?
Apa cite Adi Anwar ?
Apa cite bomoh gigi ?
Apa cite FRU membutakan mata remaja di Kelantan?
Apa cite Altantuya kepala toya ?
Apa cite.....wow !!! banyaknya kes..
Ahak,ahak....penyu menangis melihat masjid kristal.
Woit...abang isham ! makang ikang sorang-sorang ha....mana aci !
maka 9 daripada 10 YB dari Ganu ini akan membawa sepanduk bertulis,
BalasPadamKAMI NOK IDERIH NATANG!!
ini cantik...boleh bikin pilem letup2 kakaka...pakai apa ya nanti ?...lastik ka kakaka
BalasPadamMacam lagu 10 budak hitam. Idris Jusoh dah masuk dewan petang tadi. Agaknya dah dapat call dari Najib la tu.
BalasPadamEsok, berebut-rebut lah nak masuk dewan sebab Najib dah bagi arahan suruh pergi.
tukar tiub bukang sembarang
BalasPadamcukup bijak membuat ulasang
komen politik komen kerajaang
orang ketawa terkangkang-kangkang
Kalau org yg kita suka tak datang sidang dewan tu, tentu kita guna ayat lain, tentu kita sokong dia.. tentu kita ckp kerajaan BN mmg nak bunuh dia. betul tak? mesti DSAI yg sntiasa kna khianat... mesti BN ske khianat... betul tak? mesti lim kit siang tu baik mcm ambia..mcm nabi2... betul tak?
BalasPadampolis bagi jaminan? mereka takut la... sbb polis juga bg minum clorox, polis juga bagi paru2 berair
BalasPadamapa lagi adun pembangkang..wat la undi x percaya..tu pun kalu ckp majoriti la..ble bubar dun..kang..kang..kang
BalasPadamDris Yusoh strike back......gaduh jangan tak gaduh ...sultan tak ada kuasa mutlak...
BalasPadamIni lah derhaka kepada raja.
BalasPadamMB tu Agong yang pilih.
Polis jamin keselamatan?
Dadah dalam lokap pon kena kebas.
Kugan duduk dalam lokap pon di tamat kan riwayat.
Anwar dalam lokap pon kena mata lebam
Black maria pon kena bakar.
Polis tembak polis sebab tak tau cara simpan pistol.
10 YB sudah hilang, mereka pergi join Bala.
Sampai kan salam kepada Bala.
ADUN lari ker pulau mana yer........hahahaah penyu ketawa orang gerombolan takut mati....
BalasPadamLain kali kalau ada nombor yg tak dikenali hantar SMS, jgn baca..padam terus..BAru ler tak terbaca. Ini, dah terbaca terus jadi takut...
BalasPadamWeh...ADUN duk tengah takut. TU mesti sembayang tak tinggal dlm sehari dua ni..heheheeeeeee...
BalasPadamsham,best ah pantun ko buat ni..hahahahah
BalasPadamsusah ke nak cari penghantar SMS tu?
BalasPadambukan semua RAKYAT mesti daftar no. telefon ke?