Jumaat, 10 April 2009

GEMPAR SATU MALAYSIA! GEMPAR SATU DUNIA


MINUM PELARUT DALAM TAHANAN POLIS
- mikini


Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum bahan beracun di bilik siasatan polis.

Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti itu akan turut serta.

Laporan polis dijadual dibuat di ibu pejabat polis daerah Kelang jam 10.30 pagi esok.

Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli parlimen PKR bagi Kapar, S Manikavasagam dijangka turut hadir menyatakan sokongan.

Mereka tidak berpuas hati dengan insiden tersebut dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap Adi Anwar, yang ditahan jam 11.30 malam Selasa lalu bagi kes dadah.

Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."

Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya.

Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.


kah kah kah... INI LAH SATU MALAYSIA.... SATU MALAYSIA GEMPAR !....kah kah kah..

woit... CAKAP PERUBAHAN.... kah kah kah....SAMA SAJE... kah kah kah...



7 ulasan:

  1. kahkah..

    apsal bagi minum peluntur?

    kan byk lagi air murah..

    mesti ada komisen beli peluntur ni..

    hebat satu malaysia ni..

    kahkah..

    pasni leh buat dua malaysia plak..

    kahkah..

    BalasPadam
  2. Bro Hisyam,

    Mungkin perubahan yang Bijan maksudkan adalah perubahan ke arah yang lebih buruk.

    Siapa tahu?

    BalasPadam
  3. ala..
    nnt rumah pasung tu kautim la ngan pihak spital..
    kata org tu lelah ke, paru paru berair ke, hisap rokok terlebih ke,
    xkan nak gtau dorg kasi minum clorox..
    hahahaha...

    BalasPadam
  4. mnum klorok,kasi cuci ka??

    BalasPadam
  5. mana ada perubahan..gerombolan ni tak akan berubah ...memang motto bangangnya ..dulu,kian dan selama-lamanya...bodoh betul!!! kecuali PR ambil alih baru boleh berubah!!!

    BalasPadam
  6. Daripada sekeping gambar yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini,memang teruk budak tu kena belasah.
    Tak tahan kena dera,lebih baik mati bunuh diri.
    Kemungkinan.

    BalasPadam
  7. Apa hal bahan pelarut dalam bilik siasatan? Ade makmal CSI ke? Apa yang nak di larutkan...makin menjadi plak sejak satu malesia ni...di Kota bharu budak buta mata kena kelonsong peluru....PM baru , DPM baru takkan takde kpn baru? kpn sekarang hanya pekerja kontrak.....pekerja kontrak..hau hau hau hau

    BalasPadam