Jumaat, 10 April 2009

KENYATAAN PERMERHATI POLIS


PENDERAAN


Satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga Anwar bin Mansor 23 tahun di IPD Klang.

Laporan polis ini bersangkutaan dengan penderaan polis terhadap Anwar.

Mengikut peguam N.Surendran yang mewakili keluarga – Anwar yang menjdi mangsa penderaan kini sedang di rawat di Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang.




4 ulasan:

  1. ko kne beza polis dengan kerajaan...

    BalasPadam
  2. Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum bahan beracun di bilik siasatan polis.

    Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti itu akan turut serta.

    Laporan polis dijadual dibuat di ibu pejabat polis daerah Kelang jam 10.30 pagi esok.

    Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan ahli parlimen PKR bagi Kapar, S Manikavasagam dijangka turut hadir menyatakan sokongan.

    Mereka tidak berpuas hati dengan insiden tersebut dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap Adi Anwar, yang ditahan jam 11.30 malam Selasa lalu bagi kes dadah.

    Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."

    Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya.

    Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.

    Pemuda itu dilaporkan dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dihantar polis untuk rawatan.

    Menurut polis, Adi Anwar dalam keadaan tangannya bergari mengambil sebotol cecair pelarut di atas meja bilik siasatan dan dalam masa tidak sampai 10 saat meminumnya.

    Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis yang berada membelakangkan pemuda itu - waktu itu sedang duduk dan kelihatan tertekan - tidak perasan kejadian itu.

    "Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad berkata.

    Keluarga Adi Anwar dilaporkan membuat aduan polis, kelmarin.

    nan

    BalasPadam
  3. Macam mane cecair pelarut boleh ada kat atas meja di bilik siasatan polis? Ada kah Adi Anwar dipaksa minum cecair tu?

    BalasPadam