Rabu, 15 April 2009

MEMAHAMI KAPITALISMA



GLOBALISASI – SATU DUNIA BARU


Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masaalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit-duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

Negara China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri ada menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika. Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – adalah hasil kita berjual beli dengan Amerika. China dan Jepun adalah negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar.

Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika. Permaksaan ini melalui dua cara. Pertama – Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual beli minyak wajib menggunakan kertas dolar. Ini kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara. Manakala Saudi adalah pengeluar utama bahan bakar ini. Untuk gantinya – kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud dari dipukul oleh ombak rakyat.

Cara kedua ialah dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini. Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual beli minyak. Jawapannya Saddam di gantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih dari kertas dolar justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ini dipanggil – fiat money - nilai yang dipaksa. Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat adalah sebuah negara revolusiner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertas sendiri. Amerika yang merdeka telah membebaskan diri dari para banker yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka. Lalu para banker menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan para banker.

Pada tahun 1913 setelah beberapa kali pecubaan gagal akhirnya para banker telah berjaya memaksa/menipu Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913. Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul. Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa lembaga-lembaga pengarah Federal Reserve ini juga di rahsiakan. Kongress hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan di cadangkan oleh Federal Reserve. Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan Pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke Pengerusi yang terkini. Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut Akta 1913 ini pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve. Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar maka kerajaan wajib meminjam dari Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan. Lihat bagaimana liciknya konspirasi para banker ini.

Seperti tulisan minggu lalu – para banker ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika dari Federal Reserve ini akan dibayar kembali dengan bunga. Duit membayar hutang dan riba ini datang dari tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong para banker ini telah membuat harta Qarun.

Inilah dia punca yang sedang membawa huru hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – ini di Amerika apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit. Sabar dahulu biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan reserve bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar. Ini telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para banker dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia. Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) ada dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini. Justeru kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF. Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini?

Pertama: Banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama. Kedua: tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Puteh yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para banker dan Central Bank (nama asal Federal Reserve). Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam dari Central Bank. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini. Ketiga: tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para banker dan kaum pemodal ini.

Semenjak tahun 1913 para banker ini telah membuat jaringan, kabal dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus. Hari ini kabal rahsia para banker-banker ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika.

Hasilnya – media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para banker dan kaum pemodal ini. Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu media cetak masih lagi bergerak bebas. Hari ini yang tinggal hanya 6 buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media. Syarikat media ini dimiliki oleh para banker-banker ini. Malah jika diselidiki dengan rapi kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabal-kabal rahsia seperti – Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull and Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasi oleh pemodal dan banker yang sedang merancang untuk memunculkan New World Order – Satu Dunia Baru. Di belakang semua ini ialah nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabal rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi and Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom. Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada maloan-maloan ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabal rashia ini.

Justeru kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan bersuara sama.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul haq, – mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik. Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masaalah kecairan. Apa yang berlaku ialah peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para banker ini. Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai. Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini. Buat ketika ini di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.
(TT)

(Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan)



34 ulasan:

  1. Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.TT pon sedang buat benda yang sama, tak takut ke?

    BalasPadam
  2. 1. SETAN NO.1 - KAUM PEMODAL@AMERIKA LAKNATTULLAH

    2. SETAN NO.2 - SAUDI PUKIMAK

    3. SETAN NO.3 - PEMIMPIN MELAYU SESAT(UMNO)

    BalasPadam
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_24.htm

    SHAH ALAM 14 April – Mungkinkah dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang majoriti rakyat negara ini akan terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes?

    BalasPadam
  4. berdiri bulu roma ku memikirkan betapa licik dan rapinya perancangan YAHUDI

    BalasPadam
  5. So Mahathir was right and Anwar was wrong? Antara dua tu, sapa yang jadi puppet?

    BalasPadam
  6. assalamualaikum... terima kasih atas penerangan yg sgt jelas tentang kapitalisme... saya dah baca buku keganasan, penipuan & internet dan memberi pandangan baru tentang Malaysia..

    BalasPadam
  7. yang menarik tentang menatang yang bernama dollar ini ialah,hanya satu warna dan satu size,yang membezakanya cuma nilai sahaja yang berlainan.

    BalasPadam
  8. apa kita mau buat sekarang??

    Mungkin tidak membeli produk amerika salah satu jalannya??

    Tak yah guna duit kertas boleh ke??

    Tidak menyimpan duit sebagai aset,tetapi simpan aset dalam bentuk emas , perak , rumah , tanah , bangunan , atau apa-apa yang bukan kertas ???

    apa kita mau buat sekarang???

    BalasPadam
  9. Bro Ihsam..

    Cayalah....Dah banyak dah orang cuba Membongkar Issue ini ..Contoh gerakan ni kat Malaysia macam Kelab Rotory n Kelab Lion..Mereka ni semua dari Ilimunity..

    Tempat mengrektrut Mereka ini kat Universiti Oxford dan Yale..Contoh kat Yale ialah Kelab Bones dan salah satu ahlinya ialah GW Bush..Kat Oxford agak-agak sape yek..KJ Perhaps..har ha ha ha ha..

    lagi satu aku rasa inilah Dajjal yang di maksukkan (Lihat lambang mata satu dalam duit US Dollar) dan katanya "With God we trust"

    Wassalamm...

    BalasPadam
  10. tunggu si imam penggal si mata satu...

    BalasPadam
  11. Gua respect sama tulisan lu bro~

    permikiran yang langsung tak pernah disedar oleh umat manusia sekarang terutama beragama ISLAM~

    BalasPadam
  12. apa yang pentingnya duit cap mata satu ini berbanding duit cap lain?,benarka cap mata satu ini idea dari israel dan geng nwo/?

    BalasPadam
  13. Bro. TT, ini satu artikel yang cemerlang. Pernah belajar dulu, tapi tidak diungkap/dijelas dengan baik sperti ini. Syabas!

    BalasPadam
  14. ni la jawapan yg wa cari selama ni..

    akhirnya... penantian wa berakhir..

    thanks bro..

    keep the great job!

    BalasPadam
  15. Sdr Hisham,
    Minta kebenaran Sdr Isham untuk saya translate tulisan anda ke Bahasa Cina dan paparkan di blog saya. sekian terima kasih

    BalasPadam
  16. So Mahathir was right and Anwar was wrong? Antara dua tu, sapa yang jadi puppet?

    2009 April 15 08:07
    ---------------

    bro.. tolong jawab benda ni bro..

    wa pon xdak jawapan yg mudah nak jawab kat gerombolan2 ni..

    lu tolong wat satua artikel mudah pasal soalan gerombolan madey ni bro...

    plzzz...

    BalasPadam
  17. peh... pnjng nyer..heheh

    BalasPadam
  18. Cuma Sham, aku terfikir. Kenapa negara yang mengaku sosialisme ni lebih banyak menyekat kebebasan rakyat berbanding kapitalisme?

    BalasPadam
  19. Apa apa orang cakap pun

    Baca dan nilai baik baik dgn sendiri

    Termasuk kata kata Hisham

    Jangan terima buta buta

    Kaji dan pastikan ianya betul dan tepat

    Kalau betul tepat dan betul baru terima

    Jangan tuduh satu kaum jugak. Semua manusia ada ketamakan. Mahadey tu tak tamak? Najib tak tamak? Diorang tu Yahudi ke?

    Fikir la luas luas. Jangan serang satu kaum jer.

    BalasPadam
  20. aku rasa artikel ni ada berbau sedikit teori konspirasi. ini lebih kurang teori "yahudi kuasai dunia" dan perkara macam tu

    BalasPadam
  21. sdr TT minta izin copy entri ini utk blog lain...

    BalasPadam
  22. saudara hisham

    dapatkah kiranya saudara jelaskan kesan daripada menandatangani perjanjian FTA, dan yang sebelum itu, iaitu mendapatkan bantuan kewangan daripada IMF?Indonesia dikabarkan ada mendapatkan bantuan IMF semasa zaman Suharto.
    sekiranya saya tidak silap, bekas PM AAB, telah mengarahkan Rafidah menandatangani FTA.

    BalasPadam
  23. Bro, ada buku di tulis oleh Henry Ford pasal kaum pemodal ini, betul tak?......satu malaysia tahu pasal yahudi melayu.....hau hau hau hau

    BalasPadam
  24. Thanks a lot Bro for information.

    BalasPadam
  25. Sham, kau punya artikel ni samalah macam satu dokumentari tentang kedatangan Dajjal yang dirancang pihak illuminati tu : The Arrivals.

    Dari dokumentari tu, selepas British dan Amerika, Israel adalah destinasi terakhir. Diorang keluarkan duit yang bukan berbentuk kertas, tapi elektronik..Terbuka minda aku tengok dokumentari tu dan baca artikel kau ni, Terima Kasih beb!


    MahadeyBersiong.

    BalasPadam
  26. salam,

    bro2 semua, kalau korang perasan , kelab freemanson punya rumah macam di perlis dan perak, semua sebelah istana hinggap negeri, cuba cek kat negeri lain,setakat yang aku perasan di perlis n ipoh, ahahahaha,,, ini satu kes ///

    BalasPadam
  27. hahaha.. bro2 semua yang celik dan cerdik, i am salute u all, yang bodoh dan masih bangang ialah rakyat jelata malaysia yang tinggal di hutan batu dan hutan belantara, fikiran 2 gerombolah, berketeta besar, gedebab2 , perot buncit , masih lagi penyumbang kepada agenda amerika, punya bodohnya semua, sampai mereka sendiri tidak sedar yang mereka adalah penyumbang . . . . kahkahkahkah.....

    BalasPadam
  28. Henry Kissinger ?
    Mahathir ?
    Saud ?
    Lawrence of Arabia ?
    Khufu Plan ?
    Absolute liar!
    Mahathir absolutely liar !!!
    Mahathir great liar !

    Dasar milik negara tidak akan tercapai selagi gerombolan UMNO/BN wujud di Malaysia.

    Maka bertiuplah propaganda media UMNO/BN yang menentang akan dituduh komunis,treason......

    Sungguh malang nasib orang melayu.Apabila kita melihat anak kecil berlari dan bermain di bumi bertuah ini terbayang ketidak -tentuan.
    Sedih,sungguh pilu nasib mereka kerana mereka sesudah kita akan juga mati dalam menanggung hutang.
    Hata yang belum lahir kedunia menanggung hutang negara.
    Khazanah,Danaharta,segala kepala bana-toya,apa sahaja di bawah UMNO adalah hasil rompakan harta rakyat yang di terajui mereka.
    Berselindung di sebalik daulah haprak.

    Senjata ampuh mereka adalah ISA,Akta Hasutan,Akta Polis,OSA,AUKU,dll.
    Kerana yang menetang kezaliman dan penindasan mereka akan dihumban ke KAMUNTING.
    Sungguh zalim dan kejam !

    Seandainya generasi pada hari ini tidak bangkit mengubah keadaan maka kelak kekal beberapa ratus tahun lagi dijajah dan diperhambakan.

    AFTA adalah sebahagian dari proses merompak harta negara.
    Seandainya dipersetujui akibat buruknya ialah golongan miskin dan susah daripada semua golongan kaum,termasuk orang Melayu yang merupakan majoriti dan sebilangan besarnya adalah petani.

    Sampai bila UMNO dan Mahathir khususnya dapat selama-lamanya menipu rakyat ?
    Amat malang apabila menipu diri sendiri.

    Tujuh petala bumi dan tujuh petala langit adalah seluas dosa Mahathir terhadap seluruh rakyat Malaysia kerana mempertahankan kuasa dan bersekongkol dengan ahli keparat.

    Bukan tuduhan !
    Mahu bukti ?

    BalasPadam
  29. jangan terlupa nak sebut kenapa perang dunia kedua boleh tercetus.. apa drama yang amerika dan eropah cuba main semasa perang dunia kedua. macam mana kuasa satu negara tundukkan satu eropah. takda tentera? jangan nak mengarut laa..

    perancis dan negara british commonwealth tak cukup tentera? berapa banyak negara tu dlm commonwealth? kenapa ada campur tangan amerika terhadap negara-negara tu? kenapa selepas perang dunia kedua, segala pemerintahan berpusat di amerika, dan secara tak langsung penggunaan mata wang pon turut bertukar? kenapa manusia macam elvis presley dan madonna dijadikan icon?

    yang lagi pelik, kenapa hari ni nak pindah kan balik mata wang kepada eropah berpusat di perancis lepas ekonomi dunia goyang?

    apa aku nampak, hitler cuba bangkit dan menentang idealogi kabalah illuminati... macam yang lain-lain jugak contoh fidel castro, kelompok eastern bloc, nazi, dll yang sampai hari ni di gam oleh amerika?

    semua ni drama yang illuminati rancang.. kenapa peperangan gaza bermula pada puncak kegawatan ekonomi, disember 2008?

    lepas test subject illuminati berjaya di amerika yang kat mana telah berjaya membuatkan manusia begitu liberal sehingga menentang hukum alam, dan melahirkan ideologi anti-tuhan, atheis, dll.. nak balik ke bumi eropah pulak untuk melaksanakan benda yang sama apa yang diorang buat di amerika.. maka dalil dia ialah mengalihkan dollar kepada euro dan berpusat di perancis?

    project illuminati di eropah terpaksa digagal kan sebab kebanyakan orang europe lebih cenderung kepada christian dan diorang ni suma hardcore christian. maka isu sex bebas, arak gagal mendapat tempat.. tapi lepas berjaya di amerika mereka kembalik ke eropah?

    benda kalau nak jadi takkan takda sebab... terima kasih kepada bro isham kerana membukakan lebih luas lagi...

    BalasPadam
  30. Cuba teliti dan hayati karya Mnasir ini...

    Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
    Di bawah mentari sumbing
    Sambil bernyanyi lagu
    Ketakutan hari-hari ini

    Anak-anak kitakah yang memikul beban
    Kesilapan kita
    Hingga dia tak kenal
    Budaya canggung bangsa sendiri

    Selamatkan anak kita
    Dari padang jerangkap samar
    Selamatkan anak kita
    Orde baru politikus usang

    Anak-anak kitakah yang bermain
    Di hutan belukar
    Dengan senapang kayu ubi
    Cambah tak kenal bahaya

    Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
    Bila petang
    kerana terlalu sibuk main lastik
    Dan berpistolan
    Pistol-pistolan

    Jaga-jaga anak kita
    Jangan sampai jadi hamba
    Jaga-jaga anak kita
    Kita ini orang merdeka

    Panggillah mereka pulang
    Ayah nak ajar
    Tentang kurang ajar
    Jadi mereka takkan sendiri lagi

    Panggillah mereka pulang
    Ayah nak ajar
    Tentang kurang ajar
    Jadi mereka takkan dimomok lagi

    Fikir
    Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
    Fikir
    Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

    BalasPadam
  31. tumpang tanya...
    di manakah tuan penulis mendapat
    sumber rujukan bagi penulisan ini?
    ia adakah berdasarkan fakta2 yang dari manakah tulisan ini dirujuk?
    sekian terima kasih...

    BalasPadam
  32. yg mate satu tuh mate jin...kalo nak taw..nme jin tuh jin azazil yg mne menolong mereke(ILLUMINATI) membuat segale perancangan rapi..mate jin tuh satu sbb dulu mate dy kne cucuk ngan jarum nabi idris..time tuh jin kate cube masukkn satu duniake dalam jarumm,pastuh nabi idris suruh dy tgk dekat2 kat jarumm,pastuh nabi idris cucuk..dah habis

    BalasPadam
  33. assalamualaikum dan selamat sejahtera.

    pada pendapat saya kita boleh mengurangkan penggantungan mata wang kita dengan dolar amerika...cuma ianya akan mengambil masa yg panjang dan kita perlu berkorban untuk memastikan ianya menjadi kenyataan.Jika kita tidak dapat merasainya ketika kita hidup,paling kurang kita mempunyai haluan yg betul untuk memastikan generasi akan datang tidak terus berada dalam keadaan kita sekarang.
    Cadangan saya sangat mudah.Kita perlu memastikan negara kita mempunyai hasil dalam negara yang kuat supaya dapat mengurangkan import dari negara luar.It can become as simple as ubat gigi,kopi hinggalah ke peringkat tinggi seperti industri berat dan sebagainya.Kenapa kita sibuk nak boikot dan memulau barangan mereka sedangkan kita sangat kurang menghasilkan barangan yg seratus peratus buatan tempatan.Saya tidak lah mengatakan bahawa kita terlampau jauh kebelakang,cuma kita terlampau biasa dan tidak mengambil endah walaupun dengan barangan yang asas.Mengapa pekan di kawasan saya tinggal menjual daging ayam mengikut harga pasaran biasa,sedangkan pekan saya merupakan kawasan penternakan ayam yang terbesar di Malaysia.Perkara-perkara seremeh inilah perlu di ambil kira untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dari peringkat akar umbi.Kenapa kita sibuk membangkang sedangkan tidak ada projek atau perancangan yang stabil untuk memastikan hala tuju Malaysia.Kita sibuk mendabik dada dengan kemajuan yang telah ada,tetapi di peringkat antarabangsa mahupun asean sendiri kita tidak mampu menonjol.Bayangkan jika kita mampu memenuhi keperluan dalam negara kemudian mampu memenuhi pasaran serantau,cukuplah di peringkat asean,sudah pasti akan ada pembaharuan,tetapi kita kena ingat,ini merupakan perancangan jangka masa panjang.Dengan laluan keretapi sehingga ke China,pengangkutan bukan lagi satu masalah.Cuma kita perlu memperbaharuinya.Sabah dan Sarawak sangat memerlukan laluan keretapi yang efisyen supaya dapat memudahkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam negeri.Cukuplah duk berperang memastikan siapa yang memegang takhta.Mahu kah bila kita menoleh ke belakang,melihat sejarah,kita menjadi negara yang kucar kacir tanpa memastikan anak-anak Malaysia kita terjaga.Ingatlah bahawa kita hanya meminjam tanah Malaysia untuk generasi yang akan datang.

    BalasPadam