Rabu, 22 April 2009

MENGENAL KAPITALISMA




KEDAULATAN DAN GLOBALISASI


Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.
(TT)

( Tulisan ini boleh diambil untuk kegunaan membuat kebaikan )




27 ulasan:

  1. UMNO(B)bertuhankan Mahajib !
    Mahajib tunduk pada New World Order
    FTA ditanda-tangani.

    Maka yang menentang akan berbulan madu di Kamunting.



    Terima kasih abang isham.

    BalasPadam
  2. Lepas aku baca artikel ini, aku rasa Hisham lagi 'Islamic' dari pak Imam, Tok bilal, Ayatullah kat Malaysia ini.

    Hisham mengajak kita semua bersederhana seiring dengan ajaran Islam, wasatiah iaitu 'kesederhanaan'. Tidak terpikat dengan duniawi (kapitalis), tidak berseronok mengumpul harta (seperti yang disukai kapitalis), dll.

    Kalau ikut apa yang disampaikan Hisham, memang kalah orang PAS, ABIM, JIM, dll.

    Hehe.

    Saya ingin membaiah dan bersetuju dengan Bro Hisham sebagai pemimpin membongkar rahsia Kapitalis yang mendaulatkan keadilan, kesamarataan, dan kesederhanaan seiring dengan ajaran Islam.

    BalasPadam
  3. assalamualaikum... masyaAllah, smpai begitu skali bahana kapitalisma... teruk btul sistem ekonomi ini.. terima kasih atas pendedahan ini... izinkan saya ambil post ini utk didedahkan kpd kawan2 saya.. terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  4. Illuminati sudah terang2 menjalankan aktiviti di sini tanpa sebarang halangan. salah siapa?

    BalasPadam
  5. "Who controls the past,who controls the future,who control the past present?"

    "If Big Brother wants two plus two equals to five,it will be two plus two equals to five".

    War is Peace,Freedom is slavery,Ignorance is strength.Big Brother has watching you.

    Nineteen-Eighty Four,George Orwell.

    BalasPadam
  6. Salam abang isham, entry abang kali ini sepatutnya membuka minda semua umat manusia ... cuma sungguh kesal kan bila 'kesedaran' yang cuba di ketengahkan jarang sekali dipandang dari sudut positif, teguran membina dan percambahan pemikiran untuk bertukar-tukar pendapat adalah sesuatu yang sihat, teruskan abang isham, sekiranya hanya ada seorang saja yang tercatat sebagai pembaca setiap entry abang ketahuilah bahawa orang itu adalah saya.


    abah anak den

    BalasPadam
  7. Sdr Hisham,
    Satu karya yang padat dengan kebenaran. Pohon Sdr syurkan secara mana kita mampu mengurangkan / menghentikan arus Illuminati ini. Terima kasih

    BalasPadam
  8. Satu pemerhatian perseptif dan reflektif akan satu pegangan hidup yang manusia menganuti setelah penganjurnya 'kapitalisme' menyentuh naluri atau gen menghambat keuntungan maksimum sebagai tauhid hidup. Ajaran agama baik Islam, Yahudi, Kristian, Hindu gagal menangkas fahaman kapitalisme kerana mereka tidak ada asas logik dan rasional. Tetapi kenapa manusia begitu taksub dengan mengejar barangan kesenangan hidup berlebih-lebihan bagaikan itu adalah sebab utama mereka mendapat motivasi hidup., itu adalah sebenarnya tujuan hidup. Bagaimanapun ada daya dan tenaga yang sedang melawan kapitalisme, meskipun belum berjaya tapi kapitalisme tak selalu boleh menguasai sepenuhnya kehidupan manusia.Sosialisme yang menjadi antitesis kepada kapitalisme masih belum menjadi tarikan alternatif kepada manusia. Jalanya sosialisme menyisih kapitalisme adalah terlalu panjang dan manusia tak sanggup menunggu begitu lama, walhasil elok pakai kapitalisme yang juga memberi kenikmatan hidup walaupun bak binatang tapi itulah yang real.

    BalasPadam
  9. syabas!
    satu lagi artikel bermutu dari saudara hishamuddin rais tentang kapitalisma dan dikupas dalam gaya bahasa yang mudah difahami.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Bro. hisham,

    Saya mula tertarik dgn artikel yang bro. hisham terbitkan sejak dari artikel kesan kenaikan harga minyak tahun lepas dan ulasan yang panjang lebar berkenaan 'oil depleting theory' yang masih belum diketahui dan difahami sepenuhnya(adakah perlu ada kefahaman geologi dan asas ekonomi ???).

    berbalik kepada artikel di atas, memang menarik isu yang diketengahkan. Jika kita menghadiri atau membaca mana2 jurnal ekonomi(samada jurnal yang diterbitkan di dalam negara atau jurnal dari luar negara) sudah pasti membuka minda bagaimana ekonomi dunia ini bergerak dan dimanipulasi oleh golongan2 yang tuan sebutkan di dalam artikel ini.

    Saya ingin menyentuh berkenaan artikel yang lepas iaitu berkenaan dgn organisasi Federal Reserve. Dari bacaan yang saya faham, ferderal reserve ini(sekarang dipengerusikan oleh Ben Bernanke, bebangsa yahudi dan lulusan doktor falsafah bidang ekonomi dari MIT, US), diterajui oleh Board of Governers seramai 4 orang tidak termasuk pengerusi dan naib pengerusi yang dilantik oleh Presiden US dan disahkan oleh senate.

    Adakah mereka2 yang dilantik ini perlu melaporkan aktiviti2 tahunan dan mengeluarkan laporan tahunan untuk dimaklumkan kepada umum dalah satu persoalan. kalau tuan ada ulasan boleh maklumkan.

    zam ipoh

    BalasPadam
  11. hidup hisham! hidup minda anti swasta!

    BalasPadam
  12. saya amat tertarik dengan penggunaan istilah kabal (cabal) yg tuan gunakan kerna perkataan itu diambil drpd perkataan kabbalah - sebuah kultus mistik yg ahlinya dipilih dari yg terpilih. mereka ini nampak mcm yahudi tapi sebenarnya tidak yahudi kerana mereka ini bersifat luciferian... bertentangan jua dgn ajaran ortodoks old testamen/ kitab taurat. dan yg mengkagumkan ialah bagaimana mereka boleh membuatkan org2 seperti madonna menderma berpuluh juta dollar kpd mereka....

    dan yg paling menarik setahun sekali mereka mengadakan upacara ritual di 'bohemian groove' dimana peserta2 terdiri drpd nama2 besar dunia kapitalis!!

    BalasPadam
  13. meow~

    Wabak penyakit kapitalisme sudahpun menjangkiti Malaysia saat negara ini merdeka.

    Bukan senang mahu menyembuhkan manusia Malaysia ini dari penyakit ini, apa tidaknya, anak-anak diajar sejak kecil lagi supaya menyamakan sukses dalam kehidupan dengan pemilikan harta. Dan saban hari iklan yang tak habis-habis di tv mengajak penonton mengejar materialisme.

    Negara yang bergelar Islam pun, lihat pemimpin mereka .... menjadi barua kapitalis dengan menekan rakyat sendiri dengan akta zalim yang jelas bertentangan dengan Islam. Mereka dengan licik membela agamawan supaya memutarbelitkan ayat dalam kitab suci dan menyamakan gerakan melawan pemimpin (zalim) dengan melawan tuhan itu sendiri. Banyak yang dah kena tipu oleh agen kapitalis ni.

    BalasPadam
  14. saya amat berminat dan berpuas hati dengan artikel2 saudara berkaitan kapitalis. harap lebih banyak artikel seumpamanya dalam blog saudara. thanks 4 ur good information..

    BalasPadam
  15. tu la,dulu lg aku marah bila k'jaan nak swastakan mcm2 tp ramai sgt yg suka konon2nya nak maju, kat tv, radio semua ckp yg baik2 jea,ramai yg kena tipu. Dulu ramai org kutuk aku sbb tak setuju tp skrg ni adala sikit2 yg baru nak buka mata,depa ni marah aku pulak konon2nya tak bgtau depa dulu...kena lg aku...tp aku ni bukannya sape2,cuma seorang rakyat biasa,undi pun 1 helai jea...tak blh ubah apa2. Oleh itu marilah kita rakyat semua bersatu menentang kapitalisma. Skrg ni muka2 kapitalis byk sgt kat M'sia ni, tengokla,asyik mereka dan keluarga mereka jea kaya raya, tang rakyat tu depa kata pandai2 la nak hidup...

    BalasPadam
  16. kepada sesiapa yang menbaca article ini yang diolah untuk senang difahami, tetapi tidak memahaminya atau sekadar buat tidak tahu, adalah golongan tidak perihatin akan generasi akan datang.
    ketahuilah bahawa generasi malaysia ditahun 70an adalah bertuah, tanyalah pada generasi tersebut, kerana mereka telah merasa akan kedamaian sistem ekonomi sosialis.
    kabal2 dan ilmuniti ini sebenarnya kebanyakannya adalah golongan yahudi yang berpengaruh dan berkuasa didalam dunia global.
    my card adalah kesinambungan untuk manusia hari ini, untuk jenerasi akan datang akan di cap dengan microchip supaya senang dikawal.

    BalasPadam
  17. perghhh...

    menusuk ke kalbu beb gila arghhh....
    puas aku tunggu artikel sebegini macam dari bro isham. salut!

    BalasPadam
  18. Bro Isham ..

    Ruangan Ini yang saya tunggu dalam blog anda..

    Tapi teringat sorang ustaz bagi tazkirah.. Nabi Pernah Bersabda " Umat Islam akan di tindas oleh musuh musuh islam macam Sekumpulan Manusia Meratah Hidangan". Maka Sahabat Bertanya "Adakah masa itu umat islam sedikit ya Rasullulah" Maka jawab Rasullulah "Mereka adalah ramai tetapi seperti buih buih di pantai dan di dalam jiwa mereka mempunyai penyakit (Penyakit ini aku tak ingat istilahnya)"..sahabat Bertanya " Apakah penyakit itu" Nabi Menjawab "Cinta Dunia takut Mati".

    Jadi kesimpulanya..bak kata Bro Isham..Kapatalis berjaya membuat kita leka bermain dengan biji-biji saga samalah macam apa yang dikata "Cinta Dunia Takut Mati"..

    Bab microchip tu mungkin lambat sedikit pasal mereka kena meyakinkan Rakyat untuk meminda undang-undan Hak Asasi Manusia dulu ..ha ha ha hah a

    Tak sabar nak tunggu sambunganya..

    BalasPadam
  19. Tabik sama lu bro!

    BalasPadam
  20. Bro TT, sekali lagi, satu artkel yang baik - yang tidak dikupas dengan tepat semasa belajar dulu.

    BalasPadam
  21. Illuminati adalah luciferian dan mereka mengawal politik dunia melalui sihir yg dipelajari dari kitab sihir yg mereka(knights of templar) jumpa di temple of solomon(inila treasure yg mereka war2kan tu, bukannya emas tapi buku sihir yg diajar pada malaikat Harut dan Marut).peristiwa 911 adalah mega ritual kabal ini(mass sacrifice) untuk menghasilkan pintu masuk(stargate) Iblis ke alam manusia.apa yg berlaku skarang adalah rancangan dajjal dan lucifer in motion untuk berperang dengan Allah.manusia dunia sedang direkrut oleh Illuminati yg mengawal media dengan cara mind/information control melalui kotak-kotak tv dirumah.tiba masa untuk kita pilih kita di bahagian mana kerana perang akhir zaman bukannya antara agama, tetapi antara pengikut dajjal/lucifer/nWo dan manusia yg takutkan Allah SWT.Wallahualam.

    BalasPadam
  22. orang sosialis bercakap tentang illuminati

    penyokong kuat anwar ibrahim bercakap tentang illuminati

    mungkin kamu skull and bones

    mungkin kamu bohemian/ bahomet

    talam dua muka

    BalasPadam
  23. tuan hisham..tepat sekali.. ini perancangan Gerakan Freemasonary.. Yahudi Laknatullah..

    BalasPadam
  24. En. Hisham,

    Adakah anda pernah menonton dokumentari Zeitgeist?

    Saya rasa dokumentari ini boleh menghuraikan dengan lebih terperinci apa yang telah disentuh oleh artikel ini.

    http://www.imdb.com/title/tt1166827/

    BalasPadam
  25. Zeitgeist juga mempunyai 'sequel', Zeitgeist: Addendum, yang lebih fokus terhadap manipulasi sistem ekonomi.

    http://www.zeitgeistmovie.com/statement.htm

    BalasPadam