Isnin, 13 April 2009

SATU MALAYSIA NAK TAHU APA SUDAH JADI



POLIS PUKUL ANAK SAYA , DAKWA IBU ADI -
mkini

Ibu Adi Anwar Mansor, 23, telah membuat aduan terhadap polis yang didakwanya memukul anaknya sewaktu dalam tahanan.

Jiknah Harun, 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.

Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.

Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.

Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.

Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.

Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.

Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.




3 ulasan:

  1. nahjik tolong jawab jiknah

    BalasPadam
  2. Bagus.. sebagai ibu, mana tahan tgk anak sakit..
    Doa banyak2, doa ibu/wanita yg ikhlas ni, Tuhan makbul. Insyaalah.

    BalasPadam
  3. Tahanan dibelasah oleh polis hingga koma dan keluarga tahanan mengadu pada polis ahli keluarganya kena belasah....?

    BalasPadam