Rabu, 27 Mei 2009
AL- KESAH SEBUAH CERITERA
AL-KESAH HIKAYAT INDERA PUTERA
Adalah mengikut cerita sahibul hikayat pada satu ketika dahulu kala bilamana matahari belum sepanas hari ini. Bilamana siang amat panjang dam malam amatlah gelap. Ketika inilah hikayat kita ini berceritera.
Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri - berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti saekor pinguin. Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.
Akhirmya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri anggkuh sebagai pusat kawalan.
Apabila Mak Seri ternampak rumah ini maka dengan cepat Mak Seri membuangkan payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah. Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengerengkan badan untuk meluluskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh rantah.
Mak Seri tersembab jatuh. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula bergocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak di sangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan dari kejatuhan badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasek. Maka ditakdirkan tasek yang maha luas ini pun pecahalah. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar. Maka saentero bumi pun mula di tenggelami air.
Maka banyaklah binatang dilanggar air. Semua lintang pukang ingin menyelamatkan diri. Halilintar bergema memecah bumi. Para dinosaur bergegak gempita cuba menyelamatkan diri. Ada yang hanyut. Ada yang terapung. Ada yang tenggelam. Yang terapung menjadi cicak. Yang tenggelam menjadi buaya. Yang selamat menemui daratan merangkak hingga ke Melaka untuk menjadi buaya darat yang suka memakan kanak-kanak perempuan.
Ketika bumi tenggelam rupa-rupa nya Datuk Seri telah menjadikan badan Mak Seri sebagai pelampong. Setelah lama terapong, pada satu hari yang maha panas pelampong Datuk Seri telah tersangkut di sebatang kayu. Hari demi hari semakin banyak kayu dan sampah sarap tersangkut di pelambong. Bila air mula kering maka muncul tanah daratan yang menjadi benua dan gunung. Ada tanah yang menjadi pulau.
Pelampong Datuk Seri ini telah membukit kini kering untuk menjadi sebuah pulau yang kemudianya dipanggil pulau Putera Indera. Maka Datuk Seri pun turunlah dari pelampongnya dan terus membuka negeri di Putera Indera. Demikian seadanya mengikut kesah sahibul hikayat bermulanya akan asal usul terjadinya kesah hikayat kita ini.
Seribu tahun kemudian di Pulau Putra Indera pada tahun 3089 al-kesah ini disambung lagi.
Datuk Seri Menggeliga sedang sedang duduk termenong memikirkan masaalah yang sedang dihadapinya. Dia menggaru kepala. Tiga helai rambutnya tercabut. Dia menggaru-garu lagi tiga helai lagi rambutnya tercabut. Dia sedang berhadapan dengan satu pilihan – nak bersabung atau tidak bersabung.
‘Cam na ni Datok.. ayam kita nak masuk gelanggang atau tidak’ suara Tun Bodek pembantu setia yang selalu menasehati Datuk Seri Menggeliga. Datuk Seri buat buat tidak dengar. Telah lima kali ayam sabungnya kalah. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tun Bodek untuk memastikan ayam sabung Datuk Seri menang.
Datuk Seri pernah mengarahkan Setia Perwira Rangga tuan punya gelanggang untuk mengalih gelangang - mencari tempat basah agar ayam sabung seterunya akan kuyup. Ini juga gagal. Kemudian Setia Perwira Rangga telah dua kali menaburkan racun di kawasan gelanggang. Ini juga gagal.
Kerana semua ini gagal Setia Perwira Rangga telah diperintahkan oleh Datuk Seri untuk menetapkan tidak lebih dari lima ribu orang sahaja yang boleh datang untuk menonton pesta sabung ayam ini. Mengikut pandangan dan nasehat Tun Bodek jika tidak ramai orang yang datang melihat sabung maka semangat ayam dari seteru Datuk Seri akan berkurangan.
Musuh ketat ayam sabung Datuk Seri ialah orang kampong yang bernama Tok Rayat. Tok Rayat ini ada memiliki ayam sabung yang cukup hebat. Mengikut kesahnya ayam sabung Tok Rayat ini datangnya dari baka ayam piliharaan orang asli Hulu Semantan. Ayam orang asli ini dikatakan hasil dari kacokan helang batu dengan ayam denak. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan ayam sabung Tok Rayat.
Datuk Seri terus berfikir. Dia sedar akan tradisi rakyat Putera Indera – sesiapa yang telah kalah sabung lebih dari tujuh kali maka orang ini akan di hanyutkan ke dalam sungai. Datuk Seri tak sanggup lemas tenggelam. Datuk Seri risau kalau dia kalah lagi maka semua penyokongnya akan melarikan diri. Mereka tidak akan sama-sama bersorak di gelanggang untuk menyokong ayam sabung Datuk Seri.
Pening kepala Datuk Seri. Dia wajib memberi jawapan secepat mungkin sama ada hendak menyabung atau tidak. Datu Seri menggaru kepala lagi. Tidak ada lagi rambut yang sanggup gugur. Kali ini yang gugur hanyalah kelimomor yang telah lama bersarang di kepalanya.
Datuk Seri sedar dia telah merancang dan membuat pelbagai onar agar ayam Tok Rayat dapat dikalahkan. Kali ini dia telah putus akal. Telah lima kali dia kalah. Jika dua lagi dia kalah maka sohehlah dia akan dihanyutkan.
Ada satu pekara yang amat-amat menyakitkan hati Datuk Seri ialah dari hari ke jam, dari jam ke minit - semakin ramai orang datang bersorak dan bertaruh. Sabung belum bermula orang ramai telah bertaruh. Tetapi orang ramai ini semuanya meramalkan yang ayamnya akan kalah. Cukup perit hati Datuk Seri. Malah Datuk Seri telah mendapat tahu dari Tok Bodek bahawa ramai wartawan dan majalah dari luar negara termasuk ESPN Sport Channnel telah meramalkan yang ayam sabung Datuk Seri akan mengelupur kena taji oleh ayam Tok Rayat.
Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido ini amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut. Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah hanyutkan maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang.
Dalam hati kecil Datuk Seri telah berkata bahawa kalah sabung ini mungkin cerita biasa tetapi ada satu lagi pekara yang amat-amat di takuti oleh Datuk Seri. Macam Pak Pandir yang menyimpan rashia takut apabila mendengar Mak Andeh menyanyikan pantun Tok Tok Kai Serondong Batang , Datuk Seri ada satu rashia yang amat-amat ditakutinya.
Bayangkan – setiap kali diadakan pesta sabung ayam maka seluruh rakyat Putera Indera akan datang. Dalam pesta ini pasti ramai orang datang berjaja dan berjual. Keramaian seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Datuk Seri tahu ketika berpesta seperti ini besar kemungkinan rashianya akan terbocor.
Datuk Seri takut bila behadapan dengan orang ramai – entah-entah rahsianya akan bocor. Tetapi Datuk Seri sedar bahawa hanya dua orang sahaja yang tahu rahsia dirinya. Dua orang ini – Datuk Baginda dan Dol Air Batu. Datuk Baginda ini pada satu ketika dahulu amat dipercayai oleh Datuk Seri. Tetapi , walau pun dipercayai, ada kemungkinan Datuk Baginda ini telah memberi tahu isterinya tentang rahsia Datuk Seri Menggeliga.
Untuk memastikan yang rahsia Datuk Seri ini terselamat, pada satu malan yang gelap gelita Datuk Baginda dan anak bininya telah dihanyut ke dalam sungai. Lalu tugas Datuk Baginda ini telah diambil oleh Tun Bodek. Hingga ke saat hikayat ini ditulis Datuk Seri amat senang kerana Tun Bodek ini dari hari ke hari semakin jelas menunjukkan kesetiaan kepadanya.
Tetapi bagaimana Datuk Seri akan dapat menutup mulut Dol Air Batu? Siapakah sebenarnya Dol Air Batu yang menakutkan Datuk Seri ini ?
Sebenarnya Dol Air Batu ini tidak pernah bertegur sapa dengan Datuk Seri. Dia hanya peniaga kecil yang berbasikal ke hulu ke hilar sekeliling kampong berjaja. Setiap kali jika ada pesta menyabung ayam maka Dol Air Batu ini akan membesarkan sedikit perniagaan. Dia akan ke bandar untuk membeli air batu kerana dia tahu ketika pesta sabung menyabung orang yang bersorak sorak akan dahaga - air batu sirapnya akan laris. Pada pesta yang lepas Dol Air Batu telah membeli loceng untuk digoyangkan agar bunyi kling kling loceng akan menarik perhatian bakal pelanggan.
Di pesta menyabung yang terakhir inilah Datuk Seri telah terdengar lonceng Dol Air Batu. Datuk Seri ternampak orang berkumpul mengelilingi basikal Dol Air Batu. Apabila Datuk Seri merapati basikal Dol Air Batu, dia tergamam dan hampir jatuh pengsan. Datuk Seri macam tidak percaya apa yang terkeluar dari mulut Dol Air Batu.
Sambil mengoyangkan locengnaya Dol Air batu telah melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’ Ketika itu dengan serta merta badan Datuk Seri mengigil dan mukanya menjadi pucat. Datuk Seri berfikir apakah Dol Air Batu tahu rahsianya. Dia hampir jatuh pengsan. Nasib baik Tun Bodek cepat datang membantu.
‘Cam mana ni Datuk… orang ramai sedang menanti… tim kita masuk gelanggang atau tidak…’ Suara Tun Bodek kedengaran lagi. Bila mendengar suara ini Datuk Seri tersentak dari ngelamun. Dia bangun dari kerusi dan tercegat berdiri lalu berkata:
‘ Tidak … kita tidak masuk melawan kali ini…nanti ada orang jual ais skrim dari magnolia pula’. Tun Bodek kehairanan. Dia tidak faham apa maksud dari cakap Datuk Seri. Sebagai seorang Tun Bodek yang setia walau pun tidak faham tetapi dia berlagak seperti faham.
Esoknya Tun Bodek memberi tahu Setia Perwira Rangga yang tim sabung Datuk Seri tidak akan masuk melawan di gelanggang. Langkah cergas yang diambil oleh Tun Bodek ialah mengharam Dol Air Batu dari menjaja ais krim Magnolia di Putera Indera. Semuanya atas arahan Datuk Seri Menggeliga. (TT)
Ceritera ini bebas dikutip untuk menduka lara.
Salam,
BalasPadamWaaa best giler ceritera ni.Satu hasil kerja seni 'yang bertepatan dan sesuai dengan keadaan semasa'.Patut di dramakan!
KAH!KAH!KAH!KAH!
wakakakakakakak...
BalasPadamlawok la tukang katuk!!!!
ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia..…kah..kah..part ni paling lawak
BalasPadamKah kah kah...brader...aku tergolek golek baca hikayat ini...
BalasPadamBenar amatlah isi ceritanya...terutama bab buaya darat timbul di Melaka...
Ni boleh dijadikan hikayat bersiri siri...
Cogankata hari ini sempena panas makanlah aiskrim "magnolia"...ada 4 perasa.
Dol Kichap
Awang Luku cakap..
BalasPadamais kerim magnolia?.. kih kih kih
tiap2 petang anak-anak aku merenget minta duit nak beli ais kerim mongolia! keh keh keh... lawak mengena.
wow!! Ini satu cerita 1MALAYSIA harus dengar dan teliti. Datuk Seri Menggeliga yang gagah sudah takut..kerana sudah empat kali kalah sabung ayam..Ayam Rakyat akan bunuh ayam sabung Datuk Ser Menggeliga..dan mungkin tanah dipijak oleh Datuk Seri Menggeliga akan runtuh meruntuh..bahaya akan menimpah Datuk Seri Menggeliga..kerana ais krim magnolia Datuk Ser Menggeliga telah takut kekecutan!!
BalasPadamTuhan Mahakuasa dan Mahaadil.
Allahuakhbar!! allahuakhbar!!
Bes gile...dah dua tiga kali jatuh kerusi berguling guling atas lantai punya kelakau....tapi sayang ada cacat skit, adakah patut kepala taik dapat rank datuk mengelige....eeee gelinye....hau hau hau hau...wa pun suka ais klim mongolia.....manyak syiok lorr!
BalasPadam'Tolong jangan berlagak' - MELAYAU
BalasPadamKUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengingatkan Tunku Imran Tuanku Jaafar supaya jangan berlagak ketika mengeluarkan kenyataan berhubung perebutan jawatan dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Sambil menyatakan rasa meluatnya dengan sikap Tunku Imran, bekas Menteri Besar Perlis itu menyifatkan, kenyataan yang dibuat Presiden MOM itu seperti mahu menunjukkan bahawa dia sahaja seorang pemimpin yang bertaraf antarabangsa
- Bos ni camne nak dikategorikan? consider derhaka ke x? x lagi kot sbb Tunku Imran bukan RAJA/SULTAN kan? kah kah kah...
GULING-guling gelak woit..
BalasPadamtapi part paling best "cerita ini bebas dikutip"
BalasPadamgila berat betul Bik Momma.
BalasPadamsampai runtuh bumi, banjir dibuatnya..
Datuk Seri Menggeliga = Datuk Seri Mongolia
BalasPadamSetia Perwira Rangga = SPR
Tok Rayat = DSAI
tapi sapa dia Dol Air Batu??
huhuhu
I don't know what you ate last night, what dreams you had... but this story is CLASSIC...with a capital C!!! So humorous but factual if read between the lines....I especially like the way you described Bik Mama....KAH,KAH,KAH!!!
BalasPadamDol Air batu tu sekarang orang buruan ke......somewhere down under....
Thanks for sharing and allowing us the LAUGHS!!!!
Salam
BalasPadamBang isham u ni betullah kelakau. Aku gelak sorang-sorang cam orang gila. Betul-betul best, kelakar gila. Sebab aku bayangkan muka bang yang kelakar dan bertoncet tu tengah menaip cerita tu. mesti selamba je kan. Tak boleh tahan ketawa mengingatkan camana plot dia magnolia boleh jadi mongolia dan dol air batu.buaya yang merangkak kat melaka tu..kah...kah..tak boleh stop gelak
terima kasihla kerana menceriakan hari ni.
bg..isham...supremely..
BalasPadamjgn lupa buat theatre tau..
msti hot...
jaln cite complete...
air krim mongolia?
BalasPadamwahhh gua tak pernah jumpa lagi perasa ni bro... dengar cerita ada 2 jenis... macam sedapppp je... nak cuba gak lah!
kekekekeke...
Abang Isham..
BalasPadamApa cerita debat TV9 mlm td? dengar cerita ada orang lari terkencing-kencing? hahahahahhaha...
Abang Isham..
Apa cerita mogok lapar? Dengar cerita cuma sekandang kambing aje datang? hahahahha
Abang Isham...
Mana Cerita anak RPK?
Pak Sham...ceritera ni mmg kelas..kalau difilemkan lagi gempak drpd Jemapoh ke Mancestee..
BalasPadamBuek filem dlm loghat noghori lah..biar ponoh..den gomar tang part makcik kodai tu pelupoh mamat ganster tu dgn dulang.."dio ni jahat ni.." huhuhuhu...
Salute spring!!!!
khakhakhakhakahkahkaah!!!!!
BalasPadamSetiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut..
hkhkahakaaahkahkaahkahkahk
Bro Isham..lu memang sempoi, lu penulis rakyat zaman moden tapi tetap global. Ado tergolak, tergolek dan terkangkang orang baco ni bro. Ada orang kiro somut kek busut jantan..tapi ado jugak yang tongah kiro anai-anai kek lubang kubur dan rumah buruk Dato Seri Mengeliga. Pak pandir hitam logam dapek anugerah dato seri mahkamah haram..HAHAHAHAHA
BalasPadamTerkeluar semua air mani , air mazi air wadi , air hingus eden menelaah cerita kao nie BangIsham .....memang stim baca ...
BalasPadamBangIsham buaya kat Melaka tu evolusi dari IDA ker kah kah kah
Datuk Seri Menggeliga = Datuk Seri Mongolia
BalasPadamSetia Perwira Rangga = SPR
Tok Rayat = Pakatan Rakyat kot
Dol Air Batu = Datuk Anwar Berahim agaknye....hehe
Cicit Riau Bayan Putih ni hulu mana mai ni??? Mesti mamat ni ari2 dok baca Utusan Meloya ngan Berita Hairan je... ada ati nak menyampuk.
BalasPadamHa ni Cicit Malaya Kacang Putih nak habaq...yg lari terkencing terberak tu Menteri Pertahanan dr parti Pekembar tak guna tu la oii bukan Husam. Dia yg kensel dulu. Husam dah sampai KL dah utk berdebat. Ada ka ganti ngan Ezam kotak. Kalu aku jadi Husam pun tak mau aku berdebat ngan mamat tu. Apa kelasssss...
Lain kali nak menyampuk, bagi paham fakta sebenar dulu bro...
sempoi..cool..bebas dikutip utk menduka lara...mcm apa ya..ermm.. entot2 lari..
BalasPadamSalam bro!!
BalasPadamApa khabar org jemapoh...ada sihat ??lu punya cter mmg kelas..lah bro..!! baca banyak kali pun tak boring..!! ni karya agung ni !!...kalu william Shakespeare masih hidup dia pun jealous sama lu...lah bro !! sepatutnya kena di pentaskan di penanti ni bro !! so..teruskan berjuang..good luck bro...wa sokong lu....
..wak kanchong
sabung kali nih kite antar ayam betina pencen wooo...klu tewas tak ler malu sangat....wa kakakakaka...
BalasPadamaku tringat pak shahnon...apa kabar agaknyer dia...
Dol Ais Batu kena menjaja ais krim mongolia di Australia....
BalasPadamHulubalang-hulubalang Datuk Seri sedang menaiki sampan kayu untuk tapau ais krim mongolia!
best best kelakar...
BalasPadamminta di sambung alkisah.. yg kelakar bab ketawa nya.. kah kah kah
cam trade mark tu
the nominees for oscar award this century..
BalasPadamOrwellian-style pop piece that stands the test o' our time!
BalasPadamAis Krim Mongolia....ni patuwt jadi phrase of the year!
enter sri kandi bernama minah dol menjaja dvd haram(jadah).
BalasPadamsambunglah dari sini apa kesudahannya kalau tuan pandai menujum.
Tok Rayat = Pakatan Rakyat
BalasPadamDol Ais Batu = Datuk Anwar iBrahim
Hairi, 1986
yang aku heran ni.....sapo dio tok bodek? orang2 haramno ke? ambo raso epik ni harus dijadikan prosa klasik untuk digunakan dalam ujian SPM bahasa melayu kelak. Buat gapo budok2 sekoloh duk baco buk terbitan datuk menggeliga & geng? baik baco cerpen ni.
BalasPadambro,lu hisap ape wei??hulur2 ar sikit kahkahkah
BalasPadammmg best karya ni kahkahkah
dol air batu = RPK
BalasPadambro..its really creative keep up the good work.
BalasPadamHari nih Setia Perwira Rangga minta ayam goreng cap KFC... Wakakakakaaa!!
BalasPadam