Khamis, 7 Mei 2009

BARU MASUK DARI PULAU PINANG


TEATER JALANAN DI PULAU PINANG

Lebih dari 100 orang warga Pulau Pinang telah berkumpul di hadapan Dewan Sri Pinang. Mereka membakar lilin.

Awalnya seorang ‘ lelaki kurang siuman’ yang memakai baju hitam telah bergolek-golek di jalan raya.

Akhirnya pemorotes sedar bahawa ini adalah teater jalanan dari tradisi Universiti Bangsar Utama ( UBU ) yang kini telah menjadi tradisi teater di Malaysia.

Sesuadah teater ucapan telah diberikan oleh seorang Mamat Cool Kris Kiara berbaju hitam dari Pusat Khidmat Pekerja.

Kemudian satu ucapan dari YB Sungai Pinang Saudara Koay Teng Hai.

Setiausaha Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Saudara Khairil Anwar juga telah memberi ucapan.

Adun Tanjung Bunga Saudara Jason Ong juga turut berucap.

Wakil SUARAM Pulau Pinang berucap sama.

Ini di ikuti oleh Saudara Liew Chin Tong Yb dari Bukit Bendera.

Ucapan mereka telah mentertawakan kah kah kah demokrasi Satu Malaysia.

Satu kain rentang bertulis DEMOKRASI SEKARANG telah dibentang untuk para demonsrtan menulis apa sahaja. Kain rentang ini adalah sejarah untuk di sampaikann kepada Satu Malaysia.

Perhimpunan di akhiri dengan lagu Suara Rakyat.

Nota : mat kampau macam tak ada kerja lain kelihatan berkeliaran.



1 ulasan: