Jumaat, 15 Mei 2009
BUDAYA MEREMPIT
MAT REMPIT DAN BAHAN BAKAR MINYAK PETROL
Saya merayakan Mat Rempit. Ini sebagai tanda saya merayakan anak-anak muda. Mat Rempit adalah anak muda negara kita. Mat Rempit adalah warga negara bangsa.
Mat Rempit ini lahir dari pembudayaan yang kita bentuk sendiri. Pembudayaan ini lahir dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam rangkaian ekonomi kapitalis Mat Rempit adalah tangga terakhir. Mat Rempit adalah pembeli, pengguna dan pemakai motosikal yang diwujudkan dalam sistem kapitalis.
Mengukutuk dan memperlekeh mereka - sekali pandang kelihatan cukup senang - tetapi dalam sistem ekonomi kapitalis Mat Rempit ini penting. Tanpa Mat Rempit motosikal akan bertimbun-timbun di gudang. Syarikat pemasang motorsikal, syarikat mengimpot motosikal dan penjual motosikal akan muflis. Ini hakikat ekonomi kapitalis.
Mereka yang mengutuk Mat Rempit tidak memahami jaringan sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma memerlukan pengeluar dan pengguna. Mat Rempit ialah pengguna. Tanpa pengguna sistem kapitalis tidak dapat bergerak.
Penggunaan motosikal ini wujud kerana adanya keperluan. Keperluan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat memerlukan sistem pengkutan. Dalam sistem pengangkutan ada dua bentuk sistem. Satu sistem pengangkutan awam dan sistem pengangkutan milik pribadi.
Dalam negara kita ini sistem pengangkutan awam tidak wujud. Apa yang wujud ialah sistem pengakutan pribadi. Sistem pengangkutan milik pribadi ini adalah manifestasi budaya kapitalisma. Kapitalisma mahukan kita semua memiliki benda. Memiliki dan mencintai benda-benda adalah sebahagian dari budaya kapitalisma.
Dalam budaya kapitalisma – jika individu memiliki banyak benda – maka individu ini akan dihormati. Jika tidak memiliki benda maka individu ini tidak akan dinilai. Ini budaya kapitalisma. Kita tidak dapat lari dari budaya ini kerana negara kita mengamalkan sistem kapitalisma.
Sistem pengangkutan awam diajukan oleh sistem yang mengamalkan ekonomi sosialis. Dalam ekonomi sosialis apa yang di dukung dan di kembangkan ialah pengangkutan awam. Ini selari dengan falsafah sosialisma dimana kebaikan ramai lebih dipentingkan dari keuntungan individu.
Kapitalisma menyembah dan mengagungkan keuntungan individu. Sosialisma mengagungkan keuntungan ramai. Inilah bezanya dua sistem ekonomi yang wujud dalam dunia ini.
Budaya merempit ini datang dari kotak kapitalisma. Merempit lahir dari budaya pemilikan sistem pengakutan individu. Yang dirayakan oleh Mat Rempit itu ialah manifestasi kebebasan individu yang selari dengan budaya yang di sebarkan oleh kapitalisma.
Justeru jika ingin menghapuskan budaya merempit – apa yang perlu dilakukan ialah menghapuskan sistem kapitalisma itu sendiri. Mat Rempit adalah manifestasi dari budaya kapitalisma.
Satu cara awal ialah mewujudkan sistem pengakutan awam yang cekap. Ertinya semua kampong dan badar akan di jaring dengan sistem pengakutan awam. Tidak ada pekan, tidak ada kawasan Felda atau kampong yang tidak di jaringi dengan sistem pengangkutan awam.
Sudah tentu ada kawasan yang tidak ramai penduduk akan mengalami kerugian. Pasti juga akan ada kawasan yang padat dengan penduduk akan membawa keuntungan lumayan. Ini samalah dengan sistem francise MacDogal – kawasan yang tidak untung akan di sokong oleh dana dari kawasan yang untung lumayan. Apa yang penting disini bukan keuntungan individu tetapi keupayaan warga untuk bergerak dengan menggunakan sistem pengangkutan awam.
Sistem pengangkutan awam ini hanyalah satu usaha awal sahaja. Apa yang wajib difahami ialah dalam jangka panjang budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis ini tidak dapat bertahan. Ekonomi kapitalis ialah ekonomi beli, pakai dan buang untuk beli lagi. Sistem ini menggalakan pembaziran bahan mentah.
Dunia kita ini – bahan mentahnya - tidak dapat menampong budaya dan gaya hidup yang dianjurkan oleh ekonomi kapitalis. Jika semua warga dalam dunia ini mahu hidup dengan budaya kapitalis maka kita memerlukan 4 buah lagi dunia. Ini mustahil. Banyangkan jika hanya setengah warga Malaysia memiliki kereta dan motosikal maka dengan sendirinya semua jalan raya dalam negara ini akan jam. Ini hakikat.
Apa yang wajib makhluk dlam dunia ini disecdarkan iakah ekonomi kapitalisma asasnya ialah minyak petrol. Dalam masa yang tidak lama lagi – dalam usia hidup ini – kita akan menyaksikan kekeringan bahan bakar ini.
Apabila bahan minyak petrol ini semakin kurang maka dengan sendirinya sistem kapitalis ini akan mengecut. Justeru sebelum masa itu sampai kita wajib memikirkan untuk menyususn dan mencipta kembali tamadun manusia moden. Tamadun yang akan wujud ini tidak mungkin lagi berasaskan bahan bakar petrol.
Kita perlu mengubah seluruh hidup kita. Cara kita befikir. Cara kita berhubung. Cara kita mencari makan. Cara kita bercucul tanam. Dimana kita tinggal. Bentuk kota kita. Semua ini perlu berubah. Satu pekara yang pasti berlaku kita akan dipaksa mengurangkan pergerakan kita juga. Kita terpaksa kembali berbasikal, bersampan, berkapal layar dan berjalan kaki. Sungai Klang, Sungai Pahang, Sungai Perak akan menjadi penting kembali.
Saya yakin ramai pembaca akan menganggap apa yang saya tulis ini sebagai tidak masuk akal. Tapi yakinlah masanya akan sampai apabila bahan bakar minyak petrol akan menjadi bagitu mahal sekali. Dan akan sampai ke satu masa dimana memiliki sistem pengangkutan pribadi akan dilihat tidak berbaloi lagi.
Bila masa ini sampai maka seperti lagu arwah Along Spoon kita akan ‘ rindu serindu-rindunya’ terhadap Mat Rempit. Cilok mereka akan hanya tinggal dalam ingatan.Merempit akan menjadi mahal. Justeru tidak lama lagi anak-anak muda ini juga wajib melahirkan stau budaya baru untuk merayakan kemudaan mereka.(TT)
budaya lain sudah sedia ade utk mengalu2kn mereka,kami bdk2 pminat musik underground dan indie mengalu2kn mat2 rempit..pegi gig xmahal,gig free pun byk hehe..
BalasPadamsebab itulah kerajaan sangat double standart dan 'munafiq' untuk mencegah budaya rempit
BalasPadamCuba lu bayangkan apa akan terjadi bila pendidikan percuma diberi kepada seluruh rakyat.Pendidikan dimilikrakyatkan.
BalasPadamSemua mat-mat rempit ni bagi dorang belajar mechanical engineering.
Konfirm dorang boleh cipta transportation yang tak pakai minyak.Konfirm pelbagai teknologi pengangkutan dan pengenjinan sudah ditemui oleh mat-mat rempit ni.
Tau tak kenapa mat rempit ni sering dibingai dan ditindas?
Sebab mereka tak tahu hak mereka.
Member aku pernah kata,
"it's your right to know your right".Mereka merebel dengan merempit.Cuba kalau dorang tahu hak dorang,hak untuk berfikir,hak untuk belajar,hak untuk hidup selesa,konfirm tak payahlah polis buat roadblock lagi.Tapi kalau takde roadblock,polis lost la soru jalan-jalan cari makan.Takde la buat roadblock tepi tol.
Kenapa polis suka buat roadblock tepi tol?Sebab dalam kawasan tol mana boleh patah balik.Kalau dah termasuk highway mau jenuh nak U-turn.
Aku sampai tak suka lalu jalan motorsikal tepi tol.Aku rela redah tol ikut jalan kereta.
Cuba nkoram semua fikir,kenapa ada mat rempit?Mat rempit wujud kerana Mahathir bina jalanraya dengan banyaknya,kerana dia sudah membuat syarikat Proton.Macam mana nak laku Proton kalau takde jalan raya.
Jadi mat rempit ini adalah salah Mahathir.
Patutnya binalah banyak LRT ke,monorel ke apa.Cuba tengok Underground subway kat London tu.Dah berselirat.Kat Tokyo nko kentut tak sempat dah ada train baru sampai.
Lagi satu,kenapa dorang jadi mat rempit?
Sebab bapak bukan Datuk atau Tan Sri,nak hantar kat Segi College memanglah tak mampu.Jadi apa boleh buat,suruh la anak-anak bekerja."Tolong abah bayar sewa rumah pangsa ni".Pergi kerja Tesco,Giant,McD KFC.Pergi kerja kena maki dengan supervisor.Balik rumah dengar adik-adik memekak.Bapak tension takde duit.Mak meniaga nasi lemak,tapi hari hujan pulus lari.Mana mau lari?
Merempitlah.
gua terime lu punye cerita..
BalasPadamgua sedar sume nye akan kembali kepada asal.
gua cume kagum tgk china punye sistem.ada betol ka?
Betul ke ini Hakim Mahkamah Rayuan kes Nizar Zambry Perak. Petikan dari website
BalasPadamhttp://72.14.235.132/search?q=cache:jIK0XJYrBZYJ:blog.limkitsiang.com/2007/09/21/ags-comments-on-lingam-tape-outrageous-is-he-for-judicial-independence-integrity-accountability/+vk+lingam+Ramly+Mohd+Ali&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my&client=firefox-a
Diulas Jeff Ooi http://www.jeffooi.com/2009/05/oh_ramly.php
There was reference of making “Datuk Heliliah, Datuk Ramli and Datuk Maroop” as judges — on 8th February 2002, Datuk Heliliah Mohd Yusuf, former Solicitor-General, Datuk Ramly Ali, a former Chief Registrar and Datuk Ahmad Maarop, a former Commissioner of Law Revision, received their letters of appointment as High Court judges from the Yang di Pertuan Agong. Their appointments were from Feb. 1, 2002.
Rion
Hoi Mamanda Perdana Menteri dan hulubelang-hulubelang sekelian!
BalasPadam"ITU MAT REMPIT KASI TUKAR NAMA JADI MAT SEMPIT MAU PAKAI BANYAK WANG KA????"
Turn padang konon...kah..kah...kah...
Pe plak tak masuk akal,bro Isham.
BalasPadamBkn setakat akan berbasikal dan bersampan,malah akan berkuda,berkeldai,berkerbau dan bergajah berunta kita nnti. Tu pun kalau makhluk ni sume wujud dan sihat lg masa tu.
Tapi apahal dgn kereta terkini yg kononnya guna kuasa angin tu?
Kehadapan Encik HIsham
BalasPadamAmatlah bertuah sekiranya semangat jati adik2 mat rempit ini kita salurkan ke arah yang membawa manfaat kepada mereka. Semoga mereka tidak disisih...
Terima kasih kerana memahamkan saya tentang kapitalis. Barulah aku sedar bahawa baju, seluar, selipar waimah seluar dalamku adalah penghasilan sistem kapitalis.
BalasPadamLangkah awalku untuk keluar dari sistem kapitalis bermula dengan memboikot seluar dalam. Buat apa pakai seluar dalam, hanya menguntungkan kapitalis.
Tujuan kenderaan dicipta adalah untuk memudahkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat dan selamat.
BalasPadamTapi sekarang selain dari itu kenderaan digunakan untuk berhibur yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia sendiri.
Kapitalis dan Sosialis adalah satu sitem yang melampau atau ekstrim.
Kapitalis ekstrim kepada pemilikan individu.
Sosialis ekstrim kepada pemilikan bersama.
Islam pula menganjurkan sifat sederhana. Ada perkara yang perlu pemilikan bersama dan ada perkara yang dibolehkan untuk pemilikan individu.
setuju!
BalasPadamwaktu itu hanya jutawan dan hartawan sahaja yang mampu merempit..
BalasPadamNAK SENANG CERITA...BUDAYA KAPITALISMA IALAH...BUDAYA SETAN PUKIMAK.
BalasPadamBAPA KAPITALISMA MALAYSIA IALAH...PUAKA1988?
http://puaka1988.blogspot.com
Post saudara isham hari ni mmg patut di renungkan oleh seluruh pihak..bagaimana sistem kapitalis ini telah gagal, dan kita manusia amat tertekan dengan sistem yang ada sekarang..semua pasti pernah mengalami rasa hilang tujuan untuk hidup..bangun dan bekerja selama 8 jam sehari sehingga ke hari tua, tetapi pendapatan masih tidak mencukupi untuk menampung kehidupan sendiri..kita manusia hanya di tindas oleh sistem kapitalis yang ada sekarang..
BalasPadamJika benar asas bagi sistem kapitalis itu adalah minyak seperti yang saudara isham katakan..rasanya kita patut memandang ke arah "free energy"..iaitu tenaga percuma yg boleh kita hasilkan tanpa di eksploitasi oleh individu2 tertentu sebagai keuntungan..saya juga telah cuba mencari beberapa langkah alternatif dan free energy yang boleh di hasilkan..dan d amtaranya adalah "motor perendev"..perendev motor hanya di gerakkan melalui kuasa elektromagnet dan hanya memerlukan magnet utk digerakkan...mungkin teknologi ini masih dalam pembinaan awal..dan semestinya tidak akan di sokong oleh ahli2 kapitalis skrg..saya sarankan supaya kerajaan malaysia bertindak dan membuat R&D bagi teknologi perendev motor ini..sebagai langkah awal untuk maju kehadapan dan cuba bebas dari cengkaman kuasa kapitalis itu sendiri..dan kami sebagai rakyat pasti akan menyokong jika usaha2 sebegini dilakukan..
video teknologi "perendev motor" juga boleh anda lihat melalui link di bawah..
http://www.youtube.com/watch?v=PFGiWiXMHn0
Itu la sifat manusio.. bilo dah sonang nak sonang laii.. mulo laa nak buek kojo gilo... merempit la.. meragut laa... motor tak ado rembat je moto orang.. tak ado duit poi la meragut.. bilo kano tangkap salahkan mak bapak.. salahkan kapitalis.. tak tau aa apo nak cakap..
BalasPadamSORY..CINA TAKDE HALAL HARAM YG JELAS DLM AGAMA DIA..
BalasPadamMat rempit? Saje seronok..hidup yg dilalui berbeza..apepun kerajaan harus selamatkan dengan IKHLAS..
Apa yg pasti gejala rempit ni akibat daripada kebahlolan MB Tempe menutup Litar Batu 3 untuk pembinaan kawasan perumahan mewah di Shah Alam...
BalasPadamNak pegi Sepang jauh bebenor...
Sudahnya kat jalanraya tempat diorang lepas gian....
bro azlan,
BalasPadamaku dari kecik lagi dah boikot, no to seluar dalam, rilek aje berangin hahahaha.....cool beb
Kapitalisma di dunia sedang menghadapi krisis paling teruk dalam sejarahnya. Tetapi setiap kali krisis kapitalisma, kelas pekerja dan rakyat miskinlah yang terpaksa menanggung beban krisis akibat kerakusan keuntungan kapitalis-kapitalis. Dengan agenda pro-kapitalis, BN dan Pakatan tidak mewakili aspirasi dan kehendak kelas pekerja dan mereka tidak mempunyai penyelesaian kepada krisis ekonomi dan kehendak warga pekerja selain menyelamatkan pasaran bebas kapitalisma dengan agenda perubahan mereka.
BalasPadamBaca selanjutnya di : http://asocialistmalaysia.blogspot.com/2009/05/peralihan-kuasa-untuk-menyelamatkan.html
nami o fish.
BalasPadambodohnya pemikiran anda. Sebab byk jalan bdk2 merempit. kajian ape yg ko buat. kalau semua amik mechanical engineering, ko tau tak nanti negara takde calon yg ada kepakaran dalam bidang lain.
kalau jalan yg disalahkan, mak bapak ko pon guna gak jalan tu. diorang tu kira merempit gak la. bukan ke jaringan jalanraya skrg utk memudahkan perjalanan org???
ko tak suka tak pyh guna jln la. ada kaitan ke otak manusia yg boleh berfikir secara waras dgn jalan???
bodoh.
you are right bro...especially on transport. Too many cars...too many money goes to transportation.
BalasPadamI am cycling to work...to cut down on oil usage...
Gambar Hiasan, sila klikmemang betul kerana rempit lah kedai motor dapat jual motor.. tapi mat rempit tak beli motor dari kedai, mat rempit mencuri motor orang lain, dibaraikan untuk di ambil original sparepart yang sangat mahal kalau nak beli di kedai..
BalasPadambiar mat rempit hilang dari bumi kita ini. tak siapa rugi apa2 pun. kecil2 tak nak mampus dah besar meyusahkan orang aje.
BalasPadamrindu kat mat rempit? goblok lagi begok kau, sham.
kalau nak rayakan anak muda biar yang bertanggong jawab.
mat rempit sampah buatan malaysia. mencemarkan bumi.
Tapi kalau tak de sistem kapitalis nie mungkin tidak wujud internet utk Tukartiub nie kah kah kah ...
BalasPadamSebenarnya kita manusia nie rakus dan tamak tidak pernah puas dengan brg yg ada ... ada bini cari pompuan lain , ada anak pukul marah budak jadik rempit ... ada kereta org design utk tahan lama kita 3-4 tahun dah nak tukar ... kalau kita mengawal nafsu tamak nie baru hidup senang skit
Kah kah kah...
BalasPadamAde point Tok...
Tapi ape pon, kalau diorg malas belaja gak, same je...
Kah kah kah...
ade je mak ayah budak org kaya, tapi merempit...Ape ke hal nye tu???
Kah kah kah
'kalau nak rayakan anak muda biar yang bertanggong jawab.
BalasPadammat rempit sampah buatan malaysia. mencemarkan bumi.'
Antara ayat yg paling riak yg aku terbaca dlm ulasan ini. Org yg menulis begini adalah org org yg sombong. sewaktu keluar ja kat dunia ni, org tu memiliki kehidupan yg senang, ibubapa yg pandai mengasuhnya, juga kepala otaknya jenis skema.. Sebab tu dia takleh nak memandang jauh manusia yg 'opposite' dgnnya.
Org yg mendakwa diri mereka bertanggungjawab dan pandai harus bersikap ingin ambil tahu ttg sekeliling dan menjaga harta yg paling mahal iaitu generasi masa depan. Jika anak anda baik..syukurlah..anda boleh berbangga, dah begitu rencana Tuhan terhadap anda, masalah hidup tak berapa ada.
Tapi bila anak org lain jadi tak betul, kerana kesilapan teknikal, tak wajarlah pandang mereka dgn rasa benci. Barangkali ganjaran atas ujian utk ibubapa yg punya anak2 jahat ni, lebih besar berbanding ibubapa yg punya anak2 baik.
Sekurang2nya gunakan kelebihan kepandaian dan kebertanggung jawab anda yg Tuhan bagi utk perbaiki masyarakat. Mana2 zaman pun ada org baik, ada org jahat.
Yang dikatakan TANGGUNGJAWAB itu ialah bukan saja mendidik anak2 yg dah sedia baik ( kerja senang), tapi paling bernilai dan berPAHALA BANYAK adalah juga mendidik anak2 yg BERMASALAH (kerja susah).