Khamis, 14 Mei 2009
JANGAN MAIN SABUN- SABUN
KESAH KANG KONG DAN SEBUKU SABUN
Warga telah bosan. Ada-ada saja iklan-iklan baru keluar dari syarikat sabun. Ada sabun yang lebih wangi dari wangi. Ada sabun yang membasuh lebih puteh dari puteh. Ada sabun yang berbuih lebih berbuih-berbuih dari mulut rakyat yang berkata : kami sudah bosan.
Yang peliknya bila ada sahaja sabun baru di pasarkan – maka akan muncul para Kang Kong dari universiti dan sekolah menengah yang mengalu-alukan kesampaian sabun-sabun baru ini. Tidak di ketahui kenapa secara tetiba Kang Kong ini mula bersuara dan mengibas-ngibas bulu-bulu ketiak mereka.
Awal-awal subuh lagi Kang Kong-Kang Kong ini akan mengeluarkan kenyataan mengalukan kemasukan sabun baru ini ke dalam rak pasar raya. Tidak cukup dengan ini si Kang Kong akan menulis pandangan-pandangan pendek lagi kontot dan cukup cetek untuk menyambut dan membuktikan yang sabun baru ini lebih banyak buihnya dari mana-mana sabun cap ayam yang dahulu.
Akan ada pula Kang Kong yang cekap dan bijak menjalar mencari air untuk makan. Kang Kong jenis ini akan mengadakan Seminar dan siMinah. Kang Kong jenis ini akan mencari dana untuk membicangkan idea-idea kangkong mereka tentang kenapa sabun baru ini wajib kita pakai. Kang Kong jenis ini berselirat menjalar dalam kampus–kampus. Mereka telah lama menjalar di kampus sehinggakan pulang terpijak pergi tersepak.
Berseminar dan bersiMinah ini telah menjadi aktiviti cari makan para Kang Kong. Kang Kong jenis ini tidak berupaya untuk menulis lebih dari tiga perenggan. Mereka akan melentok rebah jika berhadapan dengan mahasiswa yang bijak lagi berani. Selalunya Kang Kong jenis ini akan memanggil mata-mata untuk memasungkan anak anak muda pelajar yang berani mentertawakan kekangkongan mereka. Atau pelajar yang melawan arus Kang Kong ini dibuang terus dari kampus.
Kang Kong jenis ini amat gagah jika ada kemunculan sabun baru masuk ke pasaran. Mereka akan berbuih-buih mulut untuk mencari dana untuk menganjurkan seminar membicangkan kekuatan buih-buih sabun baru ini. Lebih banyak dana yang terkumpul maka lebih gendut dan menghijau perut si Kang Kong ini.
Dana ini amat penting kerena seminar dan siMinah ini ingin diadakan, kalau boleh di hotel lima bintang dengan garpu dan sudu yang berat berat. Sudu dan garpu ini penting untuk membuktikan kekangkongan Kang Kong- Kang Kong ini. Kemudian dana yang banyak juga akan digunakan untuk menempah kain rentang dan membeli iklan untuk memperlihatkan bertapa hebatnya usaha kerja si Kang Kong. Lebih besar kain rentang dan iklan ini lebih berilmu si Kang Kong ini dilihat
Kang Kong yang akan berseminar dan bersiMinah ini akan memaksa Kang Kong Kecil untuk berjaket dan berdasi siap dengan nama di leher. Kang Kong Kecil ini akan bertugas untuk tersenyum macam kerang busuk. Semua ini adalah sebagai tanda soheh bahawa si Kang Kong ini memiliki sifat insan kamil lagi berilmu.
Jika boleh di hari yang digahkan itu akan diadakan pesta kompang kompet dan silat kerayung. Ini hanya tanda pembukaan seminar. Para deft dan lift-lift jemputan akan duduk melopong untuk mendengar – kalau boleh – pesta pembukaan ini akan diresmikan oleh saekor Menteri dari rak sabun baru. Selesai acara pembukaan maka para lift-lift jemputan ini akan berjamu makan dengan sudu dan garpu yang berat-berat.
Sambil-sambil makan para Kang Kong akan ramai menebeng untuk ‘masuk frame’ bergambar dengan Sang Menteri. Gambar ini bukan untuk Myspace atau Friendster tetapi untuk menghias bilik si Kang Kong – untuk membuktikan betapa tingginya ilmu bodek yang telah dimilikinya.
Selesai jamuan - bila acara pembincangan ilmiah seminar ini bermula kelihatan di dalam dewan hanya ada tiga ekor yang duduk tercongok. Mereka ini ialah – Mak Mentua Si Kang Kong, pemandu si Kang Kong dan saorang pelajar dari Faktulti Bodek. Yang lain sudah mengkangkongkan diri - mereka celah dan belah.
Ini berlaku kerana sebenarnya warga telah bosan dengan sabun- sabun yang keluar masuk ke dalam rak pasar raya. Dulu ada sabun Cekap, Amanah dan Bersih. Kemudian ada sabun Wawasan Lima Ratus Lima Ratus. Ada pula sabun 3M – Mangkok, Mangkok dan Mangkok. Semua ini sabun cap ayam yang telah diketahui satu Malaysia. Warga telah berbuih-buih bosan dengan sabun-sabun ini.
Kali ini ada pula sabun baru keluar dari kilang lama yang sama. Nasib sabun ini agak kurang baik. Tidak seperti sabun 3M dahulu dimana para penyabun agak gembira untuk seketika.
Sabun baru cap ayam ini belum sempat diletakan ke atas rak telah mula kena kutuk. Ini kerana sabun baru ini telah dikatakan terlibat dalam penajaan lakonan siri drama swasta. Cerekarama bersiri dikatakan bukan datang dari Amerika Latin atau dari Korea tetapi dari Mongolia. Cerekarama ini cukup ‘pop’ sehinggakan mendapat liputan ke seluruh dunia.
Cerekarama ini telah berjalan hampir dua tahun – ini satu cerekarama yang hebat. Ada kemungkinan cerekarama ini akan dapat mengatasi siri Pi Mai Pi Mai. Malah berita telah mula tersebar dimana sebuah stesen Tv di Hong Kong akan mengambil cerekarama sabun baru ini untuk di Hong Kongkan.
Kerana terlibat dalam penajaan cerekarama dari Mongolia ini – si sabun baru ini amat susah untuk membersihkan diri. Rakyat satu Malaysia melihat sabun baru ini kurang bernilai kerana dalam satu episode cerekarama ini ada dilihatkan bagimana sabun ini telah membasuh ‘ehem ehem…’ seorang gadis Mongolia. Kerana membasuh ‘ehem’ gadis Mongolia ini satu Malysia telah menganggap sabun baru ini amat kotor lagi jijik.
Sekarang syarikat cap ayam ini sedang dalam dilema. Sebenarnya memang susah untuk memasarkan sabun baru ini – bagaimana sabun hendak membersihkan sabun? Kalau sabun kotor siapa pula pencucinya? Persolan seperti inilah yang banyak Kang Kong terlupa untuk membincangkan dalam seminar dan siMinah yang dianjurkan.
Justeru akhir-akhir ini bermacam-macam slogan telah difikirkan untuk menjual sabun baru ini. Para pengampu dan pembodek termasuk para Kang Kong telah berpulas leher memikirkan beberapa slogan baru agar sabun baru ini akan diterima pengguna. Ini adalah contoh-contoh slogan tersebut: Sabun Tangan Anda Sebelum Makan. Sabun Baru Lebih Bersih, Lebih Cekap dan Lebih Peramah. Sebelum Ke Sekolah Ke Sabun Dulu. Sabun Baru Pandai Berjalan Ke Petaling Street. Bersabunlah Kamu Sebelum Kamu Disabunkan. Sap Sap Sui Sabun Baru Cap Ayam.
Nampaknya slogan-slogan ini masih belum berjaya. Warga satu Malaysia masih mual dengan sabun cap ayam ini. Baru-baru ini berita telah tersebar bagaimana sebuah jabatan agama telah diarahkan untuk mentafsirkan bahawa sabun ini adalah sabun suci lagi bersih. Hingga ke hari ini belum kedengaran buah butir laporan dari jabatan ini. Mungkin sabun baru ini akan disunatkan sekali lagi dengan slogan : Sebelum Ke Umrah Bersabun Dahulu.
Hingga ke hari ini para Kang Kong sedang bertungkus lumus cuba mencari jalan keluar agar sabun baru yang telah tersimpan di rak pasar raya ini akan di terima oleh pengguna. Warga satu Malaysia tidak perlu hairan mungkin tidak lama lagi akan terbit lagu-lagu yang akan di beri nama: Sabun Ku Sabun Ku. Atau Sabun Bergoyang Lagi Terbilang. Atau Marilah Sama Bersabun Dengan Ku Bukan Bersabun Untuk Ku. Ini semua pasti dalam perancangan syarikat sabun cap ayam dalam usaha untuk menjual sabun baru ini.
Sebenaranya ada satu slogan rashia yang masih belum di temui oleh juru bodek dan para Kang Kong. Slogan ini jika di gunakan pasti akan melariskan permintaan untuk sabun baru ini. Slogan ini cukup senang: Untuk Sehat Seperti Bik Mama Gunakan Sabun Baru Ini. (TT)
oneSABUN..SABUN didahulukan..ubat gigi kemudian
BalasPadamkaakkakak...perenggan yang last tu ria sangat..haha
BalasPadamsabun cap kapak..........
BalasPadamjitra
errr..sabun satu malaysia sekilo..
BalasPadamIslam = kebersihan = Najib laksana undang2 Islam dan Hudud = Najib taubat nasuha = sudah dapat SABUN yang paling bersih.
BalasPadamapa macam?
Kah kah kah...bro...peach perut aku baca kau punya satira ni...
BalasPadamTepat dan jelas...sabun memburuh.
Kitaro
satu malaysia da nmpak..
BalasPadamx de jln kuar ntuk pembodek & kang-kong..
hanya tinggal jln ntuk dikarate dan diterajang..
kah...kah...kah...
BalasPadamTT memang cool
hahahahah,lawaka la bro,pepagi ni..saya baca semasa dalam feri langkawi ke kuala kedah.tergelak sampai org sebelah memerhati,,,bagus-bagus..cadangan saya bagini....satu malaysia nak sabunkan sabun ini......hahaha bukan bik mama saja,,huhu
BalasPadamBro Hisham
BalasPadamSebelum ehem..ehem
hendaklah bersabun dulu
Kah...kah....kah....
He he he! Sabun yang sudah tercemar memang tidak laku. Apa carapun, untuk mempromosi Sabun baru ini, memang gagal. Sudah pun Sabun baru ini tidak laku diluar Negara sebab belum terdapat apa apa iklan daripada negara lain tentang Sabun baru ini. Macam Negara lain tidak minat dengan Sabun baru ini.Tidak terlihat negara jiran, seperti Singapura, Filipina membuat promosi Sabun baru ini. Hanya diIndonesia saja ada promosi tapi itu pun hangat hangat tai ayam penerimaan nya. DiBrunei rakyat disana pura pur suka Sabun baru ini tetapi kalau mereka ada membveli Sabun baru ini belu pakai sudah campak dalam tong sampah.
BalasPadamJangan kotorkan tangan kamu dengan Sabun baru ini.
Kah..Kah..Kah..Kah..
BalasPadamSabun..Sabun...Saabunnn..dibilek mandi..Sabunnnnn..Sabun dibilik mandi...
kah..kah..kah..kah...
"Melancap lah guna sabun "CAP AYAM"
kah..kah..
Bro lu memang kelakar la...
senak perut aku pagi ni...
kah..kah..kah..kah..
Berapa Sen sabun ni..?
Kah..kah..kah..
Ini pulak sabun Bukit Botak.
BalasPadamSemenjak 20 tahun dahulu geran tanah Bukit Botak diberikan kepada budak-budak usia 5 dan 7 tahun!
Siapa kah toyol-toyol kechik ini?
Manakala 215 tuan ponya tanah yang ori sudah di batalkan dengan senyap - Tan Sri Khalid
Teringat masa kat ukm dulu, Madey datang semua student yg tengah ambil kokurikulum kena paksa datang dengar orang tua tu berucap. Kalau tak datang tak lulus.
BalasPadamLepas tu ada sorang kaki bodek tukang provoke tepuk tangan, budak2 ni kebanyakannya bukan ambil tahu pun, ada yg borak, baca nota, tidor, asal mat bodek ni tepuk tangan barulah diorang sibuk tepuk sekali.
Padahal sebelum tu mahfuz turun utk debat, tak payah paksa, sampai tak muat dewan tuh...
Hahaha ...baguih bangIsham ... aku ingatkan abg Isham cerita pasal sabun utk masturbait tadik ...sabun SLogan rupanya ..idea ori dan 99.99% suci dari Najibcoccus Bacillus
BalasPadamnasib baik aku pakai sabun import....tak pedihkan mata maaa.....dan pastinya tak de cop kangkong
BalasPadamminah copel
hebat hebat...sungguh menarik
BalasPadamTerima ke? Sihat macam Bik Mama? Eii..takut aku, hilang nak sihat, laki aku dulu lari...
BalasPadamgua rasa metafore lu mmg best.
BalasPadamtapi sejarah manusia berulang-ulang dari dulu sampai kiamat.
hanya kita pilih, nak jadi musang atau biri-biri..
ehh.. bang isham.. jangan la kenen-kenenkan dengan sabun-sabun pulak..
BalasPadamsabun tak bersalah dalam hal ni.. kecik ati sabun tau.. sabun banyak berjasanya pada manusia..ada sabun guna untuk mandi.. ada guna untuk cuci.. ada sabun guna untuk main buih..
cakap pasal sabun ni.. teringat saya sabun kat bilik air tu dah nak abis.. semalam saya guna untuk tocheng..sambil berangankan buntut bik mama..perghh..jangan main-main..habis satu buku sabun tu saya kerjakan..
Brader Isham,
BalasPadamLu lupa satu frasa lagi...
" Gunakan sabun cap ayam untuk melancap, kepuasan pasti terjamin"
-kuda hitam-
teringat raja lawak taun lepas. katak disangka sabun.
BalasPadamabg isham
BalasPadamkangkong-kangkong ni dtg dari mana?
dtg dari yunibesiti yg tersenarai 100 terbaik asia ker atau 100 tercencorot asian.
agak-agaknya la, kangkong-kangkong ni lepasan yunibersiti yg na-ib can-seloqnya boh be-ti-end kot....
kahkahkah...bro TT mmg cool...
BalasPadamhati2 dgn sabun kalau xnak disa'bom'kan...
sabun dibilik mandi..
BalasPadamsabuuuuuun..
skali-skali pekono air sabun pun best gak... kalah tongkat ali sioll..
BalasPadamSalam abang Isham, nak tumpang ketawa sikit heh heh heh , tajam dan dalam makna entry abang kali ini ...
BalasPadamabah anak den
oneSABUN ni hanya sesuai untuk tocheng sambil bayangkan bukit daik bercabang dua bik mama....kah kah kah kah kah....
BalasPadamBang sham...
BalasPadamJom kito import eskport sabun dari johol ko jolobu..
Kasi sabun semuo dun-dun totok ni.
heee
BalasPadam1 Malaysia, 1 Sabun
BalasPadamKasi tukar jadi mat sabun.
Tapi jangan makan sabun nanti habis anak dara 1Malaysia kena entot....
Mat Sabun 1Malaysia suka entot belakang........
Sabun banyak adik beradik.
Razak sabun
Baginda sabun
Keris sabun
Lidah sabun
Haji sabun
.....macam-macam sabun ada.....
Paling bahaya 1Sabun.......
Kah,kah,kah..........
bicara soal sabun ini,bikin aku horny..
BalasPadamteringin rasanya nak bersabun dgn bik mama!
BalasPadam--boyourr--
Alo TT,
BalasPadamKah..kah..
Tulisan lu ni mcm A Samad Said la pulak,
Memang ada bakat jadi "Sasterawan PKR"!
Kah..kah..
Nak sabun satu?
another classic piece. well written and humorous, as usual. teruskan perjuangan anda. moga dipanjangkan umur dan sihat sentiasa. amin.
BalasPadampeminat setia dari Kulim.
Saudara Hisham...
BalasPadamApa kata artikel ni saudara hantar utk dimasukkan ke dlm majalah Mastika...tgok apa komen ketua pengarangnya...kah..kah..kah!
Bagus btul ironi sabun ni! Cantik susunannya dari perihal rak sampailah ke kempen iklan...termasuk slogan di'analogi'kan dgn situasi politik negara.
Syabas!
sabun rakyat!
BalasPadamhaha cool!