Isnin, 11 Mei 2009

MARI BELAJAR MELIHAT BAGAIMA CARA PUTAR ALAM BEKERJA !!!


MAHKAMAH TINGGI ISYTIHAR NIZAR MENTERI BESAR PERAK YANG SAH
– berita hairan

Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, di sini, sebentar tadi.

Dalam keputusannya, Abdul Aziz berkata jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Artikel 16(6) Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan undi tidak percaya terhadapnya hanya boleh dibuat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri.

Nizar sebelum ini mengemukakan semakan kehakiman untuk mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.

Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu.

Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan.

Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi Pakatan Rakyat (PR).

Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN.


LIHAT AYAT INI – INI AYAT PUTAR:

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.


ITU PASAL ORANG TAK PERCAYA PADA MEDIA YANG DI MILIKI GEROMBOLAN.


SUKA PUTAR PUTAR. SUKA LEBONG LEBONG. SUKA KELENTONG. WAL HAL PERNGHAKIM CUKUP JELAS.



BACA LAPORAN SOHEH DARI MALAYSIA KINI. BACA DAN BEZAKAN

NIZAR MENTERI BESAR SAH PERAK– MalaysiaKini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu

kah kah kah... ABANG JOHAN ...SETAKAT HULL UNIVERSITI TU TAK TERER LAAA... ITU UNIVERSITI MACAM TARAF SINTOK.... DI UK REJECTED PRODUCT PERGI KE SANA...kah kah kah..



17 ulasan:

  1. Kepada Zahid Hamidi, kalau kamu tau malu, suruhlah MB Haram BN kamu tu keluar dr pejabat & kediaman rasmi MB Perak. Jangan buat muka selipar Jepun ok.

    BalasPadam
  2. johan ni lulusan hull city council kot??

    BalasPadam
  3. SELAMAT HARI JADI KE-63 PADA KAUM-KAUM BANI UMNO

    MENJAMULAH SELERA DENGAN "KEK HARAM"

    KEK HARAM YANG DIMASAK OLEH SETAN PUKIMAK...KIH KIH KIH

    BalasPadam
  4. dalam berita radio tadi cuma baca tajuk berita. klu puak depa yang menang, mahu hbis 1/2 jam berita tu utk kipassss

    BalasPadam
  5. putar2 mcm roda impian itu media... klaka betul, perangai mcm budak2.. kalah xnk ngaku, mnang hebah sana sini

    BalasPadam
  6. brader hisham..
    jangan seronok sangat..ini adalah perancangan BN dalam memulihkan imej mereka..

    bila mahkamah umumkan nizar menang maka BN akan promote mengatakan bahawa kerajaan najib adalah telus dan adil..tambahan pula baru2 ni najib bebaskan tahanan ISA..

    kemudian bila dun perak bersidang,mereka akan buat usul undi tidak percaya..pasti keputusan akan memihak kepada bn kerana jumlah kerusi mereka adalah lebih banyak dan keputusan tersebut pastinya tidak akan boleh dicabar di mahkamah..

    jika ini berjaya maka BN telah menjalankan gerakan serampang 2 mata..imej mereka pulih dan mereka dapat semula perak..

    BalasPadam
  7. "membesar macam johan"?
    atau "i wanna be like mike"?
    teman tanye kome dan mike di peghak sane, eh di bernama & media prima sane, mana lebih gah & lebih malatop?

    BalasPadam
  8. Kah kah kah.... universiti Hull? kah kah kah.....

    BalasPadam
  9. hidup paktan hahahha...keruk dah kena lebong hahahha sama 1malaysia..hahhaa

    BalasPadam
  10. Kalau nak merajui mana-mana media milik UMNO/BN....qualification utama seseorang tu mestilah pandai putar belit berita !! Pandai kelentong sama rakyat !

    Yang baru-baru ni "Rocky" dah dapat jawatan 'CEO' di Malay Mail.Tengok, betapa kuat dia putar berita.... sampai Pak Lah dan geng-gengnya pun kalah habis,surrender !! kalimullah dan Brenda pun bungkus dari NST.

    Rasa2 lidah si 'Rocky' tu bercabang dualah.

    Nasib baik ada 'Tukar Tiub', selalu dengan berita yang tulus dan yang benar.


    Dakis.

    BalasPadam
  11. Kepada Zahid Hamidi,
    Hantar lah 3 betalion Komando. PASKAL TLDM dan PASKAU TUDM.
    Amacam mungkin komando ni semua nak ikut cakap menteri Pertahan atau nak pakai kepala otak.
    Tak taulah yg jadi Polis tu semua macam yang ada di Dewan DUN Perak Khamis lepas. Mungkin puak tu biasa mengakap orang dan kerja nak memukul orang. Mungki dah terbiasa dok pukul bini dan anak macam tu kot????

    BalasPadam
  12. ya laa....sekali ameno 1946 dinamakan oleh onn jaafar daa...mampos tahun 1987 laa....ini ameno balu 1989 dinamakan oleh maday kuntiklanak.....daaaa...itu pun sutak mau hampot ma....aiya..mau tipu lagi ka?...sutak hampot pun mau pegang itu bendela ka?....

    BalasPadam
  13. perintah mahkamah tinggi tersebut adalah sah dan mengikat (binding) oleh kerana permohonan secara lisan oleh peguam zombri untuk pergantungan perlaksanaan (stay of proceeding) telah ditolak.
    maka mengingkari perintah mahkamah tersebut adalah satu perbuatan committal (menghina mahkamah)

    so, selagi permohonan untuk pergantungan perlaksanaan yg baru ataupun rayuan terhadap keputusan hari ini masih belum dibuat dan didengari serta dibenarkan memihak kpd zamri, maka nizar adalah MB perak yg sah..

    BalasPadam
  14. bubar kn dun..biar rakyat pilih semula sape yg printah..hidup PR...

    BalasPadam
  15. "...kah kah kah... ABANG JOHAN ...SETAKAT HULL UNIVERSITI TU TAK TERER LAAA... ITU UNIVERSITI MACAM TARAF SINTOK.... DI UK REJECTED PRODUCT PERGI KE SANA...kah kah kah..."

    Keseluruhan posting ini sepatutnya jauh lebih baik tanpa bahagian yang saya petik di atas. Mengapa perlu merendahkan taraf sesiapa sekalipun.

    Tukar Tiub, dengan satu ayat sahaja boleh menyebabkan ramai orang kecil hati. Mereka yang pernah belajar di Sintok dan Hull, ramai bilangannya di Malaysia ini.

    Mungkin ada yang tidak berapa bagus namun tidak kurang yang hebat. Mengapa perlu menjatuhkan taraf mereka semua.

    It's ok to laugh at things (kah..kah..kah) but putting people down is not good, any time, any place.

    BalasPadam
  16. Hari ni aku tengok dalam utusan - "Harap semua bertenang - Zambry" http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

    Macam mana aku nak bertenang sebab aku tengah seronok gila. Aku dah cuba jugak bertenang tapi aku tak boleh. Sekejap sekejap aku terkekek sorang-sorang sampai sakit perut dengan muka aku tahan!

    BalasPadam