Rabu, 20 Mei 2009

REPUBLIKAN DARI PERAK




PERAK JADIKAN EMAS


Apa yang sedang berlaku di Perak ini amat baik sekali. Kelam kabut dan kacau bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak ini sekali imbas dilihat tidak mendatang faedah kepada orang ramai. Ini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adakah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai. Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tetiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihat sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan dikalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul. Raja adil raja di sembah – raja zalim raja di sangkah telah menjadi realiti di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka didalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga Malaysia telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam Perlembagaan Perak.

Hasil dari krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan Raja, peranan Menteri Besar, peranan Tuan Speaker dan had-had yang diwujudkan melalui Perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini. Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada dalam tangan mereka.

Najib Razak berniat merancang ‘rampasan kuasa’ di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdulah Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa ingin dijadikan sebagai tiupan sangka kala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat. Tiupan sangka kala ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 March. Harapan ini jelas telah pancet.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Ini adalah tanda-tanda politik sehat dimana elemen-elemen demokrat didalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak tanduk yang telah diambil oleh Najib Razak. Ini adalah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sehat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation. Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan diantara parti Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan. Perak adaklah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengenepikan ajenda sampingan dan menerkam kepada ajenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali didalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokan sebagai parti keCinaan telah diterima oleh orang Melayu. Pas yang selama ini dimomokan dengan hukum hududnya telah menerbus masuk ke dalam kawah Cina. Ini adalah perkembangan yang amat menakutkan untuk United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini selalu digunakan sebagai senjata ampuh oleh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai. Di Perak orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak orang Cina tidak lagi takut untuk menerima Pas. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Nizar dan Siva. Kalau di permulaan era Reformasi dahulu yang muncul hanya Anwar Ibrahim yang pada mulanya masih dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk menyakinkan warga bukan Melayu bahawa Reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak secara sepontan Nizar dan Siva telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar Ibrahim. Ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya dari apa yang berlaku pada tahun 1998 dahulu. Pada malam 20 September 1998 Anwar Ibrahim telah di tangkap di rumahnya. Episode penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi. Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Muhamad.

Di Perak episode ini berulang lagi. Pada 7 Mei yang lalu sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi Tuan Speaker dan dikurung agar kuasa dapat dirampas. Kini sekali satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang di wakili oleh Najib Razak.

Sama ada Dun dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara. Aktivis dan angkatan muda dari Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus di kembangkan. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan di bakar. Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum di adakan. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini lebih subur politik Malaysia. (TT)

Tulisan ini boleh diambil untuk digunakan ke jalan yang baik.




36 ulasan:

  1. Brilliant! Simply brilliant!
    Contrary to what may seem as tangled knot, it’s actually the slip knot to send the “you know who” to the gallows. The noose is getting tighter by the day and they know it.

    At the end of this political thunderstorm we shall see a magnificent rainbow.
    Most certainly after the next GE.

    Keep it real bro Isham.
    RESPECT!

    Vicky

    BalasPadam
  2. ya...kita api-apikan PARLIAMENTARIANS dengan ROYALISTS

    BalasPadam
  3. ai.. pandai pulak tulis elok elok.. ingat tahu berdekah kok kok kok kek kek kek je.

    BalasPadam
  4. aku teringin supaya kes2 di Perak ni jadi kat Johor.Nak tengok camana sultan Johor handle...heheh

    BalasPadam
  5. Sampai Mister Speaker di seret keluar dan di kurung macham anjing!
    manakala raja itu diam aje.

    saya SETUJU bahwa rakyat patut fikirkan hal negara /negeri Republik.
    Tempat lain saya tak tahu lah.
    Di BukitBintang kita bolih lihat kereta-kereta Lambobini , B&W jenis james bond, Masaratti dan Poche tak ada plet nombor kepunyaan raja-raja, sultan-sultan,mangku-mangku (Omanko itu lain, mangku raja lain )main main lumba-lumba kat sini.
    betul menyampah hati dan mata.
    Rakyat berkuli-kuli kerja dan raja-raja main-main.(Raja Petra dikecuali kan )

    Kita orang di BB pon tahu sultan mana yang datang main check in check out dengan ah moi.
    Patut ada fatwa yang cakap Republik Malaysia Baru.

    BalasPadam
  6. Syabas! syabas TT. Ini adalah satu sejarah bagi panduan pembukaan mata, buahfikiran dan kesedaran kesuluruhannya bagi rakyat Malaysia, untuk menilai nasib mereka apabila tibe PU13 nanti. Jika monarki masih beranggapan bahawa abad ke20an ini feudalism masih ujud, memenag salah. Abad sekarang adalah abad rakyat bebas berfikiran dan bebas berhijrah. Rakyat tidak terkongkong dalam sat kendang kecil. Harap monarki diPerak sedar implikasi atas tindakan yang feudalistik terhadap rakyat. Rakyat Perak, saya pasti, dapat menilai sendiri impak tindakan monarki, yand didorong oleh PM Najib, apabila tiba PU13 nanti.
    Tuhan Mahakuasa lago Maha adil. Allahuakbar allahuakhbar.

    BalasPadam
  7. Tuan, saya fikir ada tangan ke empat dalam kes Perak ini.Mengapa Perak? Mengapa bukan Kedah atau Terengganu? Royalists Perak sebelum ini dilihat kautim dgn PKR.Satu-satu monarch yang berani bersuara tentang lantang tentang isu-isu rakyat terutama melalui nasihat Muftinya.Tiba-tiba mereka dilaga-lagakankan dan jadilah apa yang berlaku sekarang.

    Kita fikir ada musuh yang lebih besar dari apa yang kita nampak.Hati-hati.

    008

    BalasPadam
  8. Gua amat setuju dengan pandangan lu Bro. Teruskan perjuangan yang sudah hampir sampai ke matlamanya. Semoga PRU ke 13 mengahasilkan sesuatu yang kita tunggu selama 52 tahun ini.

    Bravo !!!!

    BalasPadam
  9. The Republic of Malaysia...

    Malaysia Republik baru kewl

    BalasPadam
  10. betul2 mendidik aku.
    betul2 sekolahkan aku.
    betul2 kool.
    betul2 anak muda.
    anak2 muda harus amik tahu.
    kahkahkah! bangkit la,brader!

    BalasPadam
  11. Fuh!!! Terbayang Nepal tahun lepas.....

    BalasPadam
  12. kalau terus mati jika belok maut...

    BalasPadam
  13. Saya amat bersetuju dgn pandangan ini.Rakyat wajib sedar segala yang telah terjadi dan akan terjadi diPerak akan lebih menyerlah kan lagi PEKONG DI DADA pehak yang selama ini dianggap dan mendakwa membela dan mengutamakan rakyat.Sejarah telah banyak membuktikan pehak istana dan pemerintah bersekongkol.Hang jaga aku,aku jaga hang.Usah pedulikan rakyat dan undang-undang.DAHULU KINI DAN SELAMANYA- PENIPU.

    BalasPadam
  14. masalahnya di Perak ni, Tuanku nampak macam terpaksa terima Hj nizar sedangkan penasihat2 baginda orang UMNO totok...itu sbb tuanku suka dr zambry mamak maju...

    manakala Raja Nazrin suka pada Hj Nizar, jadi inilah mungkin sebab krisis Perak tak berkesudahan...

    apepun, komen TT(bro Isham) memang bernas...tabik sama bro!!!

    BalasPadam
  15. Sangat terkesan dengan tulisan isham ni.masih belum terlambat untuk diwujudkan republik sosialis di negara ini.

    BalasPadam
  16. bravo ...satu kupasan yg menarik..harus di baca oleh..semua org..terutama gerombolan...tahniah.

    BalasPadam
  17. Kepala bana apa monarki ni?
    Apa kerjanya?
    Berapa pula gajinya?
    Ada ke monarki ni menolong rakyat susah?
    Berapa bijik kereta monarki ni ada?
    Berapa bijik rumah?

    BalasPadam
  18. waahhh bulan depan dah boleh keluar buku baru la isham...

    BalasPadam
  19. Apa yang berlaku di Perak, kalau berlaku di Johor pasti akan lahirlah satu negara kecil yang baru....pasti....
    kadang2 kita rasa nak tergelak pun ada dengan penggunaan kuasa yang songsang ini bayangkan demokrasi perlembagaan undang2 tolenransi pilihanraya semuanya di serabutkan...mana laungan, mana pegangan itulah yang berlaku pada pimpinan BN anak UMNO...sedangkan negra luar tertawa BESAR melihat perolakkan di Perak tapi segelintar anak beranak N,Z dan konco2 BN tersenyum bangga....benar kata orang dulu dulu kuman di seberang laut nampak tapi kutu keliling pinggang x nampak *(saja aku olah) ...sebab banyak sangat kutu di pakatan BN.....cubalah cari jalan bangkitkan ekonomi negara majukan Malaysia...permudahkan rakyat itu yang kita nak tapi sayang baru berkuasa dah tunjuk belang nanti tersungkur barulah jadi MELAYU MUDAH LUPA....maklumlah ada pertahanan.......
    apa pun gua respek sama BRO ISHAM...selaga ada tukar tiub selagi itu kita bisa bernafas...hidup tiub

    BalasPadam
  20. I hate you when you wrote article like this, its difficult to make jokes out of solid facts! Hau......hau?....bah! no mood to guffaw...

    BalasPadam
  21. Kenyataan Resmi Polis Raja Di Malaysia: Krisis Perlembagaan Negeri Perak.

    2. PRDM melarang cubaan untuk mempolitikan krisis perlembagaan Perak. Dari risikan PRDM, kegiatan oleh pihak2 subversive yang mempunyai hubungan dengan pertubuhan penganas di luar negara untuk mempolitikan issue ini akan mengugat keselamatan negara dan mengancam monopoli kuasa golongan elit yang sedang memerintah.

    3. PDRM memilih gerombolan untuk menerajui kerajaan negeri Perak dan melantik zambry mandela a/l ghandi sebagai Mentri Besar untuk menjamin kepentingan ekonomi kaum feudal, kapitalis dan konco2 mereka di Perak.

    4. Tindakan PRDM ini telah mendapat restu dari pihak istana, perdana menteri, badan kehakiman dan SUK Negeri Perak. Sayugia,rakyat marhaen di larang membuat apa jua bantahan.

    5. PRDM akan mengambil tindakan undang2, jenayah, sivil, syariah atau rimba, keatas mana2 pihak yang tidak akur kepada perintah ini.

    Sekian. Sedia maklum.


    Saya yang menurut perintah,

    Koperal Anuar bin Zaini
    Ketua Rumah Pasong (OCS)
    Rumah Pasong Kg. Tempoyak
    Bota, Perak Darul Gamuda.

    BalasPadam
  22. Kebanyakkan pemimpin2 UMNO/BN sudah ketinggalan Zaman sudah 'lost-touch' dengan apa yang diingini oleh rakyat.

    Rakyat adalah 'Boss'...tapi kerajaan UMNO/BN ingat merekalah boss,kekayaan negara semua digasak oleh UMNO/BN...

    Wahai rakyat Malaysia.... tengoklah sendiri bertapa kaya-raya menteri2 UMNO/BN.....yang
    jahat,yang jenayah tak diambil tindakan undang2 !!!!

    Rakyat harus bangun kali ini untuk mengajar kerajaan rasuah UMNO/BN dan dengan hancurkan mereka di PRU13 nanti !!

    Hidup Rakyat !!

    Dakis.

    BalasPadam
  23. Ucapan Sultan Azlan Shah Tahun 1980

    “Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.

    Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya”

    – Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

    BalasPadam
  24. meow~

    agaknya ada anak raja yang baca tulisan bung hisham ini tak? kalau tak baca rugilah mereka, hehehe. Jangan harap pegawai akan lapor ... mereka cuma lapor berita gembira dan menyorokkan berita derita, dulu kini dan selamanya.

    BalasPadam
  25. ai.. pandai pulak tulis elok elok.. ingat tahu berdekah kok kok kok kek kek kek je.

    2009 Mei 20 06:22
    Tanpa Nama blogger berkata...

    aku teringin supaya kes2 di Perak ni jadi kat Johor.Nak tengok camana sultan Johor handle...heheh

    2009 Mei 20 07:12



    Nanti die kata 'korg buat aku pening kepale la setan'
    hahah

    BalasPadam
  26. Gatua (Bukan Gamuda)20 Mei 2009 pada 12:51 PTG

    Dirgahayu Republik Sosialis Rakyat Perak!!!

    BalasPadam
  27. Harapan saya satu hari nanti akan diadakan undian seluruh Malaysia samada hendak kekalkan institusi Raja atau menjadi Republik.

    BalasPadam
  28. dgn kupasan tt kali inirakyat malaysia tampa mengira warna kulit/agama akan brazam untok membibaskan diri dari perhambaanminda sejak 52tahunlalu alangkah bahagia nya rakyat kalau dapat mengecapikermerdikaandari perhambaan minda.kita di takutkan selama ini dengan bayang yg mereka sediri menchiptanya agar kita terus di perbuduhkan .katakan kepada mereka cukuplah demi masa anak cucu kita .

    BalasPadam
  29. Nama saya Melah.

    Tahniah pakcik TT atas artikel yang sangat menarik. Musti pakcit TT tidak tidur mereka ayat yg sungguh dapat menyekolahkan saya mengenai politik lahabau di Malaysia.

    P/S: Pakcit, dah kawen ke belum, marilah kawen ngan saya..

    Yang Ikhlas,

    Melah.
    (Gadis Rembau yang kini berpindah ke Bukit Gantang)

    BalasPadam
  30. Masa terus bergerak.
    Semalam menjadi pengalaman dan tauladan.
    Kesilapan pemimpin semalam telah menghasilkan sejarah hari ini.
    Kesilapankah atau proses mendewasakan rakyat dalam erti bernegara dalam negara merdeka tulen.

    Monarki sedar nyawa mereka akan dicabut oleh rakyat bila tiupan keadilan menerjah membolos dalam benak rakyat yang ditindas.

    Bila ?
    Masa telah tiba dan terlalu hampir.
    Monarki sedar bahawa mereka sendiri yang mendoa dan mentalkinkan sistem ciptaan mereka.

    Masih ada kompromi ?
    Tidak mungkin !!!
    Kesilapan silam atau proses itu bergerak terus.

    Bagaimana terjadi ?
    Proses semula jadi ketamadunan manusia.

    Apakah contoh terbaik untuk untuk rakyat menilai sistem Monarki yang bobrok ini ?

    Kesialan Monarki Malaysia ialah apabila bersekongkol dengan Imperalis British dan bekerjasama dengan Fasis Jepun ketika Malaya di jajah oleh dua kuasa jahat dunia ini.

    Rakyat yang sedar berjuang hingga titisan darah terakhir menghalau penjajah ini.
    Namun apabila ambang kemenangan berpihak di tangan rakyat,sekonyong-konyong talam dua muka ini muncul.
    Siapakah talam dua muka ini ?
    Ya..kapitalis melayu dan Feudal keparat.

    Selama mana sistem monarki bertahan selagi itu rakyat akan terus ditindas dan di perhamba.
    Ketamadunan manusia yang jaya akan terbantut selagi mereka kekal dengan sistem palsu ciptaan mereka.

    Bukankah terpacul ayat-ayat dari mulut mereka sendiri,bahawa sekuat mana bala tentera tidak akan dapat menahan kebangkitan rakyat.

    "Kuasa rakyat"

    Kini terbentang luas di hadapan kita untuk melakarkan sejarah gemilang.

    Tidak akan terpadam obor perjuangan rakyat yang terhasil akibat sikap Kapitalis dan Feudal Melayu sendiri.

    Ayuh Bangun !
    Kita yang akan melakar sejarah gemilang Malaysia.

    BalasPadam
  31. Tahniah bro Sham.
    Tulisan u akan dikongsi dgn org lain dgn segera supaya bara tu sentiasa merah. Nyala tak nyala tu lain cerita.. terpulang pd kebijaksanaan pimpinan masa mana nak kipas bagi api naik kecik atau naik menjulang..
    ka lagu mana..?

    BalasPadam
  32. perak semenjak zaman penjajah lagi adalah sekolah politik untuk warga. kalau dulu kita ada datuk panglima bukit gantang, ahmad boestamam, kini kita ada nizar, siva dan yang tak cerdik pun ada

    BalasPadam
  33. DEMOKRASI itu sendiri merupakan acuan daripada pihak YAHUDI laknatullah..itulah silapnya jika kita tidak berpegang teguh pada ajaran al-Quran dan as-Sunnah..hantar anak2 ajar al-Quran tapi diri sendiri tunggang-langgang..kenal Allah dan RasulNya tapi tak sayang langsung..tahu membaca tapi isi kosong..situasi yang berlaku di dalam negara sendiri adalah contoh terdekat atas kesilapan diri sendiri..belum termasuk contoh dari negara2 Islam di luar sana..awas..musuh2 Islam sentiasa memerhatikan umat Islam..ada yang menyamar sebagai muslim..perancangan mereka terlalu rapi dan licik..apa yang perlu dirisaukan sekarang adalah agama Islam kita...bersatu untuk menegakkan agama Allah...usia dunia sudah hampir ke penghujungnya

    BalasPadam
  34. ada pngajaran pada setiop kejadian..rakyat dh sedar,kita buang umno dlm tong najis...hidup PR,idup nizar..hidup2


    wong kam pong

    BalasPadam
  35. ulasan yang tepat,jitu dan menyengat.bola di kaki para dewata itu..terserah kepada mereka untuk merencanakan...
    teringat kepada kata-kata William 'Braveheart' wallace:the king think that the people exist to provide them with position,status and power;whereas they are duty bound to provide then with protection and freedom.

    cheers!

    BalasPadam
  36. Hahhh !! monarki tu apa ? dewa dari langit ke ? ada kuasa macam otromen ke ?..ishhh tak tau ler teman...penting ke idak monarki ni..

    oop maaf tersilap teman masuk sini..sebenor nya baru nak ngasah pisau toreh.. esok teman nak kena norehh getah yopp oiii..

    hiii..monarki..ape nye..teman noreh getah je petang gi sungai tangkap ikan..malam gi mesejid..monarki tak penah pun teman nengok kat mesejid ngajorr hukum sepatah dua..bubor lambok pun teman kongsi2 sekampong masa bulan puase..monarki tak jamah yop oii bubor lambok kg teman..

    hiii..teman nak kena gi ngasah pisau noreh dulu yopp...

    BalasPadam