Rabu, 13 Mei 2009

SATU PANDANGAN




MAT REMPIT BERSATULAH


Ujung minggu lalu saya ke Pulau Pinang. Ketika ingin pulang kami menyisir di jalan lama untuk singgah ke Port Weld. Saya ingin merasa mee udang yang terdengar bising ketika heboh heboh di Bukit Gantang.

Tak ada apa-apa – mee udang ini jauh tangan dari peha.

Kemudian kami memotong ke Kuala Kangsar – pekan yang amat saya kenali. Kami berhenti untuk secawan kopi pahit di Double Lion. Roti bakarnya dengan kaya kampong masih baik. Kopinya tidak merosot tapi tidak akan menjadi pilihan utama.

Dari Kuala Kangsar kami melencong ke jalan lama menuju Selama. Jalan indah melintasi kampong, dusun, getah dan belukar. Saya tidak lagi marah dengar belukar kerana belukar juga adalah rumah serangga dan pelbagai hidupan. Belukar juga membersihkan udara kotor hasil dari asap kereta. Kalau tidak ada belukar dimana biawak akan hidup.

Di pertenghan jalan kami terserempak dengan beberapa buah kereta. Jalan yang kecil memaksa kami berbontot-bontot. Tetiba satu kumpulan Mat Rempit – berbelas orang – melintasi kami. Anak anak muda ini – langsing, ranggi dan cool.

Mereka mencelok kiri dan mencelok kanan untuk memotong kereta yang sedang beratur. Mereka cukup berani. Saya kagum melihat keberanian mereka. Sekelip mata mereka memintas dan meninggalkan kami.

Lima minit kemudian saya ternampak seorang Mat Rempit tercampak ke tebing kanan jalan. Motosikalnya terhumban ke dalam longkang yang dipenuhi rumput dan belukar. Dua orang kawan sampai tetapi masih di atas motor sampai. Ini solidariti Mat Rempit.

Motosikal barunya terbalik. Saya nampak anak muda ini terduduk dalam longkang. Mungkin tidak cedera. Kereta kami meninggalkan mereka.

Teman yang memandu hairan kenapa Mat Rempit tidak takut dengan kemalangan ?

Lalu saya menjawab :

Mereka tidak takut kerana mereka muda. Inilah sifat anak muda berani mencuba dan berani melawan arus.

Semua pencipta dalam dunia ini adalah anak muda. Kerana kemudaan mereka berani melanggar hukum. Zaman Pencerahaan dahulu di buka dan diteroka oleh anak muda. Ibu Battuta mengembara untuk mengisi zaman mudanya. Marco Polo berjalan ketika dia masih muda. Iskandar Zulkarnain sampai ke India ketika dia masih muda.

John Lennon, Picasso, Beethoven – semua berkarya di zaman muda. Mereka mengindahkan dunia.

Mat Rempit berani kerana dunia di hadapan masih luas terbentang. Sakit, mati, maut atau kecederaan tidak pernah menjadi perhitungan anak muda. Hanya orang tua yang takut mencuba yang baru.

Mat Rempit ini tidak memikir apa-apa. Dia mungkin dari kampong - dari Felda – mungkin anak ketiga atau ke tujuh. Kalau di kota dia tinggal di kawasan padat lagi sempit – seperti Pantai Dalam dan Kerinchi. Ayahnya mungkin telah kahwin lagi. Dia mendapat entah apa apa dari sekolah. SPM atau pebagai haram jadah pepereksaan itu hanya menyusahkan hidup mereka.

Dia melihat tanah-tanah padang di kawasan mereka diambil alih oleh pemaju perumahan. Padang bola mereka di ambil untuk mendirikan kondo mewah. Hutan hutan disekeliling habis dicunggah oleh pemaju tanah. Kalau keluarga mereka peneroka miskin dalam kota – mereka akan dihalau jauh ke luar kota. Tanah ibu bapa mereka dirampas untuk rumah rumah mewah. Mereka melihat - jika ada sahaja tanah kosong semuanya terjual. Dalam kota - ada sahaja tanah kosong akan disembah untuk dijadikan tempat letak kereta.

Kalau mereka meminati bola – taiko judi akan masuk campur. Permainan bola mereka akan diolah oleh towkay judi. Apa sahaja sukan mereka minati towkay judi dan para pengiklan akan masuk. Mereka hanya kuli batak. Kegembiraan untuk merayakan kehidupan akan digunakan oleh orang lain utuk membuat kaya.

Kalau ada persatuan ditubuhkan tiba-tiba ada peresmian. Tetiba mereka kena pakai baju batik. Paling tidak cool. Paling belia. Mereka tidak mahu menjadi ‘ belia bergerak maju’. Mereka tidak mahu menjadi Mat Skema. Mereka tidak mahu menjadi Mat Jiwang. Mereka menhamapehkan semua bentuk ‘rakan’. Kempen rakan muda yang lalu hanya tipu helah syarikat iklan untuk mendapatkan 84 juta ringgit duit rakyat.

Kalau dalam persatuan semuanya kena tunduk kepada orang tua. Pemimpin persatuan tidak cool – ada kepala botak, ada perut gendut dan yang tidak boleh tahan ialah memakai baju batik lengan panjang – paling cabuk rupanya. Ada resmi-resmi. Ada duduk duduk mendengar politikus berucap. Mana boleh drinya Mat Rempit - anak muda cool duduk dengar politikus – semua ini budaya orang tua – budaya bodek.

Jika mereka ingin membuat sesuatu yang mereka suka – pasti akan di larang. Ini tak boleh itu tak boleh. Berapa ratus ribu larangan telah wujud. Ada larangan dari agama. Ada larangan dari adat. Ada larangan dari orang tua. Ada larangan dari politikus. Ada sahaja larangan yang menyusahkan hidup mereka.

Berendut di taman di ganggu pegawai ‘lampu picit’. Silap-silap ditangkap khalwat. Kalau hendak lepas kena sorong duit kopi. Pergi ke kelab harga mahal. Kalau ada duit masuk ke kelab ada pulak kes kena minum air kencing. Nak tengok konsert Pemuda Pas melarang. Pelbagai fatwa dan fatwi sampai.

Tak kan nak melancap pagi petang. Tercabut kontol. Lalu mereka merempit untuk merayakan kehidupan.

Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempit.

Yang ada – yang hakiki dan yang wujud ialah sebuah motosikal. Motosikal adalah tanda kebebasan. Bila anak muda bertemu dengan injin motorsikal semua kemungkinan berlaku. Mereka tahu nikmat zen bergerak bebas. Motosikal adalah tanda kebebasan mereka.

Wahai orang- orang tua :

Jangan pura-pura buat tidak sedar – bukankah orang tua yang menjadi towkay motosikal. Bukankah orang tua yang amat suka anak anak muda ini kerana mereka membeli motosikal. Tuan pemilik syarikat motosikal amat gembira dengan Mat Rempit.

Jangan pura-pura buat tidak sedar bukankah F1 itu adalah daya tarikan untuk berlumba-lumba. Jangan pura pura buat tak sedar – bukan kah orang tua yang sengaja menganak tirikan pengakutan awam. Ini agar warga membeli kereta dan anak muda membeli motosikal.

Jangan pura pura buat terperanjat apabila melihat Mat Rempit membuat aksi di jalan raya. Ini bukan pekara baru. Sebuah motosikal dinaiki oleh 15 orang ini bukan satu yang baru dilihat – ini bukan ciptaan Mat Rempit. Apakah orang tua terlupa kepada Tatoo?

Kenapa saban hari Mat Rempit di serang?

Ini kerana mereka adalah gulungan yang paling lemah dalam masyrakat kita. Gulungan yang lemah ini selalu di serang, dikutuk dan di fatwa fatwikan. Kalau tidak Mat Rempit -Mat Black Metal, kalau tidak Mat Black Metal - Mat Lembut, kalau tak Mat Lembut -Mat Rock. Orang tua cukup senang untuk menyerang orang yang lemah.

Kenapa media tidak berkempen untuk terus bertanya kemana perginya P Balasubramaniam? Atau terus menulis tentang apa jadinya dengan pembunuh Norita? Atau media bertanya - siapa punya kelentong hinggakan projek pelabuhan Klang kena kemut 6 bilion ringgit? Berapa banyak lagi duit dalam dana Petronas? Berapa belanja membuat Putrajaya? Kenapa banguan lama Dewan Bahasa dan Pustaka jadi tong sampah? Berapa bilik masih kosong dalam bangunan Berkembar Petronas ? Berapa ramai penyewa Daya Bumi ? Inilah soalan yang membina negara bangsa.

Media wajib bertanya - Siapa towkay penjual motosikal ini ?

Kenapa tidak dibuat sistem pengakutan awam yang lumayan - kemudian naikkan harga kereta dan motosikal macam cara yang dibuat untuk kempen anti rokok. Kenapa di setiap motosikal tidak dibubuh gambar mayat, tengkorak, kaki tercabut – macam di kotak rokok. Kenapa tidak ditutup sahaja kilang membuat motosikal. Apakah media tidak berani kerana takut dengan bos atau takut kaum kapitalis marah. Lalu – yang senang mengutuk Mat Rempit.

Kerana kutukan datang bertalu datang kepada Mat Rempit maka semua ini menjadikan saya bersimpati. Saya bersimpati dengan sesiapa sahaja yang ditindas. Saya bersimpati dengan Mat Rempit. Saya bersimpati dengan anak muda kerana saya juga pernah muda dahulu. Semua orang tua – kaki kutuk ini - pada satu ketika dahulu mereka juga muda. Tetapi mungkin ada juga orang muda yang telah dituakan lebih awal lagi – mereka ini Mat Skema – Mat Baju Batik Lengan Panjang. Poyo.

Anak muda wajib hidup dengan kemudaan mereka. Anak muda pencipta alam. Hanya orang tua dan anak muda yang telah dituakan yang selalu potong stim. Akhirnya dunia ini adalah milik anak muda. Mat Rempit bersatulah.(TT)-

Sesiapa yang bersimpati dengan Mat Rempit ambilah tulisan ini untuk kebaikan.




41 ulasan:

  1. memang cool,bro mmg cool la..teringat
    iklan ice krim mat kool hehe,artikel
    yg tak rugi dbace

    BalasPadam
  2. Bro Hisham. Tulisan lu memang rock. Walaupun gua dah berumur 35 tahun, gua terasa muda membaca tulisan2 lu.

    Syabas. Tulisan yang sungguh cool!



    Geng Lorong Kiri 15

    BalasPadam
  3. http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/blog-post_9206.html

    Kalau anwar buat semuanya betul....apa ingat anwar tu maksum ke???

    Umno dah cincang demokrasi dan memalukan Malaysia...kenapa anwar pulak terhegeh-hegeh setuju nak bincang dgn Najib???

    baca hujah kat blog ni utk penjelasan lanjut...aku tak benci anwar tp bab ni aku tak sokong laaa....

    http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/blog-post_9206.html

    BalasPadam
  4. Tak pernah jadi belia 4B sebab balik-balik kat kampung aku tu,balik-balik kompang.balik-balik zapin.

    Remaja nak layan lagu metal.Remaja nak lagu punk.Nak layan drum double pedal.Nak layan guitar Ibanez.

    Remaja nak break-dance,nak menari shuffle.

    Remaja nak jadi diri sendiri.Bukan susah sangat pun.

    Tapi yang mangkuknya establishment kita selalu menonjolkan yang 'mat belia' baik-baik belaka.Iklan PLKN menari dikir barat tepi sungai.Hakikatnya mengarut je.Berapa ramai yang bunting dalam kem PLKN?

    Anyway bro Isham,tulislah satu artikel tentang 13 Mei,sempena 40 tahun kejadian berdarah tu.

    BalasPadam
  5. saya pun pakai motor....throttle boleh pereh sampai 150 tak kan nak simpan jer tali minyak tu kan..hahahhaha...xkan nak pereh minyak pun kena p trek,jpj lulus kuar atas jalan kira boleh pereh 150 la atas jalankan...hahaha

    BalasPadam
  6. wallala..esok pakai minyak premium...ngengegenege kena kasi tambah 20sen kerna barang premium tidak dikawal ..ngegegenge...senang KATA LA ESOK MINYAK NAIK 20 SEN ENCIK smail sabri..

    BalasPadam
  7. serius..first time aku simpati dengan mat rempit lepas baca tulisan ni..

    BalasPadam
  8. pandangan yg bernas... semoga mereka yg telah muda jgn mengongkong kami yg masih muda... akan saya ambil post ini utk blog saya..

    BalasPadam
  9. Bro,
    Bab Mat Rempit ni suruh Ahmad Idham selesaikan...jangan pernah lupa kenyataan beliau semasa Pra Pelancauran Filem Remp-It dulu "KITA BUAT FILEM NI UNTUK MEMUPUK KESEDARAN KEPADA MAT REMPIT 1MALAYSIA"....KAH...KAH...KAH...(tiru sikit bro)
    Kalau aku la PM...nescaya aku suh media tukar katanama Mat Rempit jadi MAT SEMPIT...baru la hilang glamer ikan masin diorang...
    APA-APA PUN...BAGI AKU MAT REMPIT NI LAGI BAIK DARI MENTERI KERANA MEREKA TIDAK HIPOKRIT :)
    ~ZARM

    BalasPadam
  10. Mat Rempit kena buang rasa 'bangga' apabila jadi Mat Rempit. Kena ada rasa kesian dengan mak ayah. Dari merempit nak tunjuk terer, lebih baik gi tolong mak kat dapur. Ada gak paedahnye..tolong ayah basuh keta pun bagus.

    BalasPadam
  11. "Tak kan nak melancap pagi petang. Tercabut kontol. Lalu mereka merempit untuk merayakan kehidupan".

    Dey Isham.
    Aku btul-btul tarak paham apa itu 'kontol', itu barang serupa carburetor moto kaa ???
    Wakakaka .....

    - Tamilselvam

    BalasPadam
  12. perlu juga dikaji:
    camana motor kecil tapi berkuasa besar boleh lepas masuk ke pasaran?
    mula dulu yamaha 125Z sampaila yang terbaru suzuki Belang.
    dengar cerita ada unsur2 busuk wujud dalam jabatan kerajaan yang mana telah menghalalkan motor2 sebegini masuk.

    BalasPadam
  13. Assallamualaikum
    Bang Hisham, dulu Snow memang marah ngan Mat Rempit ni, tapi selepas membaca artikel ini, Snow menjadi kasihan terhadap mereka. Apa apa pun, kita semua harus bersatu memberi mereka peluang, kerana kesempitan hidup mereka yang mereka sendiri tidak menduga.
    Wassallam

    BalasPadam
  14. apa pun aku respect mat rempit ni bila..jatuh motor, mula-mula dia tanya..moto aku macamana?okey ka..?

    BalasPadam
  15. Yang menjadi kecaman masyarakat adalah Peragut. Peragut telah menyebabkan kematian.Dan kebetulan pula si Peragut2 ini bermotosikal, dan selepas meragut mereka merempit untuk melarikan diri. Perbuatan ini telah membusukkan nama pengguna motosikal yg lain.. termasuklah mat rempit seperti yg saudara Isham ceritakan...

    BalasPadam
  16. gua akan print n akan wat copy byk2 utk disebarkan kat port2 mat rempit penang weekend ni..

    BalasPadam
  17. Saya setuju dengan abang.
    tapi tua2 gayut nih sokong jer xkan lah nak merempit lg. Kalu wa dapat 'stroke' 10 tiang pun wa kalah punya, konpem bang.Jadi mau rai apa lagi?

    BalasPadam
  18. iduppp mat sembab..ehhh silap, mat rempit.jangan marah bro,....

    BalasPadam
  19. Tertarik dgn pandangan saudara ttg mat rempit kali nie. cuma saya nak mengomen sikitla bab pas melarang mat rempit tonton konsert. pas cuma melarang konsert yang secara jelas ada pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan muhrim serta konsert yang melalaikan.

    BalasPadam
  20. rempit di malaysia bukanlah seperti black rebels motorcycle club marlon brando dalam filem "the wild one"... "what are you rebelling against?".. "what do you got??!!" adalah dialog keramat dan agung...

    rempit di malaysia bukanlah "rebels" tetapi "menace of the society"... saya peduli apa mereka nak race ke... nak isap ganja ke..nak "cret" bila "payung kembang" ke...tapi bila dah mula terlibat dlm kegiatan jenayah ini sudah lebih!!!

    merogol,meragut,curi motor, merompak, menyamun, bawak motor sampai mengancam keselamatan orang lain...ini sume bukanlah perbuatan seorang "rebel"...ni sume perbuatan seorang "poser"!!!

    rempit tiada bezanya dgn belia gerombolan...mereka rasa gah sebab mereka ramai...mereka melakukan penindasan sebab mereka ramai...mereka berani melalukan jenayah sebab meraka ada "geng"...cuba sorang2...kecut telo!!poyo ar rempit ni!!!

    BalasPadam
  21. Cayala GombakRock apo yang ekau cakap tu ado yo betul nyer.. klau diorang nak merempit tigo hari tigo lam gua pedulik apo.. tapi jangn menyusahkan orang... ni nak isi minyak pun mintak kat mak bapak.. cool ke bondo.. stakat bunyi yooo bising.. tp abuk pun tak do..

    BalasPadam
  22. Tolong siasat berapa juta kementerian pengajian tinggi habis nak buat political mileage konon kerajaan perihatin masalah pengganguran negara dengan memberi lebih 100,000 pekerjaan dari 600 syarikat sebab iklan career fair mereka di mana-mana.Nampak mahal punya affair.

    Tolong pantau dan interview pengunjung.Balik dapat kerja ke?Kalau betul dapat, BN lah kerajaan PALING perihatin dan saya akan kempen dia menang lagi next election.Pastikan mat rempit ni pun pergi cari kerja di career fair ni.

    BalasPadam
  23. woit...isham !

    apsal lembu sekarang merempit ?
    kah,kah,kah.......
    sebab padang ragut telah dipagar oleh ramli ngah talib.

    Apsal kambing mad said hilang ?
    Sebab kambing-kambing mad said tak suka berpesatuan.

    Sebenarnya jiwa mereka kosong.
    Kapitalis melayu,fatwa-fatwi telah merompak harta milik mereka.

    Rasuah dimana-mana.
    Mahkamah melayu rasuah.
    Politik melayu rasuah.
    Semua daulah rasuah,anak-anak muda sekarang bergelumang darah mereka dengan duit rasuah hasil pencarian ibu-bapa puak-puak gerombolan.
    Salah sendiri tak nampak,balik-balik anak-anak yang salah.
    Kesalahan mereka diletakkan kebahu mat rempit.

    'Raikan masa muda dan keremajaan'

    BalasPadam
  24. bro syam,

    komen skir pasal Petrol RON95..geng malaun ni nak tipu rakyat lagi ke?

    BalasPadam
  25. Mat Rempit dan Peragut adalah jenis yang berlainan kastanya. Jangan salahkan Mat Rempit bila peragut menggunakan motosikat untuk membuat kerja2 haramnya.

    BalasPadam
  26. kage bunshin no jutsu13 Mei 2009 pada 12:04 PTG

    aku x suka bwk moto,lesen moto pun xde...mmg aku cukup maki hamun dgn mat rempit yg nyusahkan pembayar cukai jalan yg lain...tapi mungkin betul,persekitaran yg menjadi punca...so,aku kurangkn sikit tahap makian aku kat mat2 rempit...kpd mat2 rempit,maafkan aku kerana memaki hamun (dlm hati) korg...ape2 pun,aku rase cukup kesian & rugi tgk awek2 yg follow mat2 rempit ni...cun2 belaka,body mantap...sayangnya,cantik hanya diluar tidak di dalam...kalau la aku dapat sorg awek mcm awek mat rempit ni,nescaya akan ku jaga baik2 kehormatannya untuk dibuat bini di masa hadapan...

    BalasPadam
  27. aku nak setuju gak ngan bro. Tapi tak semua la. Tapi aku rasa la, kalau la di beri gelanggang sebenar utk dorang ni ok gak. Setiap daerah bagi satu trek rempit(halal punya...ha ha ha). Takan padang golf harga juta2 boleh buat trek rempit tak leh?.

    Daerah aku yang sekangkang kera(Temerloh) ni pun ada 3-4 padang golf. Yang pegi main golf yang mulut-mulut celupar ngutuk mat rempit. Boleh?. Satu padang golf aku ingat boleh buat 2 trek rempit. Ni kes orang tua nak bolot peluang...alaaaa..yang main golf ni pun bukan main kosong...sure tagan punya...ada juga kalau menang 'ayam' ko aku punya...ha ha ha...

    BalasPadam
  28. Pergghhh. Tak pernah aku baca artikel hebat macam ni.

    Luar biasa ..

    Ben@Benjamin, kelakar la kau. Haha.

    Setuju sangat dengan Bro Hisham. Kita sengaja nak mengalihkan perhatian daripada masalah sebenar.

    Najib sapu komisen RM 500 juta,

    Mat rempit beli motor RM 4000, bayar ansuran 3 tahun ..

    Malam ni kat jalan duta? Ada beran?

    -Honda Wave 100 cc

    BalasPadam
  29. HOHOHO... brilliant, veri veri da contraversional kahkahkah.... walau agak keras namun benar tulisanmu wahai komrad, harus jadi begini kerana pihak begitu , merekalah punca segala durjana dan kebangsatan rakyat, perut mereka terus besar dan membesar serta pembotakkan di kepala terus dan berterusan... natijahnya anak bangsa menjadi bangsat melarat.. apakah ini?

    BalasPadam
  30. gua budak jelatek kl,

    to komrad,

    bro lu memang revolusioner, pandangan lu memang sealiran dengan jiwa anak muda yang tekongkong dek ape kejadah larangan bangsat itu ini yang tambah menyeksa , akhirnya ditindas oleh golongan penyangak, anak muda memang perlu bangkit bro, panggil mereka bersatu untuk kambuskan durjana durjana bangsa ini , mati itu keperluan bagi seluruh bangsat tanah air...

    BalasPadam
  31. adehh..
    MAT REMPIT LA YG MMBAHAYAKAN NYAWA ORG LAIN KT JLN RAYA!

    KORANG BELUM PNH Lg MERASA CMNE PERASAAN ILANGNYE ORG YG tERSAYANG DSBBKN MAT REMPIT...

    BYGKAN LA MAK KORANG MAYBE BARU BLK PASAR..BWK PN 20km/jam JER...PASTU TTBA ADER BBRAPA MAT REMPIT TERBABAS N TERLANGGAR DIER..

    MAYBE BILE DA KNE MCM TU,BRU LA KORANG TAW MKSD AKU..

    BalasPadam
  32. apa punya bodo la pandangan . kthxbai

    BalasPadam
  33. Aku kurang bersetuju apabila persekitaran sosial dipersalahkan menjadi faktor UTAMA gejala merempit dikalangan anak muda..
    Apa yg bro tulis tu memang semua betul.., masalah sosial itu dan ini yang mengelilingi seseorang anak muda telah membenihkan bibit-bibit kejahatan dalam diri..
    Tetapi bro kena ingat.., TIADA seorang pon yang terkecuali daripada menerima hidayah ALLAH untuk mereka keluar dari kepompong kebobbrokan hidup mereka.. Bahkan setiap kita pasti beberapa kali ditunjukkan hidayah dalam pelbagai bentuk, rupa dan peristiwa sehingga pintu hati kita diketuk dan terbukalah lorong ke jalan kesejahteraan..
    PERSOALANNYA.., apakah mereka MEMILIH untuk mengikuti hidayah-hidayah itu..
    Sebenarnya ramai yang memilih untuk tidak mengambil lorong petunjuk itu., kerana kurang enak dan tiada imbuhan duniawi yang jelas untuk diperolehi dengan kadar segera..
    Melihat rakannya mati mengerikan, timbul bibit hidayah.. Tetapi untuk insaf., perlu mendengar leteran tok guru., perlu bertaubat., perlu berdoa., solat dan bermacam lagi..
    Lalu kehilangan rasa keseronokan fatamorgana duniawi kerana meninggalkan area rempit dan maksiat..
    Lalu kekallah si perempit itu dalam kebejatan..
    Dan mereka membentuk sebuah populasi yang merosakkan pula persekitaran sosial individu lain..
    Dan mereka jugalah yang bersekongkol dengan UMNO..
    Akhirnya mewariskan kebejatan itu kepada generasi seterusnya..
    Apatan generasi baru itu akan menyalahkan persekitaran sosial mereka pula..?
    ???
    ??
    ?
    .

    BalasPadam
  34. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kat Abang Hisham.

    Respect!

    BalasPadam
  35. kudos isham! lu boleh jadi hero mat rempit la hahaha...

    lepas ni mat rempit suma tampal sticker TUKAR TIUB kat helmet mereka semua hahahaa

    tak silap gua dah benyak artikel isham tulis pasal mat rempit ni...tapi yang ni paling lawak gaya bahasa dia...

    istilah macam 'pegawai lampu picit', 'baju batik lengan panjang', 'belia bergerak maju'....hahahaha lu tak macam 60 tahun la hahaa

    BalasPadam
  36. bro, saya sokong pakai baju batik tak cool,....waaaaaaa...esok khamis kena pakai baju batik....

    BalasPadam
  37. bekas mat rempit, skarang jadi insurance agent13 Mei 2009 pada 11:43 PTG

    dari merempit, buat bising, buang duit minyak, buang duit tukar spoket, lebih baik mat2 rempit pakat2 protes budaya kapitalism yang mencerukkan mereka di sudut sukar.

    tapi anak2 cina takde pulak merempit.

    anak2 cina yang kesempitan akan jual CD, jual lampu picit, jual macam2.

    mereka berniaga. atau belajar meniaga.

    mereka tak buang masa macam anak2 melayu.

    anak2 india lagi best. mereka tak merempit. mereka merompak.

    cuba ikut macam anak2 cina. dulu ada budak cina umur 15 tahun dari Johor kena tangkap kat Subang sebab jual DVD.

    dia dapat dalam 200 sehari... sehari...

    kurang2 dia ikut hadis yang kata 9/10 dari sumber rezeki itu ialah perniagaan. BUKAN merempit.

    ni tidak, sempit sikit merempit.
    takle main bola, merempit.
    takleh entot2, merempit.

    ciba la belajar meniaga.
    cuba la jual stokin.
    cuba la jual air batu.
    cuba la jual goji.
    cuba la jual financial products.
    cuba la jual talipinggang.

    ada sorang nenek tua kat bangsar usung bakul jual kerepek.
    dia boring juga
    tapi dia tak cari nahas dan membahayakan orang lain dengan merempit.

    BalasPadam
  38. mat rempit jual stokin??..x cool...mat rempit jual dvd blue??..cool...wakakaka

    BalasPadam
  39. bodohnyeee pandangan...

    enuff said..

    BalasPadam
  40. kebaikan mat rempit:
    1. setia kawan. (mmber jatuh tolong)
    2. patriotik. (smbut malam merdeka)
    3. berani. (kt jalan jela)
    4. tak takut mati. (membabi buta djalan raya)
    5. baersatu.(selalu konvoi)
    6. taat ketua. (taat kt otai sbab dia pwer skill n brani giler tp xbleh pkai)
    7.jujur dan tepati janji. (kalah lumba haram bayar)
    dan bnayk lgi..kalau digunakan utuk membuat perkara yng baik kan bgus.yang xmelanggar undang2.korang langar undang2 n buat perkara yg dilaraang agama, manalah orang o kerajaan xmarah.kebaaikan korang banyak, tapi disalah gunakan.tu jer..fikir-fikirkan

    BalasPadam