Jumaat, 1 Mei 2009

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN KAUM BURUH




KAUM BURUH BERSATULAH !


Tangan yang membuat
Tangan yang membina
Tangan yang merombak
Tangan yang membidak

Kaum buruh bersatulah!

Tenaga kamu melintasi sempadan
Dari nepal
Dari madura
Dari mukah
Dari kalimantan
Dari jawa
Dari medan
Dari kuala perlis
Dari kerala
Dari dacca
Dari lahore
Dari gombak
Dari kg gajah
Dari seberang takir
Dari rompin
Dari vietnam
Dari muar
Tangan kamu mendirikan bumi ini

Sekali kamu bertempek
Dunia bergegar
Sekali kamu letakkan pungkeh
Satu bangunan gagal tegak
Sekali kamu enggan memasang keluli
Sebuah pabrik runtuh berderai

Kamu buruh - kamulah pembuat dunia

Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur di chicago
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur di paris
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur di dubai
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klcc
Hari ini kita mengingati kawan kawan yang gugur membuat klia

Kaum buruh lihatlah dunia hari ini
Semua adalah hasil tangan mu
Kaum buruh lihat bangunan itu
Adalah tanda tangan tenaga mu

Kaum buruh satu mei adalah hari kebesaran mu
Kaum buruh acungkan tangan mu tinggi
Kembang dadamu luas
Segala setan
Segala puaka
Kaum pemodal antarabangsa
Akan mengelupur kecut melihat gengaman tangan mu !

Kaum Buruh Bersatulah!



7 ulasan:

  1. isham,

    besok perarakan May Day kat mana?
    ada turun tak?

    BalasPadam
  2. bro...
    mmg cool...
    hari ni hari buruh...
    slamat hari buruh...
    hari pmimpin bila plak??
    hahaha

    BalasPadam
  3. KAMI LAH KAUM BURUH
    Kami lah membina negara
    dengan keringat dan air mata
    tanpa kami tiadalah raja


    kamilah tiang negara
    membina nusa dan bangsa
    dengan darah dan air mata

    Kamilah paksi dunia
    tanpa kami tiada lah
    raja dan politukus

    kaum buruh adalah warga dunia
    kami ditekan diperah diperkosa
    darah kami dihisap tanpa belas
    dari kapitalis, nasionalist dan evosolust

    kamilah anak dari semua bangsa....
    tidak mengharapakan keuntungan duniawi
    hanya mencari sesuap nasi untuk terus hidup
    didunia yang tidak menjanjikan apa apa
    agar dapat menghirup rasa bau syurga
    yang telah dijanjikan oleh kami dari
    SANG PENCIPTA....

    1may09
    lelasari

    BalasPadam
  4. nice bro. berantas kapitalis dan bourgeoisie !!

    BalasPadam
  5. Kembara - Senandung Buruh Kasar

    BalasPadam
  6. Kembara - Senandung Buruh Kasar

    Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
    Menghiasi kotaraya
    Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
    Kejayaan negara

    Pandanglah aku yang bermandi keringat
    Di bawah terik mentari
    Bekerja dengan menghempas tulang
    Mencari nafkah sehari

    Aku hanyalah seorang buruh kasar
    Di tengah kota besar turut merasa bangga
    Kerana telah berjasa

    Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
    Sebuah kota yang menjadi
    Impian sezaman

    Cukup hidup sederhana
    Sedang bekerja, haaa..
    Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda

    BalasPadam
  7. buruh dan majikan saling memerlukan.tanpa majikan buruh takder kerja tanpa buruh majikan tkkan boleh kaya.tidak semua orang boleh bekerja sendiri.kuli perlukan majikan untuk dapat kerja dan menerima gaji dan majikan pula perlu kuli sebab tidak semua kerja mampu di buat sendiri.majikan dan kuli harus saling menghormati barulah hidup ini terasa harmoni

    BalasPadam