Isnin, 1 Jun 2009
JEREBU DATANG LAGI
KUALA LUMPUR PANAS MENYENGIT
Ini panas terik. Pokok labu dalam bilik tidur terpaksa di beri minum 3 kali sehari kalau tidak daunnya layu. Nasi dalam periok selalu basi. Bulu bulu kucing bertaburan gugur kerena panas.
Jerebu telah muncul kembali. Pokok di hadapan rumah duannya telah mula menguning. Rumput di pinggir jalan kering menunggu air. Semuanya dahaga menunggu hujan.
Sungai kelang gelap dan mula keluar bau longkang.
Malas sekali hendak bekerja. Malas sekali hendak membaca. Nak tidor panas tak tidor duduk malas.
Panas yang terik ini di susahkan lagi dengan harta keretek di pasar chow kit naik melonjak.
Berapa lama agaknya jerebu ini berkumpul.
Panas sebegini mengingatkan aku kepada kota Baghdad dimana June dan Julainya adalah bahang yang maha sangat. Lalu aku teringat berjalan sendirian di padang tandus mencari entah apa-apa. Yang aku temui hanyalah bayang sendiri.
Panas sebegini aku tertanya-tanya dari mana gugurnya durian di pasar chow kit?
Panas sebegini lalu terfikir betulkan cuaca dunia sudah berubah? Panas sebegini apakah ianya ada sangkut paut dengan Pemanasan Global.
Jerebu datang lagi. Tanjung gelap kerana jerebu. Port Dickson gelap kerana jerebu.
Bahang jerebu membakar otak.
Alangkah nikmatnya secangkir air nira dari Kuala Muda.
Alangkah nikmatnya secangkir tuak dari Terangganu untuk menyejuk pans petang.
check your current local temp online at http://www34.wolframalpha.com/input/?i=weather+kuala+lumpur
BalasPadampanas dunia adaleh dek tangan-tangan manusia yang merosakkan kehijauan dunia selama ini...
BalasPadamKapitalisme memang memakan kehidupan manusia. Kilang-kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan asap dan kita semua dapat asap. Akhirnya rokok dan pembakaran kebun pula yang dijadikan kambing hitam oleh anasir kapitalis demi mendapatkan projek "Tak Nak Rokok" dan tindakan populis parti-parti politik. Padahal sudah beribu tahun manusia merokok dan membakar kebun selepas musim menuai...
BalasPadamjerebu dari sampah yang bersepah-sepah....
BalasPadammeow~
BalasPadamalangkah segarnya kalau ada seteguk air dari labu sayong dan bukan dari bekas plastik RM 0.99buatan China... tapi labu sayong sudah jadi bahan koleksi bukan barang gunaan harian.
....bro lain macam je .madah pujanga lu ari ni..macam mamat jiwang tutus cinte je.....lu tergode dkt minah penanti 2 ke...ke tnga kna balut......
BalasPadamabihlaa pokok anggerik aku baru beli...
BalasPadamBila jerebu datang lagi - pokok didepan rumah kau pun menguning.
BalasPadamBila jerebu datang lagi - anak musanng pun malas keluar cari buah ceri.
Terima Kaseh.
Bila jerebu datang lagi,mat mongol brharap ia akn meyelubungi hantu altantuya
BalasPadam