Isnin, 29 Jun 2009
SALUT UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI !!
MUHAMAD GHARRAN
muhamad gharran kau ditangkap ketika umur kau 15 tahun
lalu kau di jual
untuk di jadikan statistik oleh kapitalis yang bertopengkan islam
mata kau ditutup
tangan kau digari
perut kau diikat
lalu kau diterbangkan ke pulau itu
lalu kau dijadikan bahan bukti oleh para neocon di dc
lalu kau dijadikan alasan untuk war on terror
tujuh tahun kau di guantanamo
tujuh tahun kau membesar di dalam sangkar
tujuh tahun kaki kau di rantai
tujuh tahun badan kau di cucuh api rokok
wahai muhamad gharran
lalu tujuh tahun kemudian
kau bukan lagi kanak-kanak
tujuh tahun hari hari muda kau hilang
kau mendewasa di dalam sangkar
dari bangram ke abu gharib
dari abu gharib ke evin
dari evin ke guantanamo
dari guantanamo ke kamunting
kau di tuduh salafis
kau di tuduh anti monarki
kau di tuduh revolusinari
kau di tuduh marxis
kau di tuduh islamis
kau di tuduh anti nasional
kau di tuduh melawan yang dipertuan agung
kau di tuduh melawan tuhan
penjara adalah penjara
kurungan adalah kurungan
semuanya di tahan tanpa bicara
tidak pernah kau di tuduh kesalahan kerana menegak keadilan
tidak pernah kau di tuduh kesalahan kerana melawan yang mungkar
tidak pernah kau di tuduh kesalahan kerana membela buruh dan tani
tidak pernah kau di tuduh kesalahan kerana melawan kezaliman
tidak pernah kau di tuduh kesalahan kerana melawan firaun
tidak pernah kau dituduh kesalahan kerana melawan towkay yang merampas tanah nenek moyang mu
wahai muhamad gharran
pagi ini aku terlihat klip kamu
kau kini di hantar ke wilayah yang tidak kau kenali
kau di pisah dari ayah dan ibu mu
kerana kau hitam maka kau di panggil nigger
kerana kau hitam maka kerabat saud melarang kamu ke tanah tumpah darah mu
kerana kau hitam maka kau di hantar ke benua afrika
wahai muhamad gharran
ketika kamu di pulau itu
dari kuil ke gereja
dari gereja ke sinagog
dari sinagog ke surau
dari surau ke masjid
dari masjid ke dewan
dari dewan ke jalan raya
anak anak muda mengangkat doa
anak anak muda mengancung tangan
membawa sepanduk
medoakan keselamatan kau
dari new york ke paris
dari paris ke london
dari london ke melbourne
dari melbourne ke tehran
dari tehran ke karachi
dari karachi ke bangkok
dari bangkok ke bangsar
anak anak muda sentiasa meligari internet membuka hati
melihat kejahatan kaum kapitalis
yang ajalnya akan sampai jua satu hari nanti
kekejaman sesama manusia ...
BalasPadamaku rasa masih ramai lagi yang berkeadaan seperti Muhamed Gharran ...
***
ada gambar Muhamed Gharran??
mohamad gharan bernasib baik lagi..suami kak laila, mat sah satray, dah nk masuk 8 tahun kat kemta..x dak tanda2 nk dilepaskn..
BalasPadam"The camp looked like the Nazi camps that I saw in films," Deghayes said
BalasPadamsalutttt
BalasPadamPERGI MAMPOS DENGAN KAPITALIS
BalasPadamSaudi pun lagi tak guna punya wahabbi..tapi yang kat kemunting pun apa salah mereka kecuali kerana dua tiga ekor gila pangkat.....
BalasPadamhttp://amkghosthunter.blogspot.com telah ditukar ke http://angahsik.blogspot.com
BalasPadamnamun misi perjuangan masih kekal sama...
LAWAN TETAP LAWAN