Sabtu, 11 Julai 2009

BAHASA SOMBONG BODOH




BAHASA DAN PENGUCAPAN SEKALI LAGI


Adalah karut untuk memantapkan pembelajaran bahasa – bahasa apa sahaja – melalui ilmu hisab dan sains.

Sesiapa yang memiliki pandangan : kalau ilmu hisab dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris maka seseorang itu akan hebat bahasa Inggerisnya – orang ini sudah nyanyok.

Untuk pembelajaran bahasa caranya ialah melalui sastera.

Untuk faseh berbahasa Inggeris - yang memantapkan pengunaan bahasa Inggeris ialah pengkukuhan pembelajaran sastera yang di garap dalam bahasa Inggeris. Bagitu juga untuk bahasa China, Arab dan lain-lain.

Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.

Pandangan yang mengatakan pembelajaran ilmu hisab dan sains dalam Bahasa Inggeris ini adalah satu mitos dan pembohongan besar.

Ini buktinya : Seluruh rakyat Amerika, seluruh rakyat New Zealand, seluruh rakyat Australia, seluruh rakyat Canada dan seluruh rakyat Ireland adalah manusia-manusia yang paling bijak dalam dunia. Ini kerana dari hari mereka dilahirkan lagi mereka telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran ilmu hisab dan sains.

Tetapi hakikatnya tidak.

Walau pun mereka belajar ilmu hisab dan sains dari kecil lagi – kalau dalam satu sistem ekonomi dan sistem pembelajaran yang tidak adil maka berjuta-juta warga masih buta hurup, bebal dan terpinggir.

Pelik ? Amat pelik.

Fakta yang menjolok mata ini tidak pernah sampai ke otak orang-orang yang mengajukan ilmu hisab dan sains wajib di ajar dalam bahasa Inggeris. Mereka gagal untuk melihat wujudnya ‘orang-orang bodoh’ di Amerika, Australia, Canada, Britain dan Ireland.

Mereka juga gagal untuk memahami bahawa kemajuan keilmuan ini bukan hanya dimonopili oleh mereka yang berbahasa Inggeris sahaja. Keilmuan dalam dunia ini terkumpul dari penemuan dari pelbagai bangsa dan bahasa.

Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.

Saya masih lagi menolak cakap-cakap yang mengatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Untuk saya Bahasa Melayu ini adalah bahasa stratejik untuk perubahan.

Perubahan gagal berlaku. Ruang demokrasi masih sempit dalam negara kita ini. Kegagalan ini terjadi kerana para pemikir, pengerak orang ramai, aktivis badan-badan Ngo tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa stratejik untuk mengembangkan pandangan molok-molok yang ada dalam fikrah mereka.

Mereka berkelintau di sekitar Lembah Klang. Mereka bercakap , berseminar dan menulis kertas kerja yang mereka rayakan sesama sendiri. Pandangan dan fikrah mereka amat maju dan cukup baik. Tetapi pandangan ini tidak pernah sampai kepada orang ramai. Justeru tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan.

Mereka hanya pancut atas perut. Tidak melahirkan benih perubahan.

Tetapi kenapa kita gila-gila hendak mengajar bahasa Inggeris – seharus – warga dalam negara majmuk ini wajib terlebih awal mengetahui bahasa di sebelah rumah mereka. Kenapa anak Malayu tidak diajar bahasa Mandrin dan Tamil dari awal lagi? Sama seperti anak Cina/India belajar bahasa Melayu.

Ini lebih masuk akal untuk kita lebih mengenali dan merayakan kehidupan satu sama lain. Jika ada manusia Melayu yang menolak pembelajaran bahasa yang bukan bahasa ibuandanya maka inilah contoh manusia Melayu sombong bodoh.

Biasanya mereka ini akan berkumpul dengan slogan Hidup Melayu ! Tetapi nama persatuan mereka dalam Bahasa Inggeris.(TT)



20 ulasan:

  1. OOOoops..HEHEHeheheh

    BalasPadam
  2. Ye, setuju beno dengan pandagan tuan TT.
    Orang yang berpendapat bahawa pengguasaan bahasa inggeris boleh dilakukan melalui pembelajaran ilmu hisab dan sain, akal nya memang kurang panjang. Same dengan bengab.

    BalasPadam
  3. PPSMI...PENGAJARAN PUKIMAK SETAN MENGARUT IN ENGLISH...kah kah kah...kah kah

    SETAN PUKIMAK TU DAPAT ILHAM DARI ZIMBABWE...UNTUK MAHIR B.ING MELALUI MATH DAN SAINS...kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah

    SETAN PUKIMAK TU MERASA DIRINYA HEBAT SANGAT...TETAPI KEHEBATANNYA HANYA SETARAF PM PAPUA NEW GUINEA...kah kah kah kah...kah kah kah...kah kah

    SETAN PUKIMAK TU MERASA DIALAH SEORANG SAHAJA YANG BIJAK MENTADBIR MALAYSIA...TETAPI KEBIJAKSANAANNYA ITU HANYA SETARAF TOK BATIN DI HULU PERAK...kah kah kah kah...kah kah kah kah...kah kah kah

    EXORA PUTIH APA KHABAR...kah kah kah kah...kah kah kah...ARE YOU READY TO ANGKUT MAYAT SETAN PUKIMAK...kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah

    [TERER]

    BalasPadam
  4. MAHAFIRAUN MURKA MAT SEMBAB TAK DENGAR KATA.
    MAHAJIB TAK BOLEH BUAT APA2 DEMI MERAIH SOKONGAN.
    KINI MUNCUL SATU LAGI MAHA...
    MAHABIK MAMA.
    KAH KAH KAH.

    SATU KALI GONCANG KASI.

    BUDAK2 UNISEL NI BERANI... DIA TAK TAU MAHABIK MAMA PUNYA POWER.

    BalasPadam
  5. Saya belajar sains dan matematik (dan semua matapelajaran lain kecuali bahasa inggeris) dalam bahasa melayu tapi dapat menguasai bahasa inggeris dengan baik. Malah, ijazah saya dari universiti di England. Apa rahsia saya? Sejak kecil saya suka membaca dan buku-buku yang saya baca adalah buku-buku sastera Melayu dan Inggeris, bukan karya-karya picisan, bukan majalah sensasi. Pembacaan ini menguatkan penguasaan bahasa saya. Ini yang selalu saya beritahu murid-murid yang bertanya tentang cara nak memperbaiki bahasa Inggeris. Ini pengalaman peribadi. Tak perlu belajar sains dalam bahasa inggeris untuk pandai dalam bahasa tersebut. Amalkan membaca. Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Hishammudin.

    BalasPadam
  6. Tuan sepatunya mengajar di Fakulti Pengajian Islam UKM, Akademi Islam Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam Malaysia untuk merubah pemikiran para tenaga akademik dan para pelajar kesemua universiti ini.

    BalasPadam
  7. UMNO minister are the one who make the English improvement as their main objective for PPSMI,so that they FAILED !

    Main Objective teaching PPSMI is not to learn English! PR supporter too, don't get confuse with this "expert" minister. Teaching PPSMi is not to improve english!

    Teaching Science and math in English is to enhance you science and math skills.

    If AIDS's research paper being release at 1pm, we hope that the whole malaysian being understand it in 5 minute without needs any translation.

    We hope that our kids can write their research paper well, not translating chinese into english !

    We wish our kids can read journal paper as fast as others can read. If other need 30 minute to understand a journal paper, we wish our kids can be faster. Not reading 2 line, than have to look for dictionary.

    PR going to loose vote for supporting the stupid UMNO policies. some PR supporter, especially non malay will support MCA, why ? Because ong Tee Keat said that form 4 and 5 math and science should be teach in English! Just because of their next generation, they going to forgive whatever bad thing that UMNO had do !

    Who said PPSMI will insult the honor of Malaysian Language ?

    Only those who make english term into malay language will decrease the value of the language. In 10 years time, is stop PPSMI, the new generation going to speak in Malay Language which being translate from english in the parliament. No will will say rasuah anymore, they will say korupsi !

    PR please don't kill BM ! UMNO is killing , dont be fool with them !

    BalasPadam
  8. dah post dekat malaysia today belum ni...kat site tu macam ramai yang sokong ppsmi lagi...

    BalasPadam
  9. Mahyuddin kata " Kulluhum ajma'in" untuk menunjukkan umnoBn ni Islam. Hampa pi tanya Senator Mashitah betui ka bahasa Arab ni mahyuddin ni. Hamtam saja la Labu !

    Zolgoji.

    BalasPadam
  10. Tanpa prejudis...




    Tidak wujud komputer tanpa Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (orang Amerika yang buat)






    Tidak wujud internet tanpa Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (orang Amerika yang buat)




    Tanpa prejudis juga...






    Bahasa Inggeris = bahasa ibunda teknologi dan perniagaan (Teknologi maklumat, teknologi biologi, telekomunikasi, perubatan, fizik, kimia)



    Bahasa Melayu = bahasa ibunda kaum Melayu



    Bahasa Mandarin = bahasa ibunda kaum Cina



    Bahasa Tamil = bahasa ibunda kaum India

    BalasPadam
  11. meow~

    Kalau boleh mahu saja tukang kapitalis membikin dunia ekabahasa, lantas membunuh kepelbagaian budaya, pemikiran, yang lahir dari percambahan bahasa.

    Selamat datang ke dunia materialisme dimana segala-galanya ada harga dan boleh dijual beli! Semoga mesin kapitalis melancapkan anda, syahwat dalam syurga kebendaan!

    BalasPadam
  12. kah kah kah kah kah.......

    "Mereka hanya pancut atas perut"

    kah kah kah kah kah.......

    ni patut jadi perumpamaan baru

    BalasPadam
  13. AYAT-AYAT UNTUK MENUSIA YANG SYOK SENDIRI
    Mereka berkelintau di sekitar Lembah Klang. Mereka bercakap , berseminar dan menulis kertas kerja yang mereka rayakan sesama sendiri. Pandangan dan fikrah mereka amat maju dan cukup baik. Tetapi pandangan ini tidak pernah sampai kepada orang ramai. Justeru tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan.

    Mereka hanya pancut atas perut. Tidak melahirkan benih perubahan.
    *****************
    PAGI TADI DALAM BERITA AWANI TERPANCUT PERKATAN many-many DARI MULUT TPM/MPM. nak tanye sikit ape bendenye MANY-MANY tu. Bang Hisham tulun terangkan.

    bravo HISYAM.
    wa sokong apa lu cakap

    BalasPadam
  14. PPSMI - A student's perspective
    Share

    I am relieved about the primary school part -- small children cant possibly be learning a new knowledge in a new language when they first enter the school. They are just not old enough to do that. They are small kids for cry out out, kids of 7 or 8 years old. Try imagine you learning Astrophysics in Russian, then you'll understand the reason why this is a good call.

    But I felt extremely frustrated about the secondary school part! Its one of the biggest mistake ever made (well, apart from all other mistakes our dear govt has made) ! This thing, this policy, it messes with our children mind, the future pillar that is gonna hold up our country! (corruption..okaaay..but messing with young minds? that's totally unforgivable!)

    I myself is a victim of such. I've been learning sci and math in Chinese for my entire primary school .No big deal, I can understand really well since its my mother tongue and it did contributed to my immense interest in both sci and math when i was a kid (and I still am very interested in how everything works around me)

    When I get to secondary school, things changed. I have to relearn everything in Malay. No big deal, since I've got a very good base in Sci and math in Mandarin already and the syllables is not that hard as well. I can still absorb what was taught, in Malay. It was hard at first, the first 2 or 3 months I struggled alot , but hey, I made it through.

    Then along comes form 6.

    It is a lot harder than the first language transition to learn everything AGAIN in English but this time, the knowledge we are assigned is extremely hard.

    Take it for example, simple photosynthesis process. In primary school, photosynthesis is when Water+Carbon Dioxide = food + water + oxygen (in Malay/Chinese/Tamil language)...

    Then, in secondary school, form 1 to form 3, it became Air + Karbon Dioxida menghasilkan Kanji, air dan udara...OKAAAY, abit harder but still easy.

    In form 4 and form 5, it all became even harder, we had to learn the formula (H20 + CO2 = C6H12O6 + O2 + H20) and such, the process, and everything. In Malay, fine, since we already built up a good base of science and math in malay when we were in form 1 to form 3.

    Then, form 6. You basically learn the same thing in form 4 and 5, but in ALOT more detail. You now need to know the calvin cycle, the enzymes involve in electron transfer and etc etc, in ENGLISH with just the not-so-detail science and math knowledge in Malay in form 4 and 5.

    This is the reason why everyone says if you go through Form 6 science stream (I cant judge for the arts as I've not been there but i assume arts is a whole differently since they are still stuck with BM then), you either swim or you die drowning in it. The reason is not that we are not smart enough or anything, a lot of it is due to the difficulty of languages. Coupled with teachers' awfully bad English, this is a disaster.

    Till this day, I can still remember what my bio teacher said on the first day of my form 6 biology class, "Kelas, (english-science-jargons) ini dalam bahasa kita panggil (malay-science-jargon). " She was practically teaching science and math in Malay, her own mother tongue, using English textbook.

    Now, how do you expect us to score good in STPM, let alone go beyond Malaysia and be a high achiever if this is what we've been and are going to be stuck with -- for 20 years and many 20 more years to come?

    The idea is good, but the initial objective was wrong. And now they are abolishing it for not achieving the wrong objective. Where as the right one - they are so blinded with their stupidity that they missed that!

    2020, meh, lets make it 3030 or whatever catchy number, without inspiring young minds with a global mindset, its a mission impossible.

    BalasPadam
  15. Tuan Tanpa Nama...

    Janganlah maki hamun....

    BalasPadam
  16. true-er words were nvr spoken. thanks isyam, for your brilliant insights.

    BalasPadam
  17. tapi ada kawan saya masa masuk kolej/universiti nanti susah nak selesakan diri.macam mana tu abang hisham?TOLONG BUAT ARTIKEL PASAL NI.perlu ke guna bahasa inggeris untuk senang ke kolej?

    BalasPadam
  18. Sebagai rakyat biasa saya amat sedih bila melihat anak saya yang di sekolah rendah terkial kial hendak menghafal yang mana satu 'chin', 'forehead','cheek'. Begitu juga dalam mengingat sifat-sifat binatang, 'fur', 'horn', 'scales' dan entah apa-apa lagi.
    Alangkah mudahnya jika diajar saja 'dagu' 'dahi'...
    Satu ketika anak saya termenung melihat soalan matematik dalam bahasa inggeris. Saya yang boleh faham sikit sikit bahasa inggeris terus menterjemahkannya: Ali ada 25 biji guli. Mustafa pula ada 15 biji guli kurang daripada guli Ali. Berapa bilangan guli yang Mustafa ada? Sepantas kilat anak saya menjawab 10 biji. Serentak itu juga saya menangis tersedu-sedan (di dalam hati!)
    Cadangan saya:
    1) Biarlah mereka diajar dalam bahasa ibunda mereka. Cuma, istilah-istilah umum bolehlah dikekalkan. Contoh : perkataan mause,keyboard,joystick,piston,bolehlah dikekalkan kerana apabila kita ke kedai komputer, kita tak akan bertanya kepada tuan kedai tentang 'tetikus' ataupun 'kayu ria'. Biarlah pada peringkat awal mereka belajar bahasa rojak seandainya itu boleh membantu mereka untuk menghadapi realiti dunia di luar sana.
    2. Penguasaan bahasa Inggeris boleh dipertingkatkan melalui subjek English.Contoh: Pengajaran bahasa Inggeris boleh dipecahkan kepada beberapa kategori.
    i) Adakan kelas Grammer sahaja. Adakan guru guru terlatih yang mengajar tentang "grammmer rules' sahaja.
    ii) Adakan kelas 'Listening comprehension' 'Writing composition'
    iii)Adakan juga kelas 'spoken english'
    Sekiranya ini dilakukan saya yakin, apabila anak-anak ini sudah "graduate" maka tidak ada lagi yang akan tergagap-gagap apabila diinterview dalam bahasa Inggeris. Tapi awas... tidak mustahil pada ketika itu terdapat banyak iklan pekerjaan yang tertera pada rangkap akhirnya : "knowledge of Mandarin will be an added advantage!" Dan kita akan kelam-kabut sekali lagi untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa Mandarin!

    BalasPadam
  19. semua ni sebab nak jaga perut kroni BN belaka!

    BalasPadam
  20. PPSMI ini adalah konsep bodoh bin tolol ibnu goblob alias kuntau bengong
    Sepatutnya darjah 1-6 ini hanya bahasa Malaysia dan bahasa ibunda saja di ajar ...bila Ting1 ke atas barulah bahasa inggeris di ajar ... bukannya susah sgt pun ..kalau betul diajar dan belajar 2 tahun pun dah ok ...
    Lepas tu org2 Cina dan India dan lain2 kat Mesia nie pun satu kena tegur jugak ..takkan dah duduk m'sia 30-40 tahun , jadik warganegara Mesia pun tak pandai cakap Bahasa Malaysia ..apesal degil dan bengap sangat ..itu yg buat org Melayu banyak sakit hati ...bahasa menyatukan bangsa ! ..Bangla duduk 1 tahun pun dah pandai cakap tahu!
    saya org melayu tak kisah kalau org Cina/tamil mahu hak sama rata tapi tolonglah belajar bahasa malaysia barulah kita tak rasa was2 ... sekolah2 vernacular , MRSM dan utim utk bumiputra , international schools mestilah di hapuskan sama sekali jugak

    BalasPadam