Selasa, 28 Julai 2009

BERHIMPUN BERSAMA



KENYATAAN RESMI PARTI KEADILAN RAKYAT




HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.

Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.

Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.

Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat




19 ulasan:

  1. Boleh buat ke perhimpunan ni?...faham-faham ajelah...roadblock merata-rata...silap hari bulan...LRT pun tak boleh jalan...esoknya dalam akbar....berita besar....PERHIMPUNAN GAGAL...so isham...make sure kau punya blog update every 30 minit...ok...

    BalasPadam
  2. kalau depa buat roadblock kat jalan,kite datang naik rakit..tlg sapa2 expert bleh tlg buat rakit atau sampan kite susur sungai gombak ngan sungai klang sampai ke masjid jamek

    BalasPadam
  3. Biarkan mereka buat bersama. Kita minta Kerajaan menilai, perhimpunan yang mana lebih besar (rakyat yang menyokong) maka kerajaan perlu mengikut kehendak mereka. Yang lebih ramai itu adalah majoriti.

    BalasPadam
  4. sakali lagi aku mintak kerjasama pemuda DAP,PKR dan lain2 NGo untk turut serta dlm pasukan unit amal bg mengawal perhimpunan/prarakan agar berjln dgn jaya dan aman...

    pihak penganjur sila pastikan pasukan ini wujud dmi kesepakatan demi rakyat...demi kita brsama..demi malaysia tercinta...

    tunjuk pada gerombolan ini perhimpuan rakyat...Pakatan rakyat bersama susah dan senang....

    BalasPadam
  5. takuuut...nanti ayahanda pekida murka.

    BalasPadam
  6. Salaaam...
    ..gua cadangkan semua syuhada yang mahu turun kl nnt, mengambil sikap cool...

    Bagi semua pejuang yang mau turun nnt, specially dari luar kl ni, korang semua wajib berwaspada dan hati-hati dengan tindakan yang akan dikerah oleh Penguasa BoNgok tu.

    BalasPadam
  7. mana boleh polis nak buat roadblock...kan Mat Katak dgn geng pewaris pun nak buat perhimpunan gak..entah apa yg nak diwariskan pun tak tau lah...sumbat anak bini mak bapak diaorang dlm ISA baru tau ISA tu zalim kot...

    -nan-

    BalasPadam
  8. Ibrahim Ali telah mengeluarkan ucapan berbentuk ugutan terhadap rakyat yang menyokong MANSUH ISA akan berdepan dengan Pekasa.

    Dia juga amat berharap Polis dan FRU yang bertuankan UMNO-BN akan membelasah rakyat yang ingin menyatakan bantahan itu.

    "Lawan tetap lawan...?"

    BalasPadam
  9. turun jgn xturun!!..
    tolong batalkn sume gig2 underground sabtu ni,jgn kasi potong stim pening nk fkr mane satu nk pegi..

    BalasPadam
  10. Tok Guru pon bolih sampai walaupon jauh di Kelantan .
    Tak kan lah kita tak sampai.

    Jemputan kepada Pak HeLah sudah dihantar? Dia yang kata dia tu Anti ISA jugak.Harap Pak HeLah tak lupa dan buat gostan macham biasa.

    BalasPadam
  11. IKLAN

    salut untuk anak2 indie
    dengarkan lagu lama pop yeh yeh
    di tukar liriknya
    cari studio
    pakai mask
    rakam
    download
    salaam

    siapa dia itu si gadis mongolia
    katakan pada aku
    mana perginya dia

    oh betulkah namanya
    ameena attantunya
    jalan mana kah yang di tuju
    katakan padaku

    katakan padaku

    air guitar solo

    siapa dia itu pembunuh ameena
    katakan pada aku
    siapa sebenarnya

    sirul razak najib rosma
    katakanlah padaku

    katakan padaku....

    repeat chorus until fade....




    siapadiaitusibajukebaya
    katakanpadaakugadismanakahdia
    ohsiapanamanyamanakahrumahnya
    jalanmanakanakdituju
    katakanpadakukatakanpadaku

    BalasPadam
  12. Nunca Caminaras Solo28 Julai 2009 pada 6:59 PTG

    Himpunan bantah kenaikan tambang bas xdeke?

    Mentang-mentang kte mampu bayar tol, tol naik kte bantah.. Kesian kat sedara2 kte yang lebih susah kena hadapi kenaikan tambang bas utk Aidilfitri nanti..

    BalasPadam
  13. gua akan datang gua rasa, nanti gua ponteng kerja hari ahad

    ha ha ha

    BalasPadam
  14. slamat berjuang smuo.... pandai-pandai la nak mengelak bom asap nanti.. kalau bleh ajak skali brahim ali makan asap..

    BalasPadam
  15. SEDIAKAN PENGANGKUTAN BERMOTORSIKAL BAGI MENGELAKKAN TRAFFIK JAM. KAH..KAH..

    BalasPadam
  16. FATWA-Islam telah memberikan hak individu kepada manusia. sesiapa yang menyokong ISA sebenarnya menentang Islam. menentang golongan penyokong ISA ialah jihad. mati ketika menentang golongan ini adalah syahid.

    Walau bagaimanapun, saya percaya, penentang ISA ialah pejuang keadilan. pejuang keadilan, ialah pejuang keamanan. matlamat tdak sesekali menghalalkan cara kita untuk bertindak dengan aman. Diharap sekiranya sukar untuk kita menunda sebagaimana yang telah saya cadangkan sebelum ini, moga-moga kita dapat menghindar apa-apa provokasi.

    p/s: dan sekarang ternyata penyokong ISAlah sebenarnya dengan sengaja cuba membuat kacau, dan penimbul huru hara. dengan geng silat dan samseng melayu yang ntah apa yang nak dipertahankan (apa kena mengena hak bumiputra dengan ISA?). mereka ini seperti Orang jahiliah dan zaman gelap yang tetap buta walaupun cahaya disuluh di hadapan mata mereka. silau sangat.

    BalasPadam
  17. gua jumpe vid ni..baru upload..interviu dgn Tukar Tiub mengenai ISA: http://www.youtube.com/watch?v=AcybGSaeOFg

    bro,kool la lu pny baju haha..imej2 yg kat baju lu tu yg patut di legalize kn,bkn ISA kahkahkah

    BalasPadam
  18. Team Mat Katak dah ubah time la weii..depa wat serentak pkul 2. Depa takut kena tngkap pkul 11. Kah kah kah..apa punya kecut telor daaa....

    Hati2!! Team pro ISA akan mnyamar pkai bju anti ISA dan main bakar2 tong smpah!! Diorg ni mmg sampah!! So hati2...!!

    BalasPadam
  19. klu sape2 wat provok, kite tangkap kasi same polisi...

    jgn lupe bawa air garam @ kain basah @ air mineral...standby kot terkene asap....

    syahid adalah cita-citaku

    BalasPadam