Rabu, 1 Julai 2009

GONCANG AKIDAH





BERJUTA BAKAL SAKSIKAN UPACARA PENGEBUMIAM JACKO
– berita hairan

Daripada Elvis Presley hingga Puteri Diana, upacara pengebumian ikon dan selebriti terkenal dunia pasti menarik minat jutaan orang ramai menyaksikannya dan pengebumian Michael Jackson pasti tidak terkecuali.

Lebih sejuta peminatnya dijadual memenuhi upacara pengebumian 'Raja Pop' itu - satu lagi majlis peringatan yang mendapat tempat di seluruh dunia sama seperti kematian Presley pada 1977 dan Diana, 20 tahun kemudian.

Rancangan awal bagi pengebumian Michael dijadual bermula esok (Khamis) selepas laporan menyatakan jenazahnya akan dihantar ke kediaman rantasinya, Neverland dengan disertai puluhan kenderaan pengiring.


KAH KAH KAH…

Kah kah kah… MANA JAIS?... MANA MAIS… MANA MAINS… MANA JAIK…kah kah kah….

Kah kah kah…. BILA NAK RAMPAS MAYAT MICHEAL JACKSON…kah kah kah..

Kah kah kah…. KENAPA TAK REBUT MAYAT MICHEAL JACKSON…kah kah kah

Kah kah kah…INI MENGOCANGKAN AKIDAH UMMAH… kah kah kah…

Kah kah kah... INI GONCANG AKIDAH UMMAH SELURUH DUNIA.... kah kah kah

KAH KAH KAH... AKIDAH UMMAH TERGUGAT...kah kah kah

Nota: Modal dan keuntungan lebih berkuasa



14 ulasan:

  1. Ha..aa...la... Tapi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIP) tak campur sebab Jacko bukan Melayu....

    BalasPadam
  2. takper

    kalau itu mendatangkan faedah

    mana tahu masuk tv jumpa jodoh kan baik tu

    ha ha ha

    kubur ikot cara kapiaq ka?

    ish3x

    BalasPadam
  3. dengar cerita ada dua upacara pengebumian satu ikut cara kristian akhir sekali guna cara Islam

    ia ikut kelaziman budaya masyarakat kulit hitam disana

    BalasPadam
  4. Ya betul!

    Bila orang India nak kebumikan, JAIS, JAIK, NAIK, NAJIS, semua nak rampas mayat.

    Tabiat apa ni?

    Dalam kematian pun nak mengganas kerana agama ke?

    Kenapa tak gi rampas mayat Michael Jackson?

    Kenapa India sajer yang dijadikan mangsa?

    Hina sangat ke agama dan kepercayaan orang lain berbanding kita?

    Pikir pikirkan lah...

    BalasPadam
  5. Ali Rustam dah arahkan Majlis Agama Islam Melaka ke US menuntut mayat MJ untuk dikebumikan di Bukit St Paul.

    BalasPadam
  6. Teknik tanam org mati yg mula2 sekali diperolehi ketika Qabil yg membunuh Habil, lalu Allah beri ilham melalui tingkahlaku burung.

    Cara kebumi... hanya utk tatapan manusia yg masih hidup saja. Itu tugas dan tanggungjawab manusia yg masih hidup. Macamana cara pun, ikut keadaan. Allah lebih mengetahui. Tapi, itu yg kita kecohkan sangat.
    Tetapi yg jadi RAHSIA besar ialah...kehidupan simati itu yg akan melalui fasa berikutnya. Itu dah bukan bidangkuasa kita. Itu tugas Allah yg Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  7. Kubur ke bakar ke, itu cuma badan yang dah tiada roh lagi.

    Allah mana kisah macam mana tubuh mayat tu dibuatkan apa pun

    BalasPadam
  8. tak habih habih si ali rustam bodoh ni

    nak tunjuk hero la konon2nya tu

    sudahlah........... BODOH !!!!!!

    pastinya afrika amerika tendang balik kamu

    ko ingat ko boleh main-main dengan diorang ka

    sorry la......

    apa yang kamu buat nanti akan mendatangkan krisis perkauman pula

    michael jackson tu peminatnya berbillion sedangkan kau tu sapa sebenarnya...........

    semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Mikaeel

    we love u michael.....

    BalasPadam
  9. tak perlua risau rasanya abangnya jermaine pasti takkan terlepas pandang hal ni

    insyallah... kepada Allah kita berserah

    BalasPadam
  10. yalah.. saya pun bukan kenal micheal ni. tak pernah jumpa pun.. tengok jer sekejap kat tv zaman kecik2 dulu. tapi dari story yg saya dengar, dia masuk islam tapi cara hidup bukan islam.. sedangkan islamnya dia ni tak pernah diistihar dan siapa yg btgjwb islamkan dia pun tak muncul mengaku..
    jadi, islamkah dia ni utk dikebumi cara islam....
    musykil..musykil..

    BalasPadam
  11. Tuan TT,

    Saya bukanlah peminat fanatik MJ, hanya minat sikit2 beberapa lagu lama dia.

    Saya juga bukanlah staf JAIS, MAIS, JAWI atau mana2 pihak berkuasa agama.

    Saya lebih2 lagi bukan penyokong karajaan BN yang korup itu.

    Saya adalah seorang pencinta Islam dan pencinta keadilan dan kebenaran.

    Saya tak pasti apa motif Tuan TT sindir2 pihak berkuasa agama dalam bab "merampas mayat". Memanglah banyak kepincangan dalam jabatan2 tu, tapi dalam soal AKIDAH, saya harap Tuan TT jangan main sindir2 atau perlekehkan.

    Tugas pemerintah Islam (dalam konteks M'sia sekarang : adalah jabatan agama)ialah menjaga 5 perkara ( Maqasid Syar'iyyah ). Yg pertama dan paling utama ialah menjaga AKIDAH UMAT.

    Kalaulah dah ada bukti bahawa seseorang itu memeluk Islam sebelum ajalnya, bila dia meninggal dia wajib diuruskan secara Islam. Itu adalah WAJIB FARDHU KIFAYAH.

    Kalau takde ahli masyarakat yg nak uruskan jenazah Saudara Baru itu, maka tanggungjawab itu jatuh kepada pihak berkuasa - iaitu Jabatan Agama.

    Ini adalah perkara berkaitan hukum yg jelas. Saya berasa sedih membaca tulisan tuan dalam isu mayat MJ ini dan juga beberapa komen di atas. Saya menasihati diri saya dan tuan2 supaya jangan main cincai dalam soal agama khususnya AKIDAH.

    MJ adalah warga Amerika, jadi dia sudah tentulah di luar bidang kuasa jabatan agama kita.

    Harap komen saya ini dapat difikirkan bersama.

    *saya mengikuti blog TT setiap hari, cuma kali ini saja saya terdorong nak beri komen..:)

    BalasPadam
  12. Tuan Saudagar Cinta,

    Hanya Islam satu-satunya DEEN (AGAMA) yang benar di sisi Allah.

    Kita hormati agama dan kepercayaan selain Islam.

    Namun bila ia bertentangan (clash) dengan mana2 syariat Islam, maka kita wajib pertahankan dan gunakan hukum Islam.

    Bukan soal "mengganas" kerana "merampas mayat", tapi sekiranya mayat itu diyakini seorang Muslim, kita wajib menguruskannya sebagai seorang Muslim.

    Dalam Islam, keutamaan kita adalah menjaga AGAMA/AKIDAH. Soal keluarga, sentimen perasaan dan sebagainya adalah perkara kedua.

    Pandangan saya adalah bersandarkan syariat / hukum agama yg saya pelajari. Kita sama2 rujuk pada ulamak kalau ada percanggahan.

    Yang pentingnya : jangan kita simply cakap perkara berkaitan hukum yg kita tak tahu...

    BalasPadam
  13. salam cikgu kecik,

    di sini aku nampak sifat ketuanan melayu / islam again.....

    dari pandangan saya....islam di seluruh dunia tak ada masalah...hanya islam di malaysia saja terlalu extreme, terlalu sensitive..

    ikut contoh-2 di atas dah tunjuk sifat-2 muslim-2 di malaysia sangat di takuti kaum/agama lain..

    saya bukan tak ada kawan muslim...saya ada kawan muslim di china, europe, dekat sekali di singapura...tetapi mereka tidak pernah rasa terhina atau offended when kita touch on sensitive issue such as masuk/keluar islam, kematian, issue-2 babi.....tetapi di malaysia, penternakan babi asyik-2 di ganggu, penjualan babi di setengah-2 negeri juga di sifatkan menjejas umat islam....

    i pernah tengok wayang hollywood yg menggunakan idol sejarah jepun buat jokes...idol jepun ni since beratus-2 tahun disanjungi tinggi oleh rakyat jepun bagai hero mereka...tapi hollywood buat funny on him...rakyat jepun yg sifat kuat perkauman, sifat bushido pun tak rasa mereka terhina, tercabar...sebab mereka faham...ni mesti pandang dari segi artistic...

    tapi di malaysia....

    jual pork di kedah pun kena guna kaca hitam....

    hai...everything also too sensitive la...

    BalasPadam
  14. Salam Saudara Too Sensitive (TS),

    Benar, saya memperjuangkan ketuanan Islam, tapi BUKAN ketuanan melayu, walaupun saya seorang melayu.

    Kita bincang satu persatu.

    Ada perkara kita tak boleh sensitif, ada perkara kita boleh terasa sensitif, dan ada perkara kita wajib sensitif.

    Babi - siapa yg ganggu? Nak makan, makanlah. Nak ternak, ternaklah, Nak jual, juallah. Cuma, tengok juga keadaan. Kalau di kawasan majoriti Islam, hormat dan sensitiflah dengan org Islam, sebab babi adalah najis berat yg berat nak sucikannya. Kalau keperluan penduduk non-muslim utk babi 1000 ekor sebulan (contoh sahaja), ternaklah sekadar keperluan itu sahaja. Contoh : cadangan kerajaan Selangor bina pusat ternakan babi moden yg tidak cemarkan alam.

    Isu murtad ( masuk-keluar Islam):
    Saudara TS nak kata apa sebenarnya? Biarkan budaya masuk Islam - keluar Islam ni berlaku? Biarkan umat Islam kahwin dgn non-Muslim dan tinggalkan Islam? Hujah apa yg Saudara TS gunakan? Apa kata Quran dan hadis on murtad ni?

    Kematian - saya dah explain dalam komen saya sebelum ini. Mungkin saudara TS boleh baca balik komen saya tu dan cuba fahami.

    Saudara gunakan filem hollywood sebagai asas hujah saudara? Kalaulah saudara menyamakan idol sejarah jepun dengan Islam atau mana2 tokoh Islam, nampaknya kita ada percanggahan besar dalam pemahaman Islam ni.

    Kalaulah saudara gunakan alasan "pandangan artistic" itu sebagai alasan supaya kita tidak sensitif, saya sangat bimbang lama-kelamaan nanti saudara akan membenarkan filem hollywood make funny @ buat jokes dgn Rasulullah atau para sahabat atau para ulamak/ilmuan Islam - semuanya atas alasan artistic.

    Saya sangat sedia berbincang dgn saudara - dengan sandaran Al-Quran dan Hadis serta pandangan jumhur(majoriti) ulamak, jika saudara sudi.

    Anyway, saya tertanya2 dalam hati, adakah saudara seorang Muslim? Kalau bukan, maafkan saya, sbb mungkin perbincangan ni tak dapat saudara fahami sepenuhnya sbb saudara bukan Muslim..

    BalasPadam