Isnin, 13 Julai 2009

PENGUMUMAN UNTUK SATU MALAYSIA




HILANG TANPA BERITA – MINTA BANTUAN


Adalah dimaklumkan kepada semua warga satu Malaysia tiga ekor susuk yang mengakui diri mereka sebagai manusia telah hilang dari penglihatan dan pendengaran rakyat satu Malaysia.

Kurang dari tiga bulan dahulu tiga ekor susuk yang megakui sebagai manusia ini amat sering dilihat.

Suara mereka amat bising didengar hingga memekak kan telinga.

Anak-anak kecil dirumah tidak dapat tidur kerana suara mereka yang hingar bingar.

Tetiba mereka hilang entah ke mana?

Apakah mereka telah di sambar UFO ?

Adakah mereka sedang mengguling-gulingkan badan untuk mengelilingi dunia untuk Guiness Book of Stout?

Mereka ialah :
Tun Seri Rafidah Aziz
Yang Di Muliakan Datuk Seri Tan Seri Dr Syed Hamid –al- Kelentongi
Datuk Paduka Baginda Seri Chahaya Azlina Al-Aswati.

Rakyat satu Malaysia - jika sesiapa ternampak mereka sila laporkan ke balai bomba yang terdekat dengan secepat mungkin.



15 ulasan:

  1. hahahah wowwww banyaknya darjat lagi pangkat...

    BalasPadam
  2. kena sorok ngan hantu kopek kot...

    BalasPadam
  3. sissssh.....dah jadi lembu kenyang

    BalasPadam
  4. hiduplah anda bersama jiwa PAS yang didalam genggaman DAP

    BalasPadam
  5. sorang bertapa di gunung semanggol..
    2 orang bertapa di gunung ledang...
    medalami ilmu persilatan supaya mendapat perhatian grombolan ...

    BalasPadam
  6. Dorang ada tu. Masuk dalam statistik jobless kat Malaysia. Program retraining untuk jadi manusia biasa sedang berjalan

    BalasPadam
  7. AGAKNYA PUAK-PUAK NI SEDANG KUSYU' MENDENGAR KULIAH SETAN...kah kah kah kah...kah kah kah

    MAKLOMLAH MASA JADI ANGGOTA PEMERINTAH SETAN DULU...TAK ADA MASA NAK DENGAR KULIAH...kah kah kah kah...kah kah kah

    MEREKA HANYA MINAT MENDENGAR KULIAH MUFTI BESAR DARI KUBANG PASU SAJA...kah kah kah kah...kah kah kah

    [XSUKJ]

    BalasPadam
  8. Yg.gua tau dua daripadanya sedang bermain main dgn cucu.,yg.sorang lagi tur tak nampak pulak,mungkin tengah karang lagu kot.

    BalasPadam
  9. Semua tadik aku jumpa beratur kat kaunter bank BSN tgh deposit duit rasuah ..woihhh pak cik kaya tun kaya tan seri kaya !

    BalasPadam
  10. Depa ni semua dah di lantik menjadi Duta untuk menguruskan hal hal diplomatik berhubung dengan urusan negara Monggolia. Itu lah sebabnya suara tiga susuk ini sudah tidak kedengaran lagi.......

    BalasPadam
  11. KETIGA-TIGA MEREKA INI SYAHDAN TELAH BERSEMAYAM DI ISKETAMBOLA ADANYA....

    BalasPadam
  12. aie... ni nak pergi balai bomba nak save rm2 kan?

    ha ha ha

    BalasPadam
  13. betul gak nie..


    dah lame x nampak..


    sibuk tanam pokok kot?

    pak lah pun sekarg 'lebih prihatin'

    terhadap alam sekitar... hehehehe

    BalasPadam
  14. Salam tuan,
    Biasalah dia orang dah turun pangkat, barangkali sedang menuntut di Pulau Bogel.

    BalasPadam
  15. Mungkin mereka ber tiga ekor itu sedang sibuk dengan Pak HeLah tanam kang kong dengan harapan bolih jual kang kong secara On-Line.

    Mereka bercita-cita untuk jadi usahawan bumiputera yang pertama untuk jual kang kong secara online yang berjaya!

    (agak nya antara mereka itu, siapa yang tahu pakai internet ) kakaka

    BalasPadam