Isnin, 20 Julai 2009

TER BARU !!! TERNOW !!! TERKINI !!! HOT HOT HOt !!!



LAPORAN MALAYSIAKINI


TEOH MATI 4.5 JAM SEBELUM DITEMUI

Jul 20, 09 : kemaskini 4.13pm

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui mati dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat suruhanjaya itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM Selangor semalam, Khalid berkata polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

LAPORAN BERITA AWAL


TEOH MATI 4-5 JAM SEBELUM DITEMUI
-malaysia kini

Jul 20, 09 1:46pm

kemaskini 3.55pm Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sebelum meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut dirampas oleh polis, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut - yang diselubungi pelbagai persoalan.



8 ulasan:

  1. memang pemimpin UMNo Selangor masih tidur... Semalam jumpa YB IsaKasim pun sama juga.Masih mimpi... Dah lah kakitangan dia garang nak menengking kakitangan Kerajaann saja.(Jelani Ali)

    BalasPadam
  2. kah kah kah . . . kah kah kah

    kah kah kah . . . kah kah kah

    aritu munkee jpm cakap terjun dari bangunan

    kah kah kah . . . kah kah kah . . .

    otak munkee ni memang kat bontot . .

    cakap macam orang gila, suruh orang jangan buat andaian sendiri bagi andaian. . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . .

    kah kah kah . . . kah kah kah . .


    munkee ni berapa botol suda tonggang?

    itu sebab lupa kah kah kah

    kah kah kah . . .

    BalasPadam
  3. pelik tu... kalau dah release pada
    pagi tu mesti henpon dah bersepai pada mayat.. awat henpon si mamat tu ada pada pegawai SPRM.. hahaha kantoiii.....adake dah release siasat tapi pinjam lagi henpon si kena siasat....kena panggil Gill Grissom nie...

    BalasPadam
  4. Lanun siasat penyangak.....jangan percaya bulat-bulat....tak serik kena tipu ke? Melayu suka kena tipu!

    BalasPadam
  5. TT!cuba perhati btol2!
    ckp dah dilepas kan pukul 3'45 pagi!
    ape kejadahnye pegawai penyiasat sprm yg pegang telepon teoh????
    ni ape cite ni!da lepas bg lar blk henpon!dia smpankan wat ape!org dah dilepaskan biasanya mesti lar mntak blk telepon!takkan lar dia sedekah bagi kat sprm kowt!


    kan dah kantoi ckp dgn dieorang!

    BalasPadam
  6. Memang Teoh sudah mati 4 jam sebelum dia ditemui mati. Kenapa tidak ada darah dilantai tempat Teoh jatuh? Kalau jatuh kenapa kepala tidak pecah? Kenapa kuku belaiu jadi biru-hitam? Kenapa lengan beliau cedera? kenapa badan beliau lebam? Dia dibelasah oleh pegawai pegawai penyiasat.

    Kejam betul pembunuh, pengkhianat MACC. Tuhan akan balasi kamu didunia dan akhirat.

    Tuhan Mahakuasa dan Maha adil.

    Allahuakhbar Allahuakhbar.

    May God bless the soul of Teoh. May his soul Rest In Peace in the Kingdom Of God.

    BalasPadam
  7. Lepas dah habis siasat 345 pagi ...depa pinjam handphone Teoh utk main game Tetris dan Bomberman ...lupa nak pulang balik2 ..Teoh merajuk sampai tertido kat sofa ...
    Apekejadah siasat saksi sampai pukul 345 pagi auta bukan main ... siasat masa office hrs pun buleh ..takda SOP ke BPR lancau nie ....
    Napa KhirToyo dulu tak siasat sampai waktu Subuh macam Teoh ...kes dia lagi terok ...betul-betul lah BPR nie anjing UMNO

    BalasPadam
  8. bila lu buat sesuatu dan tau pulak berapa persen dah berjalan, itu bermakna lu dapat jangka/tau hasil dapatan.. lu tak perasan ke???

    BalasPadam