Khamis, 13 Ogos 2009

BACA UNTUK PENCERAHAN




APA ITU IMPERIALISMA


Imperialisma ialah pencapaian akhir dalam sistem ekonomi kapitalis. Imperialisma adalah tahap dimana modal yang dilabur telah sampai ke kemuncak. Era kita pada kita ini adalah era imperialisma. Ciri akhir imperialisma ialah wujudnya empire.

Dalam sejarah tamadun manusia banyak Empire telah di didirikan. Empire Iskandar Zulkarnain dari Mercedonia hingga ke India. Kaput. Empire Rom – hampir seluruh tanah dipersisiran Laut Tengah, tanah besar Eropah hingga ke Britain akhirnya kaput juga. Empire Napolean – menjajah Eropah – akhirnya kaput. Empire Ottoman, Empire Mongol – semuanya masuk kain kapan. Portugis, Sepanyol dan Belanda juga pernah memiliki empire. Empire Jepun juga kaput. Semuanya runtuh

Hari ini warga dunia anak semua bangsa sedang berhadapan Empire Global Amerika Syarikat.

Empire muncul hasil dari perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya kaum pemodal hanya melabur di tanah asal negara masing-masing. Mereka menggunakan bahan tempatan. Menggunakan tenaga buruh tempatan. Berjual beli untuk warga tempatan. Dasar sistem kapitalis - beli murah, upah murah dan jual mahal – menjadikan kaum pemodal dapat mengumpul keuntungan bertimbun tambah.

Dalam hukum ekonomi kapitalis - keuntungan yang dikumpul ini wajib berkembang dan dikembangkan – jika tidak sistem kapitalisma akan mati. Justeru kaum pemodal memerlukan bahan-bahan mentah baru. Memerlukan tenaga buruh yang lebih banyak. Kaum pemodal memerlukan kawasan pemasaran yang lebih luas untuk mendapat bahan mentah dan warga untuk menjadi tukang beli.

Maka kapitalisma membuka era zaman penjajahan/kolonialisma – zaman mencari tanah jajahan.

Dalam era kolonialisma – mencari tanah jajahan – kita melihat empire British, empire Sepanyol, empire Belanda dan Portugal berebut-rebut mencari tanah jajahan. Afrika, Amerika Latin dan Asia ditibai, dipecah dan ditaklok.

Tanah jajahan diperlukan untuk mengaut hasil bumi – bahan galian, kayu kayan dan hasil pertanian. Kita bertemu dengan British East India Company dan Dutch East India Company yang menjarah kepulauan Melayu untuk mengkayakan Britain dan Belanda.

Cara menjalankan dasar penjajahan cukup senang. Gaduhan antara satu bangsa dengan yang lain. Sokong satu dan tibai yang lain. Gaduhkan Acheh dengan Melaka. Gaduhkan Melaka dengan Pasai. Di Perak - sokong Sultan Abdullah dan jatuhkan Sultan Ismail. Beri mereka senjata biar mereka bergaduh. Naikkan Sultan Abdullah tetapi buangkan Sultan ini ke lautan Hindi apabila baginda berani melawan.

Bawa masuk China dan India ke Tanah Melayu. Sokong satu bangsa dan tibai yang lain. Kemudian pecahkan negara itu. Satu untuk British dan satu untuk Belanda. Satu jadi Indonesia dan satu Malaysia. Pecahkan lagi Malaysia – munculkan Singapura.

Di India - British memecahkan Bharat dengan Pakistan tetapi sengaja meninggalkan Khasmir untuk memastikan India dan Pakistan akan terus bermusuh. Kemudian pecahkan lagi Pakistan – munculkan Bangladesh. Vietnam dan Korea jadikan dua – satu Utara dan satu Selatan. Tibai yang Utara dan beri senjata pada yang Selatan.

Di negara Arab gunakan taktik yang sama. Pecah-pecahkan negara Arab- disetiap batang pokok kurma wujudkan seorang Emir, Al-Malik atau Sultan. Kemudian rampas bumi Palestin dan wujudkan Israel. Jadikan Israel pengkalan tentera yang terkuat – dengan tujuan untuk memastikan negara Arab yang telah dipecah-pecah akan terus bergaduh. Tidak cukup dengan ini gaduhkan Sunni dengan Shia.

Untuk memastikan tanah jajahan dapat dikawal wujudkan barua-barua yang setia. Nobatkan mereka dengan gelaran Sir atau kahwinkan mereka dengan perempuan lacur Mat Saleh. Jadikan pemimpin berkulit hitam ini King Kong. Temberangkan jantan-jantan hitam ini dengan mitos - jika mereka ada ‘mem’ berkulit puteh maka mereka ada kelas. Jantan dari Asia dan Afrika akan terjelir lidah apabila melihat perempuan Mat Saleh terkangkang. Kalau tidak - jual candu – jadikan Sultan Husin seorang pemadat dan ambil Singapura.

Cukup enteng taktik dan perancangan kuasa imperial ini untuk difahami. Hanya yang buta sejarah dan susuk yang malas membaca dan malas berfikir sahaja yang tidak tahu fakta ini. Atau mereka yang telah dibebal dan dibonsaikan fikrah dengan Kancil dan Kenari yang tidak memgetahui hal ini.

Hari ini taktik dan mondus operandi yang sama sedang dijalankan oleh Empire Global Amerika Syarikat. Cuma dengan perkembangan tamadun manusia ada sadikit perubahan – bukan perubahan zat tetapi perubahan kulit.

Hakikat, niat dan cita-cita imperialisma – dari zaman Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Barack Obama adalah sama – untuk menjarah harta kekayaan dunia. Kalau di zaman empire Rom – dari Baitulmukadis hingga ke Lodonian diwujudkan pengkalan tentera. Kalau di zaman empire British dari Terusan Suez hingga ke New Zealand pos-pos soldadu telah didirikan.

Hari ini wujud 737 pengkalan tentera empire Amerika diserata pelusuk dunia. Amerika sedang menempatkan soldadunya di 153 buah negara dalam dunia ini. Dunia ini memiliki 192 buah negara. Ertinya hampir 70% negara dalam dunia ini ada pos soldadu Amerika. Pengkalan tentera ini dijagai oleh 2 juta 500 ribu bala tentera dari pelbagai bentuk ketumbukan – darat, laut, udara dan cekrawala. Semuanya untuk memastikan kaum pemodal kapitalis akan dapat membuat keuntungan. Untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis selamat dari didobrak rakyat dunia.

Dengan perubahan politik – diera pasca perang dunia ke dua – maka pengkalan tentera wajib didirikan melalui perjanjian. Justeru Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan Britain membuat penjanjian terbuka – Five Power Defence Arrangement. Britain pula terikat dengan perjajian-perjanjian lain seperti dengan Amerika dan dengan North Amerika Treaty Organisation( Nato). Semua perjanjian pertahanan ini ikat mengikat. Dalam masa yang sama warga tidak tahu apa lagi pejanjian-perjanjian ‘gelap’ yang telah ditanda tangani antara barua-barua tempatan dengan kuasa imperial.

Seperti di zaman Rom – bala tentera ini siap siaga untuk menumpaskan apa sahaja bentuk pemberontakan – sama ada warga Yahudi di Baitumukkadis di zaman Isa dari Nazareth atau warga Arab di Jordan dan Syria. Senjata dan perang adalah taktik dan strategi yang digunakan oleh kuasa imperialisma untuk memastikan mereka akan terus dapat membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Perang adalah salah satu dari watak kapitalisma. Selagi kapitalisma wujud selagi itu perang akan wujud. Jangan berangan-angan mengangat-angat jari dan melaungkan ‘peace now’. Damai tidak mungkin wujud dalam dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Perang adalah sebahagian dari syarat yang menghidupkan kapitalisma. Kapitalisma memerlukan perang seperti manusia memerlukan oksigen. Perang dan kapitalisma macam taik dengan lalat.

Dengan harta kekayaan yang terkumpul – imperialisma yang mewakili kaum pemodal antrabangsa - pada ketika ini sedang merancang untuk mewujudkan apa yang dipanggil New World Order – Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru ini akan dikepalai oleh Amerika Syarikat.

Rancangan-rancangan telah dan sedang diatur untuk mewujudkan Satu Kerajaan Dunia – The American Global Empire. Telah diwujudkan lembaga-lembaga yang akan memaksa semua negara tunduk dibawah peraturan lembaga-lembaga ini. Bank Dunia, IMF, World Trade Organisation bertugas untuk mengendalikan ekonomi. Pertubuhan PPB untuk dijadikan rujukan perundangan dunia. Mahkamah Dunia sebagai badan kehakiman. Bala tentera Anglo-Amerika akan menjadi penguatkuasa – seperti yang telah berlaku di Kosovo dan sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan.

Dibawah empire Amerika semua negara-negara akan tunduk menyembah dan membayar ufti. Sesiapa yang engkar akan diserang. Semenjak selesai Perang Dunia ke Dua tentera Amerika telah menyerang - Iraq, Iran, Afghanistan, Lebanon, Philipina, Liberia, Yugoslavia, Somalia, Korea, Panama, Cuba, Grenada dan Libya. Ini serangan terbuka dan belum diambil kira serangan proksi yang dilakukan dengan menggunakan barua tempatan seperti di Nicaragua.

Negara kita juga tidak akan terlepas dari cengkaman Empire Global Amerika. Amerika telah memberi tekanan untuk membuka pasaran – liberalisasi – dalaman negara kita. Free Trade Agreement adalah perjanjian berat sebelah untuk menekan negara-negara dunia ketiga. Tujuan FTA ini ialah untuk membolehkan syarikat gergasi dunia membeli/memiliki air, api, talipon, hospital, bank, beras, tanah, minyak dan apa sahaja harta kita untuk menjadi harta mereka. FTA mengajukan pengswataan. Mahathir Muhamad hanya mengikut telunjuk dan menjalankan dasar penswastaan dalam negara kita.

Empire Global Amerika amat suka kepada pemimpin dunia ketiga yang memiliki banyak masalaah dan banyak skandal. Lagi banyak rasuah, lagi banyak skandal, lagi zalim terhadap rakyat - lagi kuat sokongan Amerika. Malah jika pemimpin itu terlibat dalam kes bunuh membunuh – si pemimpin ini amat-amat disayangi oleh Amerika. Pemimpin dunia ketiga seperti ini amat senang disuruh arah dan akan mengikut telunjuk kaum pemodal Anglo-Amerika.

Untuk sebuah empire bernafas ianya memerlukan sebab dan musabab. Ini penting untuk mengolah persetujuan orang ramai. Pada awalnya empire telah menjajakan hujah bahawa mereka datang untuk mentamadunkan orang berkulit hitam. Mereka datang untuk melawan kejahilan yang dianggap musuh. Maka kaum pemodal datang ke Amerika Latin, Afrika dan Melaka dengan kitab Injil dan Padri. Tujuan sebenar untuk merembat harta kekayaan.

Bila kitab Injil tidak laku lagi maka kaum pemodal membuat helah baru. Kali ini mereka datang untuk membawa kebebasan dan demokrasi. Kali ini musuh yang hendak dilawan ialah anak negeri tanah jajahan yang bangun melawan mereka. Anak tanah jajahan yang nasionalis, yang sosialis dan yang komunis – yang berani mengangkat senjata melawan kuasa kaum pemodal dicap sebagai musuh kepada demokrasi.

Hari ini Empire Global Amerika - telah menggunakan 9/11 ini sebagai satu hujah untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika bahawa musuh dunia hari ini ialah keganasan. Ledakan bangunan World Trade Center itu dilakukan oleh ‘orang dalam’ bertujuan untuk mengolah persetujuan agar musuh yang halimunan ini diyakini kewujudannya.

Semua ini bohong. Tujuan empire dari zaman Iskandar Zulkarnain masih tidak berubah – untuk menjarah harta kekayaan dunia ini.

Warga seluruh dunia – anak semua bangsa - hari ini kita semua sedang berhadapan dengan kuasa empire yang licik, ganas dan memiliki kekuatan bala tentera yang maha hebat. Tetapi sejarah juga telah menunjukkan kuasa empire ini hanyalah harimau kertas. Bala tentera empire yang melintasi lima benua telah mula menjadi gergasi berkaki kaca.

Amerika telah pernah dikalahkan di Vietnam pada tahun 1975. Amerika sedang terasak tenat di Iraq dan Afghanistan. Pertempuran terus berlaku dimerata pelusuk dalam dunia. Walau bagaimana besar sekali pun kekuatan bala tentera Amerika – tidak mungkin dapat mengawal jika seluruh rakyat dunia bangun melawan.

Di Amerika Latin warga telah mula bangun dan menghumbankan barua dan tali barut tempatan yang bersekongkol dengan kauam kapitalis antarabangsa. Banyak negara di Amerika Latin telah berjaya mendirikan kerajaan yang bertuankan rakyat

Kita di Malaysia wajib sama serirama dengan warga dunia untuk menghumbankan parti-parti politik yang selama ini menjadi barua kaum pemodal Anglo-Amerika. Parti-parti politik ternakan kuasa imperial ini sedang menggunakan taktik pecah dan perintah. Elit politik yang di pilihara dari zaman British dahulu sedang mengadu dumba – China lawan Melayu – Bumiputera dengan yang bukan Bumiputera.

Elit politik ini secara sedar – untuk terus berkuasa – sedang cuba menimbulkan perselisehan antara Melayu dengan Cina – atas nama Islam. Ini samalah seperti taktik yang digunakan oleh Amerika di Iraq – gaduhkan Sunni dengan Shia. Pasti ada warga kita yang akan terperangkap. Pasti ada yang akan terpengaruh.

Seperti taktik empire – menimbulkan pergaduhan adalah cara untuk mengolah persetujuan orang ramai. Apabila warga bergaduh sesama sendiri maka tidak akan dapat terwujud satu barisan yang kompak bersetiakawan untuk menjatuhkan elit politik yang diternak oleh kuasa imperila Anglo-Amerika.

Jika kita semua tahu taktik dan strateji Empire Global Amerika pasti kita tidak akan membenarkan diri kita terus dijajah. Warga yang cerdik, yang berilmu dan memiliki keupayaan fikrah akan menjadi susuk yang bebas yang dapat memahami apa kapitalisma dan apa imperialisma. Justeru, tugas susuk yang bebas merdeka ialah bangun membawa pencerahan. Hanya dengan pencerahan baru projek membodoh warga dapat digagalkan.

Susuk yang bebas merdeka akan juga mengagalkan projek Tata Dunia Baru dan meruntuhkan Empire Global Amerika. (TT)



26 ulasan:

  1. saya tak nak belagak pandai kat sini.. saya menerima bahawa apa yang anda tulis dalam teks ada kebenaran..

    tetapi.. saya minta maaf.. kalau anda termakan dengan idealogi orientalis barat dengan mengatakan ISKANDAR ZULQARNAIN ialah Alexander the great maka fakta anda mengenai ISKANDAR ZULQARNAIN adalah salah 100%...

    sila amati apa yang terkandung dalam Al-Quran mengenai Iskandar Zulqarnain(maaf kerana terpaksa menggunakan bahasa inggeris untuk menterjemah al-Quran. ini kerana bahasa melayu tak cukup kaya penggunaan menggambarkan kekayaan bahasa arab)


    Sura Al-Kahf(18:83)
    They will ask thee of Dhu'l-Qarneyn. Say: I shall recite unto you a remembrance of him.

    Sura Al-Kahf(18:84)
    Lo! We made him strong in the land and gave him unto every thing a road.

    Sura Al-Kahf(18:85)
    And he followed a road

    Sura Al-Kahf(18:86)
    Till, when he reached the setting-place of the sun, he found it setting in a muddy spring, and found a people thereabout. We said: O Dhu'l-Qarneyn! Either punish or show them kindness.

    Sura Al-Kahf(18:87)
    As for him who doeth wrong, we shall punish him, and then he will be brought back unto his Lord, Who will punish him with awful punishment!

    Sura Al-Kahf(18:88)
    But as for him who believeth and doeth right, good will be his reward, and We shall speak unto him a mild command.

    walaupon telah diberi sepenuh kuasa untuk melakukan apa sahaja.. tapi Iskandar Zulqarnain masih melakukan kebaikan terhadap orang.. nilai sendirilah apa yang di baca di atas...


    Sura Al-Kahf(18:95)
    He said: "(The power) in which my Lord has established me is better (than tribute): Help me therefore with strength (and labour): I will erect a strong barrier between you and them.

    Sura Al-Kahf(18:98)
    He said: This is a mercy from my Lord; but when the promise of my Lord cometh to pass, He will lay it low, for the promise of my Lord is true.

    sekali lagi di sini... telah di perlihatkan bagaimana tingginya akhlak Iskandar Zulqarnain.. seorang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan juga seorang yang sangat merendah diri.. boleh nilai sendiri..

    adakah orang yang mempunyai sifat diatas ialah Alexender the Great? dan lebih besar lagi akan melakukan kerosakan.. sekali lagi.. sila nilai sendiri..

    dan sumber itu semua berdasarkan Al-Quran.. bukan rekaan Rasulullah S.A.W.

    saya sangat "enjoy" membaca penulisan anda mengenai Illuminati, New World Order, Free Mason.. saya setuju sangat dengan pandangan-pandangan anda mengenai perihal dunia hari ini. saya tak nak nafikan. anda banyak memberi fakta sejarah yang mengaitkan satu noktah ke noktah yang lain. tapi.. anda terlupa perkara lagi penting.

    kalau setakat bertuhankan harta.. ni semua tipu peringkat pertama(first degree).. saya yakin anda juga penah baca teks mengenai Dajjal Al-Masih, Anti-Christ, the Fake Messiah dan yang berkaitan..
    cuba anda dalami setiap peringatan(Warning) Rasulullah S.A.W. dan cuba anda kaitkan kembali dengan ilmu yang anda ada..

    saya yakin anda akan faham kepada siapa sebenarnya mereka bekerja dan anda pon sendiri tahu bahawa.. segala apa yang berlaku sekarang ini hanyalah satu "effort" untuk melemahkan manusia supaya menunggu apa yang mereka nanti kan...

    macam biasa.. artikel yang hebat dan berguna untuk dikongsi bersama.. tetapi mengenai Iskandar Zulqarnain.. maaf.. saya percaya sumber Al-Quran lebih tepat daripada sumber anda.. harap dapat dibetulkan jika tidak boleh jatuh fitnah(tipu).. bukan sahaja kepada Iskandar Zulqarnain malah boleh jadi fitnah(tipu) kepada Al-Quran..

    BalasPadam
  2. Senang cerita, sistem Dajal yang dibawa Firaun masih hidup sampai hari ini.

    BalasPadam
  3. Jadi siapa sebenarnya yang menguasai Empire itu sendiri? Obama atau Orang-orang tertentu?

    BalasPadam
  4. Satu pencerahan yg baik sekali, terima kasih buat TT.

    Saya mencadangkan supaya kita membaca (dan juga mengkaji, bukan sekadar melafaz/menghafaz) kitab2 langit yg dijamin keterpeliharaan oleh Yg Maha ESA iaitu Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran untuk dikembalikan manfaatnya kepada warga2 yg masih hidup.

    Sebelum ini, oleh kerana pihak musuh/kapitalis tidak berjaya memusnahkan atau menjejaskan kandungan kitab2 langit tersebut yg telah jelas dan nyata mengajar kaedah terbaik untuk memusnahkan kebatilan dan kezaliman, maka mereka menciptakan pelbagai helah/dakyah untuk warga sekadar menempatkan kitab2 suci itu di kuil, tokong, masjid, hawza, di rak2 buku atau sekadar di kuburan(untuk dibacakan kepada si mati).

    Paling jauh yg boleh dilaksanakan oleh mereka adalah dengan sering mengubah terjemahan keempat-empat kitab suci dari langit tersebut.

    Tanpa pegangan asas yg kukuh bertunjangkan kebenaran hakiki melalui kajian Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran pada dalaman diri seseorg warga, nescaya akan hanyutlah ia dlm menghiburkan diri akibat lelah setelah bersusahpayah menitikkan peluh suci di bawah berlapis2 sayap2 kapitalis, kiri atau kanan, keduanya kini telah dikuasai mereka melalui pelbagai kaedah diusahakan sejak zaman Garden of Eden lagi.

    --->>> ayuh, kembalikan kitab2 suci ke dalam kehidupan kita, manfaatkan hidup yang ada untuk kembali bertani, kembali berternak, kembali menyemarakkan hasil bumi, kembali mensejahterakan asas kehidupan di awal dan akhir nanti.

    Salam buat TT, ramai yg menanti kehadiran anda di tempat2 mereka.

    BalasPadam
  5. PAK LONG TT,

    JIKA ANAKDA YDP AGONG...BETA AKAN LANTIK PAK LONG TT SEBAGAI MENTERI KEWANGAN SEUMUR HIDUP...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

    MENTERI KEWANGAN SEKARANG AKAN BETA LETAKKAN SEBAGAI "CASHIER" KAT GENTING...kah kah kah kah...kah kahkah...kah kah

    BalasPadam
  6. Yg Iskandar Zulkarnain tu gua tak setuju..Tapi gua tetap salut sama lu lah sham.

    BalasPadam
  7. En. Hisham,

    Do you think there is a cause for concern? Do you know of any doctor in Malaysia whose expertise is in viral infection who can shed light on this honestly? Just asking and monitoring what is going on.

    The sequence of links that provide the clue...

    http://www.recombinomics.com/News/08120901/H274Y_More.html

    http://www.flutrackers.com/forum/showthread.php?t=120937

    http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNews/20090812/asia_tamiflu_090812/20090812?hub=Health

    Regards

    mf

    BalasPadam
  8. gua mau tambah lagi, bung isham. hari ini sunni dipecahkan pula oleh orientalis dengan fahaman wahabi dan salafi..

    surau2 di kampung huru hara dengan soal wahabi ini!!

    BalasPadam
  9. gua mau tambah lagi, bung isham. hari ini sunni dipecahkan pula oleh orientalis dengan fahaman wahabi dan salafi..

    surau2 di kampung huru hara dengan soal wahabi ini!!

    BalasPadam
  10. Saya suka baca artikel ini. Byk yang boleh dipelajari. Tapi saya juga wonder mengenai isu Iskandar Zulqarnain seperti yang diperkatakan oleh 1st comment - ayamtido. Harap penulis dapat clarify. Terima kasih.

    BalasPadam
  11. Peruncit Melayu pupus? - melayau...

    bukan peruncit melayu je....seme yg bukak kedai runcit makin terhimpit...sebab ape...sebab sistem francais berleluasa...bukan sahaja peruncit even warong pun susah nak hidup...kalo x join koperasi x ble hidup...apa puncanya...sistem kapitalis tu sendiri...sistem imperialis...bila ade nasionalis dikate ekstermis dilabel nye komunis...di cap nye sebagai penkhianat...maknanye jadi rakyat pemikiran mesti dlm kotak yg di cipta oleh mereka yg berkuasa...x boleh berpikiran selain dari munkee...kene ikut naina...naina pun skang consider melayu...fuh terer ni...kalo setakat muslim x dikira melayu...x boleh bersuara pasal perlembagaan sbb ade "wasiat"...kalo bini mat ngantok tu dah tuka status ke???boleh jd melayu???terer ni...Bos lu dlm IC status ape ek???hahahahah...

    Ni ade sorg org bijak bodoh ni ckp kalo nak hina raja nak suruh lucut kerakyatan...lu dah cukup berdakwah ke??undang2 agama pun x ble nak tegakkan?hudud pun x berani nak bincang...nak bincang pasal mende lain...title mufti...sepatutnya jadi mufti jadi penasihat kat raja pasal agama...tp lu jd ape???penasihat ape???mkn gaji buta???kesian rakyat perak.ni ikut ckp kutti la ni...

    BalasPadam
  12. 'Cukup enteng taktik dan perancangan kuasa imperial ini untuk difahami. Hanya yang buta sejarah dan susuk yang malas membaca dan malas berfikir sahaja yang tidak tahu fakta ini'

    'Kita bertemu dengan British East India Company dan Dutch East India Company yang menjarah kepulauan Melayu untuk mengkayakan Britain dan Belanda'

    'Hari ini wujud 737 pengkalan tentera empire Amerika diserata pelusuk dunia. Amerika sedang menempatkan soldadunya di 153 buah negara dalam dunia ini. Dunia ini memiliki 192 buah negara. Ertinya hampir 70% negara dalam dunia ini ada pos soldadu Amerika. Pengkalan tentera ini dijagai oleh 2 juta 500 ribu bala tentera dari pelbagai bentuk ketumbukan – darat, laut, udara dan cekrawala. Semuanya untuk memastikan kaum pemodal kapitalis akan dapat membuat keuntungan. Untuk memastikan sistem ekonomi kapitalis selamat dari didobrak rakyat dunia'


    padat dan jitu pencerahan ini, bangsa dunia mesti menerima hakikat yang mereka belum pernah merdeka, fakta sejarah sekali sering kali tidak diambil pengajaran oleh bangsa dunia, tuan kapitalis dunia mecorakkan dunia dengan cara mereka, apa yang dilakukan halal belaka, perbuatan menhalalkan cara bagi menguasai dunia ini dengan berulang-ulang..

    bro..izinkan saya panjangkan article ini..

    BalasPadam
  13. Bagaimana pula empayar Russia yang menceroboh Afghanistan,negara-negara
    Eastern Europe ,negara-negara kecil Africa dan banyak lagi negara didunia ini. Tidakkah ini merupakan dasar imperialist dan penyebaran ideologi.

    BalasPadam
  14. setuju pandangan ayamtido

    pihak orientalis barat sememangya mengakui kebenaran Islam tetapi sikap bongkak mereka tetap mahu menidakkannya

    alexander dan zulqarnain sememangnya orang yang berbeza

    alexander seorang kaki gay dan percaya kepada banyak tuhan dan menyembah berhala

    BalasPadam
  15. thanks warih..
    very good info.keep on writing!!
    salute !! gua kasi pinjam taruk dlm forum arr.. kasi terbukak hati minda kenkawan skali..

    -budak itm.

    BalasPadam
  16. satu lagi taktik yg digunakan oleh kaum pemodal ialah sistem dua parti.

    mereka akan pastikan di setiap negara ada dua pihak yg sama kuat.

    kalau pihak A ditendang rakyat, mereka akan beralih kepada pihak B. begitu juga dgn sebaliknya..

    tgk shj di Amerika. Republikan atau demokrat tidak ada bezanya..dua2 hanya menjadi kuda kepada golongan pemodal..

    di Malaysia? entahlah..

    BalasPadam
  17. kenapa ramai yg repost balik teks ni?

    BalasPadam
  18. Iskandar Zulkarnain/Empayar Othmaniah/ Gengis Khan/ Monggul semuanya penjarah, penjajah, imperialis. itu fakta.
    tak perlu kita mempertikaikan fakta sahih. yang cuba di ingatkan oleh tukar tiub adalah rancangan-rancangan jahat kuasa besar dan modus operandi mereka yang sama dari zaman-berzaman.
    cuba fahami sejarah, amati peristiwa semasa dan beringat demi masa depan!

    BalasPadam
  19. Ayuh kita rampas kembali apa yg mereka kuasai,ekonomi ISLAM harus diperkuatkan,baru kita mampu utk bersaing dgn mereka.Apa yg menyedihkan bangsa melayu islam lebih banyak membantu SYARIKAT2 KAPITALIS ni..Belilah barangan buatan islam!!!Pengguna islam harus di merdekakan MINDA mereka!!!Sarapan KOPI RADIX!!!MINUM PETANG COLA RADIX!!!NAK TIDO MINUM KOKO RADIX!!!NAK LEPAK..LEPAK KAT RADIX FRIED CIKEN!!!KFC,NESLE dll Sampai bila kita nak jadi PENJANA EKONOMI KAPITALIS!!!Ayuh KITA MENJANA EKONOMI ISLAM..Let's JIHAD EKONOMI!!!!

    BalasPadam
  20. Tuan TT,
    fakta sebenar berkenaan iskandar zulqarnain telah didedahkan oleh pensyarah UIA [Arafeez Abd Razak Al-Hafiz]... Iskandar & Zulqarnain adalah 2 orang yang berbeza...

    Iskandar adalah Alexander the great (356BC~323BC) yang tidak beriman kepada agama Allah manakala Zulqarnain atau nama sebenarnya adalah Raja Kurush (576BC~530BC) adalah org yang beriman..

    sejarah berkenaan mereka berdua telah terkeliru kerana jajahan takluk mereka hampir sama..

    harap kita boleh sama2 dalami fakta sebenar... buku tersebut bertajuk 'Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain'... dalam Astro Oasis tak lama dulu pun pernah siarkan siri dokumentari ni...

    BalasPadam
  21. ..bro tukar tiub..kalu lu jdi calun yb..gua tk pikir pnjng ...gua mesti pangkah lu.

    BalasPadam
  22. encik radix promote barangan diri sendiri ke?

    encik,encik pun kapitalis jugak.

    kalau encik ni nak perjuangkan sangat sistem ekonomi islam,duit bukan sistem ekonomi islam.

    duit yang kita ada sekarang ni adalah sistem kapitalis.

    kalau bagi free,saya sokong lah!

    pot calling kettle black.

    BalasPadam
  23. Nunca Caminaras Solo14 Ogos 2009 pada 3:44 PG

    Ini baru rasa Merdeka.. Kasi rasa jiwa merdeka sampai Hari Malaysia..

    BalasPadam
  24. Bro Isham..

    ha ha ha ha..Good..Saya suka kalau Bro Isham bantai kapitalis..bravo..

    Tang Alexander dan Iskandar tu cuma TT buat perbandingan sahaja..yang kita hadapai sekarang ini malah lebih bahaya dari itu..

    System ekonomi yang ada sekarang ini sanggat tak stabil..terlampau banyak lope hole..dan short cut..macam DOS atau Window..boleh di ancam Virus.

    Jadi kalau nak system ekonomi yang stabil dan betul, kena balik ke asas..macam guna system operasi Unik. kita balik ke peringkat asas jual beli bukanya pembelian berdasarkan spekulasi. Balik ke Islam bukanya Sosialis (he he he..Bro)

    BalasPadam
  25. SEBENARNYA UMNOBN NEO-COLONIAL DI TANAH MELAYU-MALAYSIA. MERDEKA ! MERDEKA ! MRDEKA !

    BalasPadam