Khamis, 27 Ogos 2009
HUJAN PETANG LAGI
PETANG INI
hujan yang gugur petang ini
menyedihkan hati penjaja kueh
hujan yang gugur petang ini
mengusar hati pemandu teksi
hujan yang gugur petang ini
mengembirakan hati penanam sayur
hujan yang gugur petang ini
mengembirakan si penjual payung
MALAM KELMARIN
malam kelmarin aku makan di sebuah kedai makan orang acheh. hanya ada dua masakan - satu gulai itik dan satu gulai kambing – tidak ada sayur atau ulam – inilah restauran pertama di kota kota ini yang menjual gulai itik.
kemudian aku ke pasar sayur chow kit – jam sembilan tidak berasak-asak. aku membeli kangkung untuk Marang dan tulang Jai. tugas aku selesai untuk mereka.
di batu road singgah membeli dukong.
aku terserempak dengan gerai menjual buah kurma – ada berbagai-bagai. ada yang 40 ringgit sekilo – ada yang 25 sekilo – ada yang muda – ada yang datang dari negeri cina – lubnan dan entah mana lagi. ada yang di rendam dengan air gula. ada yang kering dan ada yang basah.
paling menarik ada yang di jual dengan harga 15 ringgit untuk 100 gram –ini kurma nabi. aku tersenyum dan berjanji akan datang untuk merakamkan imej kurma nabi. orang meniaga – apa boleh jual – jual.
gerai dan warung sudah mula terpasang. masih banyak yang kosong. ini minggu pertama – hujung minggu ini lihatlah hebatnya – gaji telah dapat dan sakan berbelanja.
peminta sedekah semakin ramai – dari seluruh asia tenggara mereka datang berkumpul ke kuala lumpur – ada dari bangla, ada dari rohingya , ada dari kelantan, ada dari burma – ada duduk tepi masjid – ada datang dari meja ke meja – ada datang menjual kertas – ada datang memungut derma - macam macam seribu satu macam.
anak anak kecil telah mula kembali digunakan sebagai peminta sedekah. lalu aku teringat berita ini :
242 budak hilang Jan-Mac 2008
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini dan hanya 114 kanak-kanak berjaya ditemui semula, kata menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, 1,168 kes budak hilang dilaporkan tahun lepas, manakala 1,478 kes pula pada 2006 - malaysiakini
di curi di siam di hantar ke kuala lumpur – di curi di kuala lumpur di hantar ke paris - di curi di burma di hantar ke bangkok di curi di medan di hantar ke penang – bila besar jadi pelacur –
nanti bila nampak ada peminta sedekah kanak-kanak – tampar muka budak ini biar polis datang – inilah cara budak ini akan selamat.
selamat berbuka puasa.
paling menarik ada yang di jual dengan harga 15 ringgit untuk 100 gram –ini kurma nabi. aku tersenyum dan berjanji akan datang untuk merakamkan imej kurma nabi. orang meniaga – apa boleh jual – jual.
BalasPadambeb,kat mesir dah ada kurma obama pulak.harga dia satu kilo US$15.
lagi up dari kurma nabi.
mana ada budak kelantan bohhhh....
BalasPadamAkum bro?
BalasPadamPuisi bro hari ini berkisar pada penipuan peniaga dan sikap pemimpin yang tidak ambil pusing.
Masih sama, tapi nada kali ini sepatutnya dibaca dengan "tegas" dan bukan melangkolik. Pengulangan baris digunakan dengan meluas dan mengutamakan unsur anafora.
Perbezaan jelas, bro isam memasukkan "catatan sebenar" dari akhbar. Ini sesuatu yang baru dalam penghasilan kerja puisi.
Syabas. Ampun juga kerana telah mengumpulkan 7 buah sajak bro. Mungkin berguna bila bro dah tak ada nanti. Salam.
kuih jual..
BalasPadamsayur jual..
payung jual..
itik jual..
kambing jual..
kangkung jual..
dukong jual..
kurma jual..
tak cukup dengan tu manusia pun dijual..
asal barang jadi duit...
kalau lelaki kita tampar jugak ke
BalasPadammemang dia boleh tamparan kita
budak lelaki pun jadi pelacoq jugak ke??
ha ha ha
visit
http://www.melodymockers.blogspot.com/
jangan ditampar budak mintak sedekah tu.. polis tak pandang pun kat budak kecik yang menangis, apatah lagi kalu budak pemintak sedekah...
BalasPadamBegging big business oh.Di gujerat saja,Rs10 crore!!Tenggok gambar tamil "naan kadaval",utk mengethaui dgn detail pasai begging bizniz di india.
BalasPadamAgak2nya kalau nabi SAW sendiri yang jual kurma tu, tentu dia jual murah supaya lebih ramai boleh makan!!
BalasPadambgos gak cedangan kau tuh..
BalasPadamsuka cadangan tampar tu..aku up lagi bagi tampar laju-laju..
BalasPadamboleh jadi gak budak2 tu yg kena culik utk dijadikan kambing hitam utk bisnis minta sedekah
Taipan menarik.... Dh lama ikut tulisan pak isham... Gud
BalasPadamYg bapak segala MahaRasuah senyum kambing aje bila melihat telatah anak2 buahnya dok mengkelai berebut harta rompakan .....mcm perompaklanun nujum pak belalang .... kau satu .... aku satu ... kepala bapak kau aku ambik ... kepala bapak aku kau ambik ..... kau ambik yg pendek ... aku ambik yg panjang .... dan lagi dan lagi....
BalasPadambaiklah.. mulai hari nih.. saya akan menampar semua kanak2 pemintak sedekah yang datang ke meja makan saya.
BalasPadamada yang konon2 buta dan diheret yang celik jual tisu la, kalendar la tuh macammana pula?
patut saya tampar yang butakah, yang celikkah, atau... kedua-duanya sekali? :D
burung Tiong sarawak pun ada juga dijual. mahal ..
BalasPadam