Ahad, 30 Ogos 2009
TERSENYUMLAH DI PETANG INI - SELAMAT BERBUKA
BETUL KE
betul ke ni
esok kita merdeka
betul ke esok merdeka
kalau esok merdeka kenapa tak boleh main mercun
ESOK
esok aku seperti biasa selama 52 tahun ini
aku akan bangun lambat
katakan apa sahaja
surahkan pelbagai hadis
tunjukan setiap kitab
kau taburlah pelbagai janji
esok aku tetap akan bangun lembat
tidur lebih enak dari segala galanya
tidur dan bangun lewat pada
pagi 31 Ogos adalah tanda penentangan
tidur meninggi hari pada pagi 31 Ogos
adalah cool
tidur meninggi hari pada 31 Ogos
adalah tindakan revolusineer
BURUNG
saekor burung dari tundra
melintasi padang sahara
dalam perjalanan mencari hidup
singgah terbang melayang
saekor unta liar
berjalan mencari ayer
tiga wadi dilintasi
tiga wadi kontang
saekor kuda
gagah perkasa
mengelinjang berlari
merentas masa
saekor semut menjalar
tanpa henti
berapa umurnya
sebelum dia mati
PETANG YANG PERMAI
tersenyumlah
pada petang yang indah
buka mata
dan nikmati hidup
sedut udara
rasakan sejuknya
ketika berjalan
rasakan nikmatnya
tapak kaki bergerak
tapak kaki bertemu aspal
tapak kaki mara ke depan
ketika berjalan
lihat kira dan kanan
lihat rumput yang mati
lihat rumput yang hijau
pandang betapa indahnya dunia ini
ketika berjalan
dengarkan siolan unggas
percikan ayer
dan gesekan buluh
betapa indahnya dunia ini
terima kaseh kerana sinar mu
wahai sang matahari
siapa yang mencipta matahari?
BalasPadamisham..
BalasPadamjom layan movie zaman muda2 dulu..
classic..
http://freemediafiremovie.blogspot.com/
bang bang
BalasPadammangungg
tu tu, ada nyamuk nak gigit tiger..
ni ni bidadari datang nak urut LUTUT ..
qah qah..qihhhh
bro syam,
BalasPadambro punyer sajak hampir sebijik dengan situasi yg saya sedang titi dalam perjalanan hidup...
kasi lumayan punyer.
Tido ajelah tuan, tak de sape nak larang....
BalasPadamEsok 31hb ogos patut le mat-mat rempit dah mula kumpulkan geng2 untuk memenuhi jalan -jalan raya.. dengan deruan enjin motor meletup-letap yang menyakitkan telinga. Itu lah merdeka bagi mat-mat rempit 99 % anak muda melayu...tahniah bebbbbb 1 Malaysia..
BalasPadamMerdeka kah sedangkan anak muda belia ISLAM kehulu kehilir tanpa arah...anak-anak gadis remaja bergayut dibelakang...belum lagi kisah anak-anak muda yang tersesat kononnya nikmat malam merdeka dan adakah REMAJA akan memenuhi kelab-kelab disko, parti liar kononnya inilah dunia BARU MERDEKA bagi mereka..APAKAH MEREKA Sunggupkan LAKUKAN akhlak ni pada bulan Ramadhan yang mulia dan indah ini.......Wa'Allahhualam.
"Semua ini hadiah UmNGOK untuk rakyat hasil 52 memerintah .."
ye adik-adikku sekalian marilah sama-sama kita menyanyikan lagu negara kuku
BalasPadamMamula moon asal lagu negarakuku
Asalnya Lagu dari Pulau Hawaii
eee.... ala lupa lrik pulak la
takpe nanti saya cari ingatkan lirik tu lagi
sambil-sambil tu kalau ada idea nak tambah tambahlah
Bro,
BalasPadamGua mintak izin sedut puisi Petang Yang Permai ke blog gua....ok
Gua minat bukan apa sebab dalam puisi tu ada catat RUMPUT yang HIJAU...tu je
Kah Kah Kah...
Merdeka Bro...
aku nak jadi revolusineer.
BalasPadamp/s: doa untuk Dr. Burhanuddin Al-Helmy
Saudaraku,
BalasPadamtidurlah moga hilang segala seksa
tidurlah moga tenang bila terjaga
tidurlah moga terlepas dari bala
tidurlah moga terpadam neraka
tidurlah moga terbela anak bangsa
tidurlah, tiduuuuuurlah
tilam spring
malam merdeka...
BalasPadammat rempit dan bohsia kembali mengganas..
tapi datuk-datuk yang sudah tua-tua tak paham-paham..
kenape Datok Najib boleh buat projek berbillion utk kereta Formula Satu ?
Valentino Rossi juara MotoGP dunio limo kali dah boring dah...
tak do orang boleh potong dio...
tapi pada malam merdeka ;
mat-rempit yang hebat dan bohsia dihambat sebelum habis klimaks ?
itu orang kito...
"tangkap sano..tangkap sini..
semua kene tangkap..
biar kene tangkap..
hahaha..
padan muko..
bukan cucu aku pon"
kato Datok Panglimo Bukit Bintang