Selasa, 1 September 2009

MERDEKA MEMBEBAS DIRI




SANG SAKA BERKIBAR




Perutusan Kemerdekaan: Semangat Kemerdekaan Menyanggah Perhambaan dan Membina Keyakinan Baru

Apabila mendekati tarikh 31hb Ogos, ingatan kita akan mengimbas kembali rentetan peristiwa dan perjuangan rakyat yang berkemuncak dengan Kemerdekaan. Tarikh tersebut terungkap sebagai tarikh keramat ,menjanjikan kebebasan daripada cengkaman penjajah dan menyelamatkan martabat hidup rakyat.

Persoalan yang menerjah kita semua ialah; bagaimana kita menghayati makna tarikh tersebut hari ini. Pergulatan ini menjadi penentu kepada persoalan makna diri kita sebagai rakyat Malaysia.Tekad baru untuk memahami makna diri Malaysia sebagai bangsa merdeka juga menuntut kita untuk memahami bagaimana kita menjadi tidak merdeka; bagaimana kita hilang kemerdekaan sebelum kita memperolehinya kembali.

Lebih dua ribu tahun yang lalu, Brutus bertanya warga Kota Rom “siapakah yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba ?” Ceasar mahu memiliki kuasa yang tidak terbatas. Nafsunya sebegitu besar dan mahu memastikan Rom dalam genggamannya.

Pertentangan antara Brutus dengan Ceaser adalah pertentangan antara kebebasan menentang nafsu kekuasan tidak terbatas. Sejak negara kita merdeka kita masih bergelut dengan pertentangan ini. Kebebasan – kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan institusi kehakiman sentiasa mahu disekat oleh penguasa. Oleh itu kita menginsafi hanya bangsa yang pernah melalui gelita penjajahan akan mengerti makna cahaya kemerdekaan. Bagitu juga, hanya diri yang pernah kebebasannya diragut akan menghargai nilai kebebasan.

Syarahan Perdana Professor Dr. Syed Muhammad Naguib al-Attas yang berjudul Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu juga menghuraikan dengan panjang lebar peranan paksi tauhid sebagai aqidah menambat keyakinan baru yang menolak faham tahyul dan perhambaan, seterusnya menjadi pelantar kepada pemikiran yang berakar dengan tradisi aqliyah dan mencernakan budaya segar dengan bahasa Melayu sebagai pertuturan kepustakaan(lingua franca) rantau ini. Ratusan tahun berlalu yang sewajarnya tambah memperkukuh dan memantapkan semangat dan keyakinan baru tersebut.

Cantik sungguh puteri Palembang,
Sayang bersunting bunga pudak;
Betapa keras dilambung gelombang,
Kucacak tiang, kulayar jua.

Manakala melangkaui separuh abad kemerdekaan, kita rakyat Malaysia sewajarnya mempunyai kesedaran betapa Bahasa Melayu bukan sekadar bahasa pasar, bahasa komunikasi basahan untuk berjual beli. Bahasa Melayu adalah bahasa ilmu, bahasa tamadun dan bahasa untuk mengungkapkan pengalaman kemanusian yang paling mendalam dan luhur. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa intelektual dan kerohanian untuk umat Islam, makanya Bahasa Melayu juga seharusnya menjadi bahasa intelektual dan kerohanian umat Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain keyakinan.

Bahasa Melayu yang saya sebutkan di sini bukanlah bahasa milik orang Melayu semata-mata. Bahasa Melayu adalah milik rakyat dan bangsa Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain-lain. Bahasa Melayu adalah milik semua rakyat Malaysia.

Kemerdekaan mestilah tidak terperangkap dengan bahana dari politik sempit dan kelam sesebuah parti politik tertentu. Kemerdekaan perlu di lihat dari perspektif rakyat keseluruhannya; perjuangan pelbagai kaum, menggunakan pelbagai wadah, dan melibatkan pelbagai aliran pemikiran. Sejarah ternyata mengajar kita bahawa Perjuangan Menuntut Kemerdekaan menerbitkan kesatuan semangat untuk menentang penjajah dan imperialisme Barat ketika itu.

Generasi terdahulu yang sama-sama berjuang untuk kemerdekaan, dan mereka yang menempuh zaman mudanya di masa awal kemerdekaan menjadi saksi kepada kepelbagaian aliran dan wadah perjuangan rakyat. Tetapi penulisan sejarah kemerdekaan yang disampaikan kepada generasi hari ini masih belum berlaku adil kerana fakta yang bercampur propaganda. Ini merupakan beban dan tanggungjawab kepada ahli-ahli sejarah kerana tanpa pensejarahan yang adil, kita tidak akan dapat melihat dan menemui makna dan rupa diri bangsa kita yang sebenarnya. Nama pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn Jaafar, Ustaz Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin al Helmy, Ahmad Boestamam, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi tidak sewajarnya digelapkan dari sejarah menuntut kemerdekaan.

Kemerdekaan adalah untuk kebebasan dan keadilan. Inilah yang dijanjikan kepada kita pada 31 Ogos 1957. Sekiranya kita mahu berdegil untuk meneruskan saki baki peninggalan feudal, atau mahu memperkokohkan lembaga-lembaga sistem otoritarianisme, sudah pasti kita menjadi bangsa yang terpinggir. Bangsa Malaysia tidak miskin dengan sumber daya manusianya. Dengan paras pembangunan yang telah dicapai dan kekayaan yang kita miliki Malaysia boleh menjadi negara yang besar. Dan kita perlu yakin bahawa Malaysia boleh menjadi bangsa yang besar. Tetapi kita tidak boleh menjadi bangsa yang besar sekiranya rakyatnya tidak bebas dan merdeka.

ANWAR IBRAHIM




13 ulasan:

  1. PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 52:

    HARGA MINYAK DINAIKKAN...kah kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah

    GULA HANYA 2 PAKET SEORANG...KECUALI SETAN PUKIMAK BOLEH 40 PAKET...kah kah kah kah..kah kah kah...kah kah

    kah kah kah kah kah...kah kah kah kah...kah kah...INI BUKAN KEMERDEKAAN...TAPI...KECELAKAAN ANGKARA CUCU CICIT SETAN PUKIMAK...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

    BalasPadam
  2. Perutusan yang sedap dibaca dan penuh makna....

    BalasPadam
  3. Perutusan yang sedap dibaca dan penuh makna....

    BalasPadam
  4. Terharu membaca perutusan ini, penuh semangat dan inspirasi meresap sanubari.Memberi maksud mendalam arti kemerdekaan sebenar lantas membangkit jiwa kebebasan total... owh!!! wow!!! bravo!!!

    Tapi ada satu lagi perutusan, yg ni pelik sikit, dia ajak aku repair jambatan pastu runtuhkan tembok pulak...

    Ni berat punye keje ni..kih kih kih
    Tak Merdeka Lagi ni.. Kih Kih kih

    BalasPadam
  5. selamat datang kemerdekaan,
    bagi mereka yang mampu menahan diri..

    ~iwan fals

    BalasPadam
  6. Memang itu pengertian 'kemerdekaan' daripada AI, bukan seperti yang UBN sentiasa memperkukuhkan atau menggekalkan kemerdekaan seperti orang UMNOlah yang kononnya bermatian darah mendapatkan kemerdekaan. Sehingga hari ini UBN tak mau mengiktirafkan nama-nama yang disebut itu sebgai sosok manusia yang begitu hebat memperjuangkan kemerdekaan kerana dipadamkan oleh penjajah atau sejarawan juling kita. Apabila PR ambil alih pentadbiran diharap diperbetulkan fakta sejarah dan kembalikan keberanan itu untuk semua. Aden dan berjuta rakyat Malaysiapun tak tahu bahawa nama seperti, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Salleh, Panglima Rentap dan Rosli Dhobi adalah tokoh pejuang merdeka kita. Maknany UBN telah 'hijack' kemerdekaan daripada pejuang-pejuan tulen!

    BalasPadam
  7. hahahah...baru saje kami rakan se comrad berdiskusi berkenaan hal ini...tentang sistem pembelajaran sekarang...dan segala jenis sistem di negara ini...Gen-Y sekarang dikatakan "amat beruntung dgn kemudahan yg diberi oleh kerajaan" sedangkan mereka x sedar yg mereka di letakkan di dalam kotak, dilarang berpikir, dilarang bersuara...itu yg di gunakan kerajaan...menakut2kan/meracuni minda...sistem yg sama di gunakan penjajah pecah dan perintah...menakut2kan rakyat yg sedia takut dan menguasai mereka yg sememangnye ramai yg takut dgn sistem hantu yg sudah sekian lama di gunakan.

    BalasPadam
  8. amende ni malaysia merdeka 31 ogos?

    itu tarikh persekutuan tanah melayu merdeka!

    malaysia tertuboh pada 16 september 1963 satelah bersetuboh dengan singapura,sabah dan serawak!

    kita jangan dibelenggu oleh umno! kita kena perbetulkan yang disalahkan!!!

    BalasPadam
  9. Haizzz pining kipala ni nigiri....

    31 Ogos la, 16 September la....

    Singapura kene rembat keluar la...

    Nanti Singapura masuk balik Malaysia macam mana pulak eh?

    Berapa banyak hari korang nak celebrate?

    BalasPadam
  10. Naper harga minyak naik skit jer hah.. RON 95 apa menatang tu hah.. RON 97 apa kejadahnya pulak.. Memang sial la pihak yang bertanggungjawap menyuruh rakyat yang miskin seperti aku ni guna minyak kualiti rendah.. kereta lama tambah perisa lagi dgan minyak kualiti rendah ..... huh lantak lu la paler hotak paler lembu...

    BalasPadam
  11. tv3 yang kita selalu kutok sebagai lidah putarbelit umngok tu pun memaparkan sesuatu yg bertentangan dgn apa yg umngok nak tanam dalam batas kepala hotak rakyat selama ni:
    majalah 3 menceritakan bagaimana puan norkiah baginda lari dari tanahair (mungkin ada pertalian dgn lelaki baginda yg juga lari dari tanahair!) bersama suami dia (anak lelaki/cucu kepada seorang wira nasionalis melayu yg terkenal - datuk bahaman!) dan meninggalkan anak angkat lelaki mereka yg masih kecil, kerana mereka suami-isteri menentang british dengan mengangkat senjata menjadi gerila komunis!
    walaupun aku bukanlah menyokong komunisme, tapi ini menunjukkan pkm juga berperanan dalam penentangan penjajahan british untuk tanahair yg merdeka, bukan umngok sahaja yg menjadi hero..
    dan banyak peristiwa2 berdarah lagi (mungkin bermula dari pembunuhan birch oleh maharaja lela) yg jelas menunjukkan kemerdekaan tanahair ini akhirnya tercapai bukanlah seperti apa yg dicanangkan oleh umngok sebagai 'malaysia memperoleh merdeka dari british menerusi perjuangan tokoh umno tanpa pertumpahan darah'...
    itu hanya separa fakta, kerana yg mungkin tak tumpah darah cumalah lelaki2 umngok yg takde telor utk mengangkat senjata, bukan macam pun norkiah yg lebih berani dari mereka itu... oh ye, memanglah lelaki2 umngok takde telor sangat - pemimpin2 mereka pun selalu menangis walau di khalayak umum!

    BalasPadam