Sabtu, 12 September 2009

SATU CARA TIPU MELAYU



PROTON RUNDING PERKONGSIAN STRATEJIK
- bernama

Proton Holdings Bhd hari ini mengesahkan bahawa syarikat itu sedang berunding untuk membentuk perkongsian strategik tetapi enggan menamakan pihak satu lagi itu.

"Perundingan itu sedang laksanakan. Saya tidak mahu mengulas dengan pihak mana," kata Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir selepas berbuka puasa dengan wartawan di sini.

Menurut satu laporan akhbar, Proton sedang berunding dengan Volkswagen AG, pengeluar kereta terbesar Eropah.

Selasa lalu, Kumpulan Volkswagen dilaporkan merancang menjadikan Malaysia sebagai hab penyumberan alat gantinya dan pemasangan unit terurai sepenuhnya (CKD) dengan sebuah pengeluar kereta tempatan.

Semalam, Penasihat Proton Mahathir Mohamad, berkata Proton memerlukan satu perkongsian strategik dengan satu syarikat automotif antarabangsa untuk meningkatkan standard kereta nasional.

nota:
ini cara nak rompak harta negara. percayalah
nanti syarikat ini akan di jual pada kroni dan
kaum keluarga madey. tak percaya tunggu dan lihat.

cara penipuan ini cukup senang : kerjaan jual pada saudara madey
dan kroni madey. bukan bayar. cakap saje beli. harga dijamin
menguntungkan. lepas itu syarikat ini akan menghadapi masaalah.
keana pasaran kereta merundum. lalu proton akan dijual.
kalai ini kerajaan tak boleh buat apa apa kerana menurut
menteri syrikati ini adalah syarikat swasta.


p/s : sila siasat siapa punya syarikat. mesti jumpa nama madey.
satu lagi projek menipu melayu.




6 ulasan:

  1. Sudah berapa kali la mau runding dgn Volkswagen , ajak VOlks main ringan2 tapi seluar tak buka...kesian Volks dah banyak kali air tu simpan sampai naik kat otak penuh dalam mata kah kah kah

    Kalau aku jadik Volks baik cari janda anak 10 pun tak pa

    BalasPadam
  2. Dispekulasikan bahawa Yasmin Holdings salah satu yang menawarkan untuk membeli saham Khazanah dalam Proton. Yasmin Holdings dimiliki oleh keluarga anak saudara Tun Mahathir.

    sri hartamas

    BalasPadam
  3. sat ni proton saja yang nak tackle volks, jejaka lain proton dah tak minat lagi. volks saiz eropahlah!

    BalasPadam
  4. kah kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah

    BALIK BALIK VOLKSWAGEN...kah kah kah kah kah..kah kah

    KENAPA KURA-KURA??

    MERANGKAK PERLAHAN-LAHAN...kah kah kah kah..kah kah kah..kah

    LEPAS TU...PELAN-PELAN...TELAN DAN MENGKEDARAH...kah kah kah kah..kah kah kah..kah

    TUKANG SEBAT TAK ADA...YANG ADA HANYA TUKANG TIBAI...kah kah kahkah..kah kah kah..kah

    BalasPadam
  5. Eeeik...ini pelik benar-benar pelik . Ingat dah berhenti dan meletak jawatan jadi pengerusi syarikat . Apa dah lupa.... hantar balik kereta VW Toureq letak dekat guard house ? apa punya tuur ini orang . Betullah...tengok lidah sikit . Biar kontot jangan bercabang.

    Oh ya saya baru balik dari Sri Langka dulunya Ceylon . Disana ada dua macam warna, gelap sikit (bisalah orang berada ) dan gelap banyak ( kena kerja kuat untuk merobah nasib).

    Oh ya maseh segar dalam ingatan minum teh darjeeling panas + scone diwaktu petang ketika hujan gerimis diatas tanah tinggi Assam

    Maseh segar bungar dalam ingatan...dimanakah rakan karib ku wanita "basque" .

    BalasPadam
  6. Takpelah kalau Proton kena jual pun, kualiti kereta macam hampeh, hinggakan keretanya terpaksa dijual murah di negera lain dan lebih mahal di negara sendiri semata-mata untuk survival syarikat...

    Kita lihat syarikat Skoda, sebuah syarikat kereta di Eropah Timur yang mengalami nasib seperti proton; keretanya tidak laku, modelnya sudah outdated, standard pun tak ada. Selepas pengambilalihan Skoda oleh syarikat Volkswagen, kereta Skoda kini berkualiti tinggi, hampir setiap tahun ada model baru, dan teknologi enjin serta pembikinannya cukup canggih (skoda berkongsi platform dan enjin Audi serta Volkswagen).

    Hanya keegoan kita, kroni dan pemimpin yang masih ingin 'hold on tight' to Proton, kalau VW masuk diorang ni semua akan bungkus dan hilang fulus.

    Kenapa rundingan VW dengan Proton tak jadi dulu? Sebab... VW taknak kawtau dan kawtim dengan perompak-perompak ini... org Jerman datang nak buat kerja, bukan nak mengautim...

    BalasPadam