Khamis, 17 September 2009

SEBELUM BERBUKA PUASA - SEBELUM MENEGOK AYER




AKHIRNYA KITA SAMPAI JUGA


apakah kau masih angkuh lagi
bila aku terhidu hutan hutan yang kau bakar
apakah kau masih angkuh lagi
bila kau merampas tanah si penan di hutan
apakah kau masih angkuh lagi
bila bukit dan gunung semakin runtuh

bukalah telinga kamu damparkan ke padang tandus
dengari tiupan bangsi seorang gipsi
bukalah telinga kamu damparkan ke laut jauh
dengari alunan tangisan saekor paus
bukalah telingan kamu damparkan ke gunung ganang
dengari tangisan kera dihutan

seribu pokok yang kau tebang
seratus bukit yang kau tarah
sepuluh sungai yang kau empangi
sejuta lombong yang kau gali
tidak akan memuas hati berahi

esok sebelum fajar menyingsing
esok sebelum kamu melihat siang
esok sebelum matahari mula membakar
dalam kesunyian subuh
dalam sunyi yang sunyi
dalam sunyi pada hati
kau tanya diri sendiri
apa lagi yang kau perlukan
apa lagi yang kau berahikan
apa lagi yang kau ingin kumpulkan

kalau kau temui jawapan itu
kau nyatakan bukan kepada aku
jeritan kepada hutan
jeritkan kepada gunung
jeritkan kepada laut
jeritan kepada umat manusia
tentang alam ini sedang sakit menderita




5 ulasan:

  1. jeritkan kome sumer kasi kami kaya...hahahha

    BalasPadam
  2. Cerita pasal puasa dan ketibaan syawal dah naik tepu dah sampai sudah hilang keheningan sebenar syawal atau puasa. Dengar siaran radio, sampai dah hilang rasa apresiasi nak aidilfitri, di'bom' dengan lagu-lagu raya yang banal setiap jam! kita bagaikan samapi nak rak tapi bagaikan bunga tak jadi kembang

    BalasPadam
  3. Beb...skng nie dah kecoh dah pasal tahun 2012...aku pun tak taula nie rancangan saper...Nak tau lebih lanjut tanya Dr. Google...

    BalasPadam
  4. Aku lagi menyampah dan menyemak dengar slogan 1Malaysia.Hari-hari siang malam dok cakap benda yang sama saja.Depa ingat orang PR ni pekak ke nak ulang banyak kali.Depa sungguh la melayu mudah lupa.Tak payah dok canang macam Islam hadhari jugak.Pasai aku beli tv dan radio mahal saja aku tak tendang kalau tidak hari hari aku pakai radio tv baru.Nak suruh rakyat pakai slogan depa tapi depa pakai slogan lain.Slogan 1Bangsa dan negara kami tipu.1batang dua teloq ada la.Slogan 1Malaysia ni bagi bangla dengan nepal dengar boleh la pasai depa syok kalau boleh duduk 1 Malaysia.

    BalasPadam