Khamis, 3 September 2009

SEBELUM BERBUKA - SEBELUM MENGHISAP KERETEK




18 MALAYSIAN DIE IN ROAD ACCIDENTS EVERY DAY


ONG : ROADS TAKE 18 LIVES DAILY

Transport Minister Ong Tee Keat said statistics showed that, on average, 18 people died on Malaysian roads daily with many more seriously injured.


sekali lagi musim perayaan sampai.
sekali lagi akan diadakan kempen
sekali lagi mayat mayat bergelempangan
sekali lagi nasehat demi nasehat muncul

fatwa demi fatwa lahir
cadangan demi cadangan timbul
pandangan meloncat dan mengambur
tentang lesen tak betul
tentang jalan tak lurus
tentang waktu tak tepat

tapi si pembunuh terlepas bagitu sahaja
mayat bergelempangan senapang dan pistol bersepah sepah
tak ada siapa ambil peduli

mayat bergelimpangan
kereta dan motosikal tersadai
kenapa tak tanya mosikal dan kereta
kenapa tak pernah disoal selidik kereta dan motosikal
inilah pembunuh
inilah yang merobek
inilah pemusnah kehidupan

kenapa pistol diharamkan
kenapa senapang di haramkan
siapa lebih banyak membunuh
pistol atau motosikal

kenapa tidak difatwakan
kereta dan motosikal sebagai pembunuh
mana lebih bahaya konsert rock atau motosikal dan kereta

tak sampai diotak
tak terfikir di kepala
sistem pengangkutan awam
tak terbaca terbaca dibuku

kenapa tidak diselirat negara ini dengan jalan kereta api
kenapa tidak dipenuhi jalan dengan bas
kenapa tidak dilingkari kota dengan tram

bukan kerana laju
setiap hari tersangut sangkut
bukan kerana nak cepat
kerana nak jual kereta dan motosikal
konspirasi kaum pemodal
selagi boleh jual – jual
selagi boleh buat duit – buat



8 ulasan:

  1. da brtahun2 takkn tak reti2 nak betulkan sistem pengangkutan..memang yg buat ni semua rmai yg bodo2 dan bengap tp come on la,da brtahun2 wei..takkan terlebih sgt bodo..fikirkan,yg plg logik adelah hal ni MEMANG disengajakan

    sengaja buat sistem pengankutan awam macam sial..supaya boleh jual kereta proton byk2..rakyat yg 'fed up' dgn pengangkutan awan tp pendapatan mereka ciput,trpksa beli proton..

    BalasPadam
  2. Betul Johan,

    Aku kesian tengok rakyat Malaysia, sudah proton buruk, jelek, substandard tapi harga mahal nak mampus.

    Buat pinjaman sampai 9 tahun, di negara maju orang gila saja beli kereta buat pinjaman 9 tahun.

    Celaka punya Tun Mamak, sebab engkaulah aku pakai Nissan Sentra saja. Kalau tidak aku dah boleh pakai AUDI TT Quatro

    -kuda kepang-

    BalasPadam
  3. KD Altantuya sudaH SAMPAI, bro! 1 Mongolian died for this sub......

    BalasPadam
  4. Semua sebab duit ~ business ~ Kalau semua syarikat yg membekalkan kemudahan asas ( air, elektrik, telefon, lebuh raya ) adalah hak milik kerajaan, semua keuntungan adalah milik rakyat, keuntungan nie lah patut digunakan untuk perbaiki semua sistem yang hancus, termasuklah sistem pengangkutan awam. Tapi ape yang jadi skarg keuntungan adalah milik pemodal-pemegangsaham-kakiampu

    BalasPadam
  5. ha ha ha

    adakan kempen di media kempen tanpa kenderaan

    ha ha ha

    masuk lagi duit

    ha ha ha

    visit

    http://www.melodymockers.blogspot.com/

    BalasPadam
  6. Ni pun salah satu usaha nak kurangkan populasi dunia, plan kapitalis mmg licik...

    BalasPadam
  7. it is nothing less than a frenzied network of 'capitalistic, opportunististic & manipulistic' money-making scheme..
    pokoknya ia adalah satu jaringan ultra-lebar dalam gagasan usaha bermatian & terancang untuk merembat segala ceruk & segala butir kesempatan yang lalulalang, demi menambak & menimbun banjaran duitan!
    pelbagai peluang boleh dirembat:
    1.jual ubat luka, jual bandage
    2.tubuhkan farmasi utk jual ubat
    3.bina bangunan utk tempatkan farmasi
    4.tubuhkan makmal utk buat ubat
    5.bina bangunan utk tempatkan makmal
    6.tubuhkan pengimpot utk impot ubat lain
    7.bina bangunan utk tempatkan pejabat pengimpot
    8.bina gudang utk tempatkan ubat & peralatan impot
    9.broker tanah utk bina bangunan menempatkan farmasi
    10.broker tanah lain utk bina bangunan pejabat pengimpot
    11.broker tanah lagi utk bina gudang
    12.tubuh syarikat perkapalan / pengangkutan utk barang2 impot
    13.bina bangunan utk tempatkan sykt pengangkutan
    14.broker tanah utk bangunan sykt pengangkutan
    15.tubuh sykt insuran utk (kononnya) melindungi pembeli
    16.bina bangunan utk tempatkan sykt insuran
    17.broker tanah utk bangunan insuran
    18.tubuh sykt ketuk & cat kereta
    19.bina bangunan utk workshop
    20.broker tanah utk tempatkan workshop
    21.tubuh sykt jual alatganti kereta
    22.bina bangunan utk sykt alatganti
    23.tubuh sykt impot alatganti lain
    24.bina bangunan utk sykt impot
    25.broker tanah utk stor alatganti
    26.tubuh sykt baikpulih jalan
    27.tubuh sykt jual jentera buat jln
    28.bina bangunan utk sykt buat jln
    29.bina bangunan utk towkey jentera
    30.broker tanah utk tempatkan sykt buat jln, utk pejabat towkey jentera & utk stor simpan jentera
    ...
    dan senarai ini boleh dipanjangkan lagi dan lagi dan lagi...

    segalanya hanya berkisar sekitar 15-20 kemalangan trafik setiap hari, belum isu lain lagi!
    welcome to the opportunistic world of business!
    -average joe-

    BalasPadam