Sabtu, 5 September 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
JAJAN JAJAN
tahun ini semua warong merosot
malam tadi ujung minggu masih bayak warong tak bertunggu
jalan raja laut lengang. perniaga ramai. pembeli kurang
petang kelmarin pak warung di bukit bintang risau
pelanggan hilang
dbkl sudah gila
niaga mula jam tiga kalau tidak kena denda
jam tiga mula jam empat ujan turun
dbkl tak boleh tahan ujan
orang berjual mencari pembeli
bukan ikut fatwa dbkl
yang tak puasa nak buat macam mana
dia tak hendak masuk syurga
dia tak minat bidadari bermata jeli
dia tak minat buah anggur
dulu pesta kueh di bukit bintang hebat
tahun ini malap
sewa makan tahun makin naik
sewa makin tahun makin naik
pasal apa hah?
ingat duit datang dari langit
yang datang dari langit itu hujan
PETANG INI
petang ini redup dan landai
udara nyaman dan sejuk
puasa telah jauh berjalan
bulan telah bulat mengambang
malam ini keluar dari bilik
nengadah ke langit
lihat bulan besar membulat
ibu telah mula susah hati
kain langsir hendak dibasuh atau diganti
ayah telah mula susah hati
anak merenget nak beli itu dan ini
balak cukup senang hati
masa raya ada chan dapat cium free
awek cukup senang hati
boleh bawak balik balak dan sorok dalam almari
petang ini nyaman dan redup
burung tidak bising
tupai tidak riuh
murai tidak bergaduh
anjing tidak melaung
semua sedang menunggu waktu berbuka
nostalgia pertengahan ramadhan...
BalasPadamatau damai menunggu malam tujuh likur...?
mungkin tahun ini akan ketemu laila al qadar...??
balak cukup senang hati
BalasPadammasa raya ada chan dapat cium free
awek cukup senang hati
boleh bawak balik balak dan sorok dalam almari
ayat ni tak tahan baca ni wakakakakaka
memang kurang sgt smbutan thn ni..ari tu gua gi bundle kat bundle road,abg2 bundle sume ckp kurang org thn ni..tak mcm thn lps,gua ingt lg meletup biznes warung2 kat batu road..
BalasPadam'penjual agama' makin ramai pulak..siap maki-hamun lagi klu kita tak nak layan.. kahkahkah
trlupa,woit bro isham gua rs baik lu puasa ari2 seumur idup la..sebab nanti ari2 ade sajak dan puisi kahkahkah
BalasPadamselamat berbuka puasa..
Aden pada subuh tadi dengar seorang pakar motivasi agama memeberi wacana pagi. Katanya ramai yang puasa seperti kebanyakan orang kita termasuk aden, mungkin dapat dua sijil puasa iaitu cuma dapat LAPAR dan DAHAGA! kerana tak tahu apa sebenarnya tuntutan menjalankan proses menahan lapar selama 13 jam itu. Ramai berpuasa lebih memikirkan apa benda yang dia akan berbuka, sibuk pula nak beraidilfitri. Dua 'distractions' memyebabkan kita hanya puasa kerana adat dan tradisi dan selepas Ramadan tak nampakpun ada perubahan pada karektor, sama aja seperti sebelum puasa. Ini sama juga seperti selepas tunaikan ibadat Haj atau malahan solat, kita buat ajae tapi tak nampak apa-apa perubahanpada kepribadian kita.Aden kato semua orang begitu, ikut tradisi nenek moyang kito!
BalasPadambetul..betul...beli kuih ..takde rasa..manis takde..masin pun takde..ciput lak tu..macamana nak beli...beli nasik ayam pun harga lebih dari restoran..mcamana...tahun ni semua..anyep (bahasa jawa kata takde rase)..
BalasPadamkah kah kah...
BalasPadamapa aku peduli ..
kerana aku (Hisamuddin Rais) ...
Memang tak puasa ..
kalau pun puasa ..
kerana aku tak ada ongkos ..
tapi aku (hisamuddin rais) peduli apa
pasal aku tak ada anak bini ..
tak minat anggur
tak ada nafsu untuk bidadari
kah kah kah ..
Buka puasa dgn maki Hj Azmir Md Zain penaja parti grombolan seksen 23. Haji kepala lembu...tanpa badan..bongok
BalasPadamMana boleh muram? Our fundamentals are strong..urang banyak duit pasalapa tak belanja? Camno nak lonjak ekonomi kalo semua kemut duit? Ekonomi merudum? Itu cuma khayalan pembangkang..hau hau hau hau....ekonomi mat jenin!
BalasPadamSebelum buka posa..para pahlawan seksyen 23. nampak macam kutu banga saja.tak nampak macam pejuang Islam pun. dua ekor rambut panjang tu mcm door man keroake dangdut saja. yang botak tu mcm penjual daging lembu tanpa kepala kat pasar selayang saja. ADAKAH MEMBANTAH PEMBINAAN KUIL TU DIKIRA JIHAD????ENTAHLAH..MUFTI KENA JAWAB LAH..
BalasPadambapak aku niaga kat bazar,
BalasPadamsewa naik,
mak aku uat kuih raya,
harga barang naik
adik-adik aku yang tolong jualkan,
tapi pembeli kurang.
apakah?
Bidadari bermata jeli - love this one :)
BalasPadam