Khamis, 10 September 2009
SELAMAT BERBUKA PUASA
CINTA AKU KEPADA LAYLA
setiap hari aku menunggu surat mu
setiap detik hati aku bergetar
aku menunggu berita dari mu
aku menunggu seloka dari mu
aku tahu bukan hanya aku yang menunggu
aku tahu bukan hanya aku yang ternanti nanti
aku tahu betapa ramainya yang menunggu surat cinta mu
setiap kali aku membaca surat mu
aku merasakan ianya hanyalah untuk ku
setiap kali aku membaca seloka mu
aku rasakan baitnya khusus untuk aku
aku tidak tahu di wilayah mana kau menginap
apakah pohon tamar yang kau tulis itu
pohon tamar di hadapan kamar aku
pohon tamar yang aku lafazkan cinta ku
kau bercerita tentang jalan dan lorong
jalan dan lorong itu pernah aku lalui
kau berkesah tentang sungai dan tebing
di sungai itu aku pernah berbogel mandi
tebing dan benteng dajlah
kasino fareeda dan sharezat
al-baghdadi dan al-muntanabi
abu nawas dan al rashid
semua datang kembali
surat kau membawa aku pulang
ke sebuah kota indah dipadang pasir
layla oh layla
katakan kepada ku
yang cinta kau hanya lah satu
layla oh layla
katakan kepada ku dimana rumah hati mu
layla biarkan aku bertanya
setegok air sebutir tamar
sebiji gandum sehelai benang
apakah akan mengikat kembali cinta mu
layla oh layla
bila aku terbaca berita bom itu
yang aku tunggu hanyalah surat cinta mu
bila aku baca berita ledakan itu
hati aku hilang entah kemana
layla oh layla tanpa surat cinta mu
dunia tidak tahu tentang kota mu
layla oh layla tanpa surat cinta dari mu
jenayah dan dosa terpendam berlalu
layla oh layla
bila kau beriftar petang ini
dengan sebiji tamar
balingkan bijinya ke luar tingkap
biarkan ianya tumbuh seperti cinta ku kepada mu
Nota:
layla seorang blogger di baghdad. memakai
nama layla anwar – An Arab Woman Blues – menulis
semenjak amerika menawan iraq.
tulisan layla menjadi ikutan ribuan yang ingin mengetahui
baghdad dan iraq. di mana layla tinggal? siapa sebenarnya layla?
untuk ketika ini tidak diketahui. setiap tulisan layla akan
dilampirkan sama sebuah kerja seni lukisan pelukis iraqi.
sama seperti pelukis iraq?
BalasPadamdetail & realis...
: )
trima kasih,bro..gua tak tau pun kewujudan blog Layla..
BalasPadamkpd yg malas nak google,ni alamat blog dia: arabwomanblues.blogspot.com
Salam bro Isam,
BalasPadamPuisi hari ni melangkolik dan mendayu-dayu. Puitis dari jenis biodata. Banyak menggunakan unsur anafora dan epifora.
Temanya berkisar tentang penantian penulis pada gadis bernama Layla, mungkin kenalannya zaman lampau. Bro juga bijak menggunakan pengalaman lampau dengan menyelitkan penggunaan bahasa arab yang ditampilkan dalam bentuk romantis. Ciri ini biasa kita lihat dalam kebanyakan hasil karya penulis muda tempatan. Kebanyakan baris dalam kebanyakan bait puisi ini bernadakan asonansi "u", contohnya "aku menunggu seloka darimu".
Persoalan untuk bro Isam, mana perginya puisi berunsurkan perjuangan, keadilan dan kemasyarakatan. Puisi jenis inilah yang amat dinantikan oleh golongan muda hari ini. Golongan pejuang negara. Anyway syabas kerana tidak tertutup pada ruang lingkup tema berbuka puasa dan berhari raya sahaja.
Syabas n salam.
BangIsham , satu puisi /sajak yg menarik , unik dan bersejarah .
BalasPadamTegur skit perkataan BAIT tu cilok perkataan Inggeris ..mesti ada ganti dalam bahasa Malaysia kan
puisi hisyam tu maknenye nk suruh lu org sume siggah kt blog layla tu. kt situ tu ade cite psl pejuangan. x payah la poyo2 nk melangkolik la metafora la fatamorgana la. MESEJ puisi tu yg penting.
BalasPadam