Rabu, 2 September 2009
TERKINI DARI IPOH - PERSIDANGAN DITERUSKAN
AHLI DUN PERAK SEDANG BERSIDANG DENGAN PENUH TATA TERTIB
SIDANG DUN DI TERUS DI JALANKAN
Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.
Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.
ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.
Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.
Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:
1. (Speaker BN) R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).
2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.
Buat lah apa nak buat,rakyat sedang memerhati.Sekarang ni pun wakil2 rakyat bukan nya nak menyelesaikan masalah rakyat,apa yang sebenarnya ajenda dia orang ni hanya nak menyelesaikan masaalah poket dia orang aja....pirah
BalasPadamBRAVO...BRAVO...!!!
BalasPadamHIDUP PERAK !!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT !!!
Kumpulan baju kuning tu baru keluar hutan mana...???
KAH...KAH..KAH...
Ye ke ada persidangan ari ni?tak tau pun,,?aiii teman orang ipoh pun tak tau...tak patut deme ni tak ngajak langsung...makan sorang sorang ..tak ngasi bebeno deme ni..apa ke krojenya..ajanya tak beraka..
BalasPadamSaya tidak menyokong mana mana pihak tetapi ingin tahu:
BalasPadam1) kemana kah Siva akan bawa usul usul yang di luluskan disidang hari ini???
2) kalau ada tarikh sidang yang akan dikeluarkan olih Ganesan , speaker BN, adakah PR akan menghadiri sidang itu ????
Banyak persoalan yang akan tidak terjawab.....
hmmm
glemer hotel ni.. boleh jadi lokasi Bersidang ADUN,,
BalasPadamselamat lepas bersidang..
He... he.....kehh....kehhhhhhh...ngehhhh...ngehhhhh...kah..kaHHHHHHHHHHHHHHHHHH
BalasPadamhoi orang ipoh! mike adelah katak yang duduk bawah lesung batu yang ditelungkup oleh ubn. kesia teman nengok mike terpoghoi. kah,kah,kah...........
BalasPadammeeting pun kat hotel.nampak sangatlah borgoeise party tu.
BalasPadamkalau berjiwa rakyat la,meeting aje la kat warung mapley ke,dewan orang ramai.
aku sokong Tanpa Nama 16:09 punya statement di atas.