Khamis, 15 Oktober 2009

ASIK ASIK MURTABAK




BANGAKITKAN SEMANGAT MELAYU DALAM UMNO MELALUI UTUSAN
- melayau

Akhbar Utusan Melayu yang menggunakan sepenuhnya tulisan jawi perlu diperluaskan bagi meniupkan semula semangat perjuangan orang Melayu di dalam UMNO.

Wakil Wanita UMNO Johor, Rahana Mohamad yang mengemukakan cadangan tersebut berkata, langkah tersebut akan melengkapkan aspirasi orang Melayu serta mampu memulihkan semangat perjuangan parti yang kian hambar kini.

“Kami yakin usaha memperluaskan akhbar Utusan Melayu yang sinonim dengan sejarah perjuangan menubuhkan UMNO dan semasa menuntut kemerdekaan dahulu penting untuk mengembalikan semangat kebangsaan Melayu yang pada hakikatnya masih menjadi ideologi UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul politik dan pendidikan pada Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Rahana berkata, usaha tersebut akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

KAH KAH KAH…


nota:

macam macam pandangan nak mengviagrakan gerombolan.
ada cadangan buang keris pakai bomoh.
ada cadangan jangan bernostalgia
ada cadangan belajar sejarah…

hairan… pelik… takjub…

tak ada satu pun cadangan untuk hentikan rasuah
tak ada satu pun cadangan untuk hapuskan isa
tak ada pun satu cadangan hapuskan auku 1974
tak ada pun satu cadangan hapuskan akta cetak
tak ada pun satu cadangan hapuskan undi pos
tak ada pun satu cadangan untuk siasat kes memali
tak ada pun satu cadangan untuk siasat siapa beri arahan bunuh altantuya

asik asik nak memurtabakkan bangsa melayu
asik asik nak memurtabakkan bahasa melayu

woit murtabak ini makanan eeee bukan melayu asli

mulalah dengan diri sendiri
united malays national organisation itu bukan bahasa melayu
nama sendiri pun dalam bahasa urdu kah kah kah





5 ulasan:

  1. woittt!!..sapa nak makan murtabak singapore datanglah muar...takyah gi singapura....kah kah kah kah .....

    BalasPadam
  2. cik/puan Rahana Mohamad wakil Wanita UMNO Johor....cadangan/usul anda tak relevan dan ditolak! sila duduk...

    ada cadangan/usul lain?
    karaoke ke?
    clubbing ker?
    konsert?
    shopping?
    peraga handbeg,kasut,selendang?
    tukar couple ke?rampas laki orang?
    atau jual kerepek?karipap segera?
    buat kursus kek?jahit manek?buat team marhaban baca yasin?

    hahahahaha.....percayalah wahai wanita ameno anda tetap ditipu 1 persatu....

    BalasPadam
  3. salam...

    saya setuju dengan bro isham...semua nak tunjuk ketuanan melayu, bahasa melayu, ideologi melayu...apa2 lagilah...x paham la saya. UMNO tu terjemahannya bahasa apa hah...?

    yang salah x d betulkan...!! dah jadi darah daging dalam UMNO...yang bunuh melayu adalah MELAYU itu sendiri...!!! yang kaya terus kaya, yang papa terus papa...slogan 1 malaysia ' rakyat diHULUkan kroni diuTAMAKkan'...52 tahun dah..

    mcm ni la..

    BalasPadam
  4. Bangang sangat Rahana ni, berapa kerat lagi orang Melayu yang pandai baca Jawi?

    Khir Johari dah bunuh pembelajaran bacaan dan Tulisan Jawi semasa dia jadi Menteri Pelajaran 45 tahun duluuuuuuu.

    Ngok!

    BalasPadam
  5. kah kah kah..tepat sekali..secukup rasa kah kah kah

    BalasPadam