Khamis, 29 Oktober 2009

MASA DEPAM DI TANGAN RAKYAT



HANYA RAKYAT PEMBUAT SEJARAH








KENYATAAN MEDIA



Tarikh: 29 Oktober 2009


Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tatkala parti kita mulai berkembang dan menjelma menjadi sebuah organisasi yang disegani dan dihormati, sememangnya kita akan menempuh saat sukar untuk mencipta kesimbangan kepimpinan yang terbaik dan strategi yang ampuh untuk mengangkat kita ke tahap perjuangan seterusnya. Sepanjang itu kita telah menempuh pelbagai cabaran serta menemui bakat-bakat baru yang komited dengan perjuangan parti. Kita perlu bekerja kuat untuk mencapai apa yang dicita-citakan dan keputusan yang dibuat minggu ini dibuat selepas mendapat mandat dan berdasarkan semangat musyawarah dalam parti.

Keadilan ditubuhkan untuk menjadi wadah penyatu kepada semua Rakyat Malaysia merentasi batas agama dan kaum serta mengembalikan keutuhan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perjuangan ini ternyata bukan tugas mudah dan merupakan satu tanggungjawab serta cabaran kepada semua pendokong Keadilan.

Beberapa tahun lalu ramai yang mencemuh kita kerana kesungguhan perjuangan Keadilan yang berhasrat untuk menamatkan politik perkauman sempit dan membanteras amalan rasuah. Namun bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kita telah melakarkan kejayaan bersejarah demi memulihkan demokrasi, kebebasan dan kedaulatan undang-undang. Kejayaan tersebut kita kecapi walaupun tidak mendapat sokongan media arus perdana dan berhadapan dengan segala kekuatan serta serangan bertali arus institusi kerajaan yang dikongkong pimpinan Umno-Barisan Nasional.

Sememangnya kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang mengecewakan selepas pilihanraya umum Mac lalu. Perjuangan politik kepartian terbukti berhadapan dengan jalan berliku, dan permuafakatan politik tidaklah menjelma sekelip mata. Kekecewaan yang diluahkan oleh sebilangan rakan dan ahli parti ada asasnya. Walau bagaimanapun saya sedia berbincang dengan semua pihak didasari rasa hormat, persefahaman dan iltizam menegakkan keadilan.

Masa hadapan negara ini, perjuangan kita serta Pakatan Rakyat tidak bergantung kepada mana-mana individu. Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden
Parti Keadilan Rakyat





6 ulasan:

  1. PR menghadapi cabaran pahit dan mengguncangkan keyakinan, TAPI percayalah itulah dia sebuah perjuangan murni demi rakyat. Perjuangan itu tetap berbaloi walapun UBN akan mengenakan sebanyak mungkin halangan dari banyak sudut kapalnya dah banyak berlubang menantikan tenggelam. Jangan berkecil hati dan pegan kepada kalimat "LAWAN TETAP LAWAN!"

    BalasPadam
  2. "Saya menyeru agar semua berpegang teguh dan tetap bersabar memastikan kejayaan perjuangan kita demi Rakyat Malaysia."

    insya Allah

    semoga Allah mempercepat dan mempermudahkan kejayaan rakyat malaysia yang inginkan kebenaran, keadilan dan kebaikan berpihak pada rakyat keseluruhannya;
    dan semoga Allah mempercepat dan mempermudahkan kejayaan rakyat malaysia menolak, melenyap dan menghancurkan kezaliman dan keburukan yang dilakukan kepada rakyat keseluruhan dan negara ini. amin

    BalasPadam
  3. SEMUA PARTAI POLITIK XBOLEH PKAI LAAAA

    BalasPadam
  4. Kami menghormati kepimpinan DSAI.

    Kami mengaku dia lah pemimpin paling kaliber dan dinamik yang msia ada skrng.

    Tetapi tak boleh lah dia amalkan anwarisme dan sistem kuku besi.

    Melantik proksi dia jd ket perhubungan dlm negeri.

    Jika proksi dia mendapat sokongan majoriti bahagian tk pe....

    di Sabah contohnya Jeffry mendapat sokongan 18 bahagian drpd 25 bahagian.

    Knp dia cari penyakir dgn letakkan org yg tiada sokongan.

    Jeffry adalah naib presiden pkr..tp dlm sabah di kena duduk bawah org yg lg junior dr dia dlm parti...amende ni???

    Sebab Azmin lah kita kehilangan ezam...nalla....

    seandainya sebab azmin juga..zaid kluar dr pkr..maka kedudukan dlm pkr...sy juga akan kaji....

    azmin is nothing compared to zaid

    dsai plz listen to grassroot feeling....

    di N9 pun sbenarnya ada ribut dlm pkr negeri...tp setakat ini masih belum meletup...tk tahu bile nk letup....puncanya ...atau kesnya boleh lah dikatakan mcm di sabah juga...

    suara bahagian anwar tk mau dgr...

    dia hanya dgr suara sekerat dua org yg dia percayai....tk semestinya org yg dia percaya adalah betul...dan sampaikan maklumat betul...

    BalasPadam
  5. bro , hang pi cakap kat wan azizah pecat semua pengerusi negeri di malaysia dan semua pimpinan dan lantik sahabat2 anwar , dan sdra mara dia ... sudah lah tuu melebong (pimjam pkataan bro) rakyat malaysia KAH KAH KAH melayu kena tipu 2x dengan UM dan PKR

    BalasPadam
  6. I tell u all...
    Di sabah ni hanya beberapa orang ja yang kenal Ahmad Tamrin Jaini ni...
    Itu pun cuma di kalangan kawan-kawan dan klik-klik di ja...

    Hairan, napa pulak yang direstui? Pemimpin begini kah yang dikatakan Presiden Parti (Wan Azizah) sebagai sangat komited terhadap parti? Komited apa?

    Tapi keputusan telah tercatat... tak boleh dipadam dah. Ramai penyokong PKR Sabah yang broken hatred... sedang bekira-kira untuk mengubah haluan.. sebab kekal dalam PKR pun, tak dipercayai dan diyakini oleh kepimpinan tertinggi...

    Semoga datuk presiden memikirkan sedalam-dalamnya tentang kesan jangka panjang perkara ini terhadap sokongan parti...
    salam!

    BalasPadam