Khamis, 15 Oktober 2009
MAWI DAN SITI - TOLONG KE TEPI - ANAK MUDA DAH BOSAN
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.
Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.
Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.
Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.
Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.
Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.
Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.
Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1871 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.
Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.
Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.
Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri.
SEMUA DI JEMPUT UNTUK MERAYAKAN PELANCARAN ALBUM INI:
DIJEMPUT DATANG BERSANTAI DAN BEREVOLUSI
Album ini akan dilancarkan:
Di : DEWAN MAJLIS PEMBANDARAN AMPANG JAYA
AU2 - Keramat Ulu Klang
Dari Jam 8.00 hingga 12.00 malam
Pada : 17hb Oktober 2009
Hari Sabtu
Bersamaan Hari Revolusi Bolshevik
Bersamaan Hari Kepulangan Cahaya Kebaikan Dewa Rama
ACARA:
- tayangan video Al-Fatihah Memali
- nyanyain amin iskandar/nik jidin/kumpulan d palang
- puisi rahmat haron/ pak janggut samad said
- tukar tiub akan berada disana untuk komidi
Hebat. Hiburan alternatif yang menyedarkan dan membangkitkan semangat juang. Berbeza dengan hiburan arus perdana yang rosak, lalai dan merosakkan. Alangkah rugi yang bedekatan tidak mengahadirinya..
BalasPadamAmat menarik dan memberangsangkan. Inilah huran alternatif yang bukan sekadar menghiburkan malah mampu membangkit dan menyemarakkan semangat juang terutama di kalangan anak muda. Lupakan hiburan perdana yang rosak dan merosakkan, yang lalai dan melonglaikan. Masa untuk perubahan. Rugilah kalau yang berkesempatan dan berhampiran tidak hadir. Mudah mudah untuk berhibur sambil melonjakkan semangat...
BalasPadamPAK LONG,
BalasPadamPUAK-PUAK 'NOSTALGIA' TAK DIJEMPUT KA?
JANGAN LUPA SAMBIL BERPUISI TU, AGENDA 'TIBAI DAN PERAMBAT' MESTI DITERUSKAN...kah kah kah
selamat berpuisi..mesej tersampai
BalasPadammcm mna nk bli album nh...
BalasPadamjantan bodoh menangis ditinggal kekaseh ?..... KAH KAH KAH KAH
BalasPadamjantan macam ni melambak dlm umnGoK......DARI KELAS F SAMPAI TAKDA KELAS...KAH KAH KAH KAH...
merayu rayu tak tentu hala...projek projek projek...
jantan jantan ni di negeri yg dia jadi pembangkang mereka takdapat merayu...
jadi mereka merayau rayau lah...ada yg bawak kepala lembu...ada yg bawak kedai arak...ada yg bawak buah jer...kah kah kah kah ....
amboi bukan main lagi cara promote.
BalasPadammacam teknik promote handphone canggih terbaru je.siapa tak beli akan terasa ketinggalan.
tapi gua akan beli album ni.selalu jugak layan tengok brader meor ni busking kat cental market tahun lepas.
dari rakyat,oleh rakyat,untuk rakyat...
BalasPadammemang bulan nih penuh dgn program.hari raya,pilihanraya, rumah terbuka dan menyesakkan nafas kocek aku.
demi kebosanan,demi hujung usia mude.(umur sekadar angka,klu tak gitu takkan TT sntiasa muda)
moh poie ramai2...lupokan sketika episod lawak jenaka bagan pinang...tp kena ingat roadblock polis
Paris Commune - March 28,1871.
BalasPadamHampir-hampir nak terjadi sekali lagi - May 1968.
Salam tuan,
BalasPadam1.Spt biasa org lain semuanya salah.....kita aje yg betull....
2.Apapun tahniah dan selamat berjaya....dulu heboh negara polis....kini negara apapula yee...
mmg manusia yang tidak reti nak bersyukur. baik tinggal di India jer la bai..
BalasPadamKITA MASIH SEMAGAT MUDA BRO...HA..HA
BalasPadamalamak kalau gua tahu awal2 dah boleh cancel plan gua..adoi..
BalasPadamReply to Media Cyber:
BalasPadamBersyukur dengan siapa?Barisan Nasional?
Hishamuddin Rais dia bersyukur dengan Ra - bukan dengan Barisan Nasional.
woit klakar tulisan lu kat The Sun arini..Trotsky,Freud,urut batin dan punai buaya..kahkahkah
BalasPadamNami- toksah layan la media cyber tu..ni jenis org2 takde keje lain,saje jd troll nak provoke org lain..
BalasPadamMediacyber tu jews umNGOK... jantan jenis mcm azalina...hehehe tgk suka guna bahasa bai... ingat apa rabbai ker...bak kata p.ramlee "Bahasa Menunjukkan Bangsa" memang sah umNGOK mcm tu... harimau yg tak boleh Mengaum...kini tinggal menguap je...hehehe
BalasPadamIsyam,
BalasPadamnangislah siti tuu.. aku gerenti dia musti cari jalan nak join geng reformasi ni.. kahkahkah..
musti suruh laki dia guna contact baik punye nak masukkan dia dalam geng reformasi ni.. ari tu kan dah jumpa TG Nik Aziz kat rumah tok guru. iyalah menjalin silatolrrohim kann..kann..
kata artes yang paling der gitu, yang paling sopan santon dan terhemah juge alim gitus.. kuasa aku.
-kelab tepi tingkap bini1-
wakaka! ape ke sengalnya ko kata aku ni orang uMno? kahkahkah! bodoh punya manusia. Anak haram ke ape ko neh? ;p
BalasPadamPoyo giler MediaCyber tu ..org skang mana ada pakai perkataan cyber.. skang siber.. hahaha elok hang tukar jadik sabul la...hahaha blogger murahan.. mak haram..
BalasPadamp/s: hang tulih blog pakai lutut yek?
-SiCkSenSe-
nami n johan..
BalasPadampedulikan jer media cyber tu..kadar intelektual -0.Bodoh + sombong = tak boleh diajor ditegor..dia je betul,dulu..kini selamanya..
nami n johan
teruskan komen..korang mempunyai idea n pandangan korang tersendiri..
Cakap macamana pun dia tetap akan menyalak..kalau dia baca komen aku ni pun dia akan menyalak...
Carutnya takde seni..nak sakit hati..kesian adalah..mental ..korup..perlu di 'reboot'..tapi dah 'hang'..
media cyber,ko anak halal,aku anak makbapak aku...kah kah kah kah(pinjam Gelak TT)
cuma satu je la nak cakap. selalunya persembahan muzik meor mengecewakan. dia patut belajar untuk improve lebih lagi. bukan sekadar menjual nama dan kalimah reformasi....
BalasPadamsori beb, gua bukan ada apa2 masalah dengan meor. cuma telinga gua tak dapat terima muzik, irama dan suara dia.
mamat siber ni dh mcm badut je dlm blog ni.. saja2 tunjuk diri tu buduh.. setiap kali geng tt yg baca dlm ni akan menyumpah seranah pe'el insan suci umngok ni..
BalasPadamorg cakap kalo 40X org duk sumpah mau melekat sumpahan tu.. agak2 dh berapa ribu kali dia ni kene sumpah?
kesian..
kepada media siber, teruskan membuat lawak disini.. kami ckup terhibur.. smuga Tuhan ampunkan dosa2nya yg lampau.. Amin.
kahh...
Hiburan Minggu Ini "Media Siber Kafe"... kah kah kah..
BalasPadamp/s: ni tulen ker ori?
-SiCkSense-
salam pak hisham.mcm mane nk dapat album ni?
BalasPadam