Rabu, 7 Oktober 2009
SATU LAGI PROJEK UNTUK KRONI
JAWAPAN DARI RA
RM100 JUTA ATASI MASAALH BANJIR SELURUH NEGARA - melayau
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperuntukkan kira-kira RM100 juta tahun ini bagi memantapkan sistem penyelenggaraan dan menangani masalah banjir di seluruh negara.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Joseph Kurup berkata peruntukan itu merupakan yang pertama kali disalurkan bagi tujuan itu di bawah program rangsangan ekonomi negara.
“Ia juga untuk mengatasi masalah banjir yang berpunca daripada parit dan longkang yang tersumbat di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integrasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 2009 di sini, hari ini.
nota:
di bumi tropikal hutan rimba subur.
ra – tuhan milik sekelian alam menganugerahkan tenaga.
ra – tuhan milik sekelian alam menganugerahkan nafas
ra – tuhan sekelian alam beri nyawa untuk hydra gajah dan paus.
ra- tuhan milik sekelian alam – menghidupkan bumi
ra - menyinari bumi alam semesta
ra – menghidupkan hutan dan rimba
jika hutan diserakah balak ditebang bukit di tarah
maka hujan turun mencurah
tidak ada lukah dan tapis
banjir tetap melanggar
sepuluh juta tahun alam semesta aman
sepuluh juta tahun semua tunduk mengikut hukum
muncul cukong towkay balak
ada yang bernama ting
ada yang bernama tiong
ada yang bernama rimbun hijau
ada yang bernama singapura
di kedah hutan belum
di kelantan hulu kelantan
di pahang seluruh pahang
selangor gondol
negeri sembilan boleng
perak lokoh
hancur punah hutan bumi tropikal
semenanjung hancur lebur
sabah serawak punah ranah
new gini ghana kalimantan di robek
nantikan kemarahan ra – tuhan milik sekelian alam
nantikan kemarahan ra – ombak dan gempa
nantikan kemarahan ra - badai dan puaka
(100 juta… pooorah … ini projek untuk kroni !)
rasa pelik apabila krajaan bertungkus lumus untuk menjaga alam sekitar, menjaga hutan hijau tiba2 ada pulak iklan tv mempromosikan kayu-kayan malaysia dari krajaan..nk suruh tanam dan jaga ke nk suroh tebang pokok?ke tanam dulu baru tebang?haha
BalasPadamApa kena Singapura dengan projek nak mengatasi banjir?
BalasPadamsalam....
BalasPadam1 lagi projek KRONO..KONCO(kroni)...d uTAMAKkan!!
Macam tok bomoh jugalah tu. Nak guna2 musuh jumpa bomoh. Yang kena guna2 jumpa bomoh juga pasai nak berubat. Dua2 kena bayar pe keras kat tok bomoh tu... Tok Bomoh juga untung. Tebang balak dapat komisyen, bagi projek pun dapat komisen. Sorong makan, tarik pun makan.... macam gaji daaaaaaaaaaa.
BalasPadam"di bawah program rangsangan ekonomi" kahkahkah
BalasPadamTebang balak kerja Rajagopal. Lepas cerah bukit, tebas lereng bukit buat kondo, buat banglo ini kerja gerombolan.
BalasPadamLepas tu buat istana besar2 kata duit cabut gigi.
Yg tak terpakai, yg dok pangkah dacing lagi.
minta izin copy sajak/puisi tu kt blog sy bro.... (blum dapat izin lg aku dh copy dah)...huhuhu
BalasPadamsejak bila pulak ko menyembah Ra tuhan Mesir kuno ni isham? haha
BalasPadamRa di antaranya juga nama Aku.
BalasPadamSedih dengan keadaan alam sekitar..."melayu mudah lupa" tapi yang cakap tu dah nyanyuk/mental...
BalasPadamberia ia melaungkan kata2 tu tapi....hancur..hancur..RM100 juta bagi pada rakyat lebih baik..RM100 juta projek..sendiri n suku sakat RM5o juta,tukang makan komisen RM5 juta..bagi kat rajagopal RM35 juta..kaki hisap RM5 juta..guna untuk projek RM5 juta (kot?).. rakyat tetap menderita..
Cara paling baik utk menghalang longkang tersumbat adalah di jumpai di Port Dickson di mana longkang2 terus di sambung ke laut ..ingenious priceless fantastic solution ..hidup IWK PD
BalasPadamdunia darul asbab
BalasPadam