Isnin, 19 Oktober 2009

TERBAKAR LAGI



SIAPA PUNYA PROJEK INI ?





SEMBILAN RUMAH SETINGGAN DI JALAN KLNG LAMA HANGUS
–melayau

Sembilan keluarga yang menetap di kawasan setinggan Batu 4, Jalan Klang Lama di sini, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka hangus dalam satu kebakaran petang ini.

Kejadian kira-kira pukul 7 petang itu menyebabkan 40 penghuni rumah setinggan itu hilang tempat tinggal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Desa, Mohd. Hisham Sidek berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.17 petang dan bergegas ke tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.

"Kita menghadapi sedikit masalah kerana tekanan air di kawasan ini rendah dan pili bomba agak jauh dari tempat kejadian. Namun api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 9 malam,” katanya kepada pemberita di sini.

nota:
ingat kembali berita berita rumah setinggn terbakar.
cari dan siasat projek siapa akan dibangunkan di tanah ini.
jamin sebab utama ialah short circuit.

hairan rumah papan di kampong tak pernah terbakar.
rumah setinggan tiap hari terbakar kah kah kah





3 ulasan:

  1. aku setuju dengan teori ni bro. sebab aku pernah dok setinggan. aku pun heran asik terbakar je mana2 setinggan termasuk setinggan tempat aku. sungguh tak lojik. aku syak "dibakar" sama ada sabotaj oleh pihak luar atau kerjasama barua dikalangan mangsa kebakaran itu sendiri...dah lama aku syak sejak dulu lagi pasal benda ni. cuma tak dapat dibuktikan je lagi.

    BalasPadam
  2. lebih dasyat dari rejim zionis..
    atleast, geng yahudi tunjuk terang2.. si gengster gerombolan buat keje senyap2.. pastu ada lah melaun dtg cover bg bantuan utk tunjuk mereka ni prihatin..
    mcm fuck!! apsal lah diowg x sedar2 lg taktik setan geng2 cukong gerombolan ni..
    kesian..

    BalasPadam
  3. Senang je! upah orang naikan Punca Voltan..lepas itu stand by Bomba...hehehe! masih cara lama!.Lain kali Pasang bom jangka senang...booom...habis semua...buat projek perumahan yang rumah berharga ratusan ribuan ringgit...yang beli siapa?.Yang untung siapa?...rakyat miskin tempatnya dihutan bukan dibandar!. Banndar untuk orang kaya!. Rakyat kaya didahulukan rakyat miskin duduk je di bendang, di estet dan di kebun sayor.Ohh.. lupa pulak kerajaan bantu anak-anak mereka masuk Universiti dan dapatkan kerja berjawatan tinggi di kerajaan...Petani-petani dikampung perlu mengenang jasa UMNO..jangan pulak "mcm kacang lupakan kulit" bantuan kerajaan sebegini hanya berlaku di negara ini saja?. Kerajaan negara lain tak pernah bantu rakyat miskin di negara mereka. Cuma di dunia ini cuma parti politik UMNO saja membantu rakyat miskin. Dengan sebab inilah parti lain tak berhak memerintah negara ini. Kalau parti lain memerintah negara ini maka ketuanan melayu akan hilang...orang melayu akan merempat...raja-raja dibuang negara...anak-anak orang melayu tak dapat masuk universiti...orang Melayu tak dapat jawatan tinggi di kerajaan...hish..hish dasyatnya. Cuma UMNO saja boleh membantu rakyat; itu pun selagi ada rakyat orang Melayu miskin selagi itulah diperlukan UMNO...kalau Orang melayu sudah berjaya dah jadi kaya di negara ini kemungkinan bantuan UMNO tidak diperlukan lagi?..tak tahulah.. selagi mentalilti orang Melayu setakat mempercayai sistem ini maka seratus lagi UMNO akan memerintah negara ini dengan berbagai-bagai alasan...Melayu, Raja-Raja Melayu, Hak istimewa melayu, bahasa melayu tidak akan selesai.Fikiran Melayu telah ditanam benih "takutkan bayang-bayang sendiri" ini oleh UMNO dari kecil lagi.Maka bersuburlah benih-benih ini di fikiran Melayu selama seratus tahun lagi sehingga benih-benih ini hancur bersama kehancuran negara ini.Kita belum lagi terkeluar dari benih penjajah "White supremacy" walau pun negara ini dah merdeka lebih 50 tahun merdeka..tetapi tambah lagi satu "UMNO Superemecy" akan berkekalan selama seratus tahun lagi...cuma orang-orang Melayu seperti tukartiub...itu pun "tukartiub" tak kena "ISA" dalam jangka waktu terdekat.. boleh tukarkan atau membebaskan minda Melayu untuk melahirkan sebuah bangsa yang maju di dunia. Orang melayu yang bebas Minda ini selalunya dicop "penghianat".."perosak".."Berniat jahat" kepada Melayu Malaysia...kha..kha...kha!

    BalasPadam