Sabtu, 14 November 2009
KE MEKAH – KE NEW ZEALAND
KAPAL TERBANG INI TAK ADA PULAK YANG NAK NAIK
NIK AZIZ BATAL HASRAT KE TANAH SUCI – harakah daily
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.
Menurut laporan, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.
Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji.
Namun difahamkan, Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.
nota:
pemimpin politik tidak seharussnya disponsor
perjalanan ke mana mana sahaja dalam dunia ini.
para kapitalis dan kaum pemodal akan menggunakan apa sahaja
agar jarum mereka dapat masuk.
tidak ada bezanya jika hakim dan peguam di bawa ke new zealand.
tidak ada bezanya jika alim ulama di bawa ke mekah.
rasuah datang dalam pelbagai bentuk.
ada duit hotel. ada duit kapal terbang. ada hamper hari raya.
ada amoi. ada urut happy ending.
kaum pemodal dan kapitalis merancang rasuah
dengan pelbagai bentuk.
kaum kapitalis memakai pelbagai jubah.
baju topi serban manto jaket pantalon seluar mereka
dialih alih untuk tujuan mendapat untung.
pemimpina dalam pakatan rakyat wajib melebihkan wasapada.
sentiasa berjaga-jaga. sentiasa berhati-hati.
mereka bukan sahaja wajib bersih, dilihat bersih dan tetapi betul-betul bersih.
mereka menghadapi musuh yang zalim yang akan menggunakan
apa sahaja senjata terutama media untuk melahirkan persepsi bahawa
pemimpin pakatan rakyat sama seperti pemimpin gerombolan –
kaki kontrek, kaki balak, kaki ap, jual pasir, kaki bagi lesen,
syarikat yang ingin bersedekah seharusnya bukan kepada pemimpin politik.
yb, ahli parlimen dan para mb dan menteri ada gaji bulanan.
mereka tidak ada cukai kereta. mereka ada banyak kemudahan.
hulurkan sedekah kepada yang betul memerlukan – bukan sedekah bodek.
bukan sedekah hari ini dengan harapan tahun depan akan dapat projek.
politik ialah persepsi.
politik ialah mengkotakan apa yang kita cakapkan.
politik ialah perjuangan untuk melahirkan manusia baru.
ya.. gue setuju banget dengan pendapat loe...
BalasPadamisham,bab ini aku memang TAK setuju dengan hang.
BalasPadambenar TGNA adalah MB tetapi kebetulan dia adalah seorang guru agama.yang nak dibawa adalah kerana guru agama bukan kerana mb.
hang bijak dalam banyak hal dan aku bersetuju dalam anyak hal tapi dalam bab sedekah membawa tokoh agama ini kau belum khatam lagi.
kalau nak tau,july 2009 tahun ini didaerah baling kedah,seramai 60 orang guru agama disponsor secara free ke Mekah untuk umrah,tapi cerita tak timbul kerana depa bukan orang politik.
Setujuuuuuuuuuu!
BalasPadamKalau nak sedekah , elok kepada org2 yg lebih memerlukan .
Nik Aziz wont be corruptible but perception is important esp in politics .
Begitulah lumrahnya, bila di taja naik bot saudi kemudian jumpa kotak dapat hadiah berjuta juta, boleh plak? SPeRM tak minat plak nak buka kertaskerja mengapa di tawarkan naik bot saudi? Tidak mungkinkah boleh dpat lesen bank baru AlTaji atau bela dhob di Pahang?
BalasPadamNIK AZIZ HANYA 'TERLAJAK PERAHU' DAN DIA SEMPAT BERUNDUR. DIA DAH BATALKAN HAJI TAHUN NI.
BalasPadamTERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR. HABIS MACAM MANA DENGAN PEMIMPIN2 GEROMBOLAN MELAYU QURAISH YANG 'DAH TELAN'..?
BILA PUAK2 NI NAK MUNTAH BALIK? BUNGLOW YANG HARGA BERJUTA2 RINGGIT...BILA NAK RUNTUH?
KERETA-KERETA MEWAH BILA NAK BAKAR..kah kah kah kah ???
BINI KE2, KE3, KE4...BILA NAK CERAI...kah kah kah kah
BETINA-BETINA SIMPANAN BILA NAK LEPAS...kah kah kah kah???
JAM-JAM ROLEX BILA NAK HEMPOK...kah kah kah kah???
LADANG2 DAN DUSUN2 BILA NAK BUBUH API...kah kah kah kah??
kah kah kah kah...JANGAN KIJANG DI KELANTAN NAMPAK...TAPI...BADAK PINTAR DEPAN MATA TAK NAMPAK
TT, Bab haji tajaan satu hal. Bab lagi satu iaitu MENANTU. Inipun kena selesai cepat ni.
BalasPadamKalau Tok Guru kata MENANTU dia layak, macamana tahrap kelayakannya? Bagi aku apabila disebut MENANTU, memanh tak layak.
Yang membuat MENANTU lebih tak layak ialah dia tak nasihat Pak Mertua bab haji tajaan.
Setuju 100%
BalasPadamNik Aziz tidak harus menerima wang siapa-siapa pun walaupun sedekah, selagi dia mampu.
Ini amat penting!
Kita perlukan Nik Aziz kekal sebagai seorang yg bersih!
Golongan kapitalis atau orang jahat yang lain akan gunakan bantuan wang dan hadiah untuk memeras ugut, untuk memaksa mendapatkan projek.
Kita tak boleh kasi mereka memeras ugut. Kita tak boleh terhutang budi sama orang lain dalam politik!
Kalau masuk politik kena 100% bersih!
Kalau mau terima wang orang, keluar dari politik jangan masuk balik!
...uk!uk!ak!ak!...hahahaha...uk!uk!ak!ak!...
BalasPadam...uk!uk!ak!ak!...konsep pukimak gerombolan sudah mulai meresap dalam pakatan gerombolan baru...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...ini baru langkah yang bendul jika nak tangani sistem tajaan ni...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...jika tidak, gerombolan baru akan lenyap macam gerombolan lama jugak...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...apa gaji tak cukup ka nak pegi atas hasil usaha kerja selama ni...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...nak pi mekah naik sejadah erbang jugak...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...nak pi naik buraq jugak...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...apasal tak nak bagi buraq kat aku sama...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...jangan bawa mentaliti peguam dalam gerombolan baru...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...nama saja peguam, tak kita apa fahaman dia bawak...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...kira duit jer...dia membujur jer...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...ko tanya zulkulim tengok, betul tak peguam islam...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...jual, jual jangan tak jual...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...jual islam, jual bumiputar, jual meloyau, jual ketuanan...uk!uk!ak!ak!...
...uk!uk!ak!ak!...fikrah tetap bonzai walaupun dapat didikan luar negeri...uk!uk!ak!ak!...
Sedekah naik haji tak dapat. Yang dapatnya, sedekah jambatan runtuh.
BalasPadambatal kerana persepsi?
BalasPadamsekurang-kurangnya puak gerombolan rasa syok TG Nik Aziz tak ke Mekah?
bala apa plak nak kena kat puak quraisy moden?
semoga kita dilindungi Allah.
sebab TGNA ni seorang MB.. pemimpin politik.. maka 'hadiah' pakej umrah ni tak patut diambil..
BalasPadambetul dia TGNA seorang ulama.. guru agama.. tapi fitnah ke atas TGNA sangat besar berbanding dengan niat ikhlas orang yang memberi...
tak semua orang BN makan rasuah.. tapi disebabkan persepsi.. join BN adalah perasuah..
tak semua orang PAS bersih dari rasuah.. tapi disebabkan persepsi.. join PAS adalah anti rasuah...
politik adalah tentang mengurus persepsi... kalau ini pun tak faham.. elok jangan berpolitik..
aku setuju,org politik mana leh terima sponsor..tok guru ka,tok garu ka,jgn samakan sposor org kaya kat org kampung..dgn sponsor MB..persepsi..banyak tu.Tapi kalau dah taksub..payahla.tapi bila benci berbakul komen kat org..
BalasPadamBayangkan..Azizan lantik anak menatu dia jadi ceo,Guan Eng pun sama,Khalid pun sama,alasan mudah..waris waro den ni layak..
huh bila paklah buat gitu..satu malaya bising
Salam TT,
BalasPadamSekian lama Mamak ikuti blog saudara baru kali ini Mamak dapat satu nukilan yang terbaik untuk dibaca dan ia memberi kesan yang mendalam. Jangan pula sangka kerana TT tegur TGNA Mamak suka tapi yang mamak suka tentang artikal ini dalam bentuk "Nuetral Ground" yang diciptakan oleh TT amat hebat. Inilah bentuk kewartawanan yang asli yang pernah dibaca selama berbloging di negara ini. Tugas utama blogger Melayu perlu mencerdikan orang Melayu dalam arena politik negara ini yang selama ini cuma jadi pak turut pemimpin politik dan menjadi Pak Pacak untuk golongan Bangsawan. Golongan elit- elit Melayu sepatutnya mempunyai tugas penting membimbing Melayu dan mempersatukan orang Melayu dan juga rakyat negara ini. Desepsi politik menyatukan sesuatu kaum dengan perang antara kaum dipraktikan di zaman Rom. Apabila tiada peperangan orang Rom bina Colosium untuk mempertontonkan 'gladiator' mereka sebagai pahlawan. Pembunuhan bangsa bukan Rom menjadi sukan yang paling disukai bangsa Rom. Harap orang Melayu jangan ikut perangai orang Rom dan Klu- Klux Klan bangsa Amerika di negara ini.
Orang Melayu tak perlu takut kehilangan agama atau pun ketuanan Melayu di negara ini. Ia adalah satu perancangan penipuan politik yang dilakukan oleh parti-parti politik di negara ini untuk gila berkuasa. Agama Islam yang dimiliki kita bukan hanya sekadar ritual tetapi ruang batin yang hakiki atau dihati (kalbu). Setiap perkara yang dilakukan adalah dari pantulan hati. Bila hati ini rosak maka terlepaslah ia dari Agama yang suci. Hati yang baik akan pancarkan kebenaran dalam kehidupan seharian. Apa yang parti-parti lakukan cuba rosakan hati orang Melayu dengan berbagai kaedah politik.
Kemenangan dalam politik bukanlah kemenangan kekal untuk orang Melayu di negara ini. Orang melayu perlu diberi kebebasab berfikir. Kebebasan berfikir inilah akan menjadikan mereka mendapatkan kebenaran dan kemajuan dalam menuju kesatuan yang intergraf dan terhormat. Setiap tindakan oleh parti-parti politik menentang kebebasan bererti memperkuatkan lagi kebatilan dan menyebabkan kegelapan masa depan orang-orang Melayu itu sendiri.Tanpa peranan Melayu sebagai kaum Majoriti di negara ini maju kehadapan jangan harap negara ini boleh Maju.Wassalam.
LABEL:KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
BalasPadamIsham..............
pengakuan,sedar,insaf........
dalam hal ini jerat tidak pernah melupakan kanchil.......
Namun masih terbaik kerana kita dapat bicara dalam dunia tanpa sempadan.......
==================================
Imam Ghazali bertanya,sudah putuskah keputusan kamu mengerjakan haji ?
Jawab sahabatnya : 'Sudah'
Kata Imam Ghazali : Mahukah kamu Allah s.w.t redha atas amalan kamu dengan duit sebanyak 10,000dirham yang kamu kumpul untuk menunaikan haji ?
Jawab sahabatnya : Mahu!Apakah amalannya itu ?
Kata Imam Ghazali :Di sebelah rumah, kampung,daerah,negeri,negara kamu,adakah anak yatim piatu,orang miskin,janda,orang berhutang(susah)......?
Jawab sahabatnya :Ada !
Kata Imam Ghazali :Belanjakanlah 10,000dirham itu kepada mereka nescaya Allah redha atas amalan kamu.Namun seandainya kamu masih kuat keinginan melakukan haji maka ingatlah kamu tidak akan bertemu dengan aku lagi buat selama-lamanya.
Dalam pengakhirannya setelah kembali mengerjakan haji sahabatnya puas mencari Imam Ghazali namun tak ketemu hingga akhir hayat..........(Ihya Ulumiddin)
begitulah pentarafan manusia di sisi Yang Maha Agung
Bro, Rasuah dikacamata Ajaran Nabi saw tak sama dengan istilah yang dichap British yang hipokrit. Rasuah adalah HABUAN kepada Orang Yang Berkuasa bagi MENGALIHKAN HAK ORANG KEPADA SI PEMBERI. Kalau tidak melibatkan perkara tersebut, maka ia adalah HADIAH - sesungguhnya Nabi saw MENGGALAKKAN UMATNYA saling memberi hadiah bagi mengeratkan silatulrahim. Wallahualam.
BalasPadamAku setuju dgn jab sp. Cuma elok TGNA jgn terima apa jua bentuk seumbangan. Mungkin sbb itu Rasulullah larang bani hasyim dan bani mutalib terima sedekah.
BalasPadamSatu lagi aku pelik ko ni syam, apa yg ko banggakan sgt fahaman komunis ni. Kaedah Islam jauh lebih baik, cuma ko tak punyai ilmu alat yg cukup utk fahami quran dan hadith. So, elok baca kitab karangan ulama' yg muktabar.
Lembu kenyang, pelik la ko punya identiti....penin aku baca. Cari la identiti lain bila mengulas, jgn ikut syle syam....kah kah kah
Jangan mara aaa
kena batang hidung sendiri, mcm2 fatwa la keluar, kalo x nak dipandang serong, jgn ade jawatan dlm kerajaan.
BalasPadam100 % tepat .
BalasPadamMemang kena Bull's eye bukan nya Bull's shit.
Tak perlu main seponsor seponsor , bukan pergi mekah atau new zealand sahaja.
Bahkan kalau ahli PR mahu main Chinadolls..sendiri bayar .
Sendiri yang main, sendiri yang tonggeng ,sendiri yang bayar.
Kalau Nik aziz mahu pergi medina, sendiri bayar.
Makan di restoran mamak kepala ikan pon sendiri bayar.
Tak perlu ada cukong bayar teh tarik.
Jangan belanja , jangan seponsor mana ADUN dan MP dari PR.
Kalau nak berterima kaseh kepada Nik Aziz , sila hantar wang kepada rumah orang tua dan yang yatim.
Dan bukan hantar wang kepada rais yatim bapak yang entot entot lari.
TT , bila nak lanyak hasan ali...dia dah jadi kepala berlemak dah.
Kepada pembaca 'jab sp':
BalasPadamKau tak faham.
Ini isu PERSEPSI beb, persepsi.
Kalau sekali dah nampak cam ada sesuatu yg tak betul, habis lah. Orang hilang kepercayaan. Lebih lebih lagi Barisan Nasional menunggu masa jer untuk menghebohkan benda cam ni.
Penting sekali, pemimpin kena gunakan WANG SENDIRI untuk apa-apa belanja persendirian, nak pegi umrah ke atau apa apa pun.