Rabu, 25 November 2009

UNTUK BERLAKU ADIL




PERHATIKAN BETUL BETUL - ADA BERAPA MOTIF LAMPU JALAN DALAM SATU JALAN INI?




nota:
disiarkan kembali kedua-dua tulisan
agar pembaca dapat mengetahui
apa sebenarnya yang sedang
cuba diterangka
.( TT)

KUASA, TANDA, DAN MAKNA ISTANA SAEKOR LIPAS

Hishamuddin Rais
Oct 10, 2003

(Semiotik ialah ilmu untuk memahami cara manusia berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan tanda, simbul dan signal. Ilmu semiotik ini muncul bila manusia ingin memahami tanda dan makna bangunan hasil dari seni bina. Ilmu ini juga digunakan untuk memahami dan mengkaji gambar/lukisan/filem. Teori filem mis en scene - atau apa yang didalam bingkai - hanya dapat difahami melalui pendekatan semiotik.)


Putrajaya telah dinobatkan sebagai ibu kota kepada Malaysia. Sama seperti Canberra, Islamabad, New Delhi atau Brazilia - semua kota-kota ini direka secara terancang, untuk dijadikan ibu kota baru. Apa yang menarik terhadap kota-kota ini ialah ianya dibangunkan secara artifisial - tidak natural - seperti kota-kota yang terdahulu.

Kota-kota tua dan kuno bangun secara tersendiri kerana kepentingan ekonomi manusia. London, Paris, New York, Lisbon, Athens, Baghdad, Melaka, Praque dan termasuk Kuala Lumpur bangun berhampiran dengan arus air - jalan asal manusia mecari penghidupan dan perniagaan. Atau kota dibangunkan dipersimpangan jalan/lorong perniagaan kuno seperti Mekah, Kabul, Kandahar, Peshawar, Samarra atau Xian. Justeru semua kota-kota ini membangun secara natural kerana keperluan manusia untuk mencari dan merayakan kehidupan.

Kehidupan dan tamadun manusia yang terdahulu dari kita bergantung pula kepada musim alam semula jadi. Dalam keadaan ini manusia akan mendirikan didalam kota-kota ini tanda dan simbol kepada Yang Esa. Bangunan-bangunan suci seperti gereja, citadel, kuil, masjid atau arca akan didirikan untuk memohon keselamatan dan limpah kurnia yang Maha Esa.

PENGAJARAN KOTA KUNO

Di kota kuno Roma atau kota Greek kuno seperti di Athens didirikan 'patheon' (kiri) sebagai tanda manusia bersujud kepada Yang Esa. Di tebing sungai Tagus, di Portugal didirikan patung Nabi Isa sebagai tanda penyembahan untuk keselamatan setiap kapal yang meninggal kan kota Lisbon.

Bagitu juga disebuah pulau kecil dihadapan kota San Sebastian, di negara Basques Sepanyol, tersergam patung Isa dari Nazareth sebagai tanda sujudnya warga kota terhadap agama mereka.

Bagitu juga dengan kota Venice dengan gereja wali Markus yang kudus. atau kota Paris dengan gereja Hati Suci yang angkuh tegak berdiri diatas bukit yang melindungi warga kotanya.

Kota arab/Islam kuno berpusat/bermula dari makam atau masjid. Dikota-kota ini seluruh jalan/lorong akan membawa warganya ke wilayah suci ini. Kota Mekah dengan Kaabah, kota Najaf dengan makam Hussein/Hassan , Delhi Lama bermula dengan Masjid Merah, di Marakesh di sebelah Jamaah al-fana (Medan Roh Berkumpul) wujud sebuah masjid tua yang menjadi pusat kota ini.

Bangunan-bangunan ini semuanya memiliki bahasa dan nahu sebagai tanda pengucapan untuk difahami oleh warga yang terkemudian.

Dari ilmu semiotik semua ini adalah tanda dan makna bagaimana manusia merendahkan diri kepada dewa, kepada tuhan atau kepada pencipta yang Maha Esa.

KEKAGUMAN PUTRAJAYA

Seratus tahun dari hari ini apa yang akan dapat dibaca dari nahu , bahasa dan ayat pengucapan ibu kota Putrajaya?

Pemilihan kota Putrajaya dilakukan tanpa banyak perundingan. Tidak ada konsultasi didalam perdebatan di parlimen apatah lagi pandangan dari badan-badan bukan kerajaan. Semuanya dilakukan atas keinginan dan berahi seorang manusia yang bernama Mahathir Mohamad. (Pada 1 haribulan November ini nama Mahathir Mohamad ini akan ditambah dengan huruf B - Bersara.).

Warga tidak pernah diberitahu secara jelas dan terperinci tentang belanjawan (atau lebih disenangi pada masa ini dengan perkataan baget) atau harga untuk mendirikan kota baru ini. Yang didengari oleh warga hanyalah tuduhan dari pihak pembangkang tentang harga sebuah istana - yang kemudianya dengan berkungfu lidah telah dijawab oleh perdana menteri.

Kungfu lidah ini pun tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan yang dapat mententeramkan jiwa warga kota dan rakyat negara ini.

Sesiapa yang sampai ke Putrajaya pasti akan 'kagum' melihat pembangunan bangunan. Untuk mak cik Felda atau professor atau ahli akademia kangkong, Putrajaya adalah contoh yang amat senang untuk menerangkan makna kejayaan 'pembangunan'. Rombongan demi rombongan akan dibawa untuk melihat 'kejayaan'.

Bangunan yang tersergan besar secara kulitan pasti memberi makna kejayaan pimpinan Mahathir Mohamad. Maka makcik dan pak cik dari Felda ternganga mulut mereka dan akan berterima kasih sambil dan bersyukur diatas pimpinan Mahathir.

Untuk warga yang lebih teliti atau pelajar seni bina dan pengguna ilmu semiotik, pasti mereka akan melihat disebalik bangunan yang tersergam ini ada tersirat konsep fascist. Semua bangunan-bangunan kerajaan di sekitar kota ini bercirikan seni bina fascist. Seni bina fascist ini adalah satu jalur pemikiran bangunan yang muncul diera zaman Hitler dan diera Stalin di USSR.

Ciri utamanya ialah keangkuhan bangunan itu sendiri - tersergam dan mengancam para warga yang melihatnya. Bangunan-bangunan berciri fascist tidak mesra rakyat, terisolasi dari budaya alam sekitarnya dan tidak memiliki perspektif yang mesra untuk dipandang.

RAKYAT TERPISAH

Lihat saja pejabat/istana perdana menteri, untuk pelajar seni bina atau sesiapa saja yang mengamati bangunan ini pasti akan dapat merasakan kejanggalan kubah bangunan ini. Kubah ini diletakkan seperti songkok kecil kepada kepala yang besar. Kubah ini kelihatan tertengek songsang. Kemungkinan kubah ini bukan muncul dari rekaan bentuk asal tetapi dimunculkan untuk 'menyunatkan' Putrajaya agar dibaca sebagai Melayu/Islam.

Dari bangunan istana perdana menteri ini warga akan melihat tangga turun ke sebuah lebuh besar. Melintasi lebuh ini warga akan sampai ke sebuah medan.

Medan ini betul-betul dihadapan istana. Medan inilah tempat rakyat berkumpul dan untuk menyambut perdana menteri apabila beliau mencecah duli diatas tangga di hari akhir bulan Oktober.

Perarakan pelbagai kontigen (baca menyembah duli) akan diadakan di lebuh besar untuk mengalu-alukan kemunculan perdana menteri dari istananya.

Jika ini bukan konsep fascist, apakah bahasa, nahu dan tanda ritual ini. Sikap anti demokratik ritual ini dapat dilihat jelas. Rakyat disatu ruang yang terpisah dari ruang yang memerintah. Si pemerintah dan juak-juaknya akan tegak berdiri disatu ruang yang lebih tinggi.

Ruang ini bukan ruang yang dibuat untuk sementara seperti pentas di Dataran Merdeka tetapi tangga yang kekal menghala ke istana perdana menteri.

Louise ke 14, Hitler atau Stalin sendiri gagal untuk mendapatkan satu reka bentuk istana peribadi seperti ini. Di Peking, raja Tiongkok kuno mendirikan Kota Larangan. Raja hanya diberi mandat mendirikan tembok untuk memisahkan istana baginda dari medan Tienanmen - medan tempat rakyat berkumpul. Istana Kota Larangan ini didirikan pula tidak melebihi dari ketinggian tempat rakyat berkumpul. Disekitar Kota Larangan dan medan Tienanmen ini hanya ada satu bangunan yang tinggi ia itu bagunan tempat rakyat bersidang - parlimen Republik Rakyat Tiongkok.

LAMPU JALANRAYA

Di Putrajaya medan rakyat ini tidak menjadi medan rakyat berkumpul secara kekal tetapi menjadi medan berhala kereta. Ini kerana warga dinegara kita ini dididik untuk 'menyembah' kereta maka medan ini menjadi medan berhala yang kekal abadi.

Dari medan berhala kereta dihadapan istana jika meluncur ke bawah akan ditemui sebuah masjid. Amat jelas nahu, bahasa, tanda dan maknanya dimana Masjid ini dibuat. Masjid ini didirikan dikawasan yang lebih rendah dari istana perdana menteri. Sama lah seperti masjid al-Rahman di Univesiti Malaya yang kedudukannya lebih rendah dan hina dari dari lebuh berhala kereta.

Ligarlah Putrajaya, mata akan terperanjat apabila melihat reka bentuk tiang lampu yang bagitu kacau bilau dan sampa larau motif dan unsur yang mempengaruhi. Setiap jalan memiliki reka tiang lampu bentuk yang berbeza - ada yang bermotif wau bulan, ada yang bermotif avant garde, ada yang bermotif katholik.

Menurut yang empunya surah ini terjadi apabila Mahathir Mohamad terlihat satu tiang lampu di Santiago Chile. Kerana baginda perdana menteri perkenan maka berahi perdana menteri wajib dipenuhi. Sayangnya tidak diketahui pula tiang lampu bentuk mana yang diberahikan oleh perdana menteri.

Maka situkang bodek, untuk menyelamatkan diri terus membuat semua reka bentuk tiang lampu yang wujud dalam dunia ini termasuk yang di Santiago. ( Inilalah surah lampu Putrajaya kita!)

Putrajaya ini begitu angkuh sekali dan kelihatan anti-mereka yang miskin dan kurang mampu justeru tidak banyak disediakan kerusi percuma untuk rakyat biasa duduk berehat atau meleser.

Jika ingin berehat warga wajib duduk dicafe-café yang secawan kopinya senilai dengan harga sekilo ikan kembung. Nahu dan bahasa kota ini betul-betul merayakan keangkuhan kapitalis dan modal asing kerana disekeliling kawasan masjidnya sendiri dikelilingi oleh rumah macdogal dan star buck tempat para rentier capitalist mencari untung.

ISTANA LIPAS

Putrajaya bukan saja tidak memiliki nahu dan bahasa untuk berendah diri seperti kota Athens dengan patheonnya; kota ini juga lupa kepada konsep negara raja berperlembagaan.

Justeru istana agungnya terletak agak jauh disatu bucu yang tidak menonjol. Parlimen tempat wakil rakyat bersidang tertinggal disatu kawasan yang lain. Ini bermakna kota ini memusatkan kuasa dan terpisah dari kuasa rakyat.

Amat berbeza dari Delhi Baru atau Canberra dimana kota ini merayakan parlimenya sebagai sebahagian dari pusat kota. Jelas bahasa, nahu dan tanda yang muncul dari Putrajaya ialah parlimen tidak mustahak yang mustakah hanyalah istana dan kuasa perdana menteri.

Kota ini adalah kota penyembah berhala kereta, justeru sesiapa yang tidak memiliki berhala ini pasti akan mendapat kesukaraan untuk pergi dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Lupakan saja ruang untuk berjaan kaki atau berbasikal - semua ini tidak diwujudkan.

Akhir dari lebuh besar dihadapan istana jika dipandang akan kelihatan sebuah bukit. Dari jauh kelihatan diatas bukit ini seekor lipas. Dibukit ini sewajibnaya didudukan masjid atau istana Yang Dipertuan Agong tetapi yang tercegat di atas bukit inii hanyalah saekor lipas.

Didalam perut lipas inilah nanti lipas-lipas kecil dari pelbagai negara arab/Islam akan mengadakan persidangannya.

Lipas-lipas ini adalah lipas piliharaan yang akan menjalar dan memungut dan menjilat serpihan-serpihan makanan yang ditinggalkan oleh mac dogal dan star buck.

(Jika ditakdirkan Putrajaya ditenggelamkan oleh muntahan gunung berapi dan seratus tahun kemudian para arkeloji menggalinya kembali maka inilah bahasa, nahu , tanda dan makna kota yang diduduki oleh para lipas.)


KAREKTOR SEBENAR HISHAMUDDIN RAIS

Oleh: A. Jalak Hussein

Sebut saja nama Hishamuddin Rais, masih segar dalam ingatan mereka yang pernah terlibat dalam revolusi dan kebangkitan gerakan pelajar yang melanda Universiti Malaya sekitar tahun 1970-an.

Gerakan yang berbau sosialis itu telah berjaya dipadamkan oleh Kerajaan kerana jika dibiarkan ia boleh memudaratkan keselamatan negara. Ia memberi imej negatif terhadap mahasiswa yang menjadi aset dan harapan untuk nusa dan bangsa agar mereka sentiasa menumpukan perhatian terhadap dunia akademik semata-mata, bukannya terlibat dalam gerakan politik anti-Kerajaan yang boleh mengancam masa depan mereka sendiri dan juga negara. Hishamuddin Rais adalah salah seorang pemimpin politik pelajar di universiti tersebut bersama saudara (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali dan beberapa individu lagi. Kebanyakan mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tetapi Hishamuddin dapat meloloskan diri lalu meninggalkan negara ini ke luar negeri menjadi pelarian politik. Dia hidup merempat di Moscow, Russia dan kemudian ke beberapa negara Eropah.

Di sana dia bekerja dalam pelbagai jenis pekerjaan untuk menyara hidup. Pernah juga dia bekerja sebagai tukang basuh di restoran. Sambil merantau, dia memperkayakan ideologi sosialisnya yang sentiasa membara. Sikap anti-Kerajaannya tidak pernah padam. Kerajaan Malaysia telah menyenaraikannya sebagai orang buruan dan diharamkan memasuki negara ini atas sebab perbuatannya yang dianggap mengkhianati negara. Sejak zaman Tun Razak hingga Tun Hussein Onn, Hishamuddin tidak pernah pulang. Tetapi, apabila YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Hishamuddin diberikan pengampunan. Dia pulang ke tanahair dan diterima baik oleh Kerajaan.

Apabila krisis UMNO berlaku pada 1998 yang menyaksikan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, Hishamuddin terlibat dalam gerakan reformasi untuk menumbangkan Kerajaan melalui demontrasi jalanan. Inilah karektor sebenar Hishamuddin Rais. Dia sememangnya tidak tahu mengenang budi.

Apabila Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) ditubuhkan, dia dilantik sebagai salah seorang pemimpin dan aktivis parti itu. Sikapnya sebagai seorang penentang Kerajaan makin bersemarak. Dia dengan lantang mengutuk dan mencerca Kerajaan dan Dr. Mahathir. Ibarat kacang lupakan kulit, dia sering muncul dalam demontrasi jalanan. Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan KeAdilan hanya mampu mendapat empat kerusi parlimen sahaja.

PAS adalah pihak yang mendapat untung besar daripada krisis dalaman UMNO apabila meraih sejumlah 27 kerusi parlimen dan 98 kerusi Dewan Undangan Negeri. Parti itu bukan sahaja mengekalkan penguasaannya di Kelantan, malah menawan Terengganu serta berjaya melebarkan sayapnya ke Kedah, Perlis, Perak, Pahang dan Selangor.

Walaupun KeAdilan semakin lemah dan ramai pemimpin serta ahlinya kembali ke pangkuan UMNO, namun Hishamuddin terus-terusan melakukan perbuatan menghasut rakyat membenci Kerajaan. Sikap ini bukan pelik bagi Hishamuddin untuk terus-terusan menghasut rakyat. Pada tahun 2000, dia ditahan di bawah ISA dan dihantar ke Kamunting, Perak. Selepas dua tahun di sana, dia dibebaskan. Kini aksinya semakin lemah dan tidak secergas dulu.

Namun kegiatan penulisannya yang tajam mengkritik Kerajaan masih diteruskan. Yang terbaru, dia memperlekeh kehebatan projek futuristik kebanggan negara iaitu Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Pelbagai tohmahan karut yang disulami istilah bombastik diungkapkan untuk merendah-rendahkan usaha Dr. Mahathir membina Putrajaya.

Sudah menjadi adat dunia, orang yang tidak mendapat habuan dan peluang dalam mengikuti arus perdana akan membuat bising tidak tentu arah untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya. Begitulah sikap Hishamuddin Rais.

Pusat Konvensyen Putrajaya (PCC) diibaratkannya sebagai seekor lipas. Delegasi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bermesyuarat dan bersidang bagi membincangkan segala masalah Umat Islam sejagat dianggap sebagai lipas-lipas kecil yang memakan sisa-sisa makanan terbuang. Bangunan Perdana Putra yang menjadi nadi utama Jabatan Perdana Menteri dianggap sebagai binaan aneh penuh cacamarba yang tidak ada kaitan dengan citarasa tempatan. Seri Perdana pula disifatkannya sebagai mahligai yang memanifestasikan kemegahan seorang pemimpin yang lupa daratan. Bermacam-macam lagi anggapan pelik dan tuduhan liar direka oleh Hishamuddin. Baginya, apa yang direkayasa dan terserlah di Putrajaya itu hanyalah simbol keegoan seorang pemimpin.

Perbuatannya membandingkan Putrajaya dengan beberapa ibu kota pentadbiran negara-negara luar juga mendedahkan daya pemikirannya yang sudah cetek idea. Dia terlupa setiap bandar yang disebutkannya itu ada keunikan yang tersendiri yang tidak boleh dipertikaikan. Nampaknya pemikiran Hishamuddin semakin bercelaru. Begitulah padahnya jika menganut fahaman komunis sosialis yang bercanggah dengan ajaran Islam yang menyalahi fitrah kejadian manusia. Pendek kata, kecelaruan pemikiran Hishamuddin Rais inilah yang melahirkan penulisan menghentam Kerajaan atas dasar kecewa dan cemburu yang tidak bertempat.

Rata-rata idea yang dihuraikan olehnya tidak islamik, emosional dan tidak relatif meskipun dikupas mengikut sudut ilmu semiotik. Ciri-ciri universal kontemporari fleksibel yang tersirat di sebalik senibina bangunan-bangunan di Putrajaya itu tidak dinyatakan secara jujur. Nampaknya Hishamuddin menyembunyikan sesuatu dari pandangan mata hati yang inginkan kelestarian dan keterbukaan dalam bidang senibina yang sentiasa berkembang. Jika mengikut pandangan nya, ilmu senibina akan menjadi rigid dan bersifat stereotype. Memang padanlah dengan diri Hishamuddin sendiri yang rigid kerana pemikiran komunis sosialisnya itu. Apa saja idea baru yang dianggap mengancam komunisme sosialisme akan ditentang dan diharamkan.

Begitulah penulis melihat karektor sebenar Hishamuddin Rais, penganut fahaman komunis sosialis yang semakin terpinggir dan bakal dikuburkan. Benar kata Al-Marhum Imam Khomenei, pemimpin Revolusi Iran 1979 sewaktu menasihati Mikhail Gorbachev, Presiden Republik Kesatuan Soviet ketika ia bergelar kuasa besar yang bersaing dengan Amerika Syarikat dalam era Perang Dingin, ‘letakkanlah komunisme kamu itu ke dalam muzium sahaja’. Akhirnya pada tahun 1990 Kesatuan Soviet lenyap dari peta dunia. Komunisme dan sosialisme semakin goyah dan lemah. Begitu jugalah nasib Hishamuddin Rais.

Dia terpaksa melukut di tepi gantang memohon ehsan daripada pendokong reformasi untuk menghidupkan fahaman yang semakin nazak itu. Masanya akan tiba di mana Hishamuddin akan menjadi surat khabar lama atau artifak sejarah yang akan dimuziumkan oleh kemajuan dan penghayatan Islam yang syumul dan subur di bumi Malaysia ini. Itu pun jika masih ada yang sudi untuk mengenang-ngenang Hishamuddin Rais, seorang yang tidak tahu mengenang budi jauh sekali tahu diuntung.

dipetik dari Bultein Malaysia
www.bkn.gov.my




43 ulasan:

  1. Semiotics penting dalam ilmu antropology atau pengajian manusia..

    Gua rasa kebarangkalian besar,Putrajaya adalah satu subconscious(bawah sedar) semiotics mengenai minda dan perangai Mahathir Mohamad..grandiosity dan keangkuhan..dua ciri ni selalu ada pada mereka yg mempunyai inferiority complex sebab mahu meyembunyikan kekurangan,ketidakupayaan atau kegagalan..

    senibina putrajaya memang sangat fascist..dan gua rasa ketiadaan cultural syncretism sebab rata2 hanya ciri2 melayu-Islam yg wujud,jugak menandakan sikap nasionalis sempit Mahathir dan Umno..

    Pemikiran si A.Jalak Hussein tu yg sebenarnya rigid dan gagal melihat manifestasi semiotik dan hakikat bahawa manusia sentiasa berkomunikasi,secara sedar atau tidak sedar dalam apa saja yg dilakukan dan melaui cara yg berbagai-bagai..dah lah tulisan genre bodek..

    BalasPadam
  2. Bro Isham,banyakkan tulisan2 analisa mcm dulu2 sebelum blog ni muncul..kurangkan "kah kah kah"..ramai jgk pembaca lu yg cuma tahu berkahkahkah tapi otak tak berfungsi..

    BalasPadam
  3. Jalak Husein ni pembodek rupa nya!!!!

    BalasPadam
  4. woit bro isam.... setengah mampos wa layan lu punya blog semalam sampai tengah malam, tak ada kuar berita terbaru... rupanya lu buat berita panjang merapu ni!!!! boring betul la. apapun teruskan.... kita akan bersama selamanya.

    BalasPadam
  5. Tepatlah gelaran kekal akan membawa ke liang lahad iaitu MAHAFIRAUN.
    Tuhan/Raja sembahan para umat gerombolan lanun Umno(B)/Bn.
    Perosak bangsa melayu persis seekor lipas.
    Berselindung di sebalik gantinama kita,apa nama.

    Kuburnya nanti di wasikan pada anak cucu untuk tempat kenching dan berak.

    BalasPadam
  6. SEDIH...PILU....

    SEBAB RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MENYANGKA SELAMA INI PUTRA JAYA ITU DIMILIKI OLEH KERAJAAN

    WALHAL IA DIMILIKI DAN DIURUSKAN OLEH PIHAK SWASTA

    BERAPA PULA HARGA YANG KERAJAAN TERPAKSA 'SEWA DAN BAYAR' SETIAP BULAN/TAHUN KEPADA PIHAK BERKENAAN?

    PELIK TETAPI BENAR....SEMUANYA DIRANCANG RAPI UNTUK KRONI2 'TELAN'

    BalasPadam
  7. Nak kenang budi pun kena tengok gak ler saper yang berbudi.....

    Nak dikirakan Madey apa budi?

    Pengampunan?

    Pengampunan apanyer sebab negara ni memang negara tumpah darah dia....

    Kena Budi?

    Kalau nak dikirakan kenang budi kerana jasa,tentu Nabi Musa AS tidak akan bangkit menyampaikan dakwah kepada Firaun.

    Firaun telah banyak berjasa kepada Nabi Musa,bukan hanya bagi pengampunan cam Madey,namun Firaun memelihara Nabi Musa didalan istananya...

    Madey pun lebihkurang cam Firaun gak.....

    BalasPadam
  8. aku tak jumpa pun apa2 yang tak kena dengan tulisan bro sham...so,aku heran apasal si jalak tu berkokok tak tentu pasal...

    BalasPadam
  9. "Pusat Konvensyen Putrajaya (PCC) diibaratkannya sebagai seekor lipas. Delegasi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang bermesyuarat dan bersidang bagi membincangkan segala masalah Umat Islam sejagat dianggap sebagai lipas-lipas kecil yang memakan sisa-sisa makanan terbuang"

    -ada lagi ke orang islam yang percaya pada OIC? bodoh punyak jalak!

    BalasPadam
  10. jalak melalak lalak

    berkuburlah kamu dengan putrajaya

    dasar kaki bodek pengampu

    berani menganggap diri sendiri patriotik

    BalasPadam
  11. SALAM...

    > HISHAMUDIN RAIS VS JALAK HUSSEIN <

    10 -

    BalasPadam
  12. A. Jalak Hussein? Ini bebal mana ni? A. Galak yang misai macam handle basikal itu ke? Bebal... kah... kah.. kah...

    BalasPadam
  13. pedulikan lah mamat kangkong tu ape dia tau adalah futuristik je, kebangganggan negara hahahaha fuck lah mamat tu kongkong yang hanya tahu menilai sesuatu perkara dari satu sudut sahaja, metaphora ke semiotika ke dia tak tahu pasal maksud2 tersirat ni pasal dia tak penah diajar begitu kerana gerombolan tidak mahu rakyat berfikir kalu lebih berfikir boleh jadi ancaman pada kerajaan tu hahahaha...

    BalasPadam
  14. Putrajaya is yet another symbol of Mahathir's megalomania.

    BalasPadam
  15. Kah!Kah!Bro..Nampak x relevan dh la artikel jalak lentik pencacai@penjilat b0nt0t umNG0K nih!Nampak sgt nak memb0d0hkan n meleb0ng umat2 melayu yg memang dah sedia dib0d0hkn dan dib0nsaikan skian lama..Mmg dh terang menda tu 1 pmbaziran tahap megadeth..What da dak!1

    BalasPadam
  16. Memang macam lipas pun malah lebih teruk, lipas retard!
    Planning putrajaya betul2 shit!Belum apa apa dah problem pasal pucking(hehe), congested takde infra....betul betul retarded planners!

    BalasPadam
  17. Bro Isham,

    Tepat sekali analisa yang telah dilakukan dan tulisan ini sungguh jelas dan objektif. Terima kasih diucapkan.

    Sememangnya perbincangan saya bersama rakan-rakan senibina turut menimbulkan kesimpulan dan rumusan yang hampir sama.

    Amat jelas, bodekan bertopengkan 'bidasan' yang dilakukan oleh A. Jalak Husein adalah langsung tidak relevan.

    Sekiranya mempunyai kelapangan, banyakkanlah tulisan-tulisan analisa seperti yang dinyatakan oleh Johan.

    Terima kasih

    BalasPadam
  18. salam...

    saya salah seorang peminat yg setia membaca penulisan2 Hishamuddin Rais..... dan apa yang diceritan dan disampai kan dalam semua penulisan serta komen2 dari tukar tiub adalah mudah difahami dan membuat kan kita terfikir...

    saya tidak lah belajar sehingga tahap PhD, tapi pengalaman saya semasa saya muda belia tidak lama dulu membuat kan saya terfikir dan membandingkan antara kerajaan malaysia sekarang dengan kerajaan yang ada dalam dunia ini... saya sudah menjelajah lebih 20 buah negara di dunia ini, bkn nak berbangga tapi itulah pengalaman yang hendak di kongsi bersama....

    banyak perkara apabila kita di luar negara akan membuat kan kita tentang pemerintahan kerajaan kita pada mase sekarang... sungguh tidak adil dan sangat berat sebelah... tidak seperti di dunia luar yang sangat2 profesional dan sangat berintegriti... walhal kita laungkan kita adalah negara islam tapi adakah segala suruhan islam kita ikut???

    di barat mereka bukan islam.. jika ada ia hanyalah komuniti yg kecil... tapi adakah kita pikir mengapa mereka lebih berintegriti berbanding kita??? sedangkan agama yg kita anuti sudah mengatakan dgn jelas....

    mungkin saudara A. Jalak Hussein
    adalah suara yg memberikan pendapat, tapi beliau bukan lah suara majoriti, pada saya dgn keadaan pemimpin yg memimpin kita buat mase ini jelas menunjukkan meraka sangat berkuasa berbanding undang2, sultan malah ALLAH S.W.T...

    pemimpim kita anggap sumpah boleh membuktikan ianyer bersih dari segala dosa dan salah laku.... sedangkan bukti sangat jelas....

    semasa saya berada di great britain @ england....salah satu kuasa ekonomi dan bangsa yang terkenal dulu kala.... disana mereka sangat2 profesional... media di sana sangat telus dan neutral...undang2 diangkat sebegitu tinggi... mereka sangat menghormati undang2, kerana undang2 lah salah satu faktor dalam membentuk dan membangunkan tamadun bangsa dan negara...

    tapi disini...segalanyer berkaitan kerajaan baik, segala dasar2 negara sangat baik walhal hakikat nyer??? masih ada lagi keluarga yang makan siput babi!!! apa yang kurang nyer negara kita, kita da pelbagai sumber semulajadi, kita ada pelbagai sumber kekayaan... ekonomi kita sama membangun dengan korea dan taiwan satu ketika dulu.. sekarang???? jauh ketinggalan berbanding negara2 yg saya sebutkan tadi...

    buat saudara A. Jalak Hussein, apa pun pendapat saudara itu hanyalah pendapat saudara, setiap orang ada pendapat dan pandangan masing2... mungkin ada orang yang sependapat saudara A. Jalak Hussein, dan mungkin sebaliknyar...

    tapi pada saya pula, jika inilah amalan kerajaan negara kita sekarang tak mustahil kita akan mengikuti perkembangan politik di jepun... revolusi telah lama terbuku di hati rakyat kita.. dan ia akan terus membara....

    salam dari saya...

    bunga melati...
    lawan tetap lawan...

    BalasPadam
  19. Seorang Profesor UTM, Prof Dr Mohamad Tajuddin banyak menulis tentang Putrajaya dalam kolumnya Architecture Inside Out di akhbar The Star. Analisisnya tidak jauh berbeza seperti tulisan ini. Cuba baca rencana di bawah:

    http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2009/6/21/columnists/architectureinsideout/4127006&sec=Architecture%20Inside%20Out

    dan

    http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2006/12/24/lifeliving/15448549&sec=lifeliving

    BalasPadam
  20. kat mana abg isham jumpe balik tulisan ni? kan itu ari cari tak jumpe

    BalasPadam
  21. Memang bodoh la manusia yang menganggap bangunan tu sebagai LIPAS. otak cacat ke ape?

    BalasPadam
  22. media cyber NGOK,BODOH...pi main jauh2 la...orang nak bincang benda ilmiah kat sini...budak bodoh macam hang takyah menyebok...

    BalasPadam
  23. Allo Media Cyber,

    Muka lu nampak cantik. Apa mahu entot-entot sama saya? Saya janji kalau bunting saya tak lari macam Dino anak Rais Yatim.

    -kuda hitam-

    BalasPadam
  24. come on la mediacyber oit
    lu layan blog ni pun tak boleh nak pikir lagi?
    bodoh sangat ke lu ni tak boleh paham PERUMPAMAAN bangunan seperti lipas?
    ada sapa sapa cakap bangunan tu lipas ke?
    dah bodoh lagi nak bodek

    ---malayidiot---

    BalasPadam
  25. Abang ISHAM saya nak tanya?Camne nak masukkan avatar?...Oh ya..aku dah agak..media cyber dok putrajaya..aku selalu turun sana..Kamu di kementerian apa ya?adakah kamu dalam ketegori N27..adakah kamu membayar streamyx dengan elaun COLA?...adakah kamu memakai kereta NASIONAL?BUKANKAH BENARKAH?

    BalasPadam
  26. Jalak Hussein...munkeeeeeee dari mana ??

    Size otaknya mungkin size seketul batu kecil saje !!!

    Hidup TT !!


    Dakis

    BalasPadam
  27. Eeiii..Jijiknye media cyber tu.B0d0h melantun2.Oh!Bru tingat dia dah dib0nsaikan rupanya..Pat0t la buta mata hati xleh nk berfikir sejenak.

    BalasPadam
  28. "Kota ini adalah kota penyembah berhala kereta, justeru sesiapa yang tidak memiliki berhala ini pasti akan mendapat kesukaraan untuk pergi dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Lupakan saja ruang untuk berjaan kaki atau berbasikal - semua ini tidak diwujudkan."

    true to the T...

    rakyat didulukan?
    di bandar pusat pemerintahan KERAjaan UMNgOk-BoNgok ni, rakyat memang didulukan - rakyat bergaji rendah didulukan untuk membuang masa menunggu bas untuk bergerak dari setempat ke setempat, dan bila tiba musim cuaca mcm sekarang, perh! lencun kat bus-stop tu beb! kalau jarjis lalu dalam kereta (bukan kereta dia, kereta "pemimpin yg diutamakan" macam dia yg rakyat "izinkan" guna), tersandar kat belakang, mesti dia suruh jurupandu perlahan bagi dia menikmati pemandangan "awek2 basah" diselimuti air hujan (malah mungkin sempat menjarjis?)
    kalau najib yg diutamakan lalu, dalam kereta (bukan kereta dia, kereta "pemimpin yg diutamakan" macam dia yg rakyat "izinkan" dia guna dan didulukan pula beri laluan ke mana2 dia nak tuju hatta ke parti atau apa2 saja siap dengan outrider bagai), tersandar kat belakang, mungkin dia cuma curi2 jeling sambil diam je (sebab takut laki dia "tersergam" kat sebelah - pinjam terjemahan semiotik hisham, perkataan tu menggambarkan besar gah dan angkuh, atau "imposing" - lagipun ketua gerombolan tu selera dia bukan air hujan tapi air krim perisa mongolia!)
    kahkahkah!
    klakka-la!

    BalasPadam
  29. ur blog rock bro...sungguh cool...
    penulisan yang menawan sukma...

    BalasPadam
  30. Depan Masjid Putra (masjid lama), jalan dia tak guna tar, tapi batu.

    Hasilnya, jalan tu rosak bila batu-batu tu pecah sampai nampak jaring besi yang disimen dibawah batu tu.

    Tiap-tiap tahun diorang terpaksa tutup satu atau dua lane kat jalan batu tu pasal nak repair batu yang pecah tu. Tahun lepas pecah lane tengah, tahun ni pecah lane kiri, tahun depan lane kanan pulak.....

    P.S. Makcik aku panggil tiang-tiang lampu pelik tu sebagai cucuk sanggul rambut palsu Siti Hasmah masa dia jadi Bini PM dulu.

    P.P.S. Tak salah aku, Putrajaya kena saman dengan vendor pasal ada design tiang lampu tu dia ciplak dari design kat UK tanpa kebenaran....

    P.P.P.S. Media Cyber, tu lah, orang suruh belajar rajin-rajin, perumpamaan pun tak faham, kan dah kena kutuk kaw-kaw....

    BalasPadam
  31. Patutla, media cyber tu cybertrooper UBN.

    Berapa ribu diorang bayar ko?

    BalasPadam
  32. Salam.... mahadir memang cap ayam...anyway sila lawati blog saya

    http://usahawananakfelda.blogspot.com

    BalasPadam
  33. ni bodoh punya artikel..hang tok sah ambik ati la..jom aku blanja mkn roti...hahahahaha

    BalasPadam
  34. kesian gua dengan budak Media Cyber ni. Kalau betul tu muka lu, lagi lah gua kesian. Muka boleh harap jugak lah tapi otak takde. Mengumpamakan bangunan itu seperti lipas, cik adik, untuk memahaminya kamu tidak perlukan 4 tahun masa di Cambridge atau Sintok. Kalau perbandingan seperti itu pun kamu gagal untuk faham, gua syorkan lu berendam dan menyelam dalam Tasik Putrajaya dulu, kasi kembang sikit otak tu. Kalau boleh biar telanjang supaya seluruh tubuh kamu dibasahi air dan beritahu kami semua sebelum kamu melakukannya. Kami mengembangkan minda jugak.

    -Lanun Cyber-

    BalasPadam
  35. MEDIA CYBER...? anak sape la dia ni, kesian mak bapak dia dapat anak otak bonsai...gua nk tolong tp wa pn takut lipas adess...

    BalasPadam
  36. aku sian je ngan pencacai ni, baik mediacyber baik jalah hussein. Masuk dalam ni kena tibai je kadang2 nak gelak cam isyam kadang2 nak nanges pon ada, baik ko takyah lah hulur kepala korang dalam ni , buat kena sembelih je sebab korang bodoh, dalam ni semua orang2 bijak.

    Pembaca blog isyam eduated, pelajar, profesional, anak muda reformasi, mereka ada misi, ada visi dan boleh berfikir, dididik pula dengan tulisan isyam yang membina otak. jadi UMNO-BN memang sia-sia lah masuk dalam ni. buat habis duit elaun memfitnah ja.

    BalasPadam
  37. salam. allah beri deria untuk melihat.. lihatlah sesuatu bukan sekadar 360 darjah sahaja. tetapi lihatlah dari mata hati, mata rohani, lihat dari pandangan demensi satu hingga kesepuluh pasti anda tahu kebenarannya.

    BalasPadam
  38. tak glemer langsung www.bkn.gov.my tu...

    BalasPadam
  39. aku pun pelik jambatan2 kat putrajaya tuh..ada yg mcm x pernah diguna org pun ada...saje je nak bagi kroni buat jambatan kut..

    BalasPadam
  40. mak enon ni apahal...
    takut kena kutuk cam media cyber la tu..

    anyway, lu punya otak memang klas bro isham...

    mangkuk2 ayun kaki bodek yang akal pendek memang fanatik dan mengagung2kan putrajaya.

    dengan artikel mcm ni memang tepat mematahkn hujah dangkal mangkuk ayun kaki bodek.

    BalasPadam
  41. Saya setuju dengan apa yang saudara Isham tuliskan, tambah2 lagi dengan artikel tentang Mahathir yg dah "balun" beratus bilion - sangat releven!!! Tapi artikel kedua tu, wakaka... lawak antarabangsa!!! nak sakit perut ketawa!

    BalasPadam
  42. salam...setuju dgn bunga melati,,thanxs ,,buka mata buka minda,,saya pernah menetap di england dan dah melawat byk negara,,jangan dibandingkan la pemerintah diaorg dgn pemerintah kita,,,,org melayu ni pelik lanun,penjenayah,perogol,perompak diangkat jd pemimpin,,
    p.s....x payah layan la budak media cyber tu,,,nak kutuk2 pon rasa kesian ,,,kencing pon bau NESTUM lg tu,,,terrer dia tu maklumla membesar di PUTRAJAYA,,,bandar agung dunia,,,,

    BalasPadam